Janganlah menyangka-nyangka,
usahkan membohong ataupun tidak jujur.
Janganlah memperlekeh keadilan ataupun kebenaran,
usahkan zalim ataupun melampau ataupun tidak munasabah.
Dan janganlah dangkal ataupun tak pandai menilai,
usahkan sombong ataupun mabuk kemarwahan ataupun tak mahu diajar.
Jadilah engkau orang akal dan orang ilmiah, serta jadilah engkau orang wajar,
bukan orang syahwat, juga bukan orang kebendaan, serta bukan orang marwah.
Disiplinkanlah diri; dan perbaikilah sikap dan kepercayaan serta keinginan.
Marwah dan syahwat serta nafsu kebendaan patutlah dikuasai, ataupun dikawal,
ataupun diketepikan, demi kebenaran, lebih-lebih lagi demi keadilan,
lebih-lebih lagi demi kesetiaan ataupun ketaatan kepada Allah, Dia,
satu-satunya yang patut disembah, Dia, penguasa mutlak Syurga dan Neraka,
Dia yang paling berkuasa serta paling mulia berbanding semua.
Ajaran Allah, apatah lagi hukumNya, tidaklah patut diperlekeh, juga tidaklah patut diketepikan.
Dan al Quran, kitab wahyu, kalamullah, janganlah sekadar dibaca, tetapi tadabur ataupun fahamilah ia.
Yang bijak dan berjaya, apatah lagi yang sungguh mulia, bukanlah yang sesat, usahkan yang najis.
Dan mushrik, yakni yang shirik terhadap Allah, adalah najis, menurut ayat 28 surah Taubah.
Mempertuankan Allah, begitu juga memperajakan Allah, adalah menyembah Allah.
Dan yang menyembah selain Allah sangatlah sesat, juga sangatlah biadab, serta adalah mushrik, najis.
Sedarlah, yang patut dikatakan pewaris Nabi bukanlah ulama, tetapi yang mendapat hidayah Allah.
Fahamilah sepenuhnya bahawa yang menyembah Allah, hanya Allah, bukan yang menyembah selain Allah,
juga bukan yang tidak menyembah sesiapa, adalah yang Allah suka serta paling tinggi martabatnya.
Dan sesungguhnya, pelampau, begitu juga pendusta, bukanlah orang Islam yang sebenar,
usahkan mukmin, usahkan muttaqin, walaupun menutup aurat serta melakukan solat.
Pandai bercakap bukanlah bermakna pembohong ataupun tidak patut dipercaya.
Yang bercanggah dengan keadilan ataupun kebenaran adalah yang patut dikatakan pelampau
ataupun pendusta ataupun makhluk perosak ataupun biadab ataupun sesat ataupun bangang.
Dan Nabi Muhammad adalah pandai bercakap, serta pernah dikatakan gila.
Yang tersalah kitab, begitu juga yang tersalah guru, adalah yang patut dikatakan bergurukan syaitan.
Dan kalau engkau tidak benar, maka engkau adalah sesat ataupun tidaklah tahu, usahkan betul faham.
Wahai kafir yang mengaku orang Islam, hanya Allah adalah yang aku sembah, yakni pertuankan,
juga perajakan, bukan sekadar pertuhankan; dan kepada Allah kita wajib aslam.