Selasa, 13 Mei 2014

Hakikat Sembah Dan “Rob”

Erti menyembah adalah menghambakan diri; dan kalau ada hamba ataupun abdi, maka adalah tuan; dan semestinya raja adalah tuan ke atas yang dikuasainya; dan abdi adalah sama ertinya dengan hamba. Bayangkanlah. Dan sila fikirkan dengan jujur, serta dengan rasional. Sedarlah, bahawa menyembah, yakni menghambakan diri, sebenarnya bermakna mempertuankan. Dan sedarlah, bahawa memperajakan adalah mempertuankan, maka adalah menyembah. Sedarlah, bahawa kalau engkau memperajakan ataupun mempertuankan selain Allah, maka engkau sebenarnya menyembah selain Allah. Dan berlandaskan surah Kafirun, engkau adalah kafir, kalau engkau menyembah selain Allah. Menyembah bukanlah bermakna melakukan solat, juga bukanlah bermakna bersujud, serta bukanlah bermakna mempertuhankan. Solat bukanlah sembahyang, sebagaimana puasa bukanlah sembahyang. Dan bukanlah sembahyang namanya kalau tidak menyembah.
       “Rob” bukanlah “ilah” ataupun tuhan ataupun “god”, tetapi “rob” adalah tuan, juga adalah “lord”. Dan takkanlah Allah bukan tuan ke atas hambaNya, sedangkan kalau ada hamba maka adalah tuan, apatah lagi sedangkan Allah adalah yang paling berkuasa. Wahai kafir yang mengaku orang Islam, hanya Allah adalah yang aku sembah, yakni pertuankan, juga perajakan, bukan sekadar pertuhankan. Suka atau tidak, Allah adalah rob-binnas, malikin-nas, ila-hinnas, yakni tuan manusia, raja manusia, tuhan manusia. Dan suka atau tidak, Allah tetaplah paling berkuasa serta paling mulia. Insaflah, Allah adalah tuan kita, raja kita, tuhan kita; dan kepada Allah kita wajib “aslam”, yakni menyerah diri, tidak angkuh, usahkan derhaka, usahkan shirik. Sesungguhnya, tidaklah Allah mencipta jin dan manusia melainkan supaya menyembahNya; oleh itu, yang penting ataupun lebih penting adalah menyembah Allah, berbanding melakukan solat dan mempertuhankan Allah. Dan menyembah Allah adalah yang penting ataupun lebih penting; oleh itu, takkanlah tidak perlu menyembah Allah untuk masuk Islam. Munasabahlah.