Thursday, November 26, 2020

Hakikat "Syahadah", Dan Muslim = Yang "Aslim", Maka?

Apa itu "Muslim"? Sebenarnya, Muslim = yang "aslim" (kepada Allah). Muslim = yang "aslim" kepada Allah, maka apakah susulan itu? Muslim = yang "aslim" kepada Allah, maka seseorang perlulah "aslim" kepada Allah untuk menjadi Muslim. "Aslim" adalah menyerah, sedangkan "tawakkal" adalah berserah. Dan masuk Islam adalah sama ertinya dengan menjadi Muslim. Selain "aslim" kepada Allah, seseorang perlulah menyembah Allah, hanya Allah, untuk menjadi Muslim. Buktinya? Fahami ayat 5 di surah Fatihah dan 3 ayat pertama di surah Kafirun. Sila selidik. Dan fikir, bagaimanakah Nabi Muhammad dan Nabi Ibrahim masuk Islam atau menjadi Muslim? Jangan berdolak-dalih. Dan mengenai "syahadah Munafiq" di dalam al Quran, fahami ayat pertama di surah Munafiqun. 
       Hmm, apa itu "bersaksi" atau "naik saksi"? Dan apakah "aku menyaksikan" di dalam bahasa Arab? Janganlah putar-belit ataupun kena tipu. Sebenarnya, "syahadah" = penyaksian, bukan pengakuan, bukan perakuan. Dan "ash-hadu" = "aku menyaksikan", bukan "aku memperakui", bukan "aku percaya". Bilakah engkau menyaksikan bahawa "laa-ilaha-illallah" ataupun bahawa "Muhammadar rasulullah"? Kalau engkau sebenarnya tidak menyaksikan, maka boleh atau patutlah engkau "bersaksi" atau "naik saksi"? Sekali lagi, kalau engkau sebenarnya tidak menyaksikan, maka boleh atau patutlah engkau "bersaksi" atau "naik saksi"? Jujurlah. Pendek kata, bohong besar dan ajaran sesat adalah bahawa masuk Islam adalah dengan mengucap "kalimah Syahadah". Dan kalau bohong atau tidak benar adalah bahawa masuk Islam adalah dengan mengucap "kalimah Syahadah", maka apakah yang patut dikatakan mengenai apa yang diuar-uarkan sebagai "Rukun Islam" dan "Hadis Nabi"? Munasabahlah. Dan ambillah al Quran sebagai imam atau sebagai kitab panduan terpenting. Fahami terjemahan 3 ayat pertama di surah Kafirun, iaitu "Katakanlah: Wahai Kafir, aku tidak sembah apa yang engkau sembah, dan engkau tidak sembah apa yang aku sembah". Dan fahami terjemahan ayat 5, surah Fatihah, iaitu "Hanya Engkau (Allah) kami sembah", atau "Hanya Engkau (Allah) adalah yang kami sembah". 
       Fahami 3 ayat pertama di surah Kafirun, lalu sedarlah bahawa sembahan Muslim adalah Allah, hanya Allah. Yang menyembah selain Allah adalah Kafir. Dan sedarlah juga bahawa yang membezakan Muslim dari Kafir adalah sembahan, bukan solaat. Nampak? Dan fahami ayat 5 di surah Fatihah,  lalu sedarlah bahawa yang sebenarnya tidak menyembah Allah dan yang sebenarnya menyembah selain Allah adalah yang bohong kepada Allah semasa mengucap ayat 5 di surah Fatihah. Nampak? Jangan silap mengenai masuk Islam, ataupun mengenai sembah dan hamba dan ibadat. Sebenarnya, beribadat = menyembah. Beribadat kepada Allah adalah sama ertinya dengan menyembah Allah. Dan abdi = hamba, maka mengabdikan diri = menghambakan diri. Ringkas kata, menyembah = menghambakan diri = beribadat = mengabdikan diri. Dan kalau ada hamba ataupun abdi, maka adalah tuan, oleh sebab itu, menghambakan diri ataupun mengabdikan diri bermakna mempertuankan. Dan raja adalah tuan (ke atas yang dikuasainya): Maka memperajakan adalah mempertuankan. Ingat, kalau engkau tidak mempertuankan, atau kalau engkau tidak menghambakan diri, maka engkau tidaklah menyembah. Menyembah = menghambakan diri, tetapi sedarlah juga bahawa mempertuankan adalah menyembah, begitu juga atau lebih-lebih memperajakan. Dan yang menyembah selain Allah adalah Mushrik, iaitu yang shirik terhadap Allah, walaupun melakukan solaat. 
       Fikir, apakah hukum berbohong atau membuat pengakuan palsu semasa melakukan solaat? Kalau haram atau berdosa, maka? Hmm, betapa banyaknya solaat dan amal ibadat yang membawa ke Neraka atau sia-sia. Dan betapa ustaz adalah yang menyesatkan. Dulu, yang ramai bukanlah pengikut Nabi Muhammad, tetapi pengikut Abu Jahal. Sekarang, atau sehingga sekarang, yang ramai bukanlah pengikut Nabi Muhammad, tetapi pengikut "ajaran sesat Syahadah". Ingat, terjemahan atau pengertian atau kesimpulan yang salah janganlah tidak disedari, usahkan diterima-pakai atau dipercaya. Sedarlah bahawa yang mempercayai terjemahan atau pengertian atau kesimpulan yang salah bukanlah yang faham atau tahu ataupun lurus. Dan fahamilah bahawa yang mempercayai terjemahan atau pengertian atau kesimpulan yang salah bukanlah yang mengikut atau mempercayai ataupun menerima. Awas, jangan tersalah kitab ataupun guru, usahkan tidak memikirkan. Mengenai tadabbur atau menggunakan akal, fahami Quran 4:82 dan 23:68 dan 38:29. Dan mengenai menyangka, fahami Quran 6:116. 
••••• 
Erti Islam Dan Muslim @ Erti Islam 
Bukanlah "Salaam" Atau "Peace" 
- https://bit.ly/34Sfrmd 
••••• 
Syahadah Dan Munafiq @ 
Jangan Silap Mengenai Masuk Islam 
- https://bit.ly/33YDb8k 
••••• 
Bohong Di Dalam Solaat, Dan Mengenai Demokrasi 
Dan Raja Dan Shirik Terhadap Allah 
- https://bit.ly/3jVajmU 
••••• 
9 Ajaran Sesat Atau Bohong Yang Paling Bahaya 
- https://bit.ly/371oNdv 
••••• 
Ilmu Masuk Islam Dan Sembah @ 
Bagaimana Untuk Menjadi Muslim Sebenar 
- https://bit.ly/2UkNtaN