Cinta bukan syahwat. Dan syahwat bukanlah cinta, sebagaimana keinginan bukanlah perasaan. Fahamilah, bahawa kesan cinta terhadap perempuan tidaklah sama saja dengan dengan kesan cinta terhadap lelaki. Dan cinta pun ada jenis ataupun kategorinya. Sesungguhnya, tahap kejujuran manusia tidaklah sama saja, begitu juga dengan kepekaan serta IQ. Tidaklah semua manusia layak untuk mendapat cinta sejati, begitu juga dengan hidayah Allah mahupun kefahaman sebenar. Dan fahami sepenuhnya, bahawa jujur, tidak bohong, begitu juga adil, tidak zalim, dan begitu juga menyembah, iaitu menghambakan diri, adalah sikap.
Hmm, sikap. Setelah si perempuan jual mahal dan tidak berterus-terang serta tidak jujur, ataupun setelah si perempuan mementingkan kebendaan ataupun marwah ataupun adat berbanding kejujuran, maka apakah padah ataupun akibatnya? Tidakkah si perempuan menjadi penyakit atau duri ataupun sampah, ataupun menjadi tidak istimewa kepada si lelaki yang dia sebenarnya cinta? Dan tidakkah pelacur ataupun seperti pelacur adalah perempuan yang sanggup melakukan seks dengan lelaki yang dia tidak cinta? Fahamilah, wahai perempuan. Fahamilah, wahai ibu yang menyayangi. Dan fahamilah, wahai bapa yang ingin melindungi. Janganlah menyangka ikut suka ataupun tidak munasabah, usahkan syok sendiri serta mabuk kemarwahan. Berakallah, bukan atau berbanding bermarwah. Dan timba tak sedar diri, serta tidak jujur dalam cinta: Begitulah sudah ramai perempuan. Hmm.
Betul, takkanlah perigi mencari timba, tetapi sedarlah juga bahawa perempuan bukanlah yang patut diumpamakan perigi. Sila faham, bahawa perempuan, sebagaimana timba, adalah tempat dimasukkan air, sedangkan lelaki, sebagaimana perigi, adalah tempat yang mengandungi air. Apa? Timba adalah pencedok air, maka lelaki adalah timba? Hmmm, adakah berlaku di mana lelaki mencedok air dari perempuan? Sila jujur. Dan terimalah hakikat, walaupun ia tajam dan berat serta menakutkan. Hakikatnya, lelaki memasukkan air mani ke dalam perempuan. Hakikatnya, perempuan, juga lelaki, tidaklah sama saja, begitu juga dengan cinta dan nilai kebenaran. Dan Allah, si pencipta cinta, ada kehendakNya, dan ada rancanganNya. Antara cinta sejati dan cinta syahwat serta cinta kebendaan, cinta apakah yang sesuai dengan sikap atau hati ataupun jiwamu? Patutkah cinta sejati diletakkan di hati yang jahat ataupun di jiwa yang kotor? Dan sila fikir, cukup sesuaikah perempuan yang mementingkan kebendaan ataupun marwah dengan lelaki yang mementingkan kewajaran ataupun kebenaran? Munasabahlah. Patut-patutlah. Dan Allah bukan bodoh.
Perbetul-elokkanlah sikap dan kepercayaan serta keinginan. Janganlah tertipu oleh pakaian ataupun penampilan, usahkan terpedaya oleh mereka yang menyamakan “rob” dengan tuhan ataupun solat dengan sembahyang. Dan ingat, kita dikembalikan kepada Allah. Patutkah harta atau marwah ataupun adat dipentingkan berbanding cinta? Ataupun berbanding kebenaran? Ataupun berbanding kejujuran? Tidak. Tidak. Dan tidak. Janganlah dangkal. Pentingkanlah isi ataupun dalaman, berbanding kulit ataupun luaran. Dan ambil-kiralah pandangan Allah, Dia, penilai terarif, Dia, hakim termulia. Menghargai dan menangani cinta bukanlah dengan meletakkan ia di bawah syahwat dan harta, mahupun marwah dan adat, tetapi bukanlah juga dengan meletakkan ia di atas kewajaran mahupun kejujuran. Awas, marwah, sebagaimana syahwat, patutlah dikuasai atau dikawal ataupun diketepikan. Dan ingat, janganlah menjadi pelampau mahupun pendusta pada pandangan Allah, Dia, penguasa mutlak Syurga dan Neraka.