Sunday, January 23, 2022

Bilakah Berlakunya Malam Jumaat?


Siapa tahu? Tidakkah si pencipta adalah yang tahu atau lebih tahu? Apapun, pencipta malam dan siang adalah Allah. Soalnya, yang mana berlaku dahulu: Malam, ataukah siang? Fahami bahawa malam tidak dapat mendahului siang, menurut ayat 40 di surah Yasin @ Quran 36:40. Malam tidak dapat mendahului siang, maka berlakunya malam adalah selepas siang. Dan fahami bahawa wujudnya "malam" dan "siang" adalah di dalam "hari", dengan kata lain, di dalam hari terdapat malam dan juga siang. Hakikatnya, malam dan siang adalah di dalam hari, maka di dalam hari Jumaat terdapat malam (hari) Jumaat dan juga siang (hari) Jumaat. 
       Soalnya, antara siang Jumaat dan malam Jumaat, yang manakah berlaku dahulu: Malam Jumaat, ataukah siang Jumaat? Sedar atau fahamilah bahawa menurut atau berlandaskan ayat 40 di surah Yasin, malam tidak dapat mendahului siang, maka berlakunya malam Jumaat adalah selepas siang Jumaat. Dengan kata lain, kalau sekarang adalah siang Jumaat, maka malam nanti adalah malam Jumaat, bukan malam Sabtu. Dan kalau sekarang adalah siang Khamis, maka malam nanti adalah malam Khamis, bukan malam Jumaat. Sebenarnya, tidaklah wujud malam (hari) Khamis di hari Jumaat. Dan tidaklah wujud hari Khamis di malam (hari) Jumaat. Berlakunya malam (hari) Jumaat adalah selepas siang (hari) Jumaat, bukan selepas siang (hari) Khamis. Bermulanya siang adalah dengan terbit matahari. Dan sedarlah bahawa masuk Islam atau menjadi Muslim bukanlah dengan mengucap 2 atau berapapun "kalimah Syahadah", tetapi dengan menyembah Allah, hanya Allah dan dengan "aslim" atau menyerah diri kepada Allah. 
       Untuk makluman, terjemahan ayat 39 dan 40, surah Yasin adalah "Dan bulan pula Kami takdirkan dia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di akhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya - (berbentuk melengkung) seperti tandan yang kering. (Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing." Dan terjemahan ayat 39 dan 40, surah Yasin di dalam bahasa English oleh Sahih International adalah "And the moon - We have determined for it phases, until it returns [appearing] like the old date stalk. It is not allowable for the sun to reach the moon, nor does the night overtake the day, but each, in an orbit, is swimming." Pendek kata, terjemahan al Quran di dalam bahasa English adalah terjemahan yang betul atau yang lebih tepat berbanding terjemahan al Quran di dalam bahasa Melayu atau bahasa Indonesia. Dan sebuah laman web yang baik untuk mengetahui terjemahan sesuatu ayat al Quran di dalam bahasa English adalah https://corpus.quran.com/translation.jsp 
       Apapun, sila tadabbur atau fikirkanlah secara rasional dan jujur. Janganlah main sangka, usahkan main yakin. Dan awas, terjemahan atau pengertian atau kesimpulan yang salah janganlah tidak disedari, usahkan dipercaya. Tadabbur adalah memikirkan secara mendalam. Memikirkan adalah dengan menggunakan otak dan akal sendiri. Dan mengenai tadabbur di dalam al Quran, fahami Quran 4:82 dan 38:29 dan 47:24. Pendek kata, al Quran patut ditadabbur, bukan patut dihafaz. Dan Allah menyuruh supaya tadabbur, tetapi siapakah yang cuba menghalang? Hmm, betapa ulama dan ustaz adalah yang sesat dan menyesatkan. Dan apakah ajaran Allah mengenai sunnah dan syafaat dan hadis dan najis? Sila selidik. Sila ambil-tahu. Sila fikirkan. Ingat, ajaran Allah dan kebenaran sentiasa patut diterima. 
••••• 
Solaat Sampah Dan Yang Membezakan Muslim Dari Kafir 
@ Menyembah Hanya Allah Adalah Yang Lebih Penting 
- https://bit.ly/3jcAJC9 
••••• 
Ilmu Masuk Islam @ 
Bagaimana Untuk Menjadi Muslim 
- https://bit.ly/2Y61GMJ 
••••• 
Erti "Rob" (Rabb) Dan Tuhan @ Antara Ajaran Sesat 
Atau Bohong Melalui Doa Di Dalam Bahasa Arab 
- https://bit.ly/352upWH 
••••• 
Erti Islam Dan Muslim @ Erti Islam 
Bukanlah "Salaam" Atau "Peace"  
- https://bit.ly/34Sfrmd 
••••• 
Abdi Dan Ibadat Dan Sembah @ Jangan 
Terpesong Akibat Perkataan Arab 
- https://bit.ly/2JBmxnS 

Wednesday, January 12, 2022

Antara Muslim Dan Kafir @ "Hadis Sahih" Dan Al Quran Tidaklah Sehaluan


Apakah yang membezakan Muslim dari Kafir? Adakah solaat, ataukah sembahan? Janggut dan pakaian bukanlah sesuatu yang membezakan Muslim dari Kafir. Dan melakukan solaat bukanlah bermakna menyembah Allah, usahkan mentauhidkan Allah. Menurut "Hadis sahih" atau kepercayaan pengikut mazhab Sunnah wal Jamaah, solaat (solat) adalah yang membezakan Muslim dari Kafir, tetapi apakah yang membezakan Muslim dari Kafir menurut atau berlandaskan al Quran, iaitu kitab karangan Allah, Dia, pencipta Islam? Sedarlah bahawa "Hadis sahih" dan al Quran tidaklah sehaluan. Fahami bahawa apa pun kitab atau buku adalah kata-kata si pengarangnya. Dan pengarang "Hadis sahih" bukanlah Nabi Muhammad, maka "Hadis sahih" tidak patut disamakan dengan kata-kata Nabi Muhammad. 
       Awas, takrif atau pengertian atau terjemahan atau kesimpulan yang salah janganlah tidak disedari, usahkan dipercaya. Ingat, ajaran Allah dan kebenaran sentiasa patut diterima atau tidak patut ditolak, tidak seperti ijmak ulama dan fatwa. Dan syaitan adalah musuh yang "nyata" sedangkan Munafiq (Munafik) adalah musuh yang "tidak nyata". Hmm, apa itu "nyata"? Jangan keliru mengenai istilah "nyata". "Nyata" bukan bermakna boleh dilihat dengan mata. "Nyata" tidak semestinya bermakna boleh dilihat dengan mata. Dan Munafiq berpura-pura pro Islam atau tidak mengaku memusuhi Islam, tidak seperti syaitan. Sesungguhnya, masuk Islam atau menjadi Muslim bukanlah dengan mengucap "kalimah Syahadah", tetapi dengan menyembah Allah, hanya Allah dan dengan "aslim" atau menyerah diri kepada Allah. Jangan silap mengenai erti sembah. Dan untuk bukti atau penjelasan bahawa yang membezakan Muslim dari Kafir adalah sembahan, sila fahami artikel yang bertajuk "Solaat Sampah Dan Yang Membezakan Muslim Dari Kafir" di filopu.blogspot.com @ https://bit.ly/3jcAJC9 
••••• 
Solaat Sampah Dan Yang Membezakan Muslim Dari Kafir 
- https://bit.ly/3jcAJC9 
••••• 
Erti "Rob" (Rabb) Dan Tuhan @ Antara Ajaran Sesat 
Atau Bohong Melalui Doa Di Dalam Bahasa Arab 
- https://bit.ly/352upWH 
••••• 
Ajaran Sesat Yang Paling Bahaya Dan Barua Syaitan 
- https://bit.ly/3ok8qVg