Tuesday, August 2, 2022

Antara DJ Dan Kehidupan @ Buka Minda Dan Terimalah Fakta


"Setting" manakah yang betul? "Setting" yang ikut syok sendiri, ataukah yang ikut logik? Apapun, apakah fakta atau kebenaran yang sepatutnya diambil-kira, walaupun marwah atau hati tidak suka? Soalnya, kenapa "microphone" terasa berat kepada seseorang penyanyi yang mana ia boleh menyebabkan si penyanyi mendapat sakit tekak? Fakta: Suara manusia tidaklah sama saja, walaupun sama jantina. Dan menguatkan bunyi vokal (suara) bukan bermakna "meringankan" "microphone". Kepada penyanyi yang mempunyai suara "bass" atau mempunyai "bass" dalam suaranya, dia akan terasa bahawa "microphone" adalah "berat" kalau "low" atau "bass" untuk "microphone" dikurangkan, atau berada di bawah 0 (kosong). Tak percaya? "Test"lah. 
       Cuba-cubalah. Atau kaji atau selidik atau fikirkanlah secara rasional dan jujur. Dan bukalah minda untuk ilmu dan kebenaran. Memang ada banyak atau ada macam-macam "setting" untuk "microphone" dan "mixer", tetapi "setting" yang betul atau sesuai tidaklah banyak. Bukalah minda. Atau munasabahlah. Hmm, tidakkah mementingkan atau mengikut marwah (maruah) akan menjadikan engkau bodoh sombong? Ada otak, sila guna. Ada akal, sila fikir. Akal, jadilah orang akal, bukan orang marwah. Jadilah orang akal dan kewajaran, bukan orang marwah dan kebendaan. Dan 2 sikap utama seseorang yang mulia ataupun baik adalah jujur dan adil. Janganlah dangkal. Janganlah main sangka, usahkan main yakin. Dan janganlah untung jangka pendek, tetapi merana atau rugi jangka panjang. Fahamilah bahawa yang tahu atau lebih tahu adalah yang mengkaji berbanding yang "mengaji" (berguru). Dan marwah janganlah disamakan dengan kehormatan. Ingat, lebih pengalaman bukan bermakna lebih tahu. Sangkaan bukanlah pengetahuan. Dan janganlah bodoh, tetapi tidak boleh diajar, usahkan sesat, tetapi tidak boleh dibimbing. Keyakinan tidak mengubah hakikat. Kebenaran dan ajaran Allah patut diterima walau apa pun. Dan marwah patut dikuasai atau dikawal atau diketepikan, bukan patut diikutkan. Ingat, kehidupan di Dunia adalah sementara. Dan menurut ayat 56 di surah Zariyat (Quran 51:56), fahami bahawa Allah tidaklah mencipta jin dan manusia melainkan untuk menyembahNya. 
       Allah tidaklah mencipta jin dan manusia melainkan untuk menyembahNya, bukan melainkan untuk melakukan solaat. Sedarlah bahawa melakukan solaat bukan bermakna menyembah Allah. Dan solaat yang dilakukan oleh mereka yang bohong dalam solaat adalah ibarat sampah atau lebih teruk. Tidakkah diam lebih baik berbanding cakap bohong? Dan tidakkah bohong kepada raja manusia sangatlah besar kesalahannya? Fikir-fikirkanlah. Suka atau tidak, Allah adalah "rob-binnas, malikin-nas, ila-hinnas", iaitu tuan manusia, raja manusia, tuhan manusia. Dan bukan saja di Akhirat, tetapi sekarang pun Allah adalah "malikin-nas", iaitu raja manusia. Taat dan setialah kepada Allah, Dia, tuan kita, Dia, raja kita, Dia, satu-satunya sebenar tuhan. Ingat, kepada Allah kita dikembalikan. Dan sesungguhnya, 2 sikap atau ciri utama Muslim yang sebenar adalah menyembah Allah, hanya Allah dan "aslim" atau menyerah diri kepada Allah. Selidiklah. Hmm, kebanyakan orang percaya apa yang mereka nak percaya. Dan kebanyakan orang menjadi sesat akibat menyangka. 
••••• 
Solaat Sampah Dan Yang Membezakan Muslim Dari Kafir @ Menyembah Hanya Allah Adalah Yang Lebih Penting 
- https://bit.ly/3jcAJC9 
••••• 
To "Ex-Muslims" And To Believers Of The Bible @ Are There Many Ex-Muslims And Followers Of Jesus Christ?  
- https://bit.ly/3tix8Yp 
••••• 
Antara PAS Dan UMNO Dan Islam Dan Najis 
@ Selamatkan Melayu Dan Manusia Lain 
- https://bit.ly/3vQ3kE9 
••••• 
Kepada Cina Dan India DAP @ Insaflah Melayu 
- https://bit.ly/2SR9JhI 
••••• 
Antara Melayu dan Islam @ Sedarlah Wahai 
Orang UMNO Dan Orang PAS, Juga Orang Tabligh 
- https://bit.ly/2UpBBdi