Monday, February 22, 2021

Sembah Dan "Ain-Ba-Dal" Dan "Ash-hadu" Dan Solaat Palsu


Siapa kata bahawa abdi bukan hamba, atau bahawa beribadat kepada Allah tidak sama ertinya dengan menyembah Allah? Siapa ajar bahawa menyembah selain Allah bukan shirik (syirik)? Dan siapa ajar bahawa menyembah bermakna mempertuhankan? Jangan tersalah guru. Jangan tersalah kitab. Dan al Quran patut ditadabbur, bukan patut dihafaz. Bukalah minda. Dan fahami fakta. "Abdi" dan "ibadat" (ibadah) adalah antara banyak perkataan yang berasal dari bahasa Arab. Awas, jangan kena tipu atau silap mengenai sembah dan abdi, usahkan kena tipu atau silap mengenai masuk Islam, iaitu mengenai bagaimana untuk menjadi Muslim. Soalan, apakah "menyembah" di dalam bahasa Arab? Dan apakah "hamba" di dalam bahasa Arab? Kalau menggunakan perkataan dari bahasa English, maka soalannya adalah apakah "to worship" dan "slave" di dalam bahasa Arab? Jawapan yang ringkas adalah "Ain-ba-dal". 
       Sila fahami hakikat atau fakta bahawa "menyembah" dan "hamba" di dalam bahasa Arab adalah perkataan yang ejaannya adalah "ain-ba-dal" atau mengandungi "ain-ba-dal". Dan fahami bahawa "ain-ba-dal" di dalam bahasa Arab boleh jadi "sembah" atau "menyembah", juga boleh jadi "hamba" di dalam bahasa Melayu. "Menyembah" dan "hamba" di dalam bahasa Arab adalah perkataan yang ejaannya adalah "ain-ba-dal" atau mengandungi "ain-ba-dal", maka? Kesimpulannya atau pendek kata, abdi = hamba, dan menyembah adalah sama ertinya dengan menghambakan diri. Abdi = hamba, maka mengabdikan diri = menghambakan diri. Dan awas, yang membezakan "abdi" dari "hamba" adalah yang menyesatkan atau yang bohong atau yang tak faham bahasa, begitu juga dengan yang menyamakan solaat dengan sembahyang. Bukanlah sembahyang tanpa menyembah. Dan hanya Allah adalah yang halal dan patut disembah. Solaat tidaklah sama ertinya dengan sembahyang. Dan solaat bukanlah suatu ibadat, tetapi suatu amal ibadat. Menyembah = menghambakan diri, tetapi sedarlah juga bahawa mempertuankan adalah menyembah, begitu juga atau lebih-lebih lagi memperajakan. Dan ingat atau sedarlah bahawa yang menyembah selain Allah adalah Mushrik (Musyrik), iaitu yang shirik (syirik) terhadap Allah, di samping yang bohong atau yang membuat pengakuan palsu kepada Allah semasa mengucap ayat 5, surah Fatihah. 
       Apakah terjemahan "bahagian pertama" ayat 5, surah Fatihah? Terjemahan bahagian pertama ayat 5, surah Fatihah adalah "Hanya Engkau adalah yang kami sembah" atau "Hanya Engkau kami sembah" atau "Hanya kepada Engkau kami menyembah". Kalau menggunakan perkataan "abdi" atau "ibadat" untuk menggantikan "sembah" atau "menyembah", maka terjemahannya adalah "Hanya kepada Engkau kami mengabdi" atau "Hanya kepada Engkau kami mengabdikan diri" atau "Hanya kepada Engkau kami beribadat". Dan "Engkau" di dalam ayat itu adalah Allah. Fikir dan fahamilah. Soalan: Siapakah yang engkau atau si imam sebenarnya sembah? Atau kepada siapakah engkau atau si imam sebenarnya menghambakan atau mengabdikan diri? Ingat, kalau ada hamba ataupun abdi, maka adalah tuan. Dan raja adalah tuan (ke atas yang dikuasainya). Maka? Siapakah yang engkau atau si imam pertuankan atau bahkan perajakan? Siapakah yang dipertuankan dan diperajakan oleh Rasulullah? Kalau selain Allah adalah yang engkau perajakan ataupun pertuankan, maka selain Allah adalah yang engkau sebenarnya sembah. Mempertuhankan bukan bermakna menyembah. Menyembah bukan bermakna mempertuhankan. Dan erti tuhan bukanlah sembahan, tetapi pemerintah yang tidak dikuasai. Fahamilah bahawa solaat palsu adalah sesuatu yang nampak macam solaat, tetapi bukanlah betul solaat. Solaat dan azan yang sebenar bukanlah sesuatu yang mengandungi "ash-hadu". Dan "Syahadah" bukanlah sebahagian dari "Rukun Islam", tetapi sebahagian dari "Rukun Islam Palsu". Sesungguhnya, bohong dan ajaran sesat adalah bahawa masuk Islam atau menjadi Muslim adalah dengan mengucap "kalimah Syahadah". Dan pengikut "ajaran sesat Syahadah" sebenarnya bukanlah pengikut Nabi Muhammad, juga bukanlah Muslim, tetapi Mushrik atau Munafiq atau Muslim palsu. 
       Ingat atau sedarlah bahawa menyembah selain Allah adalah shirik. Yang memperajakan atau mempertuankan selain Allah adalah Mushrik. Dan Mushrik adalah najis menurut Quran 9:28. Kalau engkau sebenarnya bukan Muslim, maka engkau bukanlah pengikut siapapun Rasulullah, serta bukanlah Mukmin, usahkan Muttaqin. Dan mengenai "syahadah Munafiq", fahami ayat 1 di surah Munafiqun (Quran 63:1). Apakah "aku menyaksikan" atau "I bear witness" di dalam bahasa Arab? Jawapan: "Ash-hadu". Ingat, "ash-hadu" = "aku menyaksikan". Dan kalau engkau sebenarnya tidak menyaksikan, maka engkau tidak boleh atau tidak patut mengaku menyaksikan, atau "naik saksi" ataupun "bersaksi". Fikir, emak dan bapa engkau bernikah, tetapi boleh atau patutkah engkau mengaku menyaksikan atau "naik saksi" atau "bersaksi" bahawa emak dan bapa engkau bernikah? Jawapan: Tidak boleh atau tidak patut. Masuk akal? Janganlah putar-belit atau berdolak-dalih. Suka atau tidak, kebenaran dan ajaran Allah patut diterima, walau siapa pun yang memberitahu. Dan awas, syaitan mampu untuk menghias-indahkan kejahatan dan kebodohan. Ingin menjadi Muslim? Sebut (kepada Allah) dan hayatilah, "Oh Allah, penciptaku, tuanku, rajaku, tuhanku, kepadamu aku menyerah diri". 
••••• 
Ilmu Masuk Islam @ Bagaimana Untuk Menjadi Muslim 
- https://bit.ly/2Y61GMJ 
••••• 
Abdi Dan Ibadat Dan Sembah @ 
Jangan Terpesong Akibat Perkataan Arab 
- https://bit.ly/2JBmxnS 
••••• 
Erti "Rob" (Rabb) Dan Tuhan @ Antara Ajaran Sesat 
Atau Bohong Melalui Doa Di Dalam Bahasa Arab 
- https://bit.ly/352upWH 
••••• 
Hakikat "Syahadah", Dan Muslim = Yang "Aslim", Maka? 
- https://bit.ly/2V5hdLv 
••••• 
Erti Islam Dan Muslim @ Erti Islam 
Bukanlah "Salaam" Atau "Peace" 
- https://bit.ly/34Sfrmd