Monday, November 25, 2019

Yang Sebenarnya Kafir Atau Sesat @ Fahami Fakta, Jangan Cepat Menyangka

Siapa Kafir? Siapa sesat? Dan percayakah engkau atau si ustaz bahawa Mushrik adalah najis? Bukalah minda. Dan fahami beberapa fakta. Keyakinan tidak mengubah hakikat. Dan janganlah tersalah kitab ataupun guru, usahkan tidak memikirkan. Kepada pengikut "Hadis sahih" dan kepada pengikut sesuatu mazhab, pertama sekali, adakah sembahan kita sama? Atau adakah engkau menyembah Allah, hanya Allah? Kalau sembahan engkau bukanlah Allah, hanya Allah, maka agama engkau bukanlah Islam. Dan adakah Allah ataupun Nabi Muhammad menyuruh supaya mengikut mazhab yang engkau ikut?
       Sebenarnya, siapakah yang Kafir: Adakah yang menyembah Allah, hanya Allah, atau adakah yang menyembah selain Allah? Dan siapakah yang sesat: Adakah yang mempercayai ajaran Allah dan kebenaran, atau adakah yang mencanggah ajaran Allah ataupun kebenaran? Apakah erti sembah atau menyembah, maka siapakah yang engkau sembah, sebenarnya sembah? Dan munasabahkah bahawa orang Islam adalah yang tidak betul mengenai erti Islam? Awas, jangan silap mengenai sembah ataupun najis, usahkan silap mengenai masuk Islam atau menjadi Muslim. Sesungguhnya, mengucap "kalimah Syahadah" bukanlah untuk menjadi Muslim, tetapi untuk menjadi Munafiq, Kafir. Dan mengenai najis atau hadis atau sunnah ataupun ulama, adakah engkau mempercayai ajaran Allah, Dia, pengarang al Quran, Dia, satu-satunya pencipta Islam, Dia, tuan manusia, raja manusia, tuhan manusia?
       Fahami atau ketahuilah ajaran Allah mengenai najis dan hadis dan sunnah dan Kafir dan apa-apa lagi. Tadabburlah, jangan sekadar baca. Dan sedarlah, yang mengkaji adalah yang tahu atau lebih tahu berbanding yang "mengaji" (berguru). Mushrik adalah najis, menurut ayat 28, surah Taubah. Mushrik (Musyrik) ialah yang shirik (terhadap Allah). Dan menyembah selain Allah adalah shirik (syirik). Fahami 3 ayat pertama di surah Kafirun lalu sedarlah bahawa yang menyembah selain Allah adalah Kafir, dan bahawa yang membezakan Muslim dari Kafir adalah sembahan, bukan solaat. Dan jangan tertipu, usahkan menipu: Abdi adalah sama ertinya dengan hamba, dan menyembah = menghambakan diri = beribadat = mengabdikan diri. Awas, terjemahan atau pengertian atau kesimpulan yang salah janganlah tidak disedari, usahkan dipercaya. Pendek kata, al Quran adalah sumber Islam dan kewajaran, tetapi "Hadis sahih" adalah sumber bidaah dan kesesatan. Selidiklah. Fahamilah. Dan ingat, Muslim mementingkan ajaran Allah dan kebenaran serta kejujuran, tidak seperti Munafiq.
       Siapakah yang engkau perajakan ataupun pertuankan? Bagaimana pula dengan Nabi Muhammad? Sedarlah, kalau engkau memperajakan ataupun mempertuankan selain Allah, maka engkau sebenarnya menyembah selain Allah, dan engkau bohong atau membuat pengakuan palsu apabila engkau mengucap ayat 5, surah Fatihah. Menyembah ialah menghambakan diri, tetapi sedarlah juga bahawa memperajakan dan mempertuankan adalah menyembah. Dan "wahai Kafir, aku tidak sembah apa yang engkau sembah, dan engkau tidak sembah apa yang aku sembah" (surah Kafirun, ayat 1-3). Fahamilah, kebenaran dan ajaran Allah patut diterima, tidak patut dicanggah, walau siapapun si penyampai. Jangan mendustakan ataupun berdolak-dalih. Dan janganlah takut untuk memikirkan secara jujur serta mendalam.
•••••
Munafiq (Munafik) Dan Guru, Dan Bohong 2 Kali
- http://bit.ly/2FuCHtU
•••••
9 Betul Ataukah 9 Bohong?
- http://bit.ly/2MiOpO2
•••••
Ilmu Masuk Islam Dan Sembah
@ Bagaimana Untuk Menjadi Muslim Sebenar
- https://bit.ly/2UkNtaN
•••••
Erti "Amal Ibadat" Dan "Rob",
Dan Mengenai Menyembah Hanya Allah
- https://goo.gl/pezs6w