Apakah erti kemerdekaan? Adakah negara atau sesuatu daerah adalah pihak yang perlukan kemerdekaan, ataupun yang patut diberikan kemerdekaan? Sesungguhnya, adakah tanah dan air perlukan kemerdekaan, ataupun patut dimerdekakan? Dan tidakkah Bilal, iaitu seorang manusia, bukan sebuah negara, adalah antara mereka yang dimerdekakan oleh Nabi Muhammad? Justeru, apa itu kemerdekaan sebenarnya; dan apakah sebenar lawan ataupun sesuatu yang bercanggah dengan kemerdekaan? Sesungguhnya, kemerdekaan adalah hak asasi setiap manusia; lawan sebenar atau terutama kepada kemerdekaan adalah perhambaan, bukan penjajahan, bukan pentatbiran; dan Nabi Muhammad, begitu juga Nabi Ibrahim dan Nabi Musa dan Nabi Isa, adalah pejuang kemerdekaan, yakni penentang perhambaan, serta adalah penentang shirik, di samping adalah antara mereka yang gigih dalam memperjuangkan ketaat-setiaan kepada Allah, Dia, satu-satunya yang berhak disanjung-agungkan serta disembah. Sedarlah, perhambaan adalah suatu kezaliman, juga kebiadaban; perhambaan adalah kezaliman serta kebiadaban yang sangat buruk; dan perhambaan, begitu juga shirik, adalah di mana selain Allah adalah yang disembah, yakni diperajakan ataupun dipertuankan.
Kita sama, diciptakan sebagai sama; kita, semua manusia, sepatutnya adalah sama saja, yakni tidak seorang pun manusia patut diperhambakan oleh seseorang manusia yang lain; dan setiap manusia adalah kepunyaan Allah, Dia, si pencipta. Takkanlah Allah tidak berhak sebagai tuan ke atas ciptaanNya, apatah lagi ke atas hambaNya. Allah, hanya Allah, adalah yang berhak sebagai tuan dan sepatutnya disembah. Allah, hanya Allah, adalah yang berhak dipertuankan serta diperajakan. Ketuanan Allah adalah wajar, tidak zalim, tidak jahat, tidak biadab. Menyembah Allah, iaitu mempertuankan juga memperajakan Allah, adalah wajar, tidak bodoh, tidak sesat, tidak hina. Sewajarnya, ketuanan adalah hak asasi Allah, dan kemerdekaan, maka kemerdekaan, adalah hak asasi manusia, setiap manusia. Tidaklah siapapun manusia dicipta oleh Allah untuk diperhambakan oleh siapapun ciptaan; tidaklah Allah mencipta jin dan manusia melainkan supaya menyembahNya; dan menyembah siapapun selain Allah adalah menshirikkan Allah, serta amatlah bercanggah dengan tujuan Allah menciptakan, di samping sangatlah sesat, amat tidak wajar.
Kita, manusia, berhak merdeka, tidak diperhambakan oleh siapapun ciptaan. Kita, manusia, berhak merdeka, tidak patut dipertuankan usahkan diperajakan oleh siapapun, melainkan oleh Allah, Dia, si pencipta, Dia, si pemberi nyawa, Dia yang maha berkuasa berbanding semua. Allah, hanya Allah, iaitu Dia yang akbar tiada tandingan, adalah yang berhak untuk memiliki serta menguasai kita sebagai tuan, bahkan sebagai raja. Kita, ciptaanNya, patutlah menerima hanya Dia, Allah, sebagai tuan kita, juga sebagai raja kita. Kita, iaitu ciptaan Allah, patutlah setia serta taat kepada Allah. Apapun, hak dan kekuasaan Allah tidaklah bergantung kepada penerimaan siapapun ciptaanNya; dan erti tuhan, sebenar tuhan, adalah pemerintah ataupun penguasa yang tidak dikuasai, sesungguhnya tidak dikuasai oleh siapapun. Sedarlah, kita adalah ciptaan serta hamba milik Allah, Dia, satu-satunya tuhan, yakni pemerintah yang tidak dikuasai; sewajarnya, Allah adalah tuan kita, raja kita, tuhan kita; dan kepada Allah kita wajib, sangatlah wajib menyerah diri, tidak sombong. Perhambaan adalah shirik terhadap Allah, iaitu lawan kepada mentauhidkan Allah; dan sebenarnya, menyembah hanya Allah, iaitu mempertuankan dan memperajakan hanya Allah, adalah mentauhidkan Allah.
Bukanlah sembahyang namanya kalau tidak menyembah; solat dan sembahyang tidaklah sama; dan tidaklah seseorang itu menyembah Allah, usahkan berada dalam Islam, kalau Allah sekadar dipertuhankan. Erti menyembah adalah menghambakan diri; dan kalau ada hamba maka mestilah ada tuan: oleh itu, menyembah Allah, yakni menghambakan diri kepada Allah, mestilah bermakna mempertuankan Allah. Sedarlah, kalau engkau tidak mempertuankan Allah, atau kalau engkau sekadar mempertuhankan Allah, maka tidaklah engkau menyembah Allah, serta bukanlah engkau sebenar orang Islam, usahkan mukmin, usahkan muttaqin; dan kalau selain Allah adalah yang engkau sebenarnya sembah, yakni perajakan ataupun pertuankan, maka engkau sangatlah melampau serta sangatlah sesat, di samping engkau sebenarnya adalah mushrik, maka najis menurut ayat 28 surah Taubah. Kepada imam dan ustaz dan ulama yang bercanggah dengan aku: sanggupkah engkau untuk mubahalah kepada Allah menentang aku?
Kalau ada hamba maka adalah tuan; semestinya raja adalah tuan; dan erti menyembah adalah menghambakan diri: maka, engkau hamba siapa, yakni siapakah tuanmu, atau juga rajamu; siapakah yang engkau sembah, yakni kepada siapakah engkau menghambakan diri, yakni siapakah yang engkau pertuankan, atau bahkan perajakan? Sejujurnya, siapakah tuanmu, rajamu, tuhanmu; siapakah yang engkau sanjung-agungkan; siapakah yang engkau pertuan-rajakan: apakah jawapan dari Nabi Muhammad; adakah jawapan engkau sama saja; dan adakah Allah, atau adakah syaitan, adalah yang suka ataupun redho kepada jawapanmu itu?
Tidaklah Nabi Muhammad, juga tidaklah Nabi Ibrahim, masuk Islam dengan mengucap dua kalimah syahadah atau apapun cakap. Sesungguhnya, masuk Islam bukanlah dengan cakap dan keyakinan, tetapi dengan sikap dan pengetahuan: sedarlah, masuk Islam bukanlah dengan mengucap dua kalimah syahadah atau apapun cakap, tetapi dengan menyembah Allah serta dengan menyerah diri kepada Allah. Dan marwah, sebagaimana syahwat, patutlah dikuasai, dikawal, pastinya bukanlah yang patut diperjuangkan ataupun dipertahankan. Ingatlah, bahawa shirik, iaitu penderhakaan terlampau terhadap Allah, begitu juga perhambaan, adalah di mana selain Allah adalah yang disembah, yakni diperajakan ataupun dipertuankan. Allah, hanya Allah, iaitu Dia yang berkuasa serta mulia tiada tandingan, adalah yang patut disanjung-agungkan, serta yang patut dipertuan-rajakan. Dan tidaklah Islam itu indah, usahkan sempurna berbanding ugama ataupun sistem politik yang lain, kalau ia tidaklah bercanggah dengan perhambaan, dan dengan pemaksaan dalam ugama, dan dengan perkauman, terutamanya, dan dengan kezaliman dan kebodohan dan kepalsuan, amnya. Ingatlah, kalau sesuatu ajaran itu adalah suatu kezaliman, ataupun kejahatan, ataupun kebodohan, ataupun kepalsuan, maka tidaklah ia sebenar ajaran Allah, Dia, pencipta Islam, Dia, pengarang dan yang paling mampu untuk mengajarkan al Quran, Dia, satu-satunya tuhan, sebenar tuhan: subhanallah; walhamdulillah; wallahu akbar.
Tidaklah ciptaan patut dipertuankan, apatah lagi hamba diperajakan; tidaklah Allah letakkan keadilan dan kebenaran, apatah lagi keredhoan dan SyurgaNya, dan ketaqwaan kepadaNya, di bawah telapak kaki rasulNya, usahkan di bawah telapak kaki ibubapa, usahkan di bawah telapak kaki suami; dan sedarlah, kufur, shirik, tidak mentauhidkan Allah, samalah erti atau maknanya dengan derhaka, curang, tidak setia kepada Allah. Allah tuanku, rajaku, tuhanku, dan kepadaNya aku menyerah diri; Allah tuan kita, raja kita, tuhan kita, dan kepada Allah kita wajib, sangatlah wajib menyerah diri, tidak angkuh, usahkan curang; dan Allah adalah pencipta Islam, satu-satunya pencipta Islam, serta adalah pengarang al Quran, satu-satunya pengarang al Quran, di samping adalah penguasa mutlak Syurga dan Neraka: fikir-fikirkanlah dengan jujur; fahamkanlah; dan amalkanlah. Pastikanlah dirimu tidak tersalah-percaya ataupun kena tipu ataupun diperbodohkan; janganlah sombong ataupun mabuk kemarwahan ataupun dangkal; dan jadilah orang akal dan orang ilmiah dan orang wajar, bukan orang marwah, bukan orang syahwat, bukan orang kebendaan.