Ramai yang melakukan solaat (solat) dan berzikir dan berdoa, tetapi kalau disuruh atau diajar supaya menyembah Allah, hanya Allah, maka ramai yang akan membantah atau tak terima. Betul atau tidak? Dan ramai yang bohong atau membuat pengakuan palsu dalam solaat atau bila mengucap bahagian pertama pada ayat 5 di surah Fatihah, tidak terkecuali mereka yang bergelar ulama dan ustaz. Apapun, pencipta "deen" atau agama yang bernama Islam adalah Allah. Allah adalah pengarang al Quran. Dan Allah adalah pemerintah mutlak Syurga dan Neraka. Masuk Islam adalah sama erti atau maknanya dengan menjadi Muslim. Muslim boleh dikatakan sama ertinya dengan orang Islam. Dan seseorang tidaklah mungkin boleh menjadi Islam, tetapi boleh menjadi Muslim.
Ramai yang percaya atau bahkan mengajar bahawa menjadi Muslim atau masuk Islam adalah dengan mengucap 2 "kalimah Syahadah", tetapi betulkah bahawa menjadi Muslim atau masuk Islam adalah dengan mengucap 2 "kalimah Syahadah"? Jawapan: Tidak. Kenapa tidak? Kenapa menjadi Muslim atau masuk Islam bukanlah dengan mengucap 2 atau berapa pun "kalimah Syahadah"? Antara sebabnya adalah hakikat atau fakta atau kebenaran bahawa Muslim adalah sama ertinya dengan yang "aslim". Benar, Muslim = yang "aslim". Dan "aslim" adalah menyerah atau menyerah diri sedangkan "tawakkal" adalah berserah. Kepada siapakah Muslim "aslim" atau menyerah atau menyerah diri? Jawapan: Kepada Allah. Muslim adalah yang "aslim" atau menyerah diri kepada Allah. Dan fahami bahawa lawan kepada menyerah adalah menentang. Muslim adalah yang "aslim" atau menyerah diri kepada Allah, maka kita perlulah "aslim" atau menyerah diri kepada Allah untuk menjadi Muslim. Masuk akal? Bukalah minda. Fikir dan terimalah yang munasabah. Hmm, ramaikah yang ada penyakit menyangka? Ramaikah yang menganggap ulama Hadis atau ulama sesuatu mazhab sebagai ulama Islam? Dan ramaikah yang mementingkan marwah (maruah) berbanding kebenaran? Apapun, kalau nak betul tahu, maka selidik atau kaji. Sangkaan bukanlah pengetahuan. Dan keyakinan tidak mengubah hakikat.
Mengenai hakikat atau fakta atau kebenaran bahawa Muslim adalah yang menyembah Allah, hanya Allah, sila fahami 3 ayat pertama di surah Kafirun dan bahagian pertama pada ayat 5 di surah Fatihah. Dan fahami bahawa "sembah" dan "hamba" di dalam bahasa Arab adalah perkataan yang ejaannya adalah "ain-ba-dal" atau mengandungi "ain-ba-dal". Maka? Pendek kata, menyembah adalah sama ertinya dengan menghambakan diri. Benar, Muslim adalah yang menyembah Allah, hanya Allah, maka kita perlulah menyembah Allah, hanya Allah untuk menjadi Muslim. Dan fahami bahawa menyembah adalah sama ertinya dengan menghambakan diri, dan bahawa kalau ada hamba, maka adalah tuan, serta bahawa raja adalah tuan (ke atas yang dikuasainya). Maka? Sedarlah bahawa engkau tidaklah menyembah Allah kalau engkau tidak menghambakan diri kepada Allah. Dan engkau tidaklah menyembah hanya Allah kalau engkau tidak mempertuankan hanya Allah. Ketahuilah bahawa "rob" (rabb) adalah tuan sedangkan "ilah" adalah tuhan. Dan "raja manusia" di dalam bahasa Arab adalah "malikin-nas". Sebenarnya, bagaimanakah Nabi Muhammad menjadi Muslim atau masuk Islam? Siapakah yang Nabi Muhammad pertuankan atau ambil sebagai tuannya? Dan siapakah yang Nabi Muhammad perajakan atau ambil sebagai rajanya? Bagaimana pula dengan Nabi Ibrahim dan Rasulullah yang lain, termasuk Jesus Christ, iaitu Isa al-Masih, iaitu Nabi Isa? Jujurlah. Ingat, kebenaran dan ajaran Allah patut diterima, bukan patut ditolak, walau apa pun. Dan berguru adalah seperti menyangka, tidak seperti mengkaji dan menyelidik dan memikirkan secara rasional. Awas, yang bohong dalam solaat adalah yang gagal dalam melakukan solaat. Gagal, bukan berjaya. Dan tidakkah bohong adalah suatu maksiat, walaupun Allah tidak tertipu?
Sedarilah bahawa cara yang betul untuk menjadi Muslim atau masuk Islam bukanlah dengan mengucap 2 atau berapa pun "kalimah Syahadah", tetapi dengan menyembah Allah, hanya Allah dan dengan "aslim" atau menyerah diri kepada Allah. Terus terang, mengucap "kalimah Syahadah" bukanlah bagaimana untuk menjadi Muslim, tetapi bagaimana untuk menjadi Munafiq atau Muslim palsu. Dan menyembah adalah sama ertinya dengan menghambakan diri, iaitu merendahkan atau meletakkan diri sebagai hamba, tetapi sedarlah juga bahawa mempertuankan adalah menyembah, begitu juga atau lebih-lebih lagi memperajakan. Awas, jangan kena tipu atau silap mengenai bagaimana untuk menjadi Muslim atau masuk Islam. Janganlah kena tipu atau silap mengenai erti sembah. Dan janganlah kena tipu atau silap mengenai erti solaat dan tuhan dan Muslim dan Islam. Al Quran patut ditadabbur, bukan patut dihafaz. Terjemahan atau pengertian atau kesimpulan yang salah janganlah tidak disedari. Dan janganlah betul pada sebutan, tetapi salah pada kepercayaan atau pada kefahaman. Sesungguhnya, semua manusia adalah ciptaan Allah. Allah berhak sebagai tuan ke atas setiap ciptaanNya. Dan selain taat, kita wajib atau patut setia kepada yang berhak sebagai tuan kita, iaitu Allah, dengan kata lain, pertuankanlah Allah, hanya Allah, janganlah kita ambil selain Allah sebagai tuan kita. Kalau ada hamba, maka adalah tuan, dan kita adalah hamba Allah, maka Allah adalah tuan kita. Dan berlandaskan 3 ayat pertama di surah an-Nas (Quran 114:1-3), Allah adalah "rob-binnas, malikin-nas, ila-hinnas", iaitu tuan manusia, raja manusia, tuhan manusia.
Percaya atau terimalah bahawa Allah adalah pencipta kita, tuan kita, raja kita, tuhan kita. Erti tuhan bukanlah pencipta, juga bukan sembahan, tetapi "sovereign ruler", iaitu pemerintah yang tidak dikuasai (tidak dikuasai oleh siapapun). Dan ingat, kepada Allah kita dikembalikan. Ajaran sesat dan bohong atau tidak benar adalah bahawa menjadi Muslim atau masuk Islam adalah dengan mengucap 2 "kalimah Syahadah". Sebagaimana puasa di bulan Ramadhan, solaat bukanlah suatu ibadat (ibadah), tetapi suatu amal ibadat. Dan awas, yang menyamakan solaat dengan sembahyang atau dengan menyembah Allah tidaklah patut diambil sebagai guru dalam mempelajari agama Islam, lebih-lebih lagi yang mengajar bahawa menjadi Muslim atau masuk Islam adalah dengan mengucap 2 atau berapa pun "kalimah Syahadah". Sembahlah Allah, hanya Allah, janganlah selain Allah dipertuankan, usahkan diperajakan. Yang menyembah selain Allah, iaitu yang memperajakan atau mempertuankan selain Allah adalah Mushrik, najis, di samping biadab, sangat biadab terhadap Allah. Dan yang sebenarnya bukan Muslim bukanlah Mukmin, usahkan Muttaqin, serta bukanlah pengikut Nabi Muhammad walau apa pun.
•••••
Hakikat Bahagian Pertama Pada Ayat 5 Surah Fatihah Dan Bahawa Solaat Bukanlah Sembahyang
- https://bit.ly/3zMgzqP
•••••
Solaat (Solat) Sampah Dan Yang Membezakan Muslim Dari Kafir @ Menyembah Hanya Allah Adalah Yang Lebih Penting
- https://bit.ly
•••••
Azan (Adzan) Nabi Ibrahim Dan "Laa-ilaha-illallah"
- http://bit.ly/3GD8GbC
•••••
Erti Islam Dan Muslim @ Erti Islam Bukanlah "Salaam" Atau "Peace"
- https://bit.ly/34Sfrmd
•••••
Abdi Dan Ibadat Dan Sembah @ Jangan Terpesong Akibat Perkataan Arab
- https://bit.ly/2JBmxnS