Wednesday, March 18, 2020

Kenapa Tolak Mahathir?

Tak perlu ada 50 dalil mahupun 5000 sebab sebelum membuat keputusan untuk tidak menyokong Mahathir. 1 dalil atau sebab sudah cukup, iaitu mungkir janji. Yang mungkir janji bukanlah yang patut diberikan sokongan. Yang mungkir janji tidaklah patut diambil sebagai pemimpin ataupun ketua. Dan yang mungkir janji bukanlah yang patut dipercaya kata-katanya.
       "Biarlah" Mahathir putar-belit atau berdolak-dalih. "Biarlah" Mahathir syok sendiri. Dan "biarlah" UMNO dan PAS dan MCA mempergunakan Mahathir. Tetapi, tidak ada siapa berhak untuk membohong, usahkan menzalimi. Kebenaran patut diketahui dan disampaikan dan diterima. Dan keadilan patut ditegakkan dan diperjuangkan. Hmm, janji "dicapati" @ dimungkiri, tidak ditepati. Cakap tak serupa bikin. Dan selepas meletak jawatan sebagai Perdana Menteri, dia kemudian ingin lagi menjadi Perdana Menteri? Sebenarnya, siapakah yang "gila-gila" ataupun lebih kemaruk untuk menjadi Perdana Menteri? Dan siapakah yang sebenarnya lebih mementingkan diri sendiri berbanding negara?
       Berapa banyakkah masaalah dan kerugian kepada negara akibat tindakannya? Berapa banyakkah masaalah dan kerugian kepada negara apabila dia meletak jawatan sebagai Perdana Menteri, tetapi tidak menyerahkannya kepada Anwar Ibrahim sepertimana yang dijanjikan? Bagaimana pula dengan kerugian kepada mereka yang telah menyokongnya? Tidakkah jelas bahawa Mahathir Mohamad adalah yang gila kuasa atau yang lebih gila kuasa berbanding Anwar Ibrahim? Hmm, semakin tua, semakin gila? Apapun, fahamilah bahawa buruk sangka dan membohong adalah tanda busuk hati. Pengikut "ajaran sesat Syahadah" adalah Munafiq atau Muslim palsu. Dan mengucap "kalimah Syahadah" bukanlah bagaimana untuk menjadi Muslim, tetapi bagaimana untuk menjadi Munafiq, Kafir. Kehidupan di Dunia adalah sementara, hanya sementara. Jangan untung jangka pendek, tetapi rugi jangka panjang. Dan sedarlah, hanya Allah berhak sebagai tuan kita, raja kita. Ingat mati. Ingat, kepada Allah kita dikembalikan. Dan Neraka sedia menanti.
       Buruk sangka dan membohong adalah tanda busuk hati. Putar-belit dan berdolak-dalih membawa kepada kesesatan. Dan yang menyembah selain Allah, iaitu yang menghambakan diri kepada selain Allah, iaitu yang memperajakan atau mempertuankan selain Allah, bukanlah yang mendapat hidayah Allah, tetapi adalah yang sesat, sangat sesat, juga adalah Mushrik, najis, tidak suci, usahkan mulia. Insaflah. Sembahlah Allah, hanya Allah. Dan "aslim"lah kepada Allah.
•••••
Janji Dan Ciri Utama Muslim Sebenar
- https://bit.ly/39VGXze
•••••
Bohong Atau Propaganda MCA Dan UMNO
- https://bit.ly/32iPIke
•••••
Selamatkan Malaysia, Dan Kenali Muslim
- https://bit.ly/2H2Y85G
•••••
Ilmu Masuk Islam Dan Sembah @
Bagaimana Untuk Menjadi Muslim Sebenar
- https://bit.ly/2UkNtaN
•••••
9 Ajaran Sesat Atau Bohong Yang Paling Bahaya
- https://bit.ly/371oNdv

Monday, March 16, 2020

Siapa Orang UMNO Dan Orang PAS Dan Orang "Tabligh"?

Aku orang Islam, bukan orang Perkauman. Dan Muslim = yang "aslim" kepada Allah, maka yang tidak "aslim" kepada Allah bukanlah Muslim, usahkan Mukmin, usahkan Muttaqin. Maka, siapakah orang UMNO dan orang PAS? Bukalah minda. Bukalah minda. Dan fahami fakta. Putar-belit dan berdolak-dalih membawa kepada kesesatan. Dan ingat, buruk sangka dan membohong adalah tanda busuk hati.
•••••
Orang Islam bukanlah orang Perkauman. Orang Perkauman bukanlah orang Islam. Dan kalau ada hamba, maka adalah tuan. Sedar atau fahamilah, kalau ada hamba, maka adalah tuan, dan kita adalah hamba Allah, maka Allah adalah tuan kita. Bukalah minda. Jujurlah. Dan benar, Muslim adalah yang percaya bahawa Allah adalah penciptanya, tuannya, rajanya, tuhannya: Maka, bagaimana dengan orang UMNO dan orang PAS? Awas, ulama Hadis janganlah disamakan dengan ulama Islam. Dan Islam adalah agama ciptaan Allah, maka fahami ajaran Allah kalau nak tahu atau nak kenal agama Islam.
•••••
Sikap perkauman: Bayangkan semua orang mementingkan kaum atau bangsanya. Tidakkah mudah untuk berlaku kacau-bilau atau pergaduhan besar? Sedarlah, perkauman tidak sehaluan dengan agama Islam. Dan janganlah "menghina" seseorang kerana kaum atau bangsanya, tetapi kerana sikap atau perbuatannya. Jangan lupa, kita adalah ciptaan Allah. Allah berhak sebagai tuan ke atas setiap ciptaanNya. Dan Allah adalah "rob-binnas" (tuan manusia), "malikin-nas" (raja manusia), "ila-hinnas" (tuhan manusia). Soalan, adakah orang UMNO dan orang PAS percaya bahawa Allah adalah pencipta mereka, tuan mereka, raja mereka, tuhan mereka? Dan adakah orang UMNO dan orang PAS percaya bahawa Allah adalah pencipta orang DAP, tuan orang DAP, raja orang DAP, tuhan orang DAP? Hmm, macam-macam putar-belit dan buruk sangka orang UMNO dan orang PAS.
•••••
Muslim = yang "aslim" (kepada Allah). Dan menurut atau berlandaskan ayat 5, surah Fatihah dan 3 ayat pertama di surah Kafirun, Muslim menyembah Allah, hanya Allah. Soalan, adakah orang UMNO dan orang PAS "aslim" kepada Allah, dan adakah atau betulkah orang UMNO dan orang PAS menyembah Allah, hanya Allah? Bagaimana pula dengan orang "Tabligh"? Fakta, Muslim adalah sama ertinya dengan yang "aslim" kepada Allah, maka yang tidak "aslim" kepada Allah bukanlah Muslim. Dan Muslim menyembah Allah, hanya Allah, maka yang tidak menyembah Allah, hanya Allah, bukanlah Muslim. Sedarlah, mengucap "kalimah Syahadah" tidaklah menjadikan engkau seorang yang "aslim" kepada Allah. Dan mengucap "kalimah Syahadah" tidaklah menjadikan engkau seorang yang menyembah Allah. Maka, mengucap "kalimah Syahadah" bukanlah bagaimana untuk masuk Islam atau menjadi Muslim. Bukalah minda. Dan jujurlah. Ingat, kebenaran dan ajaran Allah adalah yang patut dipercaya dan dijadikan pegangan.
•••••
Pendek kata, mengucap "kalimah Syahadah" adalah bagaimana untuk menjadi Munafiq, Kafir. Mengenai "syahadah Munafiq", fahami ayat 1 di surah Munafiqun. Sesungguhnya, bohong besar dan sangatlah menyesatkan adalah ajaran yang mengatakan bahawa masuk Islam atau menjadi Muslim adalah dengan mengucap "kalimah Syahadah". Kalau engkau ingin mentauhidkan Allah dan menjadi Muslim, maka hayati atau amalkan, "oh Allah, penciptaku, tuhanku, hanya Engkaulah tuanku, rajaku, dan kepadaMu aku menyerah diri; salaam, oh Allah, salaam". Berat? Susah? Buatlah yang patut. Ikutlah akal, bukan marwah. Ingat mati. Dan Neraka sedia menanti.
•••••
Pengikut "ajaran sesat Syahadah" adalah Munafiq atau Muslim palsu, walaupun melakukan solaat serta bergelar ulama muktabar. Dan sedarlah, yang menyembah selain Allah, iaitu yang menghambakan diri kepada selain Allah, iaitu yang memperajakan atau mempertuankan selain Allah, bukanlah yang mendapat hidayah, tetapi adalah yang sesat, sangat sesat, juga adalah Mushrik, iaitu yang shirik terhadap Allah. Jangan silap mengenai erti sembah, usahkan silap mengenai bagaimana untuk menjadi Muslim.
•••••
Selamatkan Malaysia, Dan Kenali Muslim
- https://bit.ly/2H2Y85G
•••••
Sayangi Malaysia: Reformasi Pencen @ Gaji Buta
- https://goo.gl/YbvKnA
•••••
Ilmu Masuk Islam Dan Sembah @
Bagaimana Untuk Menjadi Muslim Sebenar
- https://bit.ly/2UkNtaN
•••••
9 Ajaran Sesat Atau Bohong Yang Paling Bahaya
- https://bit.ly/371oNdv
•••••
Jom Tubuhkan Atau Sokong "Wajar Bersatu"
- https://goo.gl/uB3TwV

Thursday, March 12, 2020

Muhyiddin Yassin Dan Perdana Menteri Berbanding Muslim

Kalau Muhyiddin Yassin bukanlah orang Jawa, maka bilakah Perdana Menteri Malaysia adalah orang Jawa? Hmm, bapa aku orang Jawa, tetapi emak aku orang Banjar, kalau tak silap. Apapun, menjadi Perdana Menteri tidaklah penting berbanding menjadi Muslim, sebenar Muslim. Dan Allah adalah penilai terarif, serta guru yang paling tahu dan paling mampu. Sedarlah, mengucap "kalimah Syahadah" tidaklah menjadikan engkau seorang yang "aslim" kepada Allah. Dan mengucap "kalimah Syahadah" tidaklah menjadikan engkau seorang yang menyembah Allah.
       Tetapi Muslim = yang "aslim" (kepada Allah), dan menurut atau berlandaskan 3 ayat pertama di surah Kafirun, Muslim menyembah Allah, hanya Allah. Maka? Dan fikir, untung atau selamatkah kalau mati sebagai seorang yang sebenarnya menyembah selain Allah, atau kalau mati sebagai Munafiq atau Muslim palsu? Janganlah silap mengenai erti Muslim dan sembah, usahkan silap mengenai bagaimana untuk menjadi Muslim, sebenar Muslim. Selidiklah. Fikirlah. Buruk sangka dan membohong adalah tanda busuk hati. Dan fahamilah, yang tahu atau lebih tahu adalah yang mengkaji, berbanding yang "mengaji" (berguru).
•••••
9 Ajaran Sesat Atau Bohong Yang Paling Bahaya
- https://bit.ly/371oNdv
•••••
Jom Tubuhkan Atau Sokong "Wajar Bersatu"
- https://goo.gl/uB3TwV
•••••
Sayangi Malaysia: Reformasi Pencen @ Gaji Buta
- https://goo.gl/YbvKnA
•••••
Ilmu Masuk Islam Dan Sembah @
Bagaimana Untuk Menjadi Muslim Sebenar
- https://bit.ly/2UkNtaN
•••••
Erti "Amal Ibadat" Dan "Rob",
Dan Mengenai Menyembah Hanya Allah
- https://goo.gl/pezs6w

Wednesday, March 4, 2020

Politik Malaysia Dan Perkauman, Dan Sedikit Mengenai Kepercayaan Muslim

Yang mana adalah budak nakal dan gelojoh?
1. DAP   2. PKR   3. UMNO
•••••
Sejak berpuluh tahun dahulu, siapakah yang menguasai ekonomi dan perniagaan di Malaysia:
1. UMNO   2. DAP   3. MCA
•••••
Lihatlah sikap dan perbuatan mereka. Ketahui sangkaan mereka. Pendek kata, UMNO dan PAS adalah budak nakal dan gelojoh, serta tidak matang, berbanding PKR dan DAP. Lebih penting, orang UMNO dan orang PAS mengaku bahawa mereka adalah Muslim atau orang Islam, tetapi adakah mereka tahu erti Muslim dan Islam? Adakah yang tidak tahu erti Muslim dan Islam adalah Muslim atau orang Islam? Munasabahlah. Terus-terang, pengikut "ajaran sesat Syahadah" bukanlah Muslim, juga bukan pengikut Nabi Muhammad. Fahamilah.
•••••
Tua bukan bermakna matang. Perkauman, iaitu "racism", tidaklah sehaluan dengan agama Islam. Dan janganlah "menghina" seseorang kerana kaum atau bangsanya, tetapi kerana sikap atau perbuatannya. Jangan lupa, kita adalah ciptaan Allah. Dan Allah berhak sebagai tuan ke atas setiap ciptaanNya. Sekali lagi, Allah berhak sebagai tuan ke atas setiap ciptaanNya. Dan kalau ada hamba, maka adalah tuan. Kalau ada hamba, maka adalah tuan, dan kita adalah hamba Allah, maka Allah adalah tuan kita. Faham? Sila fikir, siapakah yang Nabi Ibrahim atau Nabi Isa atau Nabi Muhammad pertuankan dan perajakan? Jawapan: Allah, hanya Allah. Maka? Terimalah hakikat, jangan sombong.
       Sesungguhnya, Muslim adalah seseorang yang percaya bahawa Allah adalah penciptanya, tuannya, rajanya, tuhannya. Dan Muslim menyembah Allah, hanya Allah, tidak menghambakan diri kepada selain Allah, maka tidak mempertuankan selain Allah, usahkan memperajakan selain Allah. Soalan, apakah "hamba" dan "sembah" dan "aku menyaksikan" di dalam bahasa Arab? Sebenarnya, abdi = hamba. Sebenarnya, menyembah = menghambakan diri = beribadat = mengabdikan diri. Dan "ash-hadu" = "aku menyaksikan", bukan "aku bersaksi", bukan "aku memperakui". Maka? Hmm, Melayu Munafiq lebih putar-belit berbanding Arab Munafiq? Awas, jangan silap mengenai sembah, usahkan silap mengenai bagaimana untuk menjadi Muslim atau orang Islam. Pendek kata, ulama UMNO dan ulama PAS bukanlah mereka yang ada "ilmu masuk Islam", iaitu ilmu mengenai bagaimana untuk masuk Islam atau menjadi Muslim. Dan ulama Hadis janganlah disamakan dengan ulama Islam.
•••••
Apapun, kebenaran wajib atau patut diterima. Menolak kebenaran bermakna mendustakan. Menolak kebenaran adalah melampau atau tidak wajar. Dan Muslim mementingkan ajaran Allah dan kebenaran dan keadilan serta kejujuran, tidak seperti Munafiq, Kafir. Jangan berdolak-dalih. Disiplinkanlah diri. Dan sedarlah, "percaya saja" adalah kerja bodoh, di samping bukan ajaran Allah. Pentingkanlah kebenaran, lebih-lebih lagi ajaran Allah. Kalau tidak mahu kena tipu atau menjadi sesat, maka kaji atau selidiklah. Dan ikut atau pentingkanlah akal, bukan marwah (maruah).
•••••
Buruk sangka dan membohong adalah tanda busuk hati. Kepada ahli UMNO dan PAS, aku pentingkan kebenaran, maka? Fahamilah. Jangan main sangka. Jangan putar-belit ataupun berdolak-dalih. Dan kalau engkau atau seseorang berfikir bahawa aku salah, maka sila buktikan. Boleh? Berakallah. Dan jujurlah.
•••••
9 Ajaran Sesat Atau Bohong Yang Paling Bahaya
- https://bit.ly/371oNdv
•••••
Sayangi Malaysia: Reformasi Pencen @ Gaji Buta
- https://goo.gl/YbvKnA
•••••
Ilmu Masuk Islam Dan Sembah @
Bagaimana Untuk Menjadi Muslim Sebenar
- https://bit.ly/2UkNtaN
•••••
Erti "Amal Ibadat" Dan "Rob",
Dan Mengenai Menyembah Hanya Allah
- https://goo.gl/pezs6w
•••••
Munafiq (Munafik) Dan Guru, Dan Bohong 2 Kali
- http://bit.ly/2FuCHtU
•••••
Hakikat Kristian Dan Muhammadis Dan Muslim
- https://goo.gl/BakH6w

Monday, March 2, 2020

Parti Paling Jujur Dan Paling Adil @ Nak Undi Siapa?

Aku pentingkan kebenaran, bagaimana dengan engkau? Hmm, macam-macam dolak-dalih. Apapun, parti politik manakah yang paling jujur dan paling adil di Malaysia? Atau parti politik manakah yang paling mementingkan kejujuran dan keadilan di Malaysia? Pastinya, perkauman Melayu adalah bercanggah dengan keadilan, di samping bercanggah dengan agama Islam, sebagaimana perkauman Cina dan apapun bangsa. Maka? Apa kata masuk DAP?
       Hmm, macam-macam fitnah atau buruk sangka terhadap DAP. Fahamilah, MCA dan Kominis adalah anti-DAP, begitu juga UMNO dan PAS. Dan yang ramai bukanlah pengikut Nabi Muhammad @ Muhammadis, tetapi pengikut "ajaran sesat Syahadah" @ PASS. Fikir, kalau engkau tidak betul mengenai erti Islam dan Muslim, maka patutkah engkau mengaku Muslim atau orang Islam? Munasabahlah. Kalau engkau tidak betul mengenai erti Islam dan Muslim dan sembah dan tuhan, maka engkau bukan sebenarnya Muslim, usahkan "pewaris Nabi". Muslim adalah seseorang yang percaya bahawa Allah adalah penciptanya, tuannya, rajanya, tuhannya. Muslim menyembah Allah, hanya Allah, tidak menghambakan diri kepada selain Allah, maka tidak mempertuankan selain Allah, usahkan memperajakan selain Allah. Dan Muslim adalah sama ertinya dengan yang "aslim" (kepada Allah).
       Pendek kata, kalau engkau ingin mentauhidkan Allah dan masuk Islam atau menjadi Muslim, maka hayati atau amalkan, "oh Allah, penciptaku, tuhanku, hanya Engkaulah tuanku, rajaku, dan kepadaMu aku menyerah diri; salaam, oh Allah, salaam". Berat? Susah? Ikutlah akal, bukan marwah (maruah). Dan sedarlah, al Quran adalah sumber Islam dan kewajaran, tetapi Hadis "sahih" adalah sumber bidaah dan kesesatan. Tak percaya? Kaji atau selidiklah. Terimalah kebenaran @ jangan berdolak-dalih.
•••••
Bohong Atau Propaganda MCA Dan UMNO
- https://bit.ly/32iPIke
•••••
Selamatkan Malaysia, Dan Kenali Muslim
- https://bit.ly/2H2Y85G
•••••
9 Ajaran Sesat Atau Bohong Yang Paling Bahaya
- https://bit.ly/371oNdv
•••••
Jom Tubuhkan Atau Sokong "Wajar Bersatu"
- https://goo.gl/uB3TwV
•••••
Sayangi Malaysia: Reformasi Pencen @ Gaji Buta
- https://goo.gl/YbvKnA