Sunday, January 22, 2012

Menaik-Taraf Diri, Dan Kata-Kata Ke Syurga Abadi (1)

(1)
Ustaz atau ustazah manakah yang menyembah Allah, betul menyembah Allah, sedangkan erti menyembah adalah menghambakan diri, dan kalau ada hamba maka mestilah ada tuan? Jujur dan baikkah Melayu yang bernama guru; atau adakah semua atau ramai dari mereka adalah pendusta, menyesatkan, atau bahkan pelampau, biadab? Dan ulama atau pengajar Melayu manakah orang Islam, bukan kafir tak sedar diri, juga bukan muslim palsu, sedangkan erti Islam adalah penyerahan, yakni penyerahan diri, iaitu kepada Allah, Dia, pencipta dan penguasa Alam di mana Bumi berada, dan sedangkan Allah adalah rob-binnas, malikin-nas, ila-hinnas, yakni tuan manusia, raja manusia, tuhan manusia? Kepada ulama yang menyamakan solat dengan sembahyang, ataupun rob dengan tuhan; dan kepada pengajar yang tidak percaya bahawa mushrik, iaitu bukan babi, juga bukan anjing, adalah najis: sanggupkah engkau untuk mubahalah kepada Allah; atau adakah engkau lebih sanggup makan tahi, sambil yakin betul? Sedarlah, bahawa kita adalah ciptaan dan hamba kepunyaan Allah, Dia yang akbar tiada tandingan, Dia yang sepatutnya dipertuan-rajakan; hakikatnya, Allah adalah tuan kita, raja kita, tuhan kita semua, maka hayatilah; dan sedarlah, bahawa kufur, shirik, tidak mentauhidkan Allah, samalah erti atau maknanya dengan derhaka, curang, tidak setia kepada Allah.
(2)
Sabar; bila membaca, janganlah tergesa-gesa, supaya mudah ataupun mungkin untuk faham, betul faham, atau supaya menjadi sukar ataupun tidak mungkin untuk tersalah-sangka; dan bila mendengar, berikanlah cukup tumpuan atau perhatian, supaya terjadi apa yang telah dikatakan mengenai membaca: ingatlah, di samping menggunakan logik dan akal, hatimu mestilah dapat merasakan untuk engkau boleh memahami; namun, semakin engkau tidak mementingkan kejujuran semakin engkau sesuai dengan temberang, juga dengan dalih dan hasil penghias-indahan syaitan; kebenaran dan keadilan patutlah dipentingkan berbanding marwah dan adat dan siapapun makhluk; dan suka atau tidak, sebenar kefahaman dan hidayah adalah di tangan Allah, iaitu Dia yang tidak memerlukan, iaitu Dia yang tidak memberi hidayah, maka apatah lagi kasih dan SyurgaNya, kepada pelampau dan pendusta. Tercapaikah akalmu; mahukah engkau memikirkan; dan setakat manakah kepekaan dan pengetahuan dan kewajaranmu?
(3)
Sebenar kefahaman dan hidayah adalah di tangan Allah; kita hanya boleh menyampaikan, dan cuba memperjelaskan; pastinya, memaksa dalam ugama, termasuk memaksa supaya betul menyembah Allah, adalah antara larangan Allah; namun, perhambaan, iaitu di mana selain Allah adalah raja ataupun tuan ke atas sebilangan yang lain, dan begitu juga perkauman, iaitu di mana sesuatu kaum, yakni bangsa, dipentingkan atau bahkan diistimewakan dari yang lain, adalah antara perkara melampau yang patut ditentang keras, tidak patut diredhoi, usahkan disokong: Islam, sebenar Islam, adalah untuk kemerdekaan manusia dan kesaksamaan, tidak seperti muslim palsu mushrik; muslim, sebenar muslim, bukanlah yang curang ataupun derhaka terhadap Allah, rob-binnas, malikin-nas, ila-hinnas; dan masuk Islam yang sebenar adalah dengan kejujuran dan kerelaan sendiri, bukan akibat paksaan oleh siapapun makhluk. Takkanlah si makhluk patut dipertuankan, apatah lagi si hamba diperajakan; takkanlah Allah bukan tuan ke atas hambaNya, sedangkan kalau ada hamba maka mestilah ada tuan; dan takkanlah Allah tidak berhak sebagai tuan ke atas makhlukNya, sedangkan Dia lebih berkuasa berbanding semua: kita adalah makhluk dan hamba kepunyaan Allah, Dia yang sepatutnya disanjung-agungkan, Dia yang sepatutnya dipertuan-rajakan; suka atau tidak, Allah adalah tuanku, rajaku, tuhanku, dan Allah adalah tuan kita, raja kita, tuhan kita semua; dan fahamilah, tidaklah Islam sebaik-baik ugama, ataupun sistem politik, kalau ia tidaklah bercanggah dengan perhambaan, dan dengan pemaksaan dalam ugama, dan dengan perkauman, khususnya, dan dengan kezaliman dan kebodohan dan kepalsuan, amnya.