Tuesday, January 29, 2019

Jom Tubuhkan Atau Sokong "Wajar Bersatu"

Wajar Bersatu adalah anti perkauman, dan berpegang pada hakikat bahawa Allah adalah pencipta kita, tuan kita, raja kita, tuhan kita. Fikir dan fahamilah. Engkau siapa? Kita siapa? Ingatlah, pandangan dan ajaran Allah adalah yang paling penting untuk diambil-kira.
•••••
Wajar Bersatu. Sumbangan idea dan pendapat, juga wang adalah dialu-alukan. Sila hubungi Jaafar Sarbani atau Filosuf Puitis melalui Facebook. Jaafar Sarbani, atau nama pena Filosuf Puitis, ialah Jaafar @ Par @ Prof. Dia pernah belajar di Arizona State University, USA. Dia adalah pemikir, bukan penyangka. Dan laman blognya adalah www.filopu.blogspot.com.
•••••
Bersatu. Tidakkah elok bersatu dalam kewajaran? Tidakkah elok kalau kita bersatu untuk kewajaran? Fahamilah, "amar makruf, nahi mungkar". Dan wajarlah: Suka atau tidak, kebenaran patut diterima, walau siapapun yang menyampaikannya. Janganlah ikut suka. Dan kalau engkau tidak jujur, atau kalau engkau berdolak-dalih ataupun menyangka-nyangka, maka tidakkah engkau patut disesatkan oleh Allah, dan tidakkah engkau sebenarnya sedang sesat atau akan menjadi sesat? Jagalah diri.
       Tidakkah mulia atau baik adalah berjuang dan bertindak berlandaskan kebenaran dan kewajaran? Tidakkah hina atau jahat adalah berjuang atau bertindak berlandaskan perkauman ataupun bangsa? Dan tidakkah wajib atau wajar adalah mengambil-tahu dan berpegang pada ajaran Allah yang kepadaNya kita dikembalikan? Berakallah, bukan atau berbanding bermarwah. Janganlah tertipu, usahkan menipu. Dan fahamilah, syaitan cukup mampu untuk menghias-indahkan kejahatan dan kebodohan. Janganlah sengsara ataupun rugi selepas mati.
•••••
Apakah faedah Pakatan Harapan atau PH, berbanding Barisan Nasional atau BN? Untungkah perokok dan pengusaha kedai makan apabila PH mentatbir? Untungkah bujang B-40 apabila PH mentatbir? Kalau mereka rugi atau tidak untung, maka adakah mereka akan memberikan undi kepada PH? Munasabahlah. Dan bolehkah PH ataupun BN menang kalau tidak mendapat undi perokok dan bujang B-40? Janganlah syok sendiri, usahkan melampau ataupun bohong. Dan kalau PH nak jadi "Pakatan Sepenggal", maka teruskan dengan larangan merokok dan "kerja merugikan atau menyusahkan" yang lain.
•••••
Akal kat mana? Janganlah syok sendiri, usahkan melampau ataupun bohong. Bukalah minda. Selidik. Fikir. Dan fahamilah hakikat, iaitu kebenaran atau fakta, juga ajaran Allah, Dia, pengarang al Quran, Dia, pencipta Islam. Janganlah bodoh tak boleh diajar, usahkan sesat tak boleh dibimbing. Janganlah "main petik". Jadilah pemikir, bukan penyangka. Dan Muslim bukanlah pengikut "ajaran sesat Syahadah".
•••••
"Kalimah Syahadah". Adakah Rasulullah mengucap "ash-haduan-na Muhammadar rasulullah" di dalam azan? Adakah Nabi Ibrahim ataupun Nabi Muhammad mengucap "ash-haduan-na Muhammadar rasulullah" untuk menjadi Muslim? Jawapan: Tidak. Maka? Sedarlah. Fahamilah. Dan gara-gara Hadis "sahih" dan ulama Hadis, betapa yang ramai bukanlah pengikut Nabi Muhammad, tetapi pengikut "ajaran sesat Syahadah".
•••••
Perkauman adalah bercanggah dengan Islam, maka pro-perkauman bermakna bukan pro-Islam. Islam adalah agama ciptaan Allah, Dia, pencipta semua manusia. Dan bohong adalah bahawa masuk Islam adalah dengan mengucap "kalimah Syahadah". Hmm, betapa yang ramai adalah Kristian palsu dan Muhammadis palsu dan Muslim palsu.
•••••
Fobia Asap Rokok Dan Keselamatan Diri
https://goo.gl/vD6QZN
•••••
Rasulullah Dan "Syahadah Munafiq" Dan Hadis "Sahih"
https://goo.gl/1LwnQ8
•••••
Erti "Amal Ibadat" Dan "Rob",
Dan Mengenai Menyembah Hanya Allah
https://goo.gl/pezs6w

Monday, January 21, 2019

Tersalah Guru, Dan Mengenai Berakal

Apa itu "tersalah guru"? Tersalah guru ialah bergurukan atau mengambil sebagai guru seseorang yang tidak patut diambil sebagai guru. Dan seseorang yang salah mengenai apa yang diajarkan sudah tentu adalah seorang yang tidak patut diambil sebagai guru. Hmm, tidakkah ramai yang sudah tersalah guru dan kitab? Tidakkah ramai yang sedang sesat tak sedar diri, yakni tidak sedar bahawa mereka sedang sesat? Dan betapa ramai yang bohong dalam solaat, termasuk semasa mengucap ayat 5 surah Fatihah.
       Apapun, seseorang yang salah mengenai erti Muslim dan Islam tidaklah patut diambil sebagai guru dalam mempelajari Islam, begitu juga dengan yang salah mengenai erti sembah dan tuhan dan shirik dan tauhid, dan begitu juga atau lebih-lebih lagi dengan yang salah mengenai "masuk Islam". Ingat, janganlah takut ataupun tidak mahu untuk memikirkan. Ada otak, sila guna. Dan jujurlah. Fahamilah, berakal adalah lebih baik berbanding bermarwah. Dan berakal adalah lebih penting berbanding berguru. Jadilah orang akal dan kewajaran, bukan orang marwah dan kebendaan. Jadilah pemikir, bukan penyangka. Dan pengikut "ajaran sesat Syahadah" bukanlah pengikut Nabi Muhammad, usahkan Muslim, usahkan Mukmin, usahkan Muttaqin.
       Dalam mempelajari Islam ataupun al Quran, lebih baik bergurukan seorang yang minum arak dan berjudi berbanding bergurukan seorang yang shirik terhadap Allah ataupun yang menyembah selain Allah. Dan lebih baik belajar dari seorang yang mengkaji berbanding belajar dari seorang yang "mengaji" (berguru). Apapun, berakal dan wajarlah. Jangan tersalah kitab ataupun guru, usahkan takut untuk memikirkan secara jujur dan rasional. Dan terjemahan atau pengertian yang salah janganlah tidak disedari, usahkan diterima-pakai. Allah adalah guru yang paling tahu. Allah adalah guru yang paling mampu untuk mengajar siapa pun. Dan kepada Allah kita dikembalikan.
•••••
Rasulullah Dan "Syahadah Munafiq" Dan Hadis "Sahih"
https://goo.gl/1LwnQ8
•••••
Erti "Amal Ibadat" Dan "Rob",
Dan Mengenai Menyembah Hanya Allah
https://goo.gl/pezs6w
•••••
Hmm, Melayu @ Bahkan Adalah Kafir
https://goo.gl/KMvw34

Tuesday, January 15, 2019

Engkau Dan Rasulullah @ Untuk Keuntungan Abadi

Adakah engkau sebenarnya rasis atau pelampau yang bertopengkan Islam? Fahami beberapa fakta dan ajaran Allah. Jangan untung jangka pendek, tetapi rugi jangka panjang. Ingatlah mati, atau bahawa kepada Allah kita dikembalikan. Wahai Melayu dan siapa pun manusia, percayalah bahawa Allah adalah pencipta kita, tuan kita, raja kita, tuhan kita.
•••••
Tidakkah Rasulullah adalah yang percaya bahawa Allah adalah pencipta manusia, tuan manusia, raja manusia, tuhan manusia? Tidakkah Rasulullah adalah yang setia kepada Allah, iaitu mempertuankan hanya Allah, tidak mempertuankan selain Allah, usahkan memperajakan selain Allah? Dan tidakkah Rasulullah adalah yang menyerah diri kepada Allah? Fikirlah. Jujurlah. Dan yang penting bukanlah betul sebut berbanding betul faham dan betul percaya.
•••••
Adakah Nabi Muhammad mengucap 2 kalimah Syahadah untuk masuk Islam, ataupun semasa melakukan solaat? Dan masuk akalkah bahawa Muslim atau orang Islam adalah yang tidak betul mengenai erti Muslim dan Islam dan sembah dan tuhan? Jawapan: Tidak, dan tidak. Maka? Sesungguhnya, bidaah atau bohong adalah bahawa "masuk Islam" adalah dengan mengucap kalimah Syahadah. Bidaah atau bohong adalah bahawa solaat adalah tiang agama Islam. Dan sedarlah, bidaah atau bohong adalah bahawa solat ialah sembahyang.
•••••
Kalau engkau sebenarnya bukan Muslim, maka engkau bukanlah pengikut siapapun Rasulullah. Erti Kristian ialah pengikut Jesus Christ, sedangkan erti Muhammadis ialah pengikut Nabi Muhammad. Dan Jesus Christ ialah Nabi Isa. Maka? Fahami 3 ayat pertama di surah Kafirun, dan fahami erti Muslim, lalu sedarlah bahawa semestinya Muslim adalah menyembah Allah, hanya Allah, dan menyerah diri kepada Allah.

Hmm, Melayu @ Bahkan Adalah Kafir

Masih ramai orang Melayu yang tidak percaya bahawa DAP bukanlah parti Cina. Lebih teruk adalah salah mengenai masuk Islam dan sembah.
•••••
Fahamilah, yang menyerah (Muslim) adalah sama ertinya dengan yang berada di dalam penyerahan (Islam). Dan menyembah ialah menghambakan diri, tetapi sedarlah juga bahawa mempertuankan, apatah lagi memperajakan, adalah menyembah.
•••••
Muslim ialah orang Islam, dan Muslim adalah yang berada di dalam Islam, tetapi sedarlah juga bahawa Muslim ialah yang "aslim". Dan aslim ialah menyerah, sedangkan tawakkal ialah berserah. Janganlah tertipu ataupun silap mengenai masuk Islam, iaitu mengenai bagaimana untuk menjadi Muslim. Dan janganlah tertipu ataupun silap mengenai erti sembah dan tuhan dan Muslim dan Islam dan shirik dan tauhid dan apa-apa lagi istilah atau perkataan.
•••••
Yang menyembah selain Allah adalah Kafir, menurut atau berlandaskan 3 ayat pertama di surah Kafirun. Dan mempertuankan, apatah lagi memperajakan, adalah menyembah. Maka? Ramaikah orang Melayu yang menyembah hanya Allah, dengan kata lain, ramaikah orang Melayu yang mempertuankan hanya Allah dan memperajakan hanya Allah?
•••••
Penyakit menyangka-nyangka. Penyakit syok sendiri. Dan penyakit "marwah gila". Tak mahu sesat, padahal sedang sesat, bahkan adalah Kafir serta najis. Allah tahu. Hakikat dan ajaran Allah: Sila ambil-tahu.

Fobia Asap Rokok Dan Keselamatan Diri

"Gays Don't Smoke, They Suck"? Menteri Kesihatan dan To'Ki adalah "Gay"? Apapun, apakah hak pekedai atau penguasaha kedai makan? Dan apakah hak perokok? Janganlah fobia terhadap asap rokok, usahkan melampau terhadap perokok ataupun pengusaha kedai makan. Perkara remeh atau kecil jangan diperbesarkan. Dan undang-undang ataupun peraturan perlulah adil atau berpatutan.
       Premis atau kawasan kedai yang terbuka tidaklah patut dijadikan kawasan larangan merokok. Kalau patut disediakan perhentian bas dan teksi, maka tidakkah patut disediakan zon merokok? Dan sebenarnya, bahayakah asap rokok berbanding asap kenderaan? Jujurlah. Janganlah memutar-belit atau berdolak-dalih, usahkan bohong. Sila bandingkan secara rasional. Penyakit dan ubat: Tidakkah Kementerian Kesihatan patut menghasilkan dan mempromosikan "ubat herba"? Dan bagaimana pula dengan khasiat ketum dan ganja sebagai ubat?
       Hmm, tokan heroin dan dadah lain akan kerugian, begitu juga dengan doktor dan pembekal "ubat modern"? Bukalah minda. Fahamilah fakta. Dan ubat: Patutkah pesakit "makan ubat sampai mati"? Tidakkah ubat yang patut diutamakan adalah "ubat herba"? Tidakkah baja yang "mesra alam" adalah baja organik, bukan baja kimia? Dan lebih penting, untung atau selamatkah engkau kalau engkau mati sebagai seorang yang sebenarnya menyembah selain Allah? Ingat, kehidupan di Dunia hanyalah sementara.
•••••
Rasulullah Dan "Syahadah Munafiq" Dan Hadis "Sahih"
https://goo.gl/1LwnQ8
•••••
Erti "Amal Ibadat" Dan "Rob",
Dan Mengenai Menyembah Hanya Allah
https://goo.gl/pezs6w