Friday, April 16, 2021

Antara Mazhab Dan "Hadis Sahih" Dan Al Quran Dan Islam, Dan Mengenai Tuhan Dan Ganjaran Dan Solaat Yang Sia-Sia


Kafir. Pengikut Sunnah wal Jamaah mengatakan bahawa pengikut Syiah adalah Kafir atau sesat. Dan begitulah sebaliknya. Sebenarnya, siapa suruh ikut mazhab? Adakah Allah atau Nabi Muhammad menyuruh supaya mengikut sesuatu mazhab? Sebenarnya, apakah mazhab Nabi Muhammad? Dan apakah mazhab Saidina Abu Bakar atau Umar atau Uthman atau Ali? Mengenai Hadis, adakah pengarang "Hadis sahih" adalah Nabi Muhammad? Kalau pengarang "Hadis sahih" bukanlah Nabi Muhammad, maka "Hadis sahih" sebenarnya bukanlah kata-kata Nabi Muhammad. Masuk akal? Jangan putar-belit. Jangan kena tipu. Dan fahami ajaran Allah mengenai Kafir dan hadis dan ulama dan syafaat. Al Quran adalah kitab karangan Allah. Al Quran adalah panduan kepada Muttaqin. Dan al Quran adalah panduan untuk mereka yang ingin menjadi mulia atau baik pada pandangan Allah yang kepadaNya kita dikembalikan. 
       Awas, semakin engkau tidak tahu ajaran Allah yang ada di dalam al Quran, maka engkau semakin mudah untuk menjadi sesat, atau untuk dipesongkan dari ajaran Allah oleh pengikut Hadis. Dan yang zalim, juga yang putar-belit atau tidak jujur bukanlah yang layak untuk mendapat hidayah dari Allah, juga bukanlah yang sesuai untuk mendapat kefahaman sebenar, usahkan suatu tempat di Syurga. Fikir, patutkah engkau mengharapkan ganjaran atau balasan baik dari Allah sedangkan ajaranNya tidak engkau ikut, atau sedangkan Allah sebenarnya tidak engkau sembah? Patutkah engkau mengharapkan ganjaran atau balasan baik dari Allah kerana melakukan solaat dan puasa sedangkan ajaran Allah mengenai solaat dan puasa bukanlah ajaran yang engkau sebenarnya ikut? Kalau engkau sebenarnya melakukan solaat dan puasa mengikut ajaran sesuatu mazhab, maka tidakkah engkau sepatutnya mengharapkan ganjaran atau balasan baik dari pencipta ataupun pengasas mazhab terbabit, bukan Allah? Dan patutkah engkau mengharapkan ganjaran atau balasan baik dari Allah kerana melakukan solaat dan puasa sedangkan engkau sebenarnya tidak menyembah Allah, hanya Allah? Hmm, amal tanpa ibadat. Betapa banyaknya solaat dan puasa yang sia-sia atau bahkan membawa ke Neraka. Dan mengenai hamba: Sila fahami bahawa hamba bukanlah yang berhak untuk mendapat upah. Sebenarnya, abdi adalah sama ertinya dengan hamba. Dan kalau ada hamba ataupun abdi, maka adalah tuan. 
       Kalau ada hamba, maka adalah tuan: Maka menghambakan diri bermakna mempertuankan. Kalau ada hamba, maka adalah tuan, dan kita adalah hamba Allah: Maka Allah adalah tuan kita. Faham? Dan ikutlah al Quran, bukan mazhab. Kita patut berpegang pada ajaran yang terkandung di dalam al Quran. Dan ingat, kalau tidak mahu sesat, maka berpeganglah pada kebenaran serta ajaran Allah. Sesungguhnya, pengarang kitab al Quran adalah Allah, hanya Allah. Al Quran patut ditadabbur, bukan patut dihafaz. Dan hanya Allah adalah pencipta agama Islam. Allah adalah pencipta agama Islam, tetapi Allah bukanlah pencipta ataupun pengasas apa pun mazhab, maka mazhab bukanlah sebahagian dari agama Islam. Masuk akal? Mengenai hak Allah, Allah berhak sebagai tuan ke atas setiap ciptaanNya. Dan kita adalah ciptaan serta hamba milik Allah. Percayalah bahawa Allah adalah pencipta kita, tuan kita, raja kita, tuhan kita. Dan kita wajib taat serta setia kepada Allah. Sedarlah bahawa mempertuankan selain Allah, apatah lagi memperajakan selain Allah adalah curang terhadap Allah. Curang adalah shirik (syirik) sedangkan setia adalah tauhid. Dan kufur, shirik, tidak mentauhidkan Allah adalah sama erti atau maknanya dengan derhaka, curang, tidak setia kepada Allah. Tuan dan raja: Siapakah yang Nabi Muhammad terima sebagai tuannya dan sebagai rajanya? Dan siapakah yang dipertuankan dan diperajakan oleh Saidina Abu Bakar atau Umar atau Uthman atau Ali? Jawapan: Allah, hanya Allah. Betul? Munasabahlah. Jujurlah. Dan merdeka: Kita berhak merdeka. Ketuanan adalah hak asasi Allah. Dan kemerdekaan adalah hak asasi manusia. 
       Awas, jangan sesat atau terpesong ataupun tersilap akibat terjemahan atau pengertian yang menggunakan perkataan yang berasal dari bahasa Arab seperti "abdi" dan "ibadat". Dan terjemahan atau pengertian atau kesimpulan yang salah janganlah tidak disedari, usahkan dipercaya. Sebenarnya, menyembah Allah = beribadat kepada Allah = mengabdikan diri kepada Allah. Dan menyembah selain Allah adalah shirik (terhadap Allah). Mempertuankan selain Allah, lebih-lebih lagi memperajakan selain Allah bermakna menyembah selain Allah. Dan selain shirik terhadap Allah, yang memperajakan atau mempertuankan selain Allah adalah yang bohong semasa melafazkan atau mengucap ayat 5, surah Fatihah, maka? Allah tidak tertipu. Dan mengenai tuhan: Apa itu tuhan? Erti tuhan bukanlah sembahan. Tuhan, sebenar tuhan bukanlah suatu ciptaan manusia. Dan Allah adalah tuhan kita walaupun kita tidak menyembahNya. Erti tuhan adalah "sovereign ruler", iaitu pemerintah yang tidak dikuasai. Dan tidaklah ada pemerintah yang tidak dikuasai kecuali Allah. Allah, hanya Allah adalah pemerintah yang tidak dikuasai. Allah, hanya Allah adalah tuhan, sebenar tuhan. Dan Allah adalah "rob-binnas, malikin-nas, ila-hinnas", iaitu tuan manusia, raja manusia, tuhan manusia. Hmm, apakah percanggahan antara "Hadis sahih" dan al Quran, atau antara mazhab dan al Quran? Fahami 3 ayat pertama di surah Kafirun (Quran 109:1-3) lalu sedarlah bahawa yang membezakan Muslim dari Kafir adalah sembahan, bukan solaat. Dan fahami ayat 28, surah Taubah (Quran 9:28) lalu sedarlah bahawa Mushrik adalah najis. Apa lagi? Sila selidik. Bukalah minda. Dan sedarlah bahawa masuk Islam atau menjadi Muslim bukanlah dengan mengucap "kalimah Syahadah", tetapi dengan menyembah Allah, hanya Allah, dan dengan "aslim" kepada Allah. Mengenai menyembah Allah, iaitu beribadat kepada Allah atau mengabdikan diri kepada Allah, fahami Quran 1:5 dan 109:1-3 serta 51:56. 
       Fikir, perkataan Arab untuk "sembah" dan "hamba" adalah perkataan yang mengandungi "ain-ba-dal", maka? Kesimpulannya, menyembah adalah sama ertinya dengan menghambakan diri. Dan fahami hakikat bahawa Muslim = yang "aslim" kepada Allah. Janganlah silap ataupun kena tipu mengenai masuk Islam. Janganlah terpedaya oleh bohong atau dakwaan palsu mengenai pahala atau fadhilat atau ganjaran. Dan janganlah terpedaya oleh bohong atau dakwaan palsu atau ada-adaan mengenai janji Allah ataupun syafaat Nabi. Ingat atau fahamilah bahawa kita adalah hamba Allah. Dan hamba bukanlah yang berhak untuk mendapat upah. Ulama Hadis janganlah disamakan dengan ulama Islam. Dan Mazhabis, iaitu pengikut mazhab, janganlah disamakan dengan Quranis, iaitu pengikut al Quran, ataupun dengan Muslim. Yang percaya bahawa masuk Islam atau menjadi Muslim adalah dengan mengucap "kalimah Syahadah" bukanlah yang patut diambil sebagai guru dalam mempelajari Islam ataupun al Quran. Dan yang mengajar bahawa masuk Islam atau menjadi Muslim adalah dengan mengucap "kalimah Syahadah" bukanlah yang patut dianggap sebagai ulama Islam. Janganlah silap ataupun kena tipu mengenai erti sembah, usahkan silap ataupun kena tipu mengenai masuk Islam. Dan al Quran adalah sumber Islam dan kewajaran, tetapi "Hadis sahih" adalah sumber bidaah (ada-adaan) dan kesesatan. Al Quran adalah bukti kewujudan Allah dan kerasulan Nabi Muhammad, juga adalah bukti kerasulan Nabi Isa, iaitu Isa al-Masih, iaitu Jesus Christ. Dan ingat, kebenaran patut diterima walau siapapun yang memberitahu. Disiplinkanlah diri. Dan sedarlah bahawa nafsu dan marwah (maruah) patut dikuasai atau dikawal atau diketepikan. 
       Sebelum melakukan solaat atau suatu amal ibadat, apa yang paling penting untuk dilakukan adalah menyembah Allah, hanya Allah, tidak mempertuankan selain Allah, usahkan memperajakan selain Allah. Sedarlah. Pendek kata, kalau engkau sebenarnya tidak menyembah Allah, hanya Allah, maka sia-sia atau bahkan membawa ke Neraka adalah solaat dan amal ibadat lain yang engkau lakukan. Hmm, berbanding bohong di dalam solaat, lebih baik tak solaat: Tetapi jangan harap Munafiq setuju. Tidakkah lebih baik diam membisu atau tidak membuat pengakuan berbanding membuat pengakuan palsu? Dan tidakkah bohong dan berpura-pura adalah dasar Munafiq? Apapun, kalau engkau sebenarnya tidak mengikut ajaran Allah mengenai solaat, maka engkau tidaklah patut mengharapkan ganjaran atau pahala dari Allah kerana melakukan solaat. Munasabah? Sebenarnya, bagaimanakah solaat dan azan Nabi Ibrahim? Apakah yang diucapkan oleh Nabi Ibrahim semasa melakukan solaat dan semasa membuat azan (adzan)? Patutkah ada "ash-hadu" di dalam solaat atau di dalam azan? Siapa tahu? 
••••• 
Hakikat "Syahadah", Dan Muslim = Yang "Aslim", Maka? 
- https://bit.ly/2V5hdLv 
••••• 
Abdi Dan Ibadat Dan Sembah @ 
Jangan Terpesong Akibat Perkataan Arab 
- https://bit.ly/2JBmxnS 
••••• 
9 Ajaran Sesat Atau Bohong Yang Paling Bahaya 
- https://bit.ly/371oNdv 
••••• 
Erti "Rob" (Rabb) Dan Tuhan @ Antara Ajaran Sesat 
Atau Bohong Melalui Doa Di Dalam Bahasa Arab 
- https://bit.ly/352upWH 
••••• 
Erti Islam Dan Muslim @ Erti Islam 
Bukanlah "Salaam" Atau "Peace" 
- https://bit.ly/34Sfrmd