
Kaji-selidik atau tadaburlah al Quran dengan jujur serta dengan rasional. Dan perbaikilah sikap dan kepercayaan, serta keinginan. Terjemahan yang betul, apatah lagi pengertian atau alasan yang lebih munasabah, janganlah ditolak. Dan betapa perlu adalah akal serta kejujuran, atau juga keadilan serta kebaikan hati, untuk mendapat kefahaman sebenar dan kesedaran, apatah lagi untuk mendapat hidayah Allah, apatah lagi untuk mendapat penghormatan Allah dan tempat di SyurgaNya. Berpeganglah kepada ajaran Allah, terutamanya mengenai sembah dan aslam dan kafir dan najis dan akal dan ulama dan hadis dan sunnah. Janganlah tersalah guru, usahkan takut atau tidak mahu untuk berfikir. Dan al Quran, kalamullah, adalah sumber Islam dan kewajaran, juga sumber kebenaran. Sedarlah bahawa mempertuankan, apatah lagi memperajakan, adalah menyembah. Dan walau apapun, yang menyembah selain Allah adalah kafir, juga mushrik. Sedarlah, Hadis adalah sumber bidaah dan kesesatan, juga sumber kezaliman dan kebodohan yang bertopengkan Islam. Dan sedarlah bahawa ulama bukanlah bermakna yang jujur serta tidak salah, usahkan bermakna yang wajar serta tidak sesat, walau seramai manapun penyokong dan pengikut mereka. Bukan ulama, tetapi yang betul menyembah Allah dan anti-perhambaan serta taat-setia kepada Allah adalah yang patut dikatakan pewaris Nabi. Dan syaitan, atau barua syaitan yang bergelar ulama atau imam atau guru atau ustaz: Allah cukup tahu, serta lebih alim. Allah adalah pencipta kita; dan hanya Allah berhak sebagai tuan kita, raja kita, tuhan kita: Sedarlah, dan akur serta hayatilah. Dan ingatlah Allah dan mati.