Saturday, May 7, 2022

Antara PAS Dan UMNO Dan Islam Dan Najis @ Selamatkan Melayu Dan Manusia Lain


"Khalifah" adalah nama jawatan untuk ketua negara Islam. Fahami bahawa "khalifah" (khalifa) adalah bersamaan dengan "presiden", bukan "prime minister", bukan "perdana menteri", bukan "yang dipertua", juga bukan "yang dipertuan agong". Dan apakah yang membezakan Muslim dari Kafir: Adakah solaat, ataukah sembahan? Seterusnya, adakah dasar UMNO atau PAS atau PKR sejajar dengan kemerdekaan manusia? Dan tidakkah UMNO adalah parti perkauman Melayu yang bertopengkan Islam? Sebenarnya, adakah PAS sebuah parti Islam? Tidakkah PAS patut bergelar Parti Ajaran Sesat atau Parti Islam Songsang? Janganlah kena tipu atau silap. Jangan main sangka. Dan janganlah selamba mengaku Muslim atau orang Islam kalau tidak tahu erti Muslim dan Islam dan sembah dan tuhan. Bukalah minda. Dan sila fahami beberapa fakta dan ajaran Allah, termasuk mengenai Muslim dan Islam dan sembah dan tuhan dan hadis dan sunnah dan kemerdekaan dan najis. 
       Fahami bahagian pertama pada ayat 5 di surah Fatihah dan 3 ayat pertama di surah Kafirun lalu sedarlah bahawa engkau dan ulama PAS dan sesiapa pun perlulah menyembah Allah, hanya Allah untuk menjadi Muslim. Dan hakikatnya, Muslim adalah sama ertinya dengan yang "aslim" (kepada Allah), maka engkau dan ulama PAS dan sesiapa pun perlulah "aslim" (kepada Allah) untuk menjadi Muslim. Awas, "aslim" bukanlah "tawakkal". "Aslim" adalah menyerah (diri), sedangkan "tawakkal" adalah berserah. Dan ulama yang tidak betul mengenai bagaimana untuk masuk Islam atau menjadi Muslim sangatlah tidak patut untuk diambil sebagai guru dalam mempelajari Islam, di samping tidak patut bergelar ulama Islam. Sedarlah bahawa mengucap "kalimah Syahadah" bukanlah bagaimana untuk masuk Islam atau menjadi Muslim, tetapi bagaimana untuk menjadi Munafiq atau Muslim palsu. Penyebar "ajaran sesat Syahadah" adalah musuh Islam yang "tidak nyata". Dan 3 ciri utama agama Islam adalah penyembahan Allah, hanya Allah dan penyerahan diri kepada Allah, serta kemerdekaan manusia. Perhambaan adalah lawan kepada kemerdekaan. Shirik adalah lawan kepada tauhid. Dan fahami bahawa perhambaan, juga shirik bukanlah di mana Allah adalah raja atau tuan, tetapi di mana selain Allah adalah raja atau tuan. Merdeka, kita berhak merdeka: Hanya Allah adalah yang berhak sebagai tuan kita. Dan yang tidak berhak sebagai tuan kita tidaklah berhak sebagai raja kita. Alhamdulillah. Wallahu akbar. 
       Fahami bahawa kalau ada hamba, maka adalah tuan, oleh sebab itu menghambakan diri bermakna mempertuankan. Dan fahami bahawa perhambaan, juga shirik (syirik) bukanlah di mana Allah adalah raja atau tuan, tetapi di mana selain Allah adalah raja atau tuan. Allah berhak sebagai pemilik dan tuan ke atas ciptaanNya. "Raja manusia" di dalam bahasa Arab adalah "malikin-nas". Dan berlandaskan surah an-Nas, Allah adalah "rob-binnas, malikin-nas, ila-hinnas", iaitu "tuan manusia, raja manusia, tuhan manusia". Hakikatnya, Allah adalah tuan manusia, raja manusia, tuhan manusia, tetapi apakah dasar atau ajaran atau kepercayaan orang UMNO dan orang PAS dan orang PKR? Percaya atau terimalah bahawa Allah adalah pencipta dan pemilik kita. Percaya atau terimalah bahawa Allah adalah tuan kita, raja kita, tuhan kita. Dan fahami 3 ayat pertama di surah Kafirun lalu sedarlah bahawa yang membezakan Muslim dari Kafir adalah sembahan. Sembahan adalah sesuatu yang disembah. Dan menyembah adalah sama ertinya dengan menghambakan diri, tetapi sedarlah juga bahawa mempertuankan adalah menyembah, begitu juga atau lebih-lebih lagi memperajakan. Ingat, yang menyembah selain Allah adalah Mushrik (Musyrik), iaitu yang shirik atau curang terhadap Allah. Dan menurut ayat 28 di surah Taubah (Quran 9:28), Mushrik adalah najis. Sila selidik. Sila tadabbur atau fikirkan secara rasional. Dan jujurlah. Mengenai ayat al Quran, janganlah betul pada sebutan, tetapi salah pada kefahaman atau pada kepercayaan. Janganlah cakap tak serupa percaya. Janganlah lain di mulut, lain di hati. Dan janganlah cakap tak serupa bikin. Mengenai Allah, adakah bukti untuk mengatakan bahawa pencipta kita bukanlah Allah, atau bahawa pengarang al Quran tidak mungkin Allah? 
       Benar, Mushrik adalah najis menurut al Quran, tetapi apakah ajaran ulama PAS? Bagaimana pula ajaran ulama atau ustaz UMNO? Mushrik (Musyrik) adalah najis menurut ajaran Allah, tetapi apakah ajaran ulama Sunnah wal Jamaah? Dan pencipta agama Islam adalah Allah, hanya Allah, tetapi Allah bukanlah pencipta atau pengasas sesuatu mazhab, maka adakah mazhab berada di dalam Islam, dan adakah pengikut mazhab berada di dalam Islam, sebenar Islam? Munasabahlah. Jangan putar-belit atau berdolak-dalih. Jangan main sangka, usahkan main yakin. Dan ingat, kebenaran dan ajaran Allah patut diterima walau apa pun. Fikir, selamatkah kalau berada di dalam kesesatan atau kejahilan? Dan untungkah kalau bohong dalam solaat? Selamatkah kalau curang atau derhaka terhadap Allah? Atau selamatkah kalau mati sebagai seorang Munafiq atau Muslim palsu? Awas, jangan untung jangka pendek, tetapi merana atau rugi jangka panjang. Allah adalah pemerintah dan penguasa mutlak Syurga dan Neraka. Dan marwah (maruah) patut dikuasai, bukan diikutkan. Tadabbur atau fahamilah al Quran. Dan sebuah laman sesawang atau "website" yang sangat baik untuk mencari dan membaca terjemahan sesuatu ayat al Quran di dalam bahasa English adalah https://corpus.quran.com/translation.jsp 
••••• 
Solaat Sampah Dan Yang Membezakan Muslim Dari Kafir @ Menyembah Hanya Allah Adalah Yang Lebih Penting 
- https://bit.ly/3jcAJC9 
••••• 
Munafiq Atau Muslim Palsu @ Jangan Kena Tipu Atau Silap 
Mengenai Syahadah Dan Sunnah 
- https://bit.ly/3vmaMW5 
••••• 
Erti "Rob" (Rabb) Dan Tuhan @ Antara Ajaran Sesat 
Atau Bohong Melalui Doa Di Dalam Bahasa Arab 
- https://bit.ly/352upWH 
••••• 
Erti Islam Dan Muslim @ 
Erti Islam Bukanlah "Salaam" Atau "Peace"  
- https://bit.ly/34Sfrmd 
••••• 
Antara Rasis Dan Muslim @ Islam Bukan Agama Perkauman, 
Juga Bukan Agama Perhambaan 
- https://bit.ly/3u9V29o