Melayu Islam? Siapakah "Melayu Islam"? Islam tidaklah sehaluan dengan perkauman, maka? Pendek kata, yang ramai bukanlah "Melayu Islam", tetapi "Melayu Perkauman". Dan yang ramai bukanlah yang menghambakan diri kepada Allah, tetapi yang menghambakan diri kepada selain Allah. Ketahuilah bahawa menghambakan diri = merendahkan atau meletakkan diri sebagai hamba. Menghambakan diri = menyembah. Dan mempertuankan = mengambil atau menerima sebagai tuan. Melakukan solaat bukanlah bermakna menyembah Allah. "Betul sebut" bukan bermakna "betul percaya". Dan terjemahan yang betul untuk ayat 5, surah Fatihah adalah "hanya Engkau (Allah) kami sembah", atau "hanya Engkau (Allah) adalah yang kami sembah". Fikirkan dan fahamilah.
Awas, jangan kena tipu ataupun silap mengenai sembah. "Sembah" dan "hamba" di dalam bahasa Arab adalah perkataan Arab yang ejaannya adalah "ain-ba-dal" atau mengandungi "ain-ba-dal". Maka? Sebenarnya, abdi = hamba. "Abdillah", juga "Abdullah" = hamba Allah. Sembah ada kaitan dengan hamba. Dan menyembah = menghambakan diri. Nampak? Kalau ada hamba, maka adalah tuan, oleh sebab itu, menghambakan diri bermakna mempertuankan. Dan menyembah = menghambakan diri. Maka? Menyembah = menghambakan diri = mempertuankan. Dan fahamilah bahawa "tidak mempertuankan Allah" = "tidak menghambakan diri kepada Allah" = "tidak menyembah Allah". Maka? Sebenarnya, siapakah yang engkau atau si ustaz sembah? Dengan kata lain, kepada siapakah engkau atau si ustaz menghambakan diri, atau siapakah yang engkau atau si ustaz pertuankan, atau bahkan perajakan? Adakah hanya Allah adalah yang engkau atau si ustaz pertuankan? Adakah hanya Allah adalah yang dipertuankan dan diperajakan oleh Hadi Awang dan ulama PAS dan ulama UMNO? Bagaimana pula dengan ulama atau guru yang lain? Janganlah berdolak-dalih. Sebenarnya, tidak mempertuankan hanya Allah = tidak menyembah hanya Allah, maka? Sedar atau fahamilah bahawa yang tidak mempertuankan hanya Allah adalah yang bohong kepada Allah semasa mengucap ayat 5, surah Fatihah.
Apakah akibatnya kalau bohong di dalam solaat, atau kalau bohong semasa mengucap ayat 5, surah Fatihah? Dapat pahala yang besar dari Allah? Hmm, tidakkah sebenarnya menambah dosa? Dan syaitan boleh ketawa besar? Apapun, "abdi" adalah perkataan yang berasal dari bahasa Arab, begitu juga "ibadat" dan "solaat" dan "ulama" dan "hadis" dan "najis" dan banyak lagi. Fahami ayat 5 di surah Fatihah dan 3 ayat pertama di surah Kafirun, lalu sedarlah bahawa Muslim menyembah Allah, hanya Allah, dan bahawa menyembah Allah, hanya Allah, adalah perlu untuk masuk Islam atau menjadi Muslim. Dan ingatlah bahawa yang memperajakan ataupun mempertuankan selain Allah adalah yang biadab serta shirik terhadap Allah. "Rob" (rabb) adalah perkataan Arab yang ejaannya adalah "ra-ba", bukan "alif-laam-ha". Dan "rob" patut diterjemahkan kepada "tuan", bukan "tuhan". Maka? Sebenarnya, "tuhan" di dalam bahasa Arab adalah "ilah" ataupun "ilahi", bukan "rob". Dan erti "tuhan" bukanlah sembahan, tetapi "sovereign ruler", iaitu pemerintah yang tidak dikuasai. Adakah pemerintah yang sesungguhnya tidak dikuasai oleh siapa pun, selain Allah? Jawapan: Tidak ada. Maka? Benar adalah bahawa "laa-ilaha-illallah", iaitu "bukan tuhan kecuali Allah". Dan Sistem Demokrasi adalah sistem politik yang sehaluan dengan Islam, bukan Sistem Kominis, usahkan Sistem Monarki. Sedarlah bahawa mempertuankan selain Allah, apatah lagi memperajakan selain Allah, adalah bercanggahan, sangatlah bercanggahan dengan tauhid atau kesetiaan kepada Allah. Dan lawan "tauhid" adalah "shirik". Sesungguhnya, Allah, hanya Allah adalah yang betul berhak sebagai tuan kita. Dan hanya Allah adalah yang betul berhak sebagai raja ke atas kita. Allahu akbar.
Awas, jangan sesat ataupun terpesong akibat terjemahan atau pengertian yang menggunakan perkataan yang berasal dari bahasa Arab. Sebenarnya, ibadat ataupun ibadah = penyembahan. Abdi = hamba, maka mengabdikan diri = menghambakan diri. Dan "beribadat kepada Allah" = menyembah Allah. Kalau ada hamba, maka adalah tuan, dan kita adalah hamba Allah, maka Allah adalah tuan kita. Faham? Kita wajib setia kepada yang berhak sebagai tuan kita, iaitu Allah. Dan ingat, mengambil selain Allah sebagai tuan kita, apatah lagi sebagai raja kita, adalah shirik, iaitu curang terhadap Allah. Sesungguhnya, Allah adalah "rob-binnas", "malikin-nas", "ila-hinnas", iaitu tuan manusia, raja manusia, tuhan manusia. Dan kita berhak merdeka, iaitu tidak diperhambakan oleh selain Allah. Siapakah yang berhak disembah? Siapakah yang berhak dipertuankan? Dan siapakah yang berhak diperajakan? Jawapan: Allah, hanya Allah. Masuk akal? Setuju? Hmm, yang ramai bukanlah yang menyembah hanya Allah. Dan yang ramai bukanlah pengikut Nabi Muhammad, tetapi pengikut "ajaran sesat Syahadah".
•••••
Erti Islam Dan Muslim @ Erti Islam
Bukanlah "Salaam" Atau "Peace"
- https://bit.ly/34Sfrmd
•••••
Solaat Yang Sia-Sia, Dan Mengenai Shirik
Dan Tauhid Dan Perhambaan
- https://bit.ly/2VAi5ZB
•••••
Hakikat 2 Kalimah Syahadah
- https://bit.ly/3fpr2wL
•••••
9 Ajaran Sesat Atau Bohong Yang Paling Bahaya
- https://bit.ly/371oNdv
•••••
Ilmu Masuk Islam Dan Sembah @
Bagaimana Untuk Menjadi Muslim Sebenar
- https://bit.ly/2UkNtaN