Monday, March 5, 2012

Masuk Islam Dan Taat-Setia, Dan Menjaga Diri Dan Kewajaran Asasi

Bagaimanakah Nabi Muhammad masuk Islam; dan bagaimanakah Nabi Ibrahim masuk Islam: adakah, atau betulkah dengan mengucap dua kalimah syahadah? Adakah dengan mengucap dua kalimah syahadah, lalu engkau menjadi seorang yang menyembah Allah, betul menyembah Allah, yakni menghambakan diri kepada Allah, yakni mempertuankan Allah; dan adakah dengan mengucap dua kalimah syahadah, lalu engkau menjadi seorang yang menyerah diri kepada Allah, maka tidak curang juga tidak derhaka terhadap Allah? Fikirkanlah dengan jujur dan munasabah; terimalah yang benar atau munasabah, walaupun ianya menyakitkan serta bercanggahan dengan marwah; dan pentingkanlah keadilan dan kebenaran dan kejujuran, di samping menjaga diri dari termasuk ke dalam golongan pelampau ataupun pendusta: sedarlah, menyembah Allah bukanlah dengan mengucapkan dua atau sebanyak manapun kalimah; sesungguhnya, masuk Islam bukanlah dengan mengucap dua kalimah syahadah atau apapun cakap, tetapi dengan menyembah Allah dan menyerah diri kepada Allah, iaitu dengan pengetahuan serta sikap; dan ikutlah wahyu untuk menjadi seorang yang betul mentaati Allah, bukan hadis atau apapun yang tidak sejajar dengan sebenar ajaran Allah, Dia yang sepatutnya disanjung-agungkan, Dia yang sepatutnya dipertuan-rajakan, Dia yang tidak memberi hidayah, maka apatah lagi kasih dan SyurgaNya, kepada pelampau dan pendusta.
       Janganlah tertipu; janganlah terpedaya; dan janganlah tercemar: sedarlah, ajaran Allah yang terkandung dalam al Quran adalah sebenar ajaran Muhammad, rasulullah, dan sebenar pengikut apatah lagi sahabat kepada Muhammad, rasulullah, apatah lagi Muhammad, rasulullah, bukanlah yang menyanjung-agungkan dirinya, tetapi yang menyanjung-agungkan serta mempertuan-rajakan Allah; kufur, shirik, tidak mentauhidkan Allah, samalah erti atau maknanya dengan derhaka, curang, tidak setia kepada Allah, Dia, rob-binnas, malikin-nas, ila-hinnas, yakni tuan manusia, raja manusia, tuhan manusia; dan kita adalah ciptaan dan hamba kepunyaan Allah yang kepadaNya kita pasti dikembalikan untuk perkiraan dan pembalasan yang setimpal. Allah adalah yang akbar, maka yang penting adalah perintah dan hukum dan ajaranNya; Allah adalah yang akbar, maka yang penting adalah sikap dan layanan terhadap Allah; dan Allah adalah yang akbar, maka yang penting adalah penilaian dan pandangan Allah, berbanding penilaian dan pandangan rasulNya, apatah lagi berbanding penilaian dan pandangan mereka yang tidak setia kepada Allah: mampukah engkau faham atau tercapaikah akalmu; atau adakah kebenaran, apatah lagi hidayah, tidaklah serasi dengan sikap dan isi hatimu? Sebenarnya, siapakah si guru atau imam, atau seseorang yang engkau percayakan atau hormati ataupun sayangi: adakah, atau betulkah dia seorang yang menyanjung-agungkan Allah, serta setia kepada Allah, sedangkan Allah adalah Dia, rob-binnas, malikin-nas, ila-hinnas, juga Dia, pengarang dan yang mengajarkan al Quran; adakah, atau betulkah Allah adalah yang dia sembah, sedangkan erti menyembah adalah menghambakan diri, dan kalau ada hamba maka mestilah ada tuan; dan adakah, atau betulkah dia seorang yang menerima-pakai ajaran Allah mengenai hadis dan sunnah dan syafaat dan najis dan ulama dan kafir, atau adakah dia bahkan patut untuk dikatakan berimamkan al Quran, bukan pemesong, bukan pendusta? Dan mahukah engkau untuk memikirkan, sedangkan engkau masih mampu untuk berfikir; atau adakah sombong sudahpun membutakan, atau ketidak-jujuran memesongkan? Suka atau tidak, ilmu dan kewajaran adalah yang membawa kepada kemuliaan, sebenar kemuliaan, di samping membantu ke Syurga; tak reti bahasa dan kejahilan, apatah lagi sombong dan ketidak-jujuran dan mengikut marwah, boleh amat merosakkan di samping merugikan diri sendiri; dan semakin engkau melakukan sesuatu yang berdosa ataupun salah pada pandangan Allah, maka semakin engkau merendahkan martabat serta menzalimi diri sendiri, di samping semakin engkau tidak layak untuk dihormati.
       Kaji-selidik atau tadabburlah al Quran, kalamullah, dan ikutlah wahyu; ketahui dan terima-pakailah sebenar ajaran Allah, terutama mengenai hadis dan sunnah dan syafaat dan najis dan ulama dan kafir dan akal dan kejayaan; dan terjemahan yang salah tidaklah patut dijadikan pegangan: sedarlah, percaya saja, apatah lagi sembrono yakin, adalah kerja bodoh, pastinya bukan untuk kesempurnaan diri ataupun iman; percaya saja, apatah lagi sembrono yakin, adalah ajaran untuk menyesat-butakan, pastinya ia bukanlah ajaran Allah; dan abdi samalah ertinya dengan hamba. Kepada ulama yang menyamakan solat dengan sembahyang, ataupun rob dengan tuhan, ataupun aiman dengan abdi; dan kepada ustaz, juga kepada ustazah, yang percaya bahawa mempertuankan, atau bahkan memperajakan, Muhammad atau Isa atau manusia selainnya tidaklah shirik menurut Islam, sebenar Islam, atau bahawa mushrik tidaklah najis: sanggupkah engkau untuk mubahalah kepada Allah menentang aku; atau adakah engkau lebih sanggup makan tahi sambil yakin betul? Hmm, takut sesat, atau tak mahu sesat, padahal sedang sesat, percaya atau bahkan yakin yang bukan-bukan; betapa ajaran Allah bukanlah sebenar pegangan, walaupun kalimah Allah cukup sempurna dilafazkan; dan betapa pengikut Hadis dan Sunnah dan mazhab adalah pemesong dan penyesat dan pendusta dan pelampau, sebenarnya tidak berpandukan al Quran, sebenarnya tidak taat-setia kepada Allah, maka sebenarnya tidak sepertimana Muhammad, rasulullah, yang konon diikutkan.
» Renungkanlah Juga « 
Cinta sejati, apatah lagi hidayah, apatah lagi kasih Allah dan SyurgaNya, bukanlah bergantung kepada keredhoan ibubapa dan siapapun manusia; Allah tidak bodoh; dan Allah tidaklah memerlukan. Antara wahyu, yakni kata-kata atau ajaran Allah yang dicanggah oleh semua atau kebanyakan ulama dan ustaz Melayu adalah ayat 28 di surah Taubah, iaitu bahawa mushrik adalah najis; ketahui dan terima-pakailah sebenar ajaran Allah, terutama mengenai hadis dan sunnah dan syafaat dan najis dan ulama dan kafir dan akal dan kejayaan; dan selidiklah www.filopu.blogspot.com untuk kebenaran dan kewajaran dan Islam, sebenar Islam, di samping mentadabbur al Quran dengan jujur dan munasabah, atau bahkan dengan berani. Perbetulkanlah sikap; disiplinkanlah diri; dan perbaikilah isi hati. Cinta sejati, apatah lagi hidayah Allah dan SyurgaNya, adalah di dalam kekuasaan Allah, Dia, satu-satunya sebenar tuhan, yakni penguasa atau pemerintah yang sesungguhnya tidak dikuasai, Dia yang tetap tuhan, juga raja dan tuan, juga pencipta dan pemberi nyawa, walaupun tidak disembah, dan walaupun tidak dipercayai.

Sunday, March 4, 2012

Aku, Dan Cinta, Dan Kewajaran, Dan Kamu

Takkanlah perigi mencari timba; maka, timbalah yang patut pergi kepada perigi;
dan sepatutnya, lelaki adalah perigi, iaitu tempat yang mengandungi air, bukan timba,
bukan tempat untuk dimasukkan air; oleh itu, perempuanlah yang sepatutnya menghampiri,
atau yang memulakan kemesraan, tidak seharusnya menanti, tidak sepatutnya diam saja:
mampukah kamu faham atau tercapaikah akalmu, kalau kamu sanggup atau juga berani
untuk memikirkan dengan jujur serta munasabah, tidak ikut suka, tidak ikut marwah;
atau adakah sombong sudahpun merencat pemikiran, atau ketidak-jujuran memesongkan?
Aku bukanlah orang syahwat mata ke-ranjang, juga bukanlah aku orang marwah yakin hebat;
marwah, bukan hanya nafsu, patutlah dikawal atau diketepikan atau juga dibersihkan,
tidaklah patut diambil bagaikan tuan ataupun imam, ataupun sebagai sahabat;
dan al Quran, kalamullah, patutlah kita ketahui dan terima-pakai ajaran yang terkandung
sebelum ianya betul adalah imam ataupun kitab panduan kepada kita, makhluk kepunyaan Allah:
aku adalah pemikir, dan aku adalah singa ataupun kuda, pastinya bukan si jantan yang berkokok;
aku bukanlah pengorat usahkan bohjan, dan janganlah syahwat disangkakan cinta;
dan percaya saja, apatah lagi sembrono yakin, adalah kerja bodoh, pastinya bukan tindakan bijak,
di samping ianya adalah ajaran untuk menyesat-butakan, pastinya bukan untuk kesempurnaan akal.
Antara cinta sejati dan cinta syahwat dan cinta kebendaan, cinta apakah yang sepadan dengan sikapmu?
Setelah kamu tahu ataupun faham, adakah kamu menerima, walaupun menyakitkan, kebenaran
ataupun kewajaran yang boleh dikatakan membantu ke Syurga?
Sudahkah kamu mendapat hidayah, maka kamu betul menyembah Allah dan menyerah diri kepada Allah?
Dan layakkah kamu diselamatkan, sedangkan Allah amat mementingkan keadilan dan kebenaran
hinggakan Dia tidaklah sudi untuk memberikan hidayah kepada pelampau, juga tidak kepada pendusta?
Mengaku diri hamba Allah, dan “Allahu akbar” bersungguh-sungguh diucapkan, tetapi tidaklah Allah
dipertuan-agungkan, dan tidaklah Allah setia diperajakan: apa hal; apa kes; mabukkah; tak reti bahasakah?
Setelah mengikut Hadis dan Sunnah dan sesuatu mazhab, atau setelah bergurukan seseorang makhluk,
adakah, atau betulkah kamu menyembah Allah, sedangkan erti menyembah adalah menghambakan diri,
dan kalau ada hamba maka mestilah ada tuan, dan sedangkan Allah adalah rob-binnas, malikin-nas, ila-hinnas?
Dan adakah bodoh tidaklah sesuai untuk kamu, ataupun untuk dia yang diambil sebagai imam ataupun guru,
tetapi yang sesuai adalah bangang dan mabuk keegoan, perasan atau bahkan yakin yang bukan-bukan?
Betapa ramainya muslim palsu, sesat, atau jahil, atau bahkan najis tak sedar diri;
betapa ramai yang layak dikatakan kaldai sesat ataupun kakaktua buta;
dan betapa pengikut Hadis dan Sunnah dan mazhab adalah pemesong dan penyesat dan pendusta dan pelampau,
sebenarnya tidak mengikut wahyu, sebenarnya tidak berimamkan al Quran, sebenarnya tidak mentaati Allah;
hmm, betapa hebat dan cemerlang adalah kejayaan syaitan, mak andam kejahatan dan kebodohan:
ikutlah wahyu, yakni ketahui dan terima-pakailah ajaran Allah, termasuklah mengenai hadis dan sunnah
dan syafaat dan najis dan ulama dan kafir dan akal dan kejayaan;
tak reti bahasa dan kejahilan, lebih-lebih lagi sombong dan ketidak-jujuran, boleh amat merosak-rugikan;
dan tidaklah Islam itu indah, usahkan sempurna berbanding ugama ataupun sistem politik yang lain, kalau ianya
tidaklah bercanggah dengan perhambaan dan pemaksaan dalam ugama dan perkauman, khususnya,
dan dengan kezaliman dan kebodohan dan kepalsuan, amnya; subhanallah.
Sedarlah, Muhammad, rasulullah, dan sebenar sahabatnya, adalah pejuang kemerdekaan manusia,
yakni penentang perhambaan, tidak seperti Abu Jahal dan muslim palsu mushrik selainnya;
sebenar pengikut apatah lagi sahabat kepada Muhammad, atau rasulullah yang lain, bukanlah
yang menyanjung-agungkan dirinya, tetapi yang menyanjung-agungkan Allah, tuannya, rajanya, tuhannya;
dan ketuanan Allah, si pencipta, bermakna kemerdekaan untuk manusia, juga bermakna kesaksamaan,
tetapi ketuanan Muhammad, atau Isa, atau siapapun selain Allah bermakna perhambaan,
juga bermakna shirik, yakni curang terhadap Allah, tidak setia kepada Allah, tidak mentauhidkan Allah:
hakikatnya, sama ada disembah atau tidak, Allah adalah dan tetap rob-binnas, malikin-nas, ila-hinnas,
yakni tuan manusia, raja manusia, tuhan manusia, maka fahamkan dan hayatilah sepenuhnya.
Kalau kamu ikutkan marwah, tidakkah kamu akan menjadi sombong, atau juga sesat serta bangang;
kalau kamu ikutkan marwah, adakah kamu akan mempertuan-rajakan Allah serta menyerah diri kepada Allah;
dan tidakkah kerana marwah, lalu Iblis dan Firaun dan Abu Jahal menjadi hina, tidak suci usahkan mulia?
Adakah berjaya, sungguh berjaya, adalah mereka yang hina ataupun bodoh menurut penilaian Allah?
Adakah mulia, sungguh mulia, ataupun bijak, adalah mereka yang curang ataupun derhaka terhadap Allah?
Dan layakkah kamu mendapat hidayah, atau adakah sombong dan ketidak-jujuran sudahpun membutakan?
Semakin mementingkan marwah dan kebendaan duniawi, takkanlah semakin mementingkan akal dan kewajaran;
semakin mementingkan marwah dan kebendaan duniawi, takkanlah semakin berpandukan al Quran, kalamullah;
dan semakin mementingkan marwah dan kebendaan duniawi, takkanlah semakin sesuai untuk cinta sejati,
apatah lagi untuk hidayah dan ketenteraman, apatah lagi untuk kasih Allah dan SyurgaNya.
» Renungkanlah Juga « 
Janganlah tertipu; janganlah terpedaya; dan marwah tidaklah patut diikutkan: sebenar pengikut, apatah lagi sahabat rasulullah, adalah yang menyanjung-agungkan Allah; menyembah Allah dan menyerah diri kepada Allah adalah bagaimana untuk menjadi muslim, sebenar muslim; dan bukanlah mukmin, usahkan muttaqin, apatah lagi rasulullah, kalau sebenarnya tidak menyembah Allah, apatah lagi kalau menentang Allah, tidak menyerah diri kepada Allah, Dia yang tetap tuhan walaupun tidak disembah.