Sunday, August 15, 2021

Hakikat Shirik, Dan Mengenai Merdeka Dan Kesetiaan Kepada Allah


Bolehkah engkau "bersaksi" atau "bear witness" kalau engkau sebenarnya tidak menyaksikan? Apapun, apa itu shirik (syirik) sebenarnya? Menyekutukan? Hmm, apa itu "menyekutukan"? Dan apakah lawan kepada menyekutukan? Apapun, tidakkah benar bahawa kalau ada hamba, maka adalah tuan? Dan selain taat, tidakkah si hamba wajib atau mestilah setia kepada yang berhak sebagai tuannya? Suka atau tidak, apakah hak Allah ke atas kita? Tidakkah Allah berhak sebagai tuan ke atas ciptaanNya? Dan tidakkah kita adalah ciptaan Allah? Suka atau tidak, Allah berhak sebagai tuan ke atas kita, ciptaanNya. Kita adalah ciptaan Allah. Kita adalah hamba kepunyaan Allah. Dan tidakkah munasabah bahawa shirik adalah sama erti atau maknanya dengan curang? Fikir, bagaimanakah ejaan "tauhid" di dalam bahasa Arab? Dan apakah "1" (satu) di dalam bahasa Arab, dan bagaimanakah ejaannya? 
       Fikir, lawan kepada tauhid adalah shirik. Tauhid ada kaitan dengan angka 1. Dan setia juga ada kaitan dengan angka 1. Maka? Fikir, adakah hamba Allah tidak wajib atau tidak perlu setia kepada Allah: Adakah hanya wajib taat, tidak wajib setia? Dan adakah menyembah selain Allah adalah harus atau bukan shirik? Fikir, redho atau sukakah Allah kalau engkau menyembah selain Dia? Redho atau sukakah Allah kalau engkau memperajakan atau mempertuankan selain Dia? Tidakkah syaitan adalah yang suka, atau bahkan bangga kalau engkau menyembah selain Allah? Tidakkah syaitan adalah yang suka atau bahkan bangga kalau engkau memperajakan atau mempertuankan selain Allah? Sila fikir. Fikirkan secara rasional. Dan jujurlah. Kesimpulannya atau pendek kata, kufur, shirik, tidak mentauhidkan Allah adalah sama erti atau maknanya dengan derhaka, curang, tidak setia kepada Allah. "Rob" (rabb) adalah sama ertinya dengan tuan, sedangkan "ilah" atau "ilahi" adalah tuhan. Dan benar, menyembah adalah menghambakan diri, tetapi ketahui atau sedarlah juga bahawa mempertuankan adalah menyembah, begitu juga atau lebih-lebih lagi memperajakan. Fikir, elokkah perhambaan? Dan elok atau untung atau selamatkah kalau menyembah selain Allah? Jawapan: Tidak, namun syaitan mampu untuk menghias-indahkan kejahatan dan kebodohan. Merdeka, kita berhak merdeka: Hanya Allah berhak sebagai tuan kita, dan hanya Allah adalah yang berhak sebagai raja kita. Fahamilah. Perhambaan adalah lawan kepada kemerdekaan. Dan fahami bahawa perhambaan bukanlah di mana Allah adalah raja atau tuan, tetapi di mana selain Allah adalah raja atau tuan: Begitu jugalah dengan shirik. 
       Fikir, tidakkah Nabi Muhammad memperjuangkan kemerdekaan manusia atau menentang perhambaan? Sebenarnya, siapakah yang Rasulullah terima sebagai tuannya? Dan siapakah yang Rasulullah terima sebagai rajanya? Jangan putar-belit. Kalau ada hamba, maka adalah tuan, dan kita adalah hamba Allah, maka Allah adalah tuan kita. Allah, hanya Allah adalah yang berhak sebagai tuan kita. Dan yang tidak berhak sebagai tuan kita tidaklah berhak sebagai raja kita. Sedar dan terima dan sampaikanlah bahawa Allah adalah pencipta kita, tuan kita, raja kita, tuhan kita. Ketahuilah bahawa "raja manusia" adalah "malikin-nas" di dalam bahasa Arab. Dan erti tuhan bukanlah pencipta, juga bukan sembahan, tetapi pemerintah yang tidak dikuasai, maka? Suka atau tidak, kita adalah ciptaan Allah. Kita adalah hamba kepunyaan Allah. Dan selain merendah diri dan taat kepada Allah, kita wajib atau mestilah mentauhidkan Allah, iaitu setia kepada Allah, tidak mempertuankan selain Allah, usahkan memperajakan selain Allah. Jangan sombong terhadap Allah. Janganlah kena tipu atau silap mengenai shirik atau tauhid atau kemerdekaan atau perhambaan. Dan fahami 3 ayat pertama di surah Kafirun, lalu sedarlah juga bahawa yang membezakan Muslim dari Kafir adalah sembahan, bukan solaat. 
••••• 
Ilmu Masuk Islam @ Bagaimana Untuk 
Masuk Islam @ Menjadi Muslim Yang Sebenar 
- https://bit.ly/3wlgvuy 
••••• 
Antara Melayu dan Islam @ Sedarlah Wahai 
Orang UMNO Dan Orang PAS, Juga Orang Tabligh 
- https://bit.ly/2UpBBdi 
••••• 
The True Meaning Of Worship, And Regarding 
Fake Muslims And The Enemies Of Islam 
- https://bit.ly/3657r1o 
••••• 
Kepada Cina Dan India DAP @ Insaflah Melayu 
- https://bit.ly/2SR9JhI 
••••• 
Real Truths About Jesus Christ And 
Crucifixion, And 2 Big Lies 
- https://bit.ly/2Bpw5Ow 

Sunday, July 11, 2021

Son And Children Of God, And Regarding Ezra And The Jews


Do you want the truth? Investigate or be rational. Unfortunately, most people believe what they want to believe, rather than believe what they should believe. Anyway, not every truth is easy to realize and accept, but let the truth stand, no matter who hates it. And a good website to search for an English translation of any verse of the Quran is https://corpus.quran.com/translation.jsp? Now, let's consider verse 30 of surah at-Taubah of the Quran (Quran 9:30), which is translated by Sahih International as "The Jews say, "Ezra is the son of Allah"; and the Christians say, "The Messiah is the son of Allah." That is their statement from their mouths; they imitate the saying of those who disbelieved [before them]. May Allah destroy them; how are they deluded?" Note: Any Quranic verse is the saying of the author of the Quran, not or rather than the saying of Nabi Muhammad. And the language of the Quran is Arabic. Let me know if the translation contains an error, or if the translation is not good enough. "Allah" (ul-lawh) is a personal name of the one and only true god. And the Arabic word or name that is translated as Ezra is "Uzair". 
       "Al-Masih" in Arabic is as same as Christ or the Christ, and as the Messiah. And Jesus Christ is Isa al-Masih. Regarding "son and children of God", do Muslims believe that we are sons and daughters of God, or do Muslims believe that we are children of God? Answer: No, not in "the Greek sense" of the word, nor in "non-Greek sense" of the word. Especially to Rabbi Tovia Singer and other Jews, please don't lie or make things up. Precisely, being divine or being holy is not as same as being a son or daughter of God. Be truthful. Be precise. And do Muslims believe that Ezra is a prophet? Answer: No, unless Ezra is as same as Uzair. Anyway, if we were not there when there was Ezra or Nabi Muhammad, then what can we really know about Ezra or Nabi Muhammad? Beware of assumptions. Beware of hearsays. And trust or faith: We should believe what God says, really says, not or rather than what any non-God says, agree? God, what does the word "god" mean, and so who is a god, truly a god? Why did Firaun or the Pharaoh claim to be a god? And worship, what does "to worship" mean? Find out. Don't be deceived or wrong about the meaning of god. Don't be deceived or wrong about the meaning of worship. And don't be deceived or wrong about how to enter Islam or become a Muslim. Hmm, is it true that all Arabs were pagans before Muhammad was chosen as a messenger of Allah? Understand that his father's name is Abdullah. And Muslims regard or accept themselves as slaves of Allah. Abdullah means slave of Allah. Slave of Allah, not slave of anyone else. Slave of Allah. Imagine. So? Note: Servant is not as same as slave. And imagine someone who believes that Allah, only Allah is our rightful lord, our rightful king: Would he or she enslave you or me? No, right? Anyway, liberty, we deserve liberty, not slavery. Only Allah has the right as our lord. Only Allah has the right as our king. And like "shirk", slavery is not where Allah is king or is lord, but it is where someone other than Allah is king or is lord. 
       Moving on, didn't the Jews try to have Jesus Christ killed? And didn't they lie about Jesus Christ or his mother? What are some of the bad words did the Jews give or say to Jesus Christ or his mother? Did they think that they are superior or special in the sight of God compared to other people? And regarding Ezra, why not watch the 2 hour video on YouTube which is more or less entitled "The Book Of Ezra - Banned From The Bible"? So? Note: I have downloaded the video for the record. Anyway, why didn't the Jews accept Jesus Christ as the Messiah? Why did they oppose him? What is "wrong" with Jesus Christ? And understand that the "lingua franca" or the most common language of the region was Aramaic, not Hebrew. Imagine. Seriously, were Israelites a majority, or were there more non-Israelites? Were there many Israelites who followed Jesus Christ? And today, are there many Israelites who are Christians or followers of Jesus Christ? Israelites and Palestinians are not the same. And Palestinians are Arabs. "God" is "ilah" in Arabic, and is "alaha" in Aramaic. There are no capital letters in Arabic, nor in Aramaic: So, "God" and "god" is "ilah", or "alaha". Again, "Allah" is a personal name of the one and only true god. Understand that the meaning of "god" is sovereign ruler. And "laa-ilaha-illallah" should be translated as "not a god except Allah", not as "no god except God". 
••••• 
The True Meaning Of Worship, And Regarding 
Fake Muslims And The Enemies Of Islam 
- https://bit.ly/3657r1o 
••••• 
War Against Injustice And Terrorism 
@ To The Good-Hearted People 
- https://bit.ly/3v0K4ko 
••••• 
Crucifixion And "Syahadah" (2 Big Lies), 
And Worship And The "Lingua Franca" 
*** Contains "how to become a Muslim" *** 
- https://bit.ly/39j4ehG 
••••• 
Firaun (Pharaoh) Versus God @ The True Meaning Of "God" 
- https://bit.ly/2KVWDM7 
••••• 
Don't Mislabel @ Fake Is Fake @ Call A Spade A Spade 
- https://bit.ly/3cKt1MR 

Friday, July 9, 2021

PKP Dan Ekonomi: Siapa Gila Atau Bodoh Dalam Menangani Covid-19?


Ada berbagai putar-belit dan ada-adaan. Dan pakar tidaklah sama dalam kebijakan dan kejujuran. Sebenarnya, pakar manakah yang mengatakan bahawa pembukaan semula kegiatan ekonomi secara menyeluruh hanya wajar dilakukan kalau jangkitan harian Covid-19 sudah berada di bawah 4,000 kes sehari selama 7 hari berturut-turut, dan kalau 10 peratus populasi telah menerima dua dos suntikan vaksin? Dan pakar manakah yang mengatakan bahawa kita mesti menang dalam melawan Covid-19, walaupun kita perlu kalah dari segi ekonomi? Penduduk Malaysia adalah sekitar 32 juta. Besarkah 4,000 ataupun 40,000 berbanding 32 juta? Dan siapakah yang patut dicontohi dalam menangani Covid-19? 
       Patutkah dicontohi negara Cina Komunis? Tidakkah yang patut atau lebih baik untuk dicontohi adalah Amerika Syarikat (USA), iaitu negara yang mengamalkan sistem demokrasi di mana penduduknya yang lebih berbilang bangsa berbanding Malaysia adalah sekitar 333 juta? Dan vaksin yang dibuat oleh Pfizer, Moderna, AstraZeneca dan Johnson & Johnson adalah efektif terhadap variasi Delta, tetapi bagaimana dengan vaksin yang dibeli dari negara Cina Komunis? Apapun, aku rasa masaalah sebenar bukanlah Covid-19, tetapi keinginan Mahiaddin (Muhyiddin) dan Azmin Ali dan beberapa orang lagi untuk terus berkuasa. Aku rasa bagi mereka, biar Malaysia muflis, atau biar ramai yang menderita, asalkan mereka tetap berkuasa. Dan Pelan Pemulihan Negara (PPN) ataukah Pelan Melingkup Negara? Hmm, setakat manakah kejujuran dan keprihatinan orang Melayu yang mengaku Muslim atau orang Islam? Dan siapakah yang sebenarnya disembah? 
••••• 
Antara Melayu dan Islam @ Sedarlah Wahai 
Orang UMNO Dan Orang PAS, Juga Orang Tabligh 
- https://bit.ly/2UpBBdi 
••••• 
Ilmu Masuk Islam @ Bagaimana Untuk 
Masuk Islam @ Menjadi Muslim Yang Sebenar 
- https://bit.ly/3wlgvuy 
••••• 
Reaksi Kepada "DAP Sedang Menanti Beraksi" 
Dan "Mengharap Menang Sorak?" 
- https://bit.ly/3gOrqaV 

Monday, July 5, 2021

Kepada Cina Dan India DAP @ Insaflah Melayu


Sila beritahu Melayu UMNO dan PAS dan PPBM dan sesiapa saja bahawa Allah adalah pencipta kita, tuan kita, raja kita, tuhan kita. Kalau mereka membantah atau tidak percaya, maka beritahu mereka supaya memahami ayat 56 di surah Zariyat (Quran 51:56) dan 3 ayat pertama di surah an-Nas (Quran 114:1-3), terutama kalau mereka mengaku mempercayai kitab al Quran. Dan erti tuhan bukanlah sembahan, tetapi pemerintah yang tidak dikuasai. Mengenai kebenaran bahawa Muslim adalah yang menyembah Allah, hanya Allah, fahami 3 ayat pertama di surah Kafirun (Quran 109:1-3). Dan ketahui bahawa Muslim = yang "aslim" (kepada Allah). Sila selidik. Janganlah main sangka, usahkan main yakin. Dan keyakinan tidak mengubah hakikat. 
       Muslim adalah sama ertinya dengan yang "aslim" (kepada Allah), maka "aslim" (kepada Allah) adalah perlu untuk menjadi Muslim. Munasabah? Dan fikir, bolehkah engkau "bersaksi" atau "naik saksi" bahawa emak dan bapa engkau bernikah? Sedarlah, bohong adalah bahawa masuk Islam atau menjadi Muslim adalah dengan mengucap "kalimah Syahadah". Dan Nabi Ibrahim, bahkan Nabi Muhammad tidaklah mengucap "kalimah Syahadah" untuk masuk Islam atau menjadi Muslim. Masuk akal? Hmm, adakah kitab yang mengatakan bahawa Nabi Ibrahim atau Nabi Muhammad mengucap "kalimah Syahadah" untuk masuk Islam atau menjadi Muslim? Jangan silap atau kena tipu. Munasabahlah. Jujurlah. Dan mengenai "syahadah Munafiq" di dalam al Quran, fahami ayat pertama di surah Munafiqun (Quran 63:1). Sesungguhnya, Muslim adalah yang menyembah Allah, hanya Allah dan "aslim" atau menyerah diri kepada Allah. Sembah, apa itu sembah? Sembah atau menyembah di dalam bahasa English adalah "worship" atau "to worship", dan hamba adalah "slave", bukan "servant". Ketahui bahawa "to worship" dan "slave" di dalam bahasa Arab adalah perkataan yang ejaannya adalah "ain-ba-dal" atau mengandungi "ain-ba-dal", maka? Sembah atau menyembah ada kaitan dengan hamba, atau dengan menjadi hamba. 
       Kesimpulannya atau pendek kata, menyembah adalah sama ertinya dengan menghambakan diri, iaitu merendahkan atau meletakkan diri sebagai hamba. Sila perhalusi bahawa menyembah = menghambakan diri, dan bahawa kalau ada hamba ataupun abdi, maka adalah tuan, dan bahawa raja adalah tuan (ke atas yang dikuasainya). Betul, menyembah adalah sama ertinya dengan menghambakan diri, tetapi sedarlah juga bahawa mempertuankan adalah menyembah, begitu juga atau apatah lagi memperajakan. Dan betul, Allah adalah "rob-binnas, malikin-nas, ila-hinnas", iaitu tuan manusia, raja manusia, tuhan manusia. Pendek kata, kalau engkau ingin menjadi Muslim atau orang Islam yang sebenar, maka sebut (kepada Allah), dan lebih penting, hayati atau amalkan, "Oh Allah, penciptaku, tuhanku, hanya Engkaulah tuanku, rajaku, dan kepadaMu aku menyerah diri; salaam, oh Allah, salaam". Bukalah minda. Fikirkanlah. Dan buatlah apa yang patut dibuat. Allah tidak memerlukan. Dan Neraka sedia menanti. 
••••• 
Reaksi Kepada "DAP Sedang Menanti Beraksi" 
Dan "Mengharap Menang Sorak?" 
- https://bit.ly/3gOrqaV 
••••• 
Antara Melayu dan Islam @ Sedarlah Wahai 
Orang UMNO Dan Orang PAS, Juga Orang Tabligh 
- https://bit.ly/2UpBBdi 
••••• 
The Meaning Of God @ What Is "God" 
And So, Who Is Truly A God? 
- https://bit.ly/39jS2x8 
••••• 
The True Meaning Of Worship, And Regarding 
Fake Muslims And The Enemies Of Islam 
- https://bit.ly/3657r1o 
••••• 
9 Ajaran Sesat Atau Bohong Yang Paling Bahaya 
- https://bit.ly/371oNdv 

Saturday, July 3, 2021

Antara Melayu dan Islam @ Sedarlah Wahai Orang UMNO Dan Orang PAS, Juga Orang Tabligh


Melayu manakah yang tidak bohong kepada Allah semasa melafazkan atau mengucap ayat 5, surah Fatihah? Sebenarnya, siapakah orang Melayu? Lebih penting, siapakah sebenar Muslim atau orang Islam? Pendek kata, orang Melayu, termasuk Jufazli Shi Ahmad dan Mahathir dan Hadi Awang adalah antara mereka yang mengaku Muslim, tetapi mereka sebenarnya bukanlah Muslim, kecuali kalau mereka menyembah Allah, hanya Allah dan "aslim" atau menyerah diri kepada Allah. Jangan silap mengenai erti sembah atau Muslim. Dan janganlah silap mengenai masuk Islam, iaitu mengenai bagaimana untuk menjadi Muslim. Bukalah minda. Dan fahami beberapa kebenaran dan ajaran Allah. Janganlah selamba mengaku Muslim atau orang Islam kalau engkau tidak tahu atau tidak betul mengenai erti Muslim atau Islam atau sembah atau tuhan. Dan janganlah selamba mengaku Muslim atau orang Islam kalau engkau percaya bahawa masuk Islam atau menjadi Muslim adalah dengan mengucap "kalimah Syahadah". 
        Adakah Nabi Ibrahim ataupun Nabi Muhammad mengucap "kalimah Syahadah" untuk masuk Islam atau menjadi Muslim? Jawapan: Tidak, tidak mungkin. Fahamilah bahawa erti Muslim adalah yang "aslim" (kepada Allah), maka "aslim" (kepada Allah) adalah perlu untuk menjadi Muslim. Dan mengenai "ash-hadu", bolehkah engkau "bersaksi" atau "naik saksi" atau "bear witness" bahawa emak dan bapa engkau bernikah? Jawapan: Tidak. Setuju? Jujurlah. Ingat, kebenaran patut diterima atau tidak patut ditolak walau apa pun. Soalan, apakah "raja" di dalam bahasa Arab? Jawapan: "Malik". Dan apakah "tuhan" di dalam bahasa Arab? Jawapan: "Ilah". Apakah "raja manusia" di dalam bahasa Arab? Jawapan: "Malikin-nas". Apakah "tuhan manusia" di dalam bahasa Arab? Jawapan: "Ila-hinnas". Dan ketahuilah bahawa "rob" (rabb) adalah tuan, sedangkan "ilah" adalah tuhan. Fikir, tidakkah Allah berhak sebagai tuan ke atas setiap ciptaanNya? Tidakkah kita adalah hamba Allah? Dan tidakkah benar bahawa kalau ada hamba ataupun abdi, maka adalah tuan? Sila baca surah an-Nas, lalu fikir, siapakah "rob-binnas, malikin-nas, ila-hinnas"? Jawapan: Allah, hanya Allah. Benar, Allah adalah "rob-binnas, malikin-nas, ila-hinnas", iaitu tuan manusia, raja manusia, tuhan manusia, tetapi adakah orang UMNO dan orang PAS percaya, betul percaya? Apakah kepercayaan sebenar orang UMNO dan orang PAS mengenai tuan manusia, iaitu "rob-binnas" di dalam bahasa Arab? Apakah kepercayaan sebenar orang UMNO dan orang PAS mengenai raja manusia, iaitu "malikin-nas" di dalam bahasa Arab? Dan apakah kepercayaan sebenar orang UMNO dan orang PAS mengenai tuhan manusia, iaitu "ila-hinnas" di dalam bahasa Arab? Bagaimana pula kepercayaan orang Tabligh mengenai Allah? 
       Janganlah cakap tak serupa percaya. Atau janganlah betul pada sebutan, tetapi salah pada kefahaman atau pada kepercayaan. Dan sila fahami ayat 5 di surah Fatihah dan 3 ayat pertama di surah Kafirun. Fahami 3 ayat pertama di surah Kafirun, lalu sedarlah bahawa Muslim adalah yang menyembah Allah, dan bahawa yang menyembah selain Allah adalah Kafir, dan bahawa yang membezakan Muslim dari Kafir adalah sembahan, bukan solaat. Sesungguhnya, yang menyembah selain Allah adalah yang shirik (syirik) terhadap Allah, tidak mentauhidkan Allah, tidak setia kepada Allah. Dan menyembah adalah menghambakan diri, tetapi sedarlah juga bahawa mempertuankan adalah menyembah, begitu juga atau lebih-lebih lagi memperajakan. Yang menyembah selain Allah adalah yang shirik terhadap Allah. Dengan kata lain, yang memperajakan atau mempertuankan selain Allah adalah yang shirik terhadap Allah. Dan yang menyembah selain Allah adalah yang bohong kepada Allah semasa melafazkan atau mengucap ayat 5, surah Fatihah: Maka apakah nilai solaatnya? Sebenarnya, siapakah yang engkau atau si imam perajakan atau pertuankan? Siapakah yang engkau atau si imam sebenarnya sembah? Ingat, mempertuankan adalah menyembah, begitu juga atau lebih-lebih lagi memperajakan. Dan yang menyembah selain Allah adalah Mushrik. Mushrik adalah najis, tidak suci, usahkan mulia. Sila selidik. Jangan "main sangka". Dan mati, ingatlah mati. Kehidupan di Dunia hanyalah sementara. Dan Neraka sedia menanti. Janganlah mati kecuali sebagai Muslim, sebenar Muslim. Dan orang Perkauman janganlah disamakan dengan orang Islam. Sebenarnya, siapakah yang menjadikan engkau seorang Melayu atau Cina atau India? Adakah engkau menjadi seorang Melayu atau Cina atau India akibat usaha engkau? Janganlah sombong atau mabuk marwah. Dan Allah adalah hakim yang terbaik. Ingat atau ketahuilah bahawa manusia yang terbaik adalah Muttaqin, iaitu yang bertaqwa kepada Allah. Dan seseorang yang sebenarnya bukan Muslim bukanlah Muttaqin, juga bukan Mukmin, di samping bukan sebenar pengikut Nabi Muhammad. 
       Terima dan percayalah bahawa Allah adalah pencipta manusia, tuan manusia, raja manusia, tuhan manusia, setiap manusia, walau apa pun kaum dan agamanya. Janganlah selain Allah diperajakan atau dipertuankan. Dan fikir, kalau engkau mati sebagai seorang yang sebenarnya menyembah selain Allah, atau kalau engkau sebenarnya mati sebagai seorang Mushrik atau Munafiq atau Muslim palsu, maka apakah akibatnya? Sesungguhnya, Muslim atau orang Islam adalah yang menyembah Allah, hanya Allah dan "aslim" atau menyerah diri kepada Allah, tidak sombong, usahkan derhaka, usahkan shirik terhadap Allah. Allah adalah penilai terarif serta hakim yang terbaik. Dan Allah adalah penguasa mutlak Syurga dan Neraka. Penilaian Allah adalah penilaian yang paling penting untuk diambil-kira. Dan ajaran Allah adalah ajaran yang paling penting untuk diikut. Pendek kata, mereka yang mencanggah hukum atau ajaran Allah bukanlah Muslim atau orang Islam, tetapi Kafir atau pelampau atau pendusta, walaupun mereka adalah ulama muktabar dan melakukan solaat. Kerja bodoh adalah kerja yang menghasilkan untung jangka pendek, tetapi mengakibatkan rugi jangka panjang. Dan Allah tidak mungkin tertipu. 
•••••
Ilmu Masuk Islam @ Menjadi Muslim Yang Sebenar 
- https://bit.ly/3wlgvuy 
•••••
Erti Islam Dan Muslim 
- https://bit.ly/34Sfrmd 
••••• 
Erti "Rob" (Rabb) Dan Tuhan 
- https://bit.ly/352upWH 
•••••
9 Ajaran Sesat Atau Bohong Yang Paling Bahaya 
- https://bit.ly/371oNdv 
••••• 
Reaksi Kepada "DAP Sedang Menanti Beraksi" 
Dan "Mengharap Menang Sorak?" 
- https://bit.ly/3gOrqaV 

Thursday, July 1, 2021

The True Meaning Of Worship, And Regarding Fake Muslims And The Enemies Of Islam


We don't pray to ourselves, but we pray to someone who is superior to us, right? If Jesus Christ ever prayed, then whom did he pray to: Did he pray to himself, or did he pray to someone else? And actually, does the Bible say that Jesus Christ is the creator of humans, or that Christianity is the religion in the sight of God? If not, so? And can you prove that your definition of worship or god is the correct one? Be honest. Be rational. And regarding worship in the Quran, understand verse 56 of surah Zariyat (Quran 51:56), which can be translated as "I (Allah) did not create the jinns and the humans except to worship Me". Regarding the truth that a Muslim is necessarily someone who worships Allah, only Allah, understand Quran 1:5 and Quran 109:1-3. And regarding the truth that "Mushriks" are "najis" (filthy), understand Quran 9:28. Worship, many people claim to worship God or Allah, but do they really worship God or Allah? God, what does "god" actually mean? And what does "worship" truly mean? 
       To worship does not mean to love, nor to obey, nor to pray. What is "to worship" in Arabic? And what is "slave" in Arabic? In Arabic, "to worship" and "slave" is a word that spells "ain-ba-dal" or contains "ain-ba-dal". So? Truly, worshiping has something to do with being a slave, make sense? In conclusion, to worship means to humble or lower oneself as a slave (to the one being worshiped). And truth is, if there is a slave, then there is a lord. Understand that a master is lord over his slave, and a king is lord over his subject. And king is superior to lord. So? To worship means to humble or lower oneself as a slave, but do also understand that accepting as lord, more so accepting as king is worshiping. And like it or not, Allah has the right as owner and as lord over His creations. What is "king" in Arabic? Answer: "Malik". And based on Quran 114:1-3, Allah is "rob-binnas, malikin-nas, ila-hinnas", that is, lord of humans, king of humans, god of humans. Worshiping other than Allah is committing "shirk" or disloyalty against Allah. In other words, accepting other than Allah as king or as lord is committing "shirk" or disloyalty against Allah. Slavery, as "shirk", is not where Allah is king or is lord, but it is where other than Allah is king or is lord. And "god" does not mean creator, nor one being worshiped, but "god" means sovereign ruler. "God" means sovereign ruler, so who is truly a sovereign ruler, uncontrolled by anyone: Is it not Allah, only Allah? Verily, accepting as lord, more so accepting as king is worshiping: So, whom do you worship? And whom do the "ulama" or the "imams" really worship: Is it Allah, only Allah? 
       Think, whom did Nabi Ibrahim (Abraham) or Nabi Muhammad accept as his lord, and whom did Nabi Ibrahim or Nabi Muhammad accept as his king? Be honest. Be rational. And do you or do the Jews know better than Allah regarding the religion of Abraham and Jacob and Jesus Christ? Accepting as lord, more so accepting as king is worshiping: Hmm, how many Malays or Arabs or so-called Muslims accept Allah, only Allah as their lord and only Allah as their king? And how many Malays or Arabs or so-called Muslims truly believe that Allah is lord of humans, king of humans, god of humans? Be aware and beware of fake Muslims. Like it or not, Allah has the right as lord over his creations. And Allah is our creator. Truly, Allah is our rightful lord and our rightful king. And we should be loyal to Allah. We should not accept other than Allah as our lord, much less as our king. Truly, those who accept other than Allah as their king or as their lord are "Mushriks", "Kafirs" (Infidels), and they are "najis" (filthy) in the sight of Allah, the best to judge, the author of the Quran. And the Quran, not the "authentic" Hadith, is the book to ponder and to take as guidance. Awake. According to the "authentic" Hadith, the "Syahadah" is a pillar of Islam, but truly, did Nabi Ibrahim or Nabi Muhammad say the "Syahadah" (Shahada) to enter Islam or to become a Muslim? Answer: No. So? And "Muslim" means one who "aslim" (to Allah), therefore one must "aslim" (to Allah) in order to become a Muslim, make sense? Frankly, saying the "Syahadah" is not how to enter Islam or become a Muslim, but it is how to become a Munafiq (Hypocrite) or a fake Muslim. Regarding the "Syahadah" or witnessing, understand that if you actually do not witness, then you cannot bear witness. Can you bear witness that your mother and your father are wedded (before you were born)? And regarding the "Syahadah of the Munafiqs", understand verse 1 of surah Munafiqun (Quran 63:1). 
       Beware of mistranslation. Beware of misdefinition. And don't be misled by "ulama" and followers of the "authentic" Hadiths. The "authentic" Hadith is not authored by Nabi Muhammad, therefore it is not Sayings or Words of Nabi Muhammad. And the Bible is not authored by God, therefore it is not Words of God. Like Nabi Ibrahim and "Jesus Christ", Nabi Muhammad preached to worship Allah, only Allah. To worship means to humble or lower oneself as a slave. And accepting as lord, more so accepting as king is worshiping. Beware, those who take or accept Nabi Muhammad as their king or as their lord are not true followers of Nabi Muhammad, but they are "enemies" of Nabi Muhammad, and of course, they are enemies of Allah and the religion called Islam. And if you accept other than Allah as your king or as your lord, or if you don't actually worship Allah, only Allah, then you lie to Allah when you recite verse 5 of surah Fatihah: So, what value is your "solaat"? Truly, Islam is for worshiping Allah, only Allah, the one and only true god. Islam is for surrendering to Allah, the absolute ruler of both Paradise and Hell. And Islam is for liberty, not slavery. Subhanallah. Walhamdulillah. Wallahu akbar. 
••••• 
Crucifixion And "Syahadah" (2 Big Lies), And 
Worship And The "Lingua Franca" 
*** Contains "how to become a Muslim" *** 
- https://bit.ly/39j4ehG 
••••• 
Allah And "Al Ilah" And God @ Do Not Mistranslate 
- https://bit.ly/3ctbrgB 
••••• 
Kill Non-Muslims To Receive 72 Virgins In Heaven? 
- https://bit.ly/3pWJ1Pq 
••••• 
Firaun (Pharaoh) Versus God @ 
The True Meaning Of "God" 
- https://bit.ly/2KVWDM7 
••••• 
The Meaning Of God @ What Is "God" 
And So, Who Is Truly A God? 
- https://bit.ly/39jS2x8 

Tuesday, June 22, 2021

Reaksi Kepada "DAP Sedang Menanti Beraksi" Dan "Mengharap Menang Sorak?"


DAP (Democratic Action Party) adalah seperti Parti Demokrat Amerika Syarikat. Dan UMNO adalah seperti KKK (Ku Klux Klan). Apapun, siapa nak sedar bahawa DAP lebih hampir kepada Islam berbanding UMNO dan PAS, atau bahawa perjuangan Demokrasi adalah lebih hampir kepada perjuangan Islam, berbanding perjuangan UMNO dan PAS? Dan siapa nak sedar bahawa orang UMNO dan orang PAS sebenarnya bukan Muslim, tetapi Munafiq, Kafir, atau Muslim palsu, atau bahawa masuk Islam bukanlah dengan mengucap "kalimah Syahadah"? Janganlah terpedaya oleh bohong atau fitnah atau propaganda UMNO atau PAS atau MCA. Dan jangan selamba mengaku Muslim atau orang Islam kalau engkau tidak tahu erti Muslim atau Islam atau sembah atau tuhan. Jangan "main sangka", usahkan "main yakin". Bukalah minda. Fahami fakta, iaitu hakikat atau kebenaran. Dan janganlah seperti binatang ternakan, usahkan lebih bodoh. 
       Mengenai BR1M, ketahuilah bahawa idea BR1M bukanlah idea Najib Razak, tetapi idea Bank Negara, susulan GST yang dilancarkan oleh Najib Razak. Banyak duit yang diperoleh oleh kerajaan BN-Najib melalui GST, maka apa salahnya kalau sebahagian "diberikan balik" kepada sebilangan warga Malaysia yang patut dibantu? Dan mengenai penjualan Celcom dan lain-lain syarikat oleh kerajaan pintu belakang PN: Jangan pula diputar-belit oleh UMNO atau PAS atau sesiapa, lalu DAP atau PH dipersalahkan. Fahamilah bahawa PN = PPBM+BN+PAS. BN = UMNO+MCA+MIC dan bukan PKR, juga bukan DAP. Dan fahaman Demokrasi tidaklah sehaluan dengan fahaman Komunis, maka? Mengenai Celcom, mungkin kualiti Internet akan jadi lebih baik dan harga perkidmatan Internet menjadi lebih murah selepas dijual? Harap-haraplah. Dan mengenai siapa "perompak Malaysia" yang paling kaya, sila tonton video yang lebih kurang bertajuk "Pendedahan Kekayaan Black Money Keluarga Tun Dr Mahathir" di YouTube. Hmm, adakah bukti bahawa Anwar Ibrahim yang sudah 20 tahun keluar-masuk penjara adalah seorang yang kaya-raya? Syarikat besar manakah miliknya? Apapun, samakah orang kerohanian dengan orang kebendaan? Samakah yang mengkaji dengan yang "mengaji" (berguru)? Dan samakah sangka dengan tahu? Sebenarnya, apakah kepercayaan orang UMNO dan orang PAS mengenai raja manusia, iaitu "malikin-nas" di dalam bahasa Arab? Dan apakah ajaran atau kepercayaan orang UMNO dan orang PAS mengenai tuhan manusia, iaitu "ila-hinnas" di dalam bahasa Arab? Allahu akbar. Dan ingat, Neraka sedia menanti. 
      Jangan mudah percaya atau cepat menyangka bahawa mereka yang bergelar ulama atau imam besar atau guru murshid (mursyid) atau ustaz adalah mereka yang tahu, betul tahu. Dan terjemahan atau pengertian atau kesimpulan yang salah janganlah tidak disedari. Yang tidak betul mengenai masuk Islam dan erti sembah sangatlah tidak patut untuk diambil sebagai guru dalam mempelajari Islam. Dan sedarlah bahawa semakin engkau tidak tahu ajaran Allah yang ada di dalam al Quran, maka engkau semakin mudah untuk disesatkan atau dipesongkan oleh pengikut Hadis dan "Sunnah". Ingat, kalau bukan karangan Nabi, maka bukanlah kata-kata Nabi. Dan siapakah yang Nabi Muhammad terima sebagai tuannya dan sebagai rajanya? Maka? Aku adalah orang kerohanian, bukan orang kebendaan. Aku mementingkan kerohanian atau dalaman, bukan atau berbanding kebendaan atau luaran. Maka? Dan salahkah bahawa aku adalah ahli falsafah dan ahli fikir Islam? Fikirkanlah. Ingat, sangka, begitu juga "yakin betul", bukan bermakna tahu. Dan kalau boleh buktikan bahawa aku salah, maka silakan. 
••••• 
Ilmu Masuk Islam @ 
Menjadi Muslim Yang Sebenar 
- https://bit.ly/3wlgvuy 
••••• 
Erti "Rob" (Rabb) Dan Tuhan 
- https://bit.ly/352upWH 
••••• 
Erti Islam Dan Muslim 
- https://bit.ly/34Sfrmd 
••••• 
9 Ajaran Sesat Atau Bohong Yang Paling Bahaya 
- https://bit.ly/371oNdv 
••••• 
Abdi Dan Ibadat Dan Sembah @ Jangan 
Terpesong Akibat Perkataan Arab 
- https://bit.ly/2JBmxnS 

Saturday, June 19, 2021

Cinta Dan Islam


Cinta: Apa itu cinta? Berzina atau bersetubuh bukan bermakna bercinta. Cinta adalah perasaan. Cinta adalah perasaan, sedangkan syahwat adalah keinginan. Dan menolak kebenaran bermakna mendustakan. Awas, jangan jatuh cinta kalau tidak mahu sakit di hati. Dan jujur: Jangan jatuh cinta kepada aku kalau engkau mementingkan marwah (maruah) berbanding kejujuran. Demi marwah atau gara-gara marwah, apakah kejahatan atau ketidak-wajaran yang telah dilakukan? 
       Perigi dan timba? Betul, takkanlah perigi mencari timba, tetapi fahami bahawa lelaki adalah perigi, iaitu tempat yang mengandungi air, sedangkan perempuan adalah timba, iaitu tempat dimasukkan air: Maka perempuan adalah yang patut mencari lelaki atau pergi kepada lelaki. Apapun, cinta sejati janganlah disamakan dengan cinta yang berlandaskan kebendaan. Cinta syahwat bukanlah cinta sejati. Dan lebih penting untuk disedari adalah bahawa Muslim bukanlah pelampau ataupun pendusta ataupun pembohong, juga bukan mata duitan. Suka atau tidak, duit palsu bukanlah duit. Munafiq atau Muslim palsu bukanlah Muslim. Dan sesungguhnya, mengucap "kalimah Syahadah" bukanlah bagaimana untuk menjadi Muslim, tetapi bagaimana untuk menjadi Munafiq, Kafir, atau Muslim palsu. Sila selidik. Fahami beberapa fakta, termasuk mengenai erti Muslim dan Islam dan sembah dan tuhan. Dan fikir, sesuaikah cinta sejati untuk jiwa yang kotor? 
       Sesuaikah perempuan yang jahat untuk lelaki yang baik? Dan sesuaikah lelaki yang jahat untuk perempuan yang baik? Awas, lembut lidah bukan bermakna baik hati, usahkan mulia. Dan jangan "main sangka", usahkan "main yakin". Adakah Nabi Muhammad mengucap "kalimah Syahadah" untuk masuk Islam? Jawapan: Tidak. Dan bolehkah engkau "bersaksi" atau "bear witness" bahawa emak dan bapa engkau bernikah? Jujurlah. Dan mengenai "syahadah Munafiq" di dalam al Quran, fahami Quran 63:1. Awas, terjemahan atau pengertian atau kesimpulan yang salah janganlah tidak disedari. "Rob" (rabb) adalah tuan, sedangkan "ilah" adalah tuhan. Dan erti tuhan adalah pemerintah yang tidak dikuasai, maka? 
••••• 
Ilmu Masuk Islam @ 
Menjadi Muslim Yang Sebenar 
- https://bit.ly/3wlgvuy 
••••• 
Erti "Rob" (Rabb) Dan Tuhan 
- https://bit.ly/352upWH 
••••• 
Erti Islam Dan Muslim 
- https://bit.ly/34Sfrmd 

Sunday, June 13, 2021

Ilmu Masuk Islam @ Bagaimana Untuk Masuk Islam @ Menjadi Muslim Yang Sebenar


Jangan main sangka, usahkan main yakin. Jangan tersalah kitab atau guru, usahkan tidak mahu memikirkan secara rasional. Dan janganlah selamba mengaku Muslim atau orang Islam kalau engkau tidak tahu erti Muslim atau Islam atau sembah atau tuhan. Bukalah minda. Kalau nak tahu, maka kaji atau selidik atau fikir. Fikir, bagaimanakah Nabi Ibrahim dan Nabi Muhammad masuk Islam atau menjadi Muslim? Dan bolehkah engkau "bersaksi" atau "naik saksi" bahawa emak dan bapa engkau bernikah? Pendek kata, kepada ulama dan ustaz, dan kepada orang UMNO dan orang PAS dan orang Tabligh, dan kepada sesiapa saja yang ingin masuk Islam atau menjadi Muslim, sebenar Muslim, sila sebut (kepada Allah), dan lebih penting, hayati atau amalkan, "Oh Allah, penciptaku, tuhanku, hanya Engkaulah tuanku, rajaku, dan kepadaMu aku menyerah diri; salaam, oh Allah, salaam." 
       Apakah beberapa fakta dan ajaran Allah yang perlu difahami untuk menjadi Muslim, sebenar Muslim? Berlandaskan ayat 5 di surah Fatihah dan 3 ayat pertama di surah Kafirun, sedarlah bahawa Muslim adalah yang menyembah Allah, hanya Allah. Menyembah adalah sama ertinya dengan menghambakan diri, tetapi ketahui atau sedarlah juga bahawa mempertuankan adalah menyembah, begitu juga atau apatah lagi memperajakan. Fikir, siapakah yang Nabi Muhammad terima sebagai tuannya dan sebagai rajanya? Tidakkah Allah, hanya Allah? Dan sebenarnya, Muslim = yang "aslim" (kepada Allah), maka "aslim" (kepada Allah) adalah perlu untuk menjadi Muslim. Jangan silap: "Aslim" adalah menyerah (diri), sedangkan "tawakkal" adalah berserah. Dan "rob" (rabb) = tuan, sedangkan "ilah" = tuhan. Awas, jangan sesat atau terpesong atau silap gara-gara perkataan yang berasal dari bahasa Arab seperti abdi dan ibadat (ibadah). Sebenarnya, abdi = hamba. Dan beribadat (kepada) = mengabdikan diri atau mengabdi (kepada) = menyembah atau sembah. Suka atau tidak, kita adalah hamba Allah, tetapi sedarlah juga bahawa kalau ada hamba, maka adalah tuan. Kalau ada hamba, maka adalah tuan, dan kita adalah hamba Allah, maka Allah adalah tuan kita. Allah, hanya Allah adalah yang berhak sebagai tuan kita. Dan selain taat kepada Allah, kita wajib setia kepada Allah, tidak mempertuankan selain Allah, usahkan memperajakan selain Allah. Ingat atau ketahui bahawa mempertuankan selain Allah, apatah lagi memperajakan selain Allah adalah shirik (syirik). Dan masuk Islam atau menjadi Muslim sebenarnya bukanlah dengan mengucap "kalimah Syahadah", tetapi dengan menyembah Allah, hanya Allah, dan dengan "aslim" atau menyerah diri kepada Allah. Sedarlah. 
       Apakah akibat kalau engkau salah mengenai bagaimana untuk masuk Islam, atau mengenai bagaimana untuk menjadi Muslim? Dan apakah akibat kalau engkau silap mengenai erti sembah dan tuhan? Tidakkah engkau adalah, atau akan menjadi Mushrik atau Kafir yang bertopengkan Islam? Dan tidakkah membawa ke Neraka, atau menambah dosa, atau sia-sia adalah solaat dan amal ibadat (ibadah) lain yang engkau lakukan? Sebenarnya, tidakkah engkau sekarang adalah Munafiq atau Muslim palsu? Terjemahan atau pengertian atau kesimpulan yang salah janganlah tidak disedari. Fahami 3 ayat pertama di surah Kafirun, lalu sedarlah bahawa yang membezakan Muslim dari Kafir adalah sembahan, bukan solaat. Dan janganlah sembah "hyang", tetapi sembahlah Allah, hanya Allah. Sembahlah Allah, hanya Allah: Jangan selain Allah dipertuankan, usahkan diperajakan. Awas, niat yang baik tidak mengubah kejahatan menjadi kebaikan. Niat yang baik serta keyakinan tidak mengubah ajaran sesat menjadi ajaran yang betul. Dan ingat, kebenaran tidak patut ditolak walau apa pun. Janganlah sombong atau angkuh. Jangan tipu atau putar-belit. Dan Muslim bukanlah pendusta ataupun pembohong, usahkan pelampau. 
••••• 
Hakikat "Syahadah", Dan 
Muslim = Yang "Aslim", Maka? 
- https://bit.ly/2V5hdLv 
••••• 
Erti Islam Dan Muslim @ Erti Islam 
Bukanlah "Salaam" Atau "Peace" 
- https://bit.ly/34Sfrmd 
••••• 
Sembah Dan "Ain-Ba-Dal" Dan 
"Ash-hadu" Dan Solaat Palsu 
- https://bit.ly/2ZF1ncw 
••••• 
Abdi Dan Ibadat Dan Sembah @ 
Jangan Terpesong Akibat Perkataan Arab 
- https://bit.ly/2JBmxnS 
••••• 
Jangan Terpedaya Dan Menambah Dosa 
Dengan Melakukan Solaat 
- https://bit.ly/3xPMNyT 

Friday, June 11, 2021

Pencen Dan Patriotik Dan Kebajikan @ Sayangi Malaysia


Duit pencen adalah "gaji buta" atau seperti "gaji buta". Dan duit pencen adalah tongkat yang sangat kukuh, tetapi jangan harap Mahathir Mohamad setuju. Apapun, kalau bayaran pencen dihadkan kepada tidak lebih dari RM5,000 sebulan, maka berapa ramai yang dapat dibantu hasil "lebihan" duit pencen? Dan berapakah jumlah hutang negara sekarang? Setiap tahun bilangan pesara bertambah. Dan pendek kata, setiap tahun bilangan penduduk bertambah. Maka? Hmm, janganlah cakap pasal patriotik, kalau tidak mahu memikirkan kewangan negara dan kebajikan untuk mereka yang patut dibantu. Dan janganlah selamba mengaku Muslim atau orang Islam kalau tidak tahu erti Muslim dan Islam dan sembah. 
••••• 
Erti Islam Dan Muslim @ Erti Islam 
Bukanlah "Salaam" Atau "Peace" 
- https://bit.ly/34Sfrmd 
••••• 
Erti "Rob" (Rabb) Dan Tuhan @ Antara Ajaran Sesat 
Atau Bohong Melalui Doa Di Dalam Bahasa Arab 
- https://bit.ly/352upWH 
••••• 
Hakikat "Syahadah", 
Dan Muslim = Yang "Aslim", Maka? 
- https://bit.ly/2V5hdLv 

Wednesday, June 9, 2021

Pilihanku Dalam Mencari Jodoh, Dan Mengenai Perigi Dan Timba Dan Menjadi Muslim Sebenar


Apakah akibat mementingkan marwah (maruah)? Di dalam bahasa English, marwah adalah "pride", bukan "dignity". Dan apakah padah atau akibat mementingkan kebendaan Duniawi? Terus-terang, aku tidak mahu "perempuan penyakit" walaupun si dia masih dara dan berharta serta nampak cantik. Lebih penting, ketahui bahawa yang memperajakan atau mempertuankan selain Allah adalah yang menyembah selain Allah. Dan yang menyembah selain Allah adalah Mushrik, iaitu yang shirik (syirik) terhadap Allah. Menurut ayat 28, surah Taubah (Quran 9:28), Mushrik adalah najis. Mushrik adalah najis, tidak suci, usahkan mulia, walaupun dia sedang melakukan solaat (solaah). 
       Hmm, betapa ramai yang menambah atau membuat dosa dengan melakukan solaat. Dan pendek kata, orang Melayu, termasuk orang UMNO dan orang PAS, adalah mereka yang bohong kepada Allah semasa melafazkan atau mengucap ayat 5, surah Fatihah. Betapa banyak solaat dan puasa yang sebenarnya bukan amal ibadat, tetapi amal tanpa ibadat (ibadah). Dan selain mencanggah atau tidak menerima ajaran Allah mengenai najis, betapa ulama dan ustaz bukanlah mereka yang ada "ilmu masuk Islam", iaitu ilmu mengenai bagaimana untuk menjadi Muslim, sebenar Muslim. Jangan membuta percaya atau main sangka. Dan janganlah selamba mengaku Muslim atau orang Islam kalau tidak tahu erti Muslim dan Islam dan sembah dan tuhan. Bukalah minda secara jujur dan rasional. Fahami beberapa fakta. Dan fahami ajaran Allah yang ada di dalam al Quran. 
       Mengenai pengalaman dalam cinta, aku mungkin tidak akan dapat lupakan 2 percintaan. Yang pertama adalah dengan seorang perempuan kulit putih Amerika Syarikat (USA). Ketika itu aku sedang berada di sebuah negeri yang bernama Arizona. Siapa sangka? Dia sangat menarik hati, tetapi aku juga merasa takut atau gementar. Pendek kata, kami boleh dikatakan tidak sempat berkawan baik. Dan kalaulah dia berterus-terang dan jujur saja kepadaku, maka kami mungkin sudah berkahwin dan mempunyai beberapa orang anak. Apapun, aku bukanlah seorang yang pandai atau biasa memujuk-rayu. Aku tidak suka menyangka. Dan sangka bukanlah tahu. Berterus-terang dan jujur. Kalau tidak suka atau kalau tidak mahu, maka katakan saja. Kalau "main jual mahal", maka aku mungkin menjadi "terlalu mahal". Dan mengenai perigi dan timba: Perigi adalah tempat yang mengandungi air, sedangkan timba adalah tempat untuk dimasukkan air. Setuju? Sebenarnya, tidakkah lelaki adalah tempat yang mengandungi air, iaitu air mani? Dan tidakkah perempuan adalah tempat dimasukkan air mani? Maka? Yang patut dikatakan timba, iaitu tempat dimasukkan air, adalah perempuan, bukan lelaki. Dan betul, takkanlah perigi mencari atau pergi kepada timba: Dengan kata lain, timba adalah yang patut mencari atau pergi kepada perigi. 
       Kesimpulannya atau pendek kata, timba adalah perempuan dan perigi adalah lelaki: Maka, takkanlah perigi mencari timba sepatutnya bermaksud takkanlah lelaki mencari perempuan. Nampak? Ada otak, sila guna. Ada akal, sila fikir. Dan yang patut disukai bukanlah seks, tetapi kesucian. Ingat, kebenaran tidak patut ditolak, walau apa pun. Disiplinkanlah diri. Ketahui dan berpeganglah pada kebenaran dan ajaran Allah, bukan pada marwah. Dan awas, jangan untung jangka pendek, tetapi rugi jangka panjang. Cinta tidaklah lebih penting berbanding kejujuran. Dan marwah patut dikuasai atau dikawal atau diketepikan, bukan patut diikutkan, usahkan diambil sebagai imam. Tidakkah lelaki sepatutnya lebih berakal berbanding perempuan? Apapun, jadilah orang akal dan kewajaran, bukan orang marwah dan kebendaan. Dan ingat, kehidupan di Dunia hanyalah sementara. Suka atau tidak, kita akan mati. Benar, kita akan mati, tetapi janganlah mati kecuali (ketika berada) di dalam Islam: Dengan kata lain, janganlah mati kecuali sebagai Muslim. Tetapi sebenarnya, bagaimanakah untuk berada di dalam Islam, atau bagaimanakah untuk menjadi Muslim, sebenar Muslim? Apakah kebenaran dan ajaran Allah yang perlu difahami? Jangan main sangka, usahkan main yakin, usahkan membuta percaya. Dan Allah menyuruh supaya "tadabbur". 
       Fikir, bagaimanakah Nabi Ibrahim ataupun Nabi Muhammad masuk Islam atau menjadi Muslim? Adakah Nabi Ibrahim atau Nabi Muhammad mengucap "kalimah Syahadah" untuk masuk Islam? Dan apakah sebenarnya erti Muslim dan Islam dan sembah dan tuhan? Pendek kata, bohong besar dan sangat menyesatkan adalah ajaran yang mengatakan bahawa masuk Islam atau menjadi Muslim adalah dengan mengucap "kalimah Syahadah". Dan mengenai "syahadah Munafiq", sila fahami Quran 63:1, iaitu ayat 1 di surah Munafiqun. Hmm, kalaulah aku sudah berkahwin atau kerja "makan gaji", maka mungkinkah akan tertulis artikel ini dan itu dan itu? Allah tahu. Allah tahu yang terbaik. Dan ramai yang mengaku atau setuju bahawa mereka adalah hamba Allah, tetapi mereka tidaklah menerima Allah sebagai tuan mereka, sedangkan kalau ada hamba ataupun abdi, maka adalah tuan. Kenapa? Tak faham bahasa? Sombong? Hati kotor? 
••••• 
Ilmu Masuk Islam Dan Sembah @ 
Bagaimana Untuk Menjadi Muslim Sebenar 
- https://bit.ly/2UkNtaN 
••••• 
Hakikat "Syahadah", Dan Muslim = Yang "Aslim", Maka? 
- https://bit.ly/2V5hdLv 
••••• 
9 Ajaran Sesat Atau Bohong Yang Paling Bahaya 
- https://bit.ly/371oNdv 
••••• 
Erti "Rob" (Rabb) Dan Tuhan @ Antara Ajaran Sesat 
Atau Bohong Melalui Doa Di Dalam Bahasa Arab 
- https://bit.ly/352upWH 
••••• 
Erti Islam Dan Muslim @ Erti Islam 
Bukanlah "Salaam" Atau "Peace" 
- https://bit.ly/34Sfrmd 

Tuesday, June 1, 2021

Secara Ringkas Mengenai Bagaimana Untuk Menjadi Muslim


Siapa betul Muslim atau orang Islam? Ramai yang mengaku Muslim atau orang Islam, tetapi betulkah pengakuan atau dakwaan mereka? Duit palsu bukanlah duit. Munafiq atau Muslim palsu bukanlah Muslim. Ketahui perbezaannya. Dan berlandaskan 3 ayat pertama di surah Kafirun, sedarlah bahawa yang membezakan Muslim dari Kafir adalah sembahan, bukan solaat. Jangan selamba mengaku Muslim atau orang Islam kalau tidak tahu erti Muslim dan Islam dan sembah. Bukalah minda secara jujur dan rasional. Dan fahami beberapa fakta dan ajaran Allah. Orang Islam adalah orang yang berada di dalam Islam, di dalam, bukan di luar. Dan Muslim boleh dikatakan sama ertinya dengan orang Islam. 
       Erti Islam adalah penyerahan, iaitu penyerahan diri kepada Allah. Masuk Islam adalah sama ertinya dengan menjadi Muslim. Dan antara hakikat atau kebenaran atau fakta yang patut diambil-kira adalah bahawa Muslim adalah yang "aslim" kepada Allah, dan bahawa Muslim adalah yang menyembah Allah, hanya Allah, dan bahawa mempertuankan, apatah lagi memperajakan adalah menyembah, iaitu menghambakan diri, iaitu merendahkan atau meletakkan diri sebagai hamba. Abdi adalah sama ertinya dengan hamba. Dan sebenarnya, menyembah Allah = beribadat kepada Allah = mengabdikan diri kepada Allah, atau mengabdi kepada Allah. "Hadis Nabi" janganlah disamakan dengan kata-kata Nabi. Ulama Hadis janganlah disamakan dengan ulama al Quran. Dan ulama mazhab janganlah disamakan dengan ulama Islam. Awas, jangan terpesong akibat perkataan yang berasal dari bahasa Arab seperti abdi dan ibadat. Dan terjemahan atau pengertian atau kesimpulan yang salah janganlah tidak disedari, usahkan dipercaya. 
       Pendek kata, kepada ulama dan ustaz, dan kepada orang UMNO dan orang PAS, dan kepada sesiapa saja yang ingin masuk Islam atau menjadi Muslim, sila sebut (kepada Allah), dan lebih penting, hayati atau amalkan, "Oh Allah, penciptaku, tuhanku, hanya Engkaulah tuanku, rajaku, dan kepadaMu aku menyerah diri; salaam, oh Allah, salaam". Fahamilah. Dan janganlah "main sangka", usahkan "main yakin". Sebenarnya, adakah kitab yang mengatakan bahawa Nabi Ibrahim atau Nabi Muhammad mengucap 2 "kalimah Syahadah" untuk masuk Islam, iaitu untuk menjadi Muslim? Dan adakah Nabi Ibrahim atau Nabi Muhammad mengucap 2 "kalimah Syahadah" di dalam azan atau di dalam solaat? Hmm, macam-macam bohong dan ada-adaan. Dan ramai yang mengajar supaya berpegang pada al Quran dan "Sunnah". Jangan terpedaya. Kalau tidak mahu sesat, maka berpeganglah pada kebenaran dan ajaran Allah. Masuk akal? Fikirkanlah. 
••••• 
Hakikat "Syahadah", Dan Muslim = Yang "Aslim", Maka? 
- https://bit.ly/2V5hdLv 
••••• 
Erti Islam Dan Muslim @ Erti Islam 
Bukanlah "Salaam" Atau "Peace" 
- https://bit.ly/34Sfrmd 
••••• 
Sembah Dan "Ain-Ba-Dal" Dan "Ash-hadu" Dan Solaat Palsu 
- https://bit.ly/2ZF1ncw 
••••• 
Erti "Rob" (Rabb) Dan Tuhan @ Antara Ajaran Sesat 
Atau Bohong Melalui Doa Di Dalam Bahasa Arab 
- https://bit.ly/352upWH 
••••• 
Antara Mazhab Dan "Hadis Sahih" Dan Al Quran Dan Islam, 
Dan Mengenai Tuhan Dan Ganjaran Dan Solaat Yang Sia-Sia 
- https://bit.ly/3gdS251