Tuesday, March 27, 2018

Poor Sunnis

How many are true Muslims, or true worshipers of Allah? Not many. Anyway, why do Sunnis regard Quranists or others as Kafir or anti Islam? Simply said, it is because they believe the wrong definition of "sunnah" and some other Arabic words. And they believe as truth the mistranslation or misinterpretation of some Quranic verses. Oh, and they don't use much of their brain. And they lack honesty and rationality. And they believe the fake or wrong "Pillars of Islam". For sure, Allah knows.

Syahadah @ Penyaksian

Aku tidak menyaksikan, tetapi aku percaya bahawa "bukan tuhan kecuali Allah", dan bahawa "Muhammad adalah Rasulullah". Allah adalah saksi, iaitu yang menyaksikan, bahawa Muhammad adalah Rasulullah. Dan ringkas kata, yang mengucap "kalimah syahadah" adalah saksi palsu dan pembohong serta Munafiq.
       Fahami ayat pertama di surah Munafiqun. Fahamilah erti Muslim. Dan erti tuhan ialah "sovereign ruler", iaitu pemerintah yang tidak dikuasai (oleh siapapun). Awas, jangan ambil mudah mengenai ilmu atau fakta mengenai Islam. Selidik atau fikirlah. Dan terjemahan atau pengertian yang salah janganlah tidak disedari, usahkan diterima-pakai.

Sunday, March 25, 2018

Hamba Dan Muslim

Apakah "hamba" di dalam bahasa Arab? Tidakkah "abdi"? Fahamilah, "abdi" ialah "ain-ba-dal". Abdi (Arab) = hamba (Melayu). Dan "abdullah" = hamba Allah. Berserah = "tawakkal". Menyerah = "aslim". Na'budu (nun-ain-ba-dal) = menyembah @ mengabdikan diri @ beribadat. Dan Muslim = yang "aslim".

Erti Sembah

"Ain-ba-dal" di dalam bahasa Arab adalah atau boleh jadi sembah, juga hamba. Sembah bukanlah doa, juga bukan solaat (sod-lam-alif-ta), juga bukanlah sujud. Dan erti sembah bukanlah "mengharapkan pertolongan selain daripada Allah". Sembah ada kaitannya dengan hamba. Menyembah ialah menghambakan diri. Dan kalau ada hamba, maka adalah tuan, oleh itu, menghambakan diri bermakna mempertuankan. Jangan silap mengenai sembah. Dan solaat tidaklah sama ertinya dengan sembahyang, tetapi abdi adalah sama ertinya dengan hamba.
       Jangan tertipu oleh terjemahan atau pengertian yang mengandungi perkataan yang berasal dari bahasa Arab. Beribadat dan mengabdikan diri dan menyembah dan menghambakan diri adalah sama ertinya. Dan awas, sia-sia atau bahkan membawa ke Neraka adalah solaat dan amal ibadat lain yang engkau lakukan, kecuali kalau engkau betul menyembah Allah, hanya Allah, tidak mempertuankan selain Allah, usahkan memperajakan selain Allah. Siapakah yang suka, atau bahkan bangga, kalau selain Allah adalah yang engkau perajakan ataupun pertuankan: Adakah Allah dan rasulNya, atau adakah Iblis dan syaitan? Ingat, kita dikembalikan kepada Allah.

Shirik

Kalau shirik adalah lawan kepada tauhid, maka apakah shirik, kalau tauhid adalah setia? Sebenarnya, tidakkah tauhid adalah setia? Dan tidakkah Allah berhak sebagai tuan, juga sebagai raja ke atas kita, ciptaanNya? Fikirkan juga, atau sila bayangkan, siapakah yang suka, atau bahkan bangga, kalau selain Allah adalah yang engkau perajakan ataupun pertuankan: Adakah Allah dan rasulNya, atau adakah Iblis dan syaitan? Percayalah, bahawa Allah adalah pencipta kita, tuan kita, raja kita, tuhan kita.

Harap Maklum @ Sembah Dan Orang Islam

Sia-sia, atau bahkan membawa ke Neraka adalah solaat dan amal ibadat lain yang engkau lakukan, kecuali kalau engkau betul menyembah Allah, hanya Allah, iaitu menghambakan diri kepada Allah, hanya Allah, iaitu mempertuankan Allah, hanya Allah, dan tidak memperajakan selain Allah.
*****
Engkau bohong semasa mengucap ayat 5 surah Fatihah, kecuali kalau engkau betul menyembah Allah, hanya Allah. Dan sedarlah, mempertuankan, apatah lagi memperajakan, adalah menyembah.
*****
Engkau bukanlah Muslim ataupun orang Islam, kecuali kalau engkau menyembah Allah, hanya Allah, serta "aslim" atau menyerah diri kepada Allah, tidak sombong, usahkan derhaka, usahkan shirik terhadap Allah. Dan kalau engkau sebenarnya bukan Muslim, maka engkau bukanlah pengikut Muhammad atau siapapun Rasulullah.
*****
Bagaimanakah Rasulullah, termasuk Muhammad dan Ibrahim, masuk Islam, dan apakah erti "Muslim": maka, apakah susulan itu?
*****
Sesungguhnya, bohong atau tidak benar adalah bahawa masuk Islam adalah dengan mengucap kalimah Syahadah. Dan "Syahadah" bukanlah sebahagian dari "Rukun Islam Sebenar", tetapi ia adalah sebahagian dari "Rukun Islam Temberang". Mengenai "syahadah Munafiq", sila fahami ayat pertama di surah Munafiqun. Awas, "Hadis sahih" tidaklah sehaluan dengan al Quran. Dan perjuangkan atau hayatilah, bahawa Allah adalah pencipta kita, tuan kita, raja kita, tuhan kita.
*****

Saturday, March 24, 2018

Mentaati Dan Bersetia

Adakah Allah mengajar bahawa Muhammad adalah "qalbu mukminin"? Adakah Allah mengajar bahawa anjing ataupun babi adalah najis? Dan apakah ajaran Allah mengenai hadis dan sunnah dan fikir dan akal dan ulama dan kafir? Berpeganglah pada ajaran Allah dan kebenaran. Dan antara Ahmad atau Muhammad dan Allah: Yang satu adalah tuan, dan yang satu lagi adalah hamba. Samakah tuan dengan hamba? Patut-patutlah. Suka atau tidak, kita wajib taat serta setia kepada yang berhak sebagai tuan kita. Dan yang sebenarnya bukan Muslim bukanlah pengikut siapapun Rasulullah.

Friday, March 23, 2018

Selamatkan Negeri Kita Dan Malaysia

Malaysia akan muflis atau bankrup tanpa GST, kecuali kalau Pakatan Harapan adalah yang mentatbir-urus. Selangor akan muflis atau bankrup kalau memberi air paip secara percuma, kecuali kalau Pakatan Harapan yang mentatbir-urus. Itulah antara bukti atau gambaran bahawa UMNO-BN tidaklah lebih baik berbanding Pakatan Harapan. Bagaimana dengan hutang negara dan harga petrol serta barang-barang? Bagaimana pula dengan tahap kejujuran dan keadilan serta kebebasan bersuara? Dan bagaimana pula dengan tahap kebajikan? Jom selamatkan Malaysia dan negeri kita dari UMNO dan BN!

Sunnah Dan Ikutan Dan "Hadis Rasulullah"

Pengertian yang salah dan dolak-dalih dan ada-adaan: hmm, macam-macam. Apapun, di manakah adanya hukum dan perintah Allah, termasuk mengenai najis dan hadis dan ulama dan sunnah: Tidakkah di dalam al Quran? Mengenai sunnah: Sunnah siapakah yang Nabi ikut? Apakah sebenarnya erti sunnah? Dan siapa ajar supaya mengikut sunnah Nabi? Pengertian yang salah janganlah tidak disedari. Dan awas, jangan terpesong akibat pengertian atau terjemahan yang mengandungi perkataan yang berasal dari bahasa Arab. Apakah "jalan" di dalam bahasa Arab? Apakah "cara" di dalam bahasa Arab? Adakah "sunnah"? Dan apakah ayat al Quran mengenai sunnah?
       Sedarlah, erti "sunnah" bukanlah contoh amalan, juga bukan jalan, juga bukan cara. Erti "sunnah" adalah ketetapan. Dan sunnatullah adalah sunnah Allah, bukan sunnah rasul. "Hadis Rasulullah" bukanlah karangan Rasulullah, maka ia tidak patut disamakan dengan kata-kata Rasulullah. Pencipta Islam adalah Allah, hanya Allah, Dia, pengarang al Quran: maka ketahuilah ajaran yang terkandung di dalam al Quran kalau ingin tahu mengenai Islam, sebenar Islam. Hakikat, iaitu kebenaran atau fakta, serta ajaran Allah: Ketahuilah, dan jadikanlah pegangan. Kalau engkau sebenarnya bukan Muslim, maka engkau bukanlah pengikut Rasulullah. Dan fahamilah, bahawa yang tidak jujur bukanlah yang layak untuk mendapat hidayah Allah.

Tuesday, March 13, 2018

Antara Najib Dan Mahathir, Dan Yang Patut Diumpamakan Timba

Najib, juga Hadi Awang, adalah yang bermarwah berbanding berakal. Mahathir adalah yang berakal berbanding bermarwah. Maka? Dan yang tidak betul mengenai erti Islam tidaklah patut dianggap Muslim sebenar, usahkan ulama ataupun pejuang Islam. Marwah adalah "pride", sedangkan kehormatan adalah "honor". Marwah bukanlah kehormatan, sebagaimana syahwat atau nafsu seks bukanlah cinta. Dan fahamilah, bahawa lelaki adalah perigi, iaitu tempat yang mengandungi air, sedangkan perempuan adalah timba, iaitu tempat dimasukkan air. Sebenarnya, beranikah Najib untuk berdebat dengan Mahathir? Dan beranikah Hadi Awang untuk mubahalah menentang aku?