Saturday, July 28, 2018

Najis, Sebenar Najis Dan Mengenai Mentauhidkan Allah

Apakah yang perlu kita lakukan setelah menyentuh Mushrik, atau setelah disentuh oleh Mushrik, iaitu najis, menurut ayat 28 di surah Taubah? Setelah menyentuh Mushrik, iaitu najis menurut ajaran Allah, adakah kita perlu "menyamak" sepertimana setelah kita menyentuh anjing atau babi? Wahai pengikut mazhab Sunnah wal Jamaah, sila jawab. Boleh? Jangan putar-belit. Dan ulama mazhab janganlah disamakan dengan ulama Islam. Fikir, tidakkah ajaran Allah dan kebenaran patut diterima walau apa pun? Dan tidakkah ramai manusia najis yang melakukan solaat? 
•••••
Al Quran patut ditadabbur, bukan patut dihafaz. Dan janganlah tersalah kitab ataupun guru, usahkan tidak berfikir. Ada akal, sila guna. Fahami ayat 28 di surah Taubah (Quran 9:28). Dan ejaan "najis" di dalam bahasa Arab, iaitu bahasa al Quran, adalah "nun-jim-sin". Ajaran Allah adalah benar. Allah tidak bohong. Allah bukan pembohong. Dan Allah mengajar atau mengatakan bahawa Mushrik adalah najis. Betul? Mushrik bukanlah anjing. Ajaran bahawa Mushrik adalah najis adalah ajaran Allah, maka apakah yang patut dikatakan mengenai ajaran bahawa anjing dan babi adalah najis? Pendek kata, "Mushrik adalah najis" adalah ajaran Allah dan hakikat, tetapi "anjing dan babi adalah najis" adalah bidaah atau ada-adaan, bukan ajaran Allah, juga bukan hakikat. Masuk akal? Setuju? 
       Apapun, ketahuilah bahawa Mushrik adalah yang shirik (syirik) terhadap Allah. Melakukan shirik terhadap Allah adalah berdosa, sangat berdosa. Dan dosa adalah sesuatu yang kotor serta hina. Fahamilah bahawa dosa mencemar. Sesuatu yang kotor adalah mencemar. Dan dosa yang paling besar dan paling mencemar adalah shirik (terhadap Allah). Ketahuilah bahawa menyembah selain Allah adalah shirik. Dan lawan kepada shirik adalah tauhid. Menyembah selain Allah adalah shirik. Menyembah Allah, hanya Allah adalah tauhid. Dan menyembah adalah sama ertinya dengan menghambakan diri, tetapi sedarlah juga bahawa mempertuankan, begitu juga atau lebih-lebih lagi memperajakan adalah menyembah. Pendek kata, kufur, shirik, tidak mentauhidkan Allah adalah sama erti atau maknanya dengan derhaka, curang, tidak setia kepada Allah. Shirik adalah sama erti atau maknanya dengan curang. Dan tauhid adalah sama erti atau maknanya dengan setia. Ingatlah bahawa mentauhidkan Allah adalah dengan menyembah Allah, hanya Allah, bukan dengan mengucap kalimah "laa-ilaha-illallah". 
       Mentauhidkan Allah adalah dengan menghambakan diri kepada hanya Allah, lalu mempertuankan hanya Allah dan memperajakan hanya Allah. Dan "laa-ilaha-illallah" = bukan tuhan kecuali Allah. Fahamilah bahawa menyembah Allah, hanya Allah adalah bersetia kepada Allah. Dan menyembah "hyang" atau siapa pun selain Allah adalah curang atau bersikap curang terhadap Allah. Fikir, sukakah Allah kalau engkau memperajakan atau mempertuankan selain Dia? Hmm, tidakkah syaitan adalah yang suka atau bahkan bangga? Dan syaitan mampu untuk menghias-indahkan kejahatan dan kebodohan. Ingat atau sedar atau fahamilah bahawa yang memperajakan ataupun mempertuankan selain Allah adalah yang menyembah selain Allah. Yang memperajakan ataupun mempertuankan selain Allah adalah Mushrik, iaitu yang shirik atau curang terhadap Allah. Dan yang memperajakan ataupun mempertuankan selain Allah adalah najis, hina, tidak suci, usahkan mulia, walaupun melakukan solaat dan puasa dan amal ibadat lain. Mushrik bukanlah Muslim, usahkan Mukmin, usahkan Muttaqin, walaupun bergelar ulama atau guru. Dan Mushrik adalah najis, maka apa sebenarnya najis, atau apakah yang patut diketahui mengenai najis? "Najis" adalah antara banyak perkataan yang berasal dari bahasa Arab. Najis adalah kotor akibat dosa. Dan najis adalah kotor rohani, bukan kotor jasmani. Masuk akal? Fikirkanlah. Munasabahlah. Hmm, apakah "kotor" dan "suci" di dalam bahasa Arab? Bagaimana pula dengan "hamba" dan "sembah" dan "raja"? 
       Sebenarnya, "hamba" dan "sembah" di dalam bahasa Arab adalah perkataan yang ejaannya adalah “ain-ba-dal" atau mengandungi "ain-ba-dal". Maka? Abdi = hamba. Dan sembah atau menyembah ada kaitan dengan menjadi hamba. Pendek kata, menyembah adalah sama ertinya dengan menghambakan diri, iaitu merendahkan atau meletakkan diri sebagai hamba. Nampak? Selain mengambil-kira hakikat atau kebenaran bahawa menyembah = menghambakan diri, ambil-kiralah juga bahawa kalau ada hamba, maka adalah tuan, dan bahawa raja adalah tuan ke atas yang dikuasainya. Kalau ada hamba ataupun abdi, maka adalah tuan, oleh sebab itu, menghambakan diri ataupun mengabdikan diri bermakna mempertuankan. Dan raja adalah tuan, maka memperajakan adalah mempertuankan. Mengenai sembah, sila perhalusi hakikat bahawa menyembah = menghambakan diri, dan bahawa kalau ada hamba, maka adalah tuan, dan bahawa raja adalah tuan. 
•••••
Berpeganglah pada ajaran Allah mengenai najis. Janganlah sesat ataupun terpesong akibat terjemahan atau pengertian yang mengandungi perkataan yang berasal dari bahasa Arab. Dan janganlah silap ataupun kena tipu mengenai sembah dan masuk Islam dan shirik. Ingat, kebenaran dan ajaran Allah patut diterima, bukan patut ditolak. Selidiklah. Fikirlah. Dan jujurlah. Allah adalah guru teralim dan mampu untuk mengajar siapa pun. Allah, hanya Allah adalah pencipta agama Islam. Dan hanya Allah adalah pengarang al Quran. Tidak ada mazhab di dalam agama Islam ciptaan Allah, maka? Jadilah Muslim, bukan pengikut mazhab. Dan Muslim bukanlah pengikut "ajaran sesat Syahadah". Sesungguhnya, masuk Islam atau menjadi Muslim bukanlah dengan mengucap "kalimah Syahadah", tetapi dengan menyembah Allah, hanya Allah dan dengan "aslim" atau menyerah diri kepada Allah. Dan menyembah Allah, hanya Allah = mentauhidkan Allah. 
☆☆☆☆☆☆☆ 
Hakikat "Syahadah", Dan "Muslim" = Yang "Aslim", Maka? 
- bit.ly/2V5hdLv 
••••• 
9 Ajaran Sesat Atau Bohong Yang Paling Bahaya 
- https://bit.ly/371oNdv 
••••• 
Solaat Yang Sia-Sia, Dan Mengenai Shirik 
Dan Tauhid Dan Perhambaan 
- https://bit.ly/2VAi5ZB 
••••• 
Hakikat Kristian Dan Muhammadis Dan Muslim 
- https://goo.gl/BakH6w 
••••• 
UMNO Dan PAS: Betulkah Demi Agama Dan Bangsa, 
Bukan Perosak @ Siapakah Muslim Sebenar? 
- https://bit.ly/36bwYFw 

Friday, July 27, 2018

Sunnah Dan Hamba

Apakah tradisi atau kebiasaan atau cara atau hukum atau kaedah atau ketetapan di dalam bahasa Arab ataupun English? Dan fahami "sunnatullah", iaitu sunnah Allah. Maka? Tidakkah "sunnah" adalah sama ertinya dengan ketetapan? Bagaimana pula dengan hadis dan hamba dan sembah dan penyembahan?
•••••
Fahamilah ajaran Allah mengenai solaat dan sunnah dan fikir dan apa-apa lagi. Hakikat dan ajaran Allah adalah yang sentiasa patut diterima-pakai. Dan fahamilah bahawa Rasulullah adalah si hamba, sedangkan Allah adalah si tuan, juga si raja. Ada otak, sila guna. Ada akal, sila fikir. Dan hayatilah bahawa Allah adalah pencipta kita, tuan kita, raja kita, tuhan kita.

Kenapa Atau Untuk Apa Kita Dicipta?

Allah tidaklah mencipta jin dan manusia melainkan untuk atau supaya menyembahNya (lihat ayat 56 di surah Zariat, https://goo.gl/Vd8Yc2). Maka? Tidakkah menyembah Allah adalah yang penting atau lebih penting berbanding melakukan solaat dan apa pun amal ibadat? Dan tidakkah menyembah Allah patut dianggap sebagai "rukun" Islam yang pertama?
       Sila faham bahawa menyembah dan menghambakan diri dan beribadat dan mengabdikan diri adalah sama ertinya. Dan abdi adalah sama ertinya dengan hamba, tetapi solaat tidaklah sama ertinya dengan sembahyang. Awas, terjemahan atau pengertian yang salah adalah menyesatkan atau memesongkan. Dan mengenai "syahadah Munafiq", sila fahami ayat pertama di surah Munafiqun. Ingat, "ash-hadu" ialah "aku menyaksikan".

Wednesday, July 18, 2018

Muhammadist (Muhammadan) And Christian And The True Meaning of Islam

Muhammadist or Muhammadan means follower of Nabi Muhammad. Christian means follower of Jesus Christ. And Jesus Christ is Nabi Isa. So? Note: "Nabi" is the Arabic word that has been (mis)translated to "Prophet". Anyway, isn't it true that Jesus Christ and his followers must be in the same religion and worship the same being? And truth is, Nabi Muhammad and Nabi Isa are Muslims, and worship Allah, only Allah, the one and only true god. So?
       Simply said, no one is a follower of Nabi Muhammad without being a Muslim. And no one is a Christian without being a Muslim. Understand that Muslim does not mean follower of Nabi Muhammad. Verily, no one is a Muslim without worshiping Allah, only Allah. And of course, no one is a Muslim without surrendering (oneself) to Allah. Nevertheless, to Allah we belong. Allah is our lord. And willing or not, to Allah we are returned. Truly, one who is in Islam is called Muslim, but one who is in "salaam" should be called Muslaam, not Muslim. Muslim means one who "aslim". And "aslim" means surrender. Muslim means one who surrenders, and one who surrenders is as same as one who is in surrender: Therefore, Islam means surrender, not "salaam", not "peace". Get it?
       Truth is, one who "aslim" or surrenders (Muslim) is as same as one who is in surrender (Islam). Surely, Muslim does not mean one who is in peace. And "god" means sovereign ruler. Only Allah is a truly sovereign ruler, so only Allah is truly a god. And Allah is the author of the Quran. The Quran is proof that Nabi Muhammad is a "rasul" or messenger of Allah. And regarding original vs copy: If the words are the same, then the copy of the book is or should be acceptable. Anyway, truths and teachings of Allah are what to believe and live by. So? Be a Muslim, truly a Muslim. Die not, except in Islam, in other words, die not, except as Muslim (in the sight of Allah). Be a Muslim, not a "mazhabist". And true, Allah, the sole creator of Islam, did not create any "mazhab", therefore, there is no "mazhab" in Islam, true Islam.
       How did Nabi Ibrahim or Nabi Isa (Jesus Christ) or Nabi Muhammad "enter Islam"? Answer: Surely not by saying "ash-haduan-na Muhammadar rasulullah". So? Verily, a big lie is the teaching which says that entering Islam is by saying "the Syahadah". Note: Entering Islam is as same as becoming Muslim. And dare think, whom did Maryam or Mary (the mother of Jesus Christ) worship while she was pregnant? Or whom did she accept as her lord and as her king? Hmm, so many are fake Christians. So many are fake Muhammadists. And so many are fake Muslims.
•••••
Knowing And Becoming Muslim
https://goo.gl/YKRQgs
•••••
Muslim, Truly, And Crucial Truths Regarding Worship
https://goo.gl/mU77zy