Sunday, March 3, 2019

Mahathir Dan Kenapa PH Kalah Di Semenyih

Apakah kejahatan atau kesalahan ataupun kebodohan mereka yang dilabel sebagai "Sosialis" oleh Mahathir? Tahukah Mahathir bahawa mengucap 2 "kalimah Syahadah" bermakna bohong 2 kali dan bahawa memperajakan adalah menyembah? Dan adakah Mahathir pro-kebajikan dan anti-perkauman?
       Apapun, perokok atau bujang B-40 manakah yang memberikan undi kepada calun PH di Cameron Highland atau di Semenyih? Bagaimana pula dengan peniaga atau mereka yang rugi akibat operasi anti rokok seludup ataupun judi haram? Pendek kata, siapakah yang rugi atau dapat susah apabila PH mentatbir? Dan adakah pengundi yang bijak adalah yang menyokong pihak yang merugikan atau menyusahkan dirinya? Bukalah minda. Fahami fakta yang releven. Dan jujurlah. Sebenarnya, Mahathir Mohamad tahu apa? Anwar Ibrahim dan Hadi Awang dan orang Melayu yang lain tahu apa? Dan setujukah Mahathir dan menteri Malaysia yang lain bahawa pencen adalah gaji buta, juga tongkat yang kukuh?
       Hmm, orang UMNO janganlah perasan hebat: Kalau mereka masih lagi dengan sikap anti-Cina, maka susahlah untuk mereka kembali berkuasa, atau susahlah untuk PH menjadi "Pakatan Sepenggal". Faham tak? Dan sedarlah, Muslim bukanlah pengikut "ajaran sesat Syahadah", juga bukanlah rasis ataupun pro-perkauman. Janganlah sombong ataupun mabuk kemarwahan. Dan janganlah rugi selepas mati.
•••••
Jom Tubuhkan Atau Sokong "Wajar Bersatu"
https://goo.gl/uB3TwV
•••••
Fobia Asap Rokok Dan Keselamatan Diri
https://goo.gl/vD6QZN
•••••
Rasulullah Dan "Syahadah Munafiq"
Dan Hadis "Sahih"
https://goo.gl/1LwnQ8
•••••
Sayangi Malaysia:
Reformasi Pencen @ Gaji Buta
https://goo.gl/YbvKnA
•••••
Najis, Sebenar Najis
https://goo.gl/Zs3dQP
•••••
Erti "Amal Ibadat" Dan "Rob",
Dan Mengenai Menyembah Hanya Allah
https://goo.gl/pezs6w

Tuesday, February 12, 2019

Hakikat Kristian Dan Muhammadis Dan Muslim

Adakah kita seagama? Agamaku adalah Islam, iaitu Penyerahan, yakni penyerahan diri kepada Allah, Dia, pencipta manusia, tuan manusia, raja manusia, tuhan manusia. Maka? Jujurlah. Terima dan sampaikanlah yang benar. Dan perbaikilah isi hati.
•••••
Apakah Kristian? Erti Kristian ialah pengikut Jesus Christ. Dan Jesus Christ ialah Isa al-Masih, iaitu Nabi Isa, Rasulullah. Maka? Pendek kata, erti Kristian ialah pengikut Nabi Isa. Dan erti Muhammadis ialah pengikut Nabi Muhammad. Malangnya, yang ramai sebenarnya bukanlah Kristian, juga bukanlah Muhammadis. Sedarlah. Fikirkanlah. Dan fahamilah, Kristian bukanlah agama sebagaimana Muhammadis dan Muslim bukanlah agama.
       Siapapun Rasulullah menyembah Allah, hanya Allah, dan beragamakan Islam, begitulah juga dengan pengikutnya, sebenar pengikutnya. Bagaimanakah Rasulullah masuk Islam, yakni menjadi Muslim? Dan adakah "Jesus Christ" ataupun Nabi Muhammad mengucap "ash-haduan-na Muhammadar rasulullah" untuk masuk Islam? Sedarlah, bidaah dan bohong dan menyesatkan adalah bahawa masuk Islam atau menjadi Muslim adalah dengan mengucap "kalimah Syahadah". Suka atau tidak, Kristian dan Muhammadis adalah Muslim dan bersaudara, sebagaimana Nabi Isa dan Nabi Muhammad adalah Muslim dan bersaudara. Dan kalau agamamu bukanlah penyerahan diri kepada Allah, maka agamamu bukanlah Islam.
       Muslim ialah orang Islam, dan Muslim adalah yang berada di dalam Islam, tetapi sedarlah juga bahawa Muslim ialah yang "aslim". Dan aslim ialah menyerah, sedangkan tawakkal ialah berserah. Fahamilah, yang menyerah (Muslim) adalah sama ertinya dengan yang berada di dalam penyerahan (Islam). Maka? Benar, erti Islam ialah penyerahan, bukan "salaam", bukan aman, juga bukan "peace". Sesungguhnya, erti Muslim bukanlah pengikut Nabi Muhammad. Yang berada di dalam "salaam", iaitu aman atau "peace", patut dipanggil Muslaam, bukan Muslim. Dan benar, Islam adalah agama ciptaan Allah, Dia, pencipta kita, Dia, pengarang al Quran, Dia, penguasa mutlak Syurga dan Neraka. Maka?
•••••
Bukalah minda. Fikir dan fahamilah fakta. Hmm, penyakit menyangka-nyangka. Penyakit syok sendiri. Dan penyakit marwah gila. Apapun, janganlah bodoh tak boleh diajar, usahkan sesat tak boleh dibimbing. Ada otak, sila guna. Ada akal, sila fikir. Dan janganlah untung jangka pendek, tetapi rugi jangka panjang. Allah bukan bodoh. Dan Neraka sedia menanti.
•••••
Tersalah Guru, Dan Mengenai Berakal
https://goo.gl/nEYowK
•••••
Erti "Amal Ibadat" Dan "Rob",
Dan Mengenai Menyembah Hanya Allah
https://goo.gl/pezs6w
•••••
Tuan Dan Hamba, Dan Kewajaran
https://goo.gl/atM53P
•••••
Najis, Sebenar Najis
https://goo.gl/Zs3dQP

Sayangi Malaysia: Reformasi Pencen @ Gaji Buta

Berapakah harga se tan sawit di Indonesia atau negara lain? Dan setujukah Mahathir dan menteri Malaysia yang lain bahawa pencen adalah "gaji buta", juga "tongkat"? Apapun, kepada Menteri Kewangan atau Yang Tahu, berapakah jumlah kos atau bayaran pencen setiap bulan, dan siapakah yang mendapat lebih dari 1 bayaran pencen atau mendapat pencen lebih dari RM5,000 dari kerajaan setiap bulan? Boleh berterus-terang? Atau siapakah yang menghalang? Dan fahamilah, bilangan pesara dan penduduk bertambah setiap tahun. Maka?
•••••
Pencen: Bagaimanakah sistem atau program pencen di USA atau Jepun atau China? Apakah bezanya? Pendek kata, sistem atau program yang baik patut dicontohi walau dari manapun datangnya ia. Dan kalau negara tak cukup duit, maka apakah akibatnya? Harga sawit dan getah menurun? Saman meningkat? Bantuan kewangan untuk bujang B-40 dihapuskan? Apapun, jom ubah, atau jom sokong untuk perubahan demi kebajikan masyarakat dan kemajuan negara. Tak perlu guna senapang dan berlandaskan marwah, tetapi akal yang waras dan keprihatinan. Benar, fakta dan ajaran Allah patut disedari dan disampaikan. Dan sila buktikan, kalau engkau fikir bahawa aku salah.
•••••
Patriotik? Pejuang? Prihatin? Siapakah menteri atau "orang kuat" ataupun seseorang yang berani atau mahu untuk mengubah sistem pencen negara supaya lebih dana dapat diberikan kepada mereka yang lebih memerlukan, ataupun supaya negara mempunyai cukup atau lebih wang untuk melaksanakan program kebajikan dan kemajuan? Anwar Ibrahim? Azmin Ali? Mahathir Mohammad? Zahid Hamidi? Hadi Awang? Siapa? Dan apakah yang boleh dilakukan supaya negara Malaysia akan bebas dari hutang dalam masa 5 hingga 10 tahun? Ingat, takkanlah setiap orang yang sedang atau akan mendapat bayaran pencen yang "lumayan setiap bulan" akan setuju untuk membuat perubahan kepada sistem pencen sedia-ada. Dan fikir, bolehkah PH ataupun BN menang kalau tidak mendapat undi perokok dan bujang B-40? Janganlah syok sendiri, usahkan melampau ataupun bohong.
•••••
Pencen adalah gaji buta, juga boleh dianggap sebagai tongkat yang kukuh. Sistem Pencen patut diubah demi kebajikan masyarakat dan kemajuan negara. 1 individu dapat 1 pencen sahaja dan amaunnya tidak lebih dari RM5,000 sebulan. Dan pewarisan pencen tidak lebih dari 3 tahun. Okay? Atau apakah yang lebih baik? Fikirlah. Jadilah orang akal dan kewajaran, bukan orang marwah dan kebendaan. Awas, jangan silap mengenai erti sembah dan tuhan dan Muslim dan Islam, usahkan silap mengenai "masuk Islam". Dan untung atau selamatkah kalau mati sebagai seorang yang sebenarnya menyembah selain Allah?
•••••
Rasulullah Dan "Syahadah Munafiq"
Dan Hadis "Sahih"
https://goo.gl/1LwnQ8
•••••
Erti "Amal Ibadat" Dan "Rob",
Dan Mengenai Menyembah Hanya Allah
https://goo.gl/pezs6w
•••••
Ulama Dan Bukti, Dan Erti Islam
https://goo.gl/UpQzHH

Tuesday, January 29, 2019

Jom Tubuhkan Atau Sokong "Wajar Bersatu"

Wajar Bersatu adalah anti perkauman, dan berpegang pada hakikat bahawa Allah adalah pencipta kita, tuan kita, raja kita, tuhan kita. Fikir dan fahamilah. Engkau siapa? Kita siapa? Ingatlah, pandangan dan ajaran Allah adalah yang paling penting untuk diambil-kira.
•••••
Wajar Bersatu. Sumbangan idea dan pendapat, juga wang adalah dialu-alukan. Sila hubungi Jaafar Sarbani atau Filosuf Puitis melalui Facebook. Jaafar Sarbani, atau nama pena Filosuf Puitis, ialah Jaafar @ Par @ Prof. Dia pernah belajar di Arizona State University, USA. Dia adalah pemikir, bukan penyangka. Dan laman blognya adalah www.filopu.blogspot.com.
•••••
Bersatu. Tidakkah elok bersatu dalam kewajaran? Tidakkah elok kalau kita bersatu untuk kewajaran? Fahamilah, "amar makruf, nahi mungkar". Dan wajarlah: Suka atau tidak, kebenaran patut diterima, walau siapapun yang menyampaikannya. Janganlah ikut suka. Dan kalau engkau tidak jujur, atau kalau engkau berdolak-dalih ataupun menyangka-nyangka, maka tidakkah engkau patut disesatkan oleh Allah, dan tidakkah engkau sebenarnya sedang sesat atau akan menjadi sesat? Jagalah diri.
       Tidakkah mulia atau baik adalah berjuang dan bertindak berlandaskan kebenaran dan kewajaran? Tidakkah hina atau jahat adalah berjuang atau bertindak berlandaskan perkauman ataupun bangsa? Dan tidakkah wajib atau wajar adalah mengambil-tahu dan berpegang pada ajaran Allah yang kepadaNya kita dikembalikan? Berakallah, bukan atau berbanding bermarwah. Janganlah tertipu, usahkan menipu. Dan fahamilah, syaitan cukup mampu untuk menghias-indahkan kejahatan dan kebodohan. Janganlah sengsara ataupun rugi selepas mati.
•••••
Apakah faedah Pakatan Harapan atau PH, berbanding Barisan Nasional atau BN? Untungkah perokok dan pengusaha kedai makan apabila PH mentatbir? Untungkah bujang B-40 apabila PH mentatbir? Kalau mereka rugi atau tidak untung, maka adakah mereka akan memberikan undi kepada PH? Munasabahlah. Dan bolehkah PH ataupun BN menang kalau tidak mendapat undi perokok dan bujang B-40? Janganlah syok sendiri, usahkan melampau ataupun bohong. Dan kalau PH nak jadi "Pakatan Sepenggal", maka teruskan dengan larangan merokok dan "kerja merugikan atau menyusahkan" yang lain.
•••••
Akal kat mana? Janganlah syok sendiri, usahkan melampau ataupun bohong. Bukalah minda. Selidik. Fikir. Dan fahamilah hakikat, iaitu kebenaran atau fakta, juga ajaran Allah, Dia, pengarang al Quran, Dia, pencipta Islam. Janganlah bodoh tak boleh diajar, usahkan sesat tak boleh dibimbing. Janganlah "main petik". Jadilah pemikir, bukan penyangka. Dan Muslim bukanlah pengikut "ajaran sesat Syahadah".
•••••
"Kalimah Syahadah". Adakah Rasulullah mengucap "ash-haduan-na Muhammadar rasulullah" di dalam azan? Adakah Nabi Ibrahim ataupun Nabi Muhammad mengucap "ash-haduan-na Muhammadar rasulullah" untuk menjadi Muslim? Jawapan: Tidak. Maka? Sedarlah. Fahamilah. Dan gara-gara Hadis "sahih" dan ulama Hadis, betapa yang ramai bukanlah pengikut Nabi Muhammad, tetapi pengikut "ajaran sesat Syahadah".
•••••
Perkauman adalah bercanggah dengan Islam, maka pro-perkauman bermakna bukan pro-Islam. Islam adalah agama ciptaan Allah, Dia, pencipta semua manusia. Dan bohong adalah bahawa masuk Islam adalah dengan mengucap "kalimah Syahadah". Hmm, betapa yang ramai adalah Kristian palsu dan Muhammadis palsu dan Muslim palsu.
•••••
Fobia Asap Rokok Dan Keselamatan Diri
https://goo.gl/vD6QZN
•••••
Rasulullah Dan "Syahadah Munafiq" Dan Hadis "Sahih"
https://goo.gl/1LwnQ8
•••••
Erti "Amal Ibadat" Dan "Rob",
Dan Mengenai Menyembah Hanya Allah
https://goo.gl/pezs6w

Monday, January 21, 2019

Tersalah Guru, Dan Mengenai Berakal

Apa itu "tersalah guru"? Tersalah guru ialah bergurukan atau mengambil sebagai guru seseorang yang tidak patut diambil sebagai guru. Dan seseorang yang salah mengenai apa yang diajarkan sudah tentu adalah seorang yang tidak patut diambil sebagai guru. Hmm, tidakkah ramai yang sudah tersalah guru dan kitab? Tidakkah ramai yang sedang sesat tak sedar diri, yakni tidak sedar bahawa mereka sedang sesat? Dan betapa ramai yang bohong dalam solaat, termasuk semasa mengucap ayat 5 surah Fatihah.
       Apapun, seseorang yang salah mengenai erti Muslim dan Islam tidaklah patut diambil sebagai guru dalam mempelajari Islam, begitu juga dengan yang salah mengenai erti sembah dan tuhan dan shirik dan tauhid, dan begitu juga atau lebih-lebih lagi dengan yang salah mengenai "masuk Islam". Ingat, janganlah takut ataupun tidak mahu untuk memikirkan. Ada otak, sila guna. Dan jujurlah. Fahamilah, berakal adalah lebih baik berbanding bermarwah. Dan berakal adalah lebih penting berbanding berguru. Jadilah orang akal dan kewajaran, bukan orang marwah dan kebendaan. Jadilah pemikir, bukan penyangka. Dan pengikut "ajaran sesat Syahadah" bukanlah pengikut Nabi Muhammad, usahkan Muslim, usahkan Mukmin, usahkan Muttaqin.
       Dalam mempelajari Islam ataupun al Quran, lebih baik bergurukan seorang yang minum arak dan berjudi berbanding bergurukan seorang yang shirik terhadap Allah ataupun yang menyembah selain Allah. Dan lebih baik belajar dari seorang yang mengkaji berbanding belajar dari seorang yang "mengaji" (berguru). Apapun, berakal dan wajarlah. Jangan tersalah kitab ataupun guru, usahkan takut untuk memikirkan secara jujur dan rasional. Dan terjemahan atau pengertian yang salah janganlah tidak disedari, usahkan diterima-pakai. Allah adalah guru yang paling tahu. Allah adalah guru yang paling mampu untuk mengajar siapa pun. Dan kepada Allah kita dikembalikan.
•••••
Rasulullah Dan "Syahadah Munafiq" Dan Hadis "Sahih"
https://goo.gl/1LwnQ8
•••••
Erti "Amal Ibadat" Dan "Rob",
Dan Mengenai Menyembah Hanya Allah
https://goo.gl/pezs6w
•••••
Hmm, Melayu @ Bahkan Adalah Kafir
https://goo.gl/KMvw34

Tuesday, January 15, 2019

Engkau Dan Rasulullah @ Untuk Keuntungan Abadi

Adakah engkau sebenarnya rasis atau pelampau yang bertopengkan Islam? Fahami beberapa fakta dan ajaran Allah. Jangan untung jangka pendek, tetapi rugi jangka panjang. Ingatlah mati, atau bahawa kepada Allah kita dikembalikan. Wahai Melayu dan siapa pun manusia, percayalah bahawa Allah adalah pencipta kita, tuan kita, raja kita, tuhan kita.
•••••
Tidakkah Rasulullah adalah yang percaya bahawa Allah adalah pencipta manusia, tuan manusia, raja manusia, tuhan manusia? Tidakkah Rasulullah adalah yang setia kepada Allah, iaitu mempertuankan hanya Allah, tidak mempertuankan selain Allah, usahkan memperajakan selain Allah? Dan tidakkah Rasulullah adalah yang menyerah diri kepada Allah? Fikirlah. Jujurlah. Dan yang penting bukanlah betul sebut berbanding betul faham dan betul percaya.
•••••
Adakah Nabi Muhammad mengucap 2 kalimah Syahadah untuk masuk Islam, ataupun semasa melakukan solaat? Dan masuk akalkah bahawa Muslim atau orang Islam adalah yang tidak betul mengenai erti Muslim dan Islam dan sembah dan tuhan? Jawapan: Tidak, dan tidak. Maka? Sesungguhnya, bidaah atau bohong adalah bahawa "masuk Islam" adalah dengan mengucap kalimah Syahadah. Bidaah atau bohong adalah bahawa solaat adalah tiang agama Islam. Dan sedarlah, bidaah atau bohong adalah bahawa solat ialah sembahyang.
•••••
Kalau engkau sebenarnya bukan Muslim, maka engkau bukanlah pengikut siapapun Rasulullah. Erti Kristian ialah pengikut Jesus Christ, sedangkan erti Muhammadis ialah pengikut Nabi Muhammad. Dan Jesus Christ ialah Nabi Isa. Maka? Fahami 3 ayat pertama di surah Kafirun, dan fahami erti Muslim, lalu sedarlah bahawa semestinya Muslim adalah menyembah Allah, hanya Allah, dan menyerah diri kepada Allah.

Hmm, Melayu @ Bahkan Adalah Kafir

Masih ramai orang Melayu yang tidak percaya bahawa DAP bukanlah parti Cina. Lebih teruk adalah salah mengenai masuk Islam dan sembah.
•••••
Fahamilah, yang menyerah (Muslim) adalah sama ertinya dengan yang berada di dalam penyerahan (Islam). Dan menyembah ialah menghambakan diri, tetapi sedarlah juga bahawa mempertuankan, apatah lagi memperajakan, adalah menyembah.
•••••
Muslim ialah orang Islam, dan Muslim adalah yang berada di dalam Islam, tetapi sedarlah juga bahawa Muslim ialah yang "aslim". Dan aslim ialah menyerah, sedangkan tawakkal ialah berserah. Janganlah tertipu ataupun silap mengenai masuk Islam, iaitu mengenai bagaimana untuk menjadi Muslim. Dan janganlah tertipu ataupun silap mengenai erti sembah dan tuhan dan Muslim dan Islam dan shirik dan tauhid dan apa-apa lagi istilah atau perkataan.
•••••
Yang menyembah selain Allah adalah Kafir, menurut atau berlandaskan 3 ayat pertama di surah Kafirun. Dan mempertuankan, apatah lagi memperajakan, adalah menyembah. Maka? Ramaikah orang Melayu yang menyembah hanya Allah, dengan kata lain, ramaikah orang Melayu yang mempertuankan hanya Allah dan memperajakan hanya Allah?
•••••
Penyakit menyangka-nyangka. Penyakit syok sendiri. Dan penyakit "marwah gila". Tak mahu sesat, padahal sedang sesat, bahkan adalah Kafir serta najis. Allah tahu. Hakikat dan ajaran Allah: Sila ambil-tahu.

Fobia Asap Rokok Dan Keselamatan Diri

"Gays Don't Smoke, They Suck"? Menteri Kesihatan dan To'Ki adalah "Gay"? Apapun, apakah hak pekedai atau penguasaha kedai makan? Dan apakah hak perokok? Janganlah fobia terhadap asap rokok, usahkan melampau terhadap perokok ataupun pengusaha kedai makan. Perkara remeh atau kecil jangan diperbesarkan. Dan undang-undang ataupun peraturan perlulah adil atau berpatutan.
       Premis atau kawasan kedai yang terbuka tidaklah patut dijadikan kawasan larangan merokok. Kalau patut disediakan perhentian bas dan teksi, maka tidakkah patut disediakan zon merokok? Dan sebenarnya, bahayakah asap rokok berbanding asap kenderaan? Jujurlah. Janganlah memutar-belit atau berdolak-dalih, usahkan bohong. Sila bandingkan secara rasional. Penyakit dan ubat: Tidakkah Kementerian Kesihatan patut menghasilkan dan mempromosikan "ubat herba"? Dan bagaimana pula dengan khasiat ketum dan ganja sebagai ubat?
       Hmm, tokan heroin dan dadah lain akan kerugian, begitu juga dengan doktor dan pembekal "ubat modern"? Bukalah minda. Fahamilah fakta. Dan ubat: Patutkah pesakit "makan ubat sampai mati"? Tidakkah ubat yang patut diutamakan adalah "ubat herba"? Tidakkah baja yang "mesra alam" adalah baja organik, bukan baja kimia? Dan lebih penting, untung atau selamatkah engkau kalau engkau mati sebagai seorang yang sebenarnya menyembah selain Allah? Ingat, kehidupan di Dunia hanyalah sementara.
•••••
Rasulullah Dan "Syahadah Munafiq" Dan Hadis "Sahih"
https://goo.gl/1LwnQ8
•••••
Erti "Amal Ibadat" Dan "Rob",
Dan Mengenai Menyembah Hanya Allah
https://goo.gl/pezs6w

Wednesday, December 19, 2018

Rasis Dan Islam Dan Sembahan

Demonstrasi rasis bertopengkan Islam telah berjalan dengan lancar. Syabas kepada PH dan pihak polis. Apapun, fakta dan ajaran Allah patut disedari dan disampaikan. Janganlah sesat tak boleh dibimbing. Ingat, kepada Allah kita dikembalikan.
•••••
ICERD adalah anti-perkauman, bukan anti-Islam. Rasis ialah orang perkauman. Dan perkauman adalah bercanggah dengan Islam, maka pro-perkauman bermakna bukan pro-Islam. Islam adalah agama ciptaan Allah, Dia, pencipta semua manusia. Solaat bukanlah sembahyang. Dan bohong adalah bahawa masuk Islam adalah dengan mengucap kalimah Syahadah.
•••••
Siapakah yang terbaik ataupun istimewa pada pandangan Allah, Dia, penilai terarif, Dia, hakim terwajar, Dia, penguasa mutlak Syurga dan Neraka? Jawapan: Bukan bani Israel, juga bukan bangsa Arab, usahkan Melayu. Janganlah sombong ataupun mabuk kemarwahan. Yang terbaik pada pandangan Allah adalah yang bertaqwa. Dan tidakkah yang terbaik adalah yang istimewa? Fikirkanlah. Fahamilah. Dan ingat, yang mengkaji-selidik adalah yang tahu atau lebih tahu berbanding yang berguru.
•••••
Hmm, betapa merosakkan adalah pengikut ajaran sesat Syahadah dan Hadis "sahih". Fahamilah, kalau bukan karangan Nabi Muhammad, maka bukanlah kata-kata Nabi Muhammad. Dan tidakkah "ulama itu" lebih sanggup makan taik babi berbanding mubahalah menentang aku mengenai sembah dan masuk Islam? Janganlah tersalah kitab ataupun guru, usahkan takut untuk memikirkan. Sebenar ajaran Nabi Muhammad adalah sepertimana yang dinyatakan di dalam al Quran. Dan semakin engkau tidak tahu ajaran Allah, maka semakin mudahlah engkau untuk dipesong-sesatkan oleh pengikut Hadis "sahih".
•••••
Siapakah yang Rasulullah pertuankan? Siapakah yang Rasulullah perajakan? Dan apakah sebenarnya erti tuhan, maka siapakah atau adakah tuhan selain Allah? Wahai Kafir, aku tidak sembah apa yang engkau sembah: Hanya Allah adalah yang aku sembah, yakni hanya kepada Allah aku menghambakan diri, yakni hanya Allah adalah yang aku pertuankan, perajakan. Dan agamaku adalah Islam, iaitu Penyerahan, yakni penyerahan diri kepada Allah, Dia, pencipta manusia, tuan manusia, raja manusia, tuhan manusia.
•••••
Janganlah "main sangka". Janganlah bodoh tak boleh diajar, usahkan sesat tak boleh dibimbing. Dan kalau engkau fikir bahawa aku sesat atau salah, maka sila buktikan. Boleh? Fahamilah, menurut kebanyakan orang, aku sesat, tetapi menurut hakikat atau fakta, kebanyakan orang adalah yang sesat. Dan untung atau selamatkah engkau kalau mati sebagai seorang yang sebenarnya menyembah selain Allah?
•••••
Rasulullah Dan "Syahadah Munafiq" Dan Hadis "Sahih"
https://goo.gl/1LwnQ8
•••••
Erti "Amal Ibadat" Dan "Rob",
Dan Mengenai Menyembah Hanya Allah
https://goo.gl/pezs6w
•••••
Ulama Dan Bukti, Dan Erti Islam
https://goo.gl/UpQzHH

ICERD Dan Rasis Bertopengkan Islam

Siapa rasis? Atau siapa adalah rasis dan Munafiq yang bertopengkan Islam? DAP, ataukah UMNO dan PAS?
•••••
Apa itu rasis, iaitu "racist"? Fahami definisi "racism" dan "racist". Janganlah memutar-belit atau tidak jujur. Dan hakikat, iaitu fakta atau kebenaran, patut diterima, walaupun ianya dari pelacur atau apa pun.
•••••
ICERD adalah sejajar dengan keadilan serta Islam, tidak seperti perkauman. Dan ICERD adalah anti-perkauman, bukan anti-Islam. Hmm, orang UMNO dan orang PAS tahu apa mengenai Islam ataupun keadilan? Bagaimana pula dengan orang Melayu yang lain? Apapun, janganlah sesat tak boleh dibimbing, ataupun bodoh tak boleh diajar. Bukalah minda.
•••••
Adakah kita seagama? Agamaku adalah Islam, iaitu Penyerahan, yakni penyerahan diri kepada Allah, Dia, pencipta manusia, tuan manusia, raja manusia, tuhan manusia. Maka? Fahamilah, yang menyerah (Muslim) adalah sama ertinya dengan yang berada di dalam penyerahan (Islam). Dan sesungguhnya, yang berada di dalam "salaam", iaitu aman atau "peace", patut dipanggil Muslaam, bukan Muslim.
•••••
Jadilah pro-Islam, bukan pro-perkauman. Allah adalah pencipta Islam. Allah adalah pencipta semua manusia, walau apa pun bangsanya. Dan Allah adalah "rob-binnas, malikin-nas, ila-hinnas", yakni tuan manusia, raja manusia, tuhan manusia. Bagaimanakah Rasulullah masuk Islam atau menjadi Muslim? Sedarlah, bidaah dan bohong adalah bahawa masuk Islam atau menjadi Muslim adalah dengan mengucap kalimah Syahadah. Dan kalau agamamu bukanlah penyerahan diri kepada Allah, maka agamamu bukanlah Islam.
•••••
Jangan ambil mudah mengenai kebenaran atau fakta yang ada kaitan dengan Islam. Dan patutkah ulama atau ustaz atau seseorang yang tidak betul mengenai erti Islam dan sembah diambil sebagai guru dalam mempelajari Islam ataupun al Quran?
•••••
Hmm, penyakit menyangka-nyangka. Penyakit syok sendiri. Dan penyakit marwah gila. Allah tahu. Allah tidak memerlukan. Dan Neraka sedia menanti.
•••••
Rasulullah Dan "Syahadah Munafiq" Dan Hadis "Sahih"
https://goo.gl/1LwnQ8
•••••
Antara PAS Dan UMNO Dan Islam Sebenar
@ Ciri Utama Islam
https://goo.gl/v7ffAP

Tuesday, November 13, 2018

Kristian Dan Muslim, Dan Agamaku Dan Agamamu

Erti Kristian ialah pengikut Jesus Christ. Jesus Christ ialah Isa al-Masih, iaitu Nabi Isa, Rasulullah. Dan siapa pun Rasulullah adalah Muslim. Pengikut siapapun Rasulullah adalah Muslim. Kalau sebenarnya bukan Muslim, maka bukanlah pengikut siapa pun Rasulullah. Apakah erti Muslim, iaitu orang Islam, iaitu yang berada di dalam Islam? Erti Muslim bukanlah pengikut Nabi Muhammad. Erti Muslim ialah yang "aslim". Dan pengikut Nabi Muhammad patut dipanggil Muhammadis atau Muhammadan.
       Malangnya, yang ramai bukanlah Kristian, juga bukanlah Muhammadis, tetapi Kristian palsu dan Muhammadis palsu. Selain aslim atau menyerah diri kepada Allah, Muslim menyembah Allah, hanya Allah. Pendek kata, jangan silap mengenai erti sembah dan tuhan dan Muslim dan Islam, usahkan silap mengenai "masuk Islam". Hmm, apakah agamaku? Agamaku adalah Islam, iaitu Penyerahan, yakni penyerahan diri kepada Allah, Dia, pencipta manusia, tuan manusia, raja manusia, tuhan manusia. Maka? Sebenarnya, adakah engkau atau si ustaz menyembah Allah, hanya Allah, dan berada di dalam penyerahan diri kepada Allah?
•••••
Ulama Dan Bukti, Dan Erti Islam
https://goo.gl/UpQzHH
•••••
Antara PAS Dan UMNO Dan Islam Sebenar @ Ciri Utama Islam
https://goo.gl/v7ffAP
•••••
Rasulullah Dan "Syahadah Munafiq" Dan Hadis "Sahih"
https://goo.gl/1LwnQ8

Ilmu Dan Musuh Islam Dan Guru

Apakah 2 ilmu terpenting yang aku ada, tetapi ulama dan ustaz tidak tahu atau macam tidak tahu? Jawapan: "Ilmu sembah" dan "ilmu masuk Islam". Bagaimana pula dengan ajaran mengenai hubungan yang asas antara kita dan Allah: Tidakkah benar bahawa Allah adalah pencipta kita, tuan kita, raja kita, tuhan kita? Hmm, betapa ulama dan ustaz adalah yang menyesatkan.
       Sedarlah, musuh Islam yang paling bahaya bukanlah Yahudi, tetapi Munafiq, terutama pengikut "ajaran sesat Syahadah". Dan mengenai "syahadah Munafiq", sila fahami ayat pertama di surah Munafiqun. Ingat, "ash-hadu" ialah "aku menyaksikan". Dan hidayah Allah, apatah lagi SyurgaNya, bukanlah untuk pelampau dan pendusta. Hmm, apakah erti "bersaksi"? Apapun, ash-hadu" ialah "aku menyaksikan", tetapi adakah engkau menyaksikan bahawa "laa-ilaha-illallah" ataupun bahawa "Muhammad adalah Rasulullah"? Dan apakah sebenarnya erti Muslim dan Islam, maka apakah susulan itu? Munasabahlah.
       Pendek kata, mengucap "kalimah Syahadah" adalah untuk menjadi Munafiq, bukan untuk menjadi Muslim. Dan al Quran adalah sumber Islam dan kewajaran, tetapi Hadis "sahih" adalah sumber kesesatan dan bidaah. Fahamilah. Alhamdulillah, aku bukanlah pengikut ulama yang mencanggah ajaran Allah mengenai najis dan sunnah dan syahadah dan akal. Apapun, patutkah mereka yang tidak betul mengenai erti Muslim dan Islam dan sembah dan tuhan dan "rob" (rabb) dan sunnah dianggap sebagai ulama Islam, ataupun diambil sebagai "guru" dalam mempelajari Islam ataupun al Quran? Ada akal, sila fikir. Hakikat dan ajaran Allah: Ketahuilah, dan terima-pakailah.
       Perbaikilah sikap dan kepercayaan. Kalau engkau menyangka-nyangka dan berdolak-dalih, serta tidak jujur, maka patutlah engkau menjadi Kafir atau sesat ataupun bodoh tak sedar diri. Dan Allah adalah guru yang paling tahu serta paling mampu. Hmm, betapa ramai yang sudah menjadi Kafir, ataupun sedang sesat akibat terjemahan atau pengertian yang salah mengenai "rob" dan sembah dan sunnah dan syahadah, ataupun akibat ulama dan Hadis "sahih".