Bagaimanakah azan (adzan) Nabi Ibrahim? Apakah yang dia sebut? Adakah "ash-hadu" di dalam azan Nabi Ibrahim? Pendek kata, bagaimanakah azan sebelum Nabi Muhammad dilantik menjadi rasul? Adakah "ash-hadu" diucapkan di dalam azan? Dan bolehkah engkau "bersaksi" atau "naik saksi" atau "bear witness" bahawa "laa-ilaha-illallah" kalau engkau sebenarnya tidak pernah menyaksikan bahawa "laa-ilaha-illallah"? Sejujurnya, bolehkah engkau "bersaksi" atau "naik saksi" atau "bear witness" bahawa emak dan bapa engkau bernikah sedangkan engkau belum dilahirkan? Dan apa itu "laa-ilaha-illallah"? Jangan putar-belit. Janganlah mengada-adakan atau main sangka. Sila munasabah. Dan terimalah hakikat walaupun ia menyakitkan atau bercanggah dengan kehendak marwah (maruah).
"Syahadah" adalah sama ertinya dengan penyaksian, tetapi menyaksikan tidaklah sama ertinya dengan memperakui. Menyaksikan tidaklah sama ertinya dengan mempercayai. Dan sedarlah bahawa 2 ciri utama Muslim yang sebenar adalah menyembah Allah, hanya Allah dan "aslim" kepada Allah. Yang patut dipercaya adalah yang munasabah, bukan yang tidak munasabah. Dan terjemahan atau pengertian atau kesimpulan yang salah janganlah tidak disedari. "Laa-ilaha-illallah" patut diterjemahkan sebagai"bukan tuhan kecuali Allah", bukan sebagai "tiada tuhan melainkan Allah". Benar adalah bahawa "laa-ilaha-illallah", tetapi bohong atau tidak benar adalah bahawa "ash-hadu-allaa-ilaha-illallah". Benar adalah bahawa "bukan tuhan kecuali Allah". Benar adalah bahawa "hanya Allah adalah tuhan, sebenar tuhan". Dan erti tuhan bukanlah sembahan, tetapi "sovereign ruler", iaitu pemerintah yang tidak dikuasai. Adakah pemerintah yang tidak dikuasai selain Allah? Fikir, kenapakah Firaun mengaku dirinya tuhan, kalau dia bukanlah gila ataupun tidak rasional?
•••••
Munafiq Atau Muslim Palsu @ Jangan Kena Tipu Atau Silap Mengenai Syahadah Dan Sunnah
- https://bit.ly/3vmaMW5
•••••
Solaat (Solat) Sampah Dan Yang Membezakan Muslim Dari Kafir
- https://bit.ly/3jcAJC9
•••••
Erti "Rob" (Rabb) Dan Tuhan
- https://bit.ly/352upWH