Adakah atau betulkah Melayu, umumnya, adalah orang Islam, bukan muslim palsu, bukan kafir tak sedar diri? Adakah atau betulkah engkau, ataupun si ustaz, ataupun si imam, menyembah Allah, bukan cakap saja, bukan cakap bohong, bukan berdusta? Dan adakah atau betulkah engkau, ataupun si ustaz, ataupun si imam, menyembah Allah, serta setia kepada Allah, tidak menyembah selain Allah, tidak shirik terhadap Allah, Dia, rob-binnas, malikin-nas, ila-hinnas, yakni tuan manusia, raja manusia, tuhan manusia? Sedarlah, bahawa hadis yang mengatakan bahawa masuk Islam adalah dengan mengucap dua kalimah syahadah adalah bercanggahan dengan surah Kafirun; maka, tidaklah hadis itu patut diterima sebagai benar, apatah lagi dijaja-sampaikan sebagai ajaran Allah ataupun ajaran Islam ataupun ajaran Muhammad, rasulullah; sepatutnya, hadis itu dikatakan pembohongan ataupun hadis palsu, atau bahkan patut dikatakan ada-adaan yang terhebat dalam menyesat-rosakkan manusia. Semestinya muslim, yakni orang Islam, adalah menyembah Allah, tetapi mengucap dua kalimah syahadah tidaklah menjadikan seseorang penyembah Allah; sedarlah, mengucap dua kalimah syahadah atau apapun cakap tidaklah menjadikan engkau seorang yang menyembah Allah; dan menyembah Allah, apatah lagi masuk Islam, bukanlah dengan mengucap dua kalimah syahadah atau apapun cakap, tetapi dengan pengetahuan serta sikap.
Bagaimanakah Nabi Ibrahim masuk Islam; bagaimanakah Nabi Muhammad masuk Islam; dan adakah Allah memilih Nabi Muhammad untuk menjadi rasulNya sebelum Nabi Muhammad menyembahNya, atau adakah Allah memilih Nabi Muhammad untuk menjadi rasulNya setelah Nabi Muhammad menyembahNya serta menyerah diri kepadaNya? Munasabahnya, cara masuk Islam yang sebenar adalah sebagaimana Nabi Ibrahim dan Nabi Muhammad masuk Islam; takkanlah Nabi Ibrahim dan Nabi Muhammad masuk Islam, ataupun menjadi penyembah Allah, dengan mengucap dua atau beberapa kalimah syahadah; pendek kata, masuk Islam, yakni menjadi muslim, adalah dengan menyembah Allah serta dengan menyerah diri kepada Allah, iaitu bukan dengan mengucap dua kalimah syahadah atau apapun cakap. Sedarlah, bahawa mengucap dua kalimah syahadah atau apapun cakap tidaklah sama erti ataupun maknanya, ataupun nilainya, dengan menyembah Allah, apatah lagi dengan menyerah diri kepada Allah; dan fahamkanlah, bahawa menyembah, yakni menghambakan diri, adalah suatu sikap. Sedarlah, walaupun mengucap dua atau sebanyak manapun kalimah syahadah, seseorang yang menyembah selain Allah tetaplah kafir kerana shirik terhadap Allah; pendek kata, seseorang yang menyembah selain Allah adalah kafir mushrik, walaupun yang diperajakan atau yang dipertuankan itu adalah seorang rasulullah; dan suka atau redho atau tidak, Allah, hanya Allah, adalah yang patut disembah, juga yang mesti disembah, bukan siapapun hambaNya, bukan siapapun makhlukNya, bukan siapapun yang dikuasaiNya.
Bukanlah engkau orang Islam kalau Allah sebenarnya tidak engkau sembah; juga bukanlah engkau orang Islam, usahkan mukmin, usahkan muttaqin, kalau engkau tidak menyerah diri kepada Allah, atau dengan kata lain, kalau engkau derhaka ataupun menyombong, apatah lagi kalau engkau curang terhadap Allah, tidak setia kepada Allah, tidak mentauhidkan Allah, Dia, satu-satunya yang patut dipertuan-rajakan di samping disanjung-agungkan. Soalnya, apakah erti menyembah, sebenarnya; dan apakah sebenarnya erti ataupun makna menyembah Allah; maka, adakah atau betulkah engkau, ataupun si ustaz, ataupun si imam, ataupun seseorang yang engkau hormat ataupun sayang, menyembah Allah, serta tidak menyembah selain Allah? Hakikatnya, erti menyembah adalah menghambakan diri; kalau ada hamba, yakni abdi, maka mestilah juga ada si tuan; dan raja adalah tuan ke atas yang dikuasainya, tetapi tidaklah makhluk patut dipertuankan, apatah lagi hamba diperajakan: fikirkanlah dengan jujur, lurus, serta dengan logik, atau dengan munasabah, bukan ikut suka, bukan ikut marwah, bukan ikut adat, juga bukan ikut orang; terimalah yang benar, atau yang sungguh masuk akal, walaupun ramai yang marah atau tidak suka; dan Allah adalah yang akbar, berbanding siapapun yang lain, bahkan Allah adalah maha berkuasa serta akbar tiada tandingan, maka pandangan dan penilaian Allah, dan perintah dan ajaran Allah, dan keredhoan dan kasih Allah, adalah yang penting, sesungguhnya penting, dan tidaklah patut disama-pentingkan dengan yang lain.
Kalau ada hamba maka mestilah ada tuan; dan raja adalah tuan ke atas yang dikuasainya: maka, engkau hamba siapa, yakni siapakah tuanmu, atau bahkan rajamu? Dan erti menyembah adalah menghambakan diri; maka, siapakah yang engkau sembah, yakni kepada siapakah engkau menghambakan diri, yakni siapakah yang engkau pertuankan, atau bahkan perajakan? Sebenar muslim, apatah lagi mukmin dan rasulullah, adalah penyembah Allah, serta yang menyerah diri kepada Allah, tidak menyombong, usahkan derhaka, usahkan curang, terhadap Allah, Dia yang sepatutnya disanjung-agungkan dan dipertuan-rajakan, serta diberikan ketaat-setiaan; dan ustaz atau imam atau siapapun yang menyembah selain Allah, iaitu yang memperajakan ataupun mempertuankan selain Allah, adalah mushrik, amat biadab serta sesat, pastinya tidak patut dikatakan yang mendapat hidayah, usahkan yang bertaqwa ataupun beriman kepada Allah. Dan sedarlah, bahawa mushrik adalah najis menurut ayat 28 surah Taubah; maka, apakah halnya dengan mazhab; dan apakah sebenarnya erti najis, menurut Islam, sebenar Islam, iaitu ugama ciptaan Allah, Dia, pengarang al Quran, Dia, guru teralim, Dia yang paling mampu untuk mengajarkan al Quran kepada sesiapa saja? Kaji-selidiklah al Quran dengan jujur, lurus, tidak putar-belit; terjemahan atau takrif yang salah, atau sesuatu yang sungguh tidak munasabah, janganlah tidak disedari, usahkan dipercaya; dan sedarlah kenapa pengikut Hadis dan Sunnah, juga pengikut Mazhab, patut dikatakan pengikut ajaran sesat, atau bahkan patut dikatakan pemesong dan pendusta dan pelampau, serta barua murahan syaitan.
Tidaklah Allah mencipta jin dan manusia melainkan supaya menyembahNya; beribadat kepada Allah samalah dengan menyembah Allah, tetapi rob tidaklah sama ertinya dengan tuhan; dan sebenarnya, ilah adalah tuhan, tetapi rob adalah tuan: sewajarnya, ketuanan adalah hak asasi Allah, Dia yang mencipta, Dia yang memberi nyawa, Dia yang tidak dikuasai, dan kemerdekaan, maka kemerdekaan, adalah hak asasi manusia; suka atau redho atau tidak, Allah tetaplah berkuasa sebagai rob-binnas, malikin-nas, ila-hinnas, yakni tuan manusia, raja manusia, tuhan manusia, di samping tetaplah Allah maha mulia; dan ketahuilah, bahawa kufur, shirik, tidak mentauhidkan Allah, samalah erti atau maknanya dengan derhaka, curang, tidak setia kepada Allah. Allah tuanku, rajaku, tuhanku; Allah tuan kita, raja kita, tuhan kita semua; kita adalah ciptaan serta hamba kepunyaan Allah: sembahlah Allah, janganlah sekadar mempertuhankan Allah; pertuan-rajakanlah Allah, di samping menyanjung-agungkan Allah; dan menyerahlah kepada Allah, di samping taat-setia kepada Allah yang kepadaNya kita pasti dikembalikan.
Sunday, June 24, 2012
Terbukti Melayu Kafir, Atau Bukanlah Orang Islam
Labels:
Ada-Adaan,
Berdusta,
Bohong,
Cakap,
Hadis Palsu,
Imam,
Jaja,
Kalimah Syahadah,
Mengucap,
Menyerah Diri,
Menyesat-Rosakkan,
Munasabah,
Muslim Palsu,
Nabi Ibrahim,
Pembohongan,
Penyembah,
Sikap,
Ustaz
Friday, June 8, 2012
Sembah Dan Tuhan Dan Kepatutan
Setiakah engkau kepada Malikin-Nas, yakni Raja Manusia;
dan apakah sepatutnya hak Allah sebagai pencipta dan pemberi nyawa,
sedangkan Dia adalah yang maha berkuasa berbanding semua, bahkan akbar
tiada tandingan, bukan yang dikuasai, usahkan yang diperhambakan?
Allah bukanlah sekadar Ila-Hinnas, yakni Tuhan Manusia;
dan erti tuhan, sebenar tuhan, bukanlah sembahan, sebenarnya,
tetapi pemerintah yang tidak dikuasai, sungguh tidak dikuasai oleh siapapun:
ketahuilah, bahawa Allah, hanya Allah, adalah tuhan, sebenar tuhan;
dan sedarlah, bahawa Allah, hanya Allah, adalah yang patut serta mesti disembah.
Wujudnya tuhan, sebenar tuhan, bukanlah akibat perbuatan ataupun sikap manusia;
dan tidaklah Allah menjadikan jin dan manusia melainkan supaya menyembahNya,
yakni supaya menghambakan diri kepadaNya:
sewajarnya, ketuanan adalah hak asasi Allah, Dia yang mencipta, Dia yang memberi nyawa,
Dia yang tidak dikuasai, dan kemerdekaan, maka kemerdekaan, adalah hak asasi manusia;
dan hakikatnya, kalau ada hamba, ataupun abdi, maka mestilah juga ada tuannya,
oleh itu, takkanlah Allah bukan tuan ke atas hambaNya.
Ada hamba adalah tuan; maka, engkau hamba siapa, yakni siapakah tuanmu?
Dan erti menyembah adalah menghambakan diri; maka, siapakah yang engkau sembah,
yakni kepada siapakah engkau menghambakan diri,
yakni siapakah yang engkau pertuankan, atau bahkan perajakan?
Siapakah yang engkau redho ataupun sanggup pertuankan, atau bahkan perajakan;
siapakah yang engkau sanjung-hormat serta agungkan; siapakah tuanmu, rajamu, tuhanmu:
apakah jawapan Nabi Muhammad, atau Jibril, atau siapapun rasulullah;
adakah jawapan engkau sama saja, tidak satu pun berbeza, atau adakah wujud ketidak-sehaluan?
Allah tuanku, rajaku, tuhanku; Allah tuan kita, raja kita, tuhan kita semua: sedar dan hayatilah.
Sesungguhnya, tidaklah makhluk patut dipertuankan, apatah lagi hamba diperajakan;
suka atau redho atau tidak, Allah tetaplah berkuasa sebagai rob-binnas, malikin-nas, ila-hinnas,
yakni tuan manusia, raja manusia, tuhan manusia, di samping tetaplah Allah maha mulia;
dan ketahuilah, kufur, shirik, tidak mentauhidkan Allah, samalah erti atau maknanya dengan
derhaka, curang, tidak setia kepada Allah, Dia yang bukanlah sekadar tuhan dan penguasa,
Dia yang tidaklah memberi hidayah, maka apatah lagi keredhoan dan SyurgaNya,
kepada pelampau dan pendusta: subhanallah; walhamdulillah; wallahu akbar.

Subscribe to:
Posts (Atom)