Monday, November 14, 2022

Memilih Ketua Atau Pemimpin


Siapakah yang patut dipilih sebagai ketua atau pemimpin? Adakah "aku tak kisah siapa asalkan Melayu"? Hmm. Apapun, mengenai ketua atau pemimpin, yang penting bukanlah Melayu atau apapun bangsa, tetapi Muslim, sebenar Muslim. Dengan kata lain, kita tidak patut peduli siapa jadi ketua atau Perdana Menteri atau Presiden, asalkan Muslim, bukan asalkan Melayu, tetapi asalkan Muslim, sebenar Muslim. Awas, perkauman bercanggah dengan Islam, iaitu agama atau "deen" ciptaan Allah. Dan Muslim bukanlah yang mengucap "kalimah Syahadah", tetapi yang menyembah Allah, hanya Allah dan yang "aslim" (menyerah diri) kepada Allah, Dia, pencipta semua manusia, Dia, "rob-binnas, malikin-nas, ila-hinnas", iaitu tuan manusia, raja manusia, tuhan manusia. 
       Fahami bahawa "Khalifah", bukan "Perdana Menteri" adalah nama jawatan untuk pemerintah negara Islam. "Jawatan "Khalifah" adalah bersamaan atau hampir bersamaan dengan jawatan "Presiden". Dan kepada yang tidak percaya mengenai Allah, adakah bukti untuk mengatakan bahawa Allah bukanlah pencipta kita atau bahawa Allah tidak mungkin pengarang al Quran? Kalau tidak ada, maka? Apapun, aku adalah orang Islam, bukan orang Perkauman. Hmm, Allah tahu kalau aku sebenarnya bukanlah Muslim atau bukan orang Islam. Kalau engkau yakin atau rasa bahawa aku tidak betul mengenai sesuatu, maka sila buktikan atau perjelaskan. Boleh? Dan mengenai sistem Demokrasi, kerajaan mestilah ditubuhkan oleh atau mengandungi "parti" yang memenangi kerusi yang terbanyak. Adil tak? Patut tak? Suka atau tidak, Allah berhak sebagai tuan ke atas ciptaanNya. Dan kita adalah ciptaan Allah. Benar, Allah berhak sebagai tuan ke atas kita. Allah adalah tuan kita. Dan kita wajib atau patut setia kepada Allah: Dengan kata lain, kita wajib atau patut mempertuankan hanya Allah, tidak mempertuankan selain Allah, usahkan memperajakan selain Allah. Allahu akbar. 
••••• 
Antara Rasis Dan Muslim @ Islam Bukan Agama Perkauman, Juga Bukan Agama Perhambaan 
- https://bit.ly/3u9V29o 
••••• 
Antara DAP Dan Islam @ Jangan Silap Mengenai Islam 
- https://bit.ly/3Brvzcw 
••••• 
Solaat (Solat) Sampah Dan Yang Membezakan Muslim Dari Kafir 
- https://bit.ly/3jcAJC9 

Thursday, November 3, 2022

Hakikat Bahagian Pertama Pada Ayat 5 Surah Fatihah Dan Bahawa Solaat Bukanlah Sembahyang


Apakah terjemahan yang betul untuk bahagian pertama ayat 5 surah Fatihah? "Hanya Engkau kami sembah" atau "hanya Engkau adalah yang kami sembah" adalah terjemahan yang betul untuk bahagian pertama ayat 5 surah Fatihah. Di dalam bahasa English, terjemahannya adalah "only You we worship". Dan "Engkau" atau "You" di dalam ayat 5 surah Fatihah bermakna atau adalah merujuk kepada "Allah". Soalnya, siapakah yang tidak bohong (kepada Allah) apabila mengucap bahagian pertama pada ayat 5 surah Fatihah? Dengan kata lain, siapakah yang betul menyembah Allah, hanya Allah, maka tidak mempertuankan selain Allah, usahkan memperajakan selain Allah? 
       Betulkah engkau atau si imam menyembah Allah, hanya Allah apabila mengucap bahagian pertama pada ayat 5 surah Fatihah? Awas, jangan kena tipu atau silap mengenai erti sembah. Janganlah kena tipu atau silap mengenai erti Muslim dan Islam dan tuhan. Dan janganlah kena tipu atau silap mengenai bagaimana untuk menjadi Muslim. Fahami bahawa "hamba" dan "sembah" di dalam bahasa Arab adalah perkataan yang ejaannya adalah "ain-ba-dal" atau mengandungi "ain-ba-dal". Maka? Benar, hamba adalah sama ertinya dengan abdi. Dan menyembah adalah sama ertinya dengan menghambakan diri, iaitu merendahkan atau meletakkan diri sebagai hamba (kepada yang disembah). Fahami bahawa sembah ada kaitan dengan hamba. Menyembah ada kaitan dengan menjadi hamba. Dan perkataan "abdi" adalah perkataan yang sebenarnya berasal dari bahasa Arab, begitu juga "solaat" (solat) dan "ibadat" (ibadah) dan "sunnah" dan "najis" dan banyak lagi. Menyembah adalah sama ertinya dengan menghambakan diri, tetapi sedarlah juga bahawa kalau ada hamba, maka adalah tuan. Kalau ada hamba, maka adalah tuan, maka menghambakan diri bermakna mempertuankan. Dan raja adalah tuan (ke atas yang dikuasainya), maka memperajakan adalah mempertuankan. 
       Ringkas kata, menyembah adalah sama ertinya dengan menghambakan diri, tetapi sedarlah juga bahawa mempertuankan adalah menyembah, begitu juga atau lebih-lebih lagi memperajakan. Tidaklah engkau menyembah Allah kalau engkau tidak menghambakan diri kepada Allah. Dan tidaklah engkau sebenarnya menyembah Allah ataupun menghambakan diri kepada Allah kalau engkau tidak mempertuankan Allah. Menyembah bukanlah mempertuhankan, tetapi mempertuankan. Fahami bahawa mereka yang bohong dalam solaat adalah mereka yang gagal dalam melakukan solaat. Gagal, bukan berjaya. Dan solaat yang dilakukan oleh mereka yang bohong dalam solaat adalah ibarat sampah atau lebih teruk. Solaat tidaklah sama ertinya dengan sembahyang. Dan seseorang yang menyamakan solaat dengan sembahyang tidaklah patut diambil sebagai guru dalam mempelajari agama Islam. Fahami bahawa melakukan solaat bukan bermakna menyembah Allah. Melakukan solaat bukanlah bermakna menghambakan diri kepada Allah. Melakukan solaat bukanlah bermakna mempertuankan Allah. Dan Allah tidaklah mencipta jin dan manusia melainkan untuk menyembahNya. Fahami bahawa Allah tidaklah mencipta jin dan manusia melainkan untuk menyembahNya, bukan melainkan untuk melakukan solaat. Ingat, melakukan solaat bukan bermakna menyembah Allah. Dan solaat adalah sesuatu yang dimulakan dengan "takbir" dan diakhiri dengan "salam", tetapi bagaimana dengan "sembahyang" yang dilakukan oleh orang Hindu? Pendek kata, adakah "solaat" (solat) sama dengan "sembahyang"? 
       Apapun, tidaklah sebenarnya menyembah kalau tidak menghambakan diri. Tidaklah sebenarnya menyembah ataupun menghambakan diri kalau tidak mempertuankan. Dan Allah berhak sebagai tuan ke atas setiap ciptaanNya. Ketuanan adalah hak asasi Allah. Dan kemerdekaan adalah hak asasi setiap manusia. Kalau ada hamba maka adalah tuan, dan kita adalah hamba Allah, maka Allah adalah tuan kita. Taatlah kepada Allah. Dan setialah kepada Allah, janganlah selain Allah dipertuankan, usahkan diperajakan. Siapakah yang Rasulullah pertuankan dan perajakan? Dan tidakkah syaitan adalah yang suka kalau selain Allah adalah yang engkau perajakan atau pertuankan? Suka atau tidak, Allah adalah "rob-binnas, malikin-nas, ila-hinnas", iaitu "tuan manusia, raja manusia, tuhan manusia", namun syaitan mampu untuk menghias kejahatan dan kebodohan. Suka atau tidak, terimalah hakikat. Dan percaya atau terimalah bahawa Allah adalah pencipta kita, tuan kita, raja kita, tuhan kita. 
••••• 
Ilmu Masuk Islam Dan Sembah @ Bagaimana Untuk Menjadi Muslim Sebenar 
- https://bit.ly/2UkNtaN 
••••• 
Erti "Rob" (Rabb) Dan Tuhan @ Antara Ajaran Sesat Atau Bohong Melalui Doa Di Dalam Bahasa Arab 
- https://bit.ly/352upWH 
••••• 
Erti Islam Dan Muslim @ Erti Islam Bukanlah "Salaam" Atau "Peace"  
- https://bit.ly/34Sfrmd 
••••• 
The True Meaning Of Worship, And Regarding Fake Muslims And The Enemies Of Islam 
- https://bit.ly/3657r1o 
••••• 
Hakikat Shirik, Dan Mengenai Merdeka Dan Kesetiaan Kepada Allah 
- https://bit.ly/3iLU3GD