Tuesday, June 22, 2021

Reaksi Kepada "DAP Sedang Menanti Beraksi" Dan "Mengharap Menang Sorak?"


DAP (Democratic Action Party) adalah seperti Parti Demokrat Amerika Syarikat. Dan UMNO adalah seperti KKK (Ku Klux Klan). Apapun, siapa nak sedar bahawa DAP lebih hampir kepada Islam berbanding UMNO dan PAS, atau bahawa perjuangan Demokrasi adalah lebih hampir kepada perjuangan Islam, berbanding perjuangan UMNO dan PAS? Dan siapa nak sedar bahawa orang UMNO dan orang PAS sebenarnya bukan Muslim, tetapi Munafiq, Kafir, atau Muslim palsu, atau bahawa masuk Islam bukanlah dengan mengucap "kalimah Syahadah"? Janganlah terpedaya oleh bohong atau fitnah atau propaganda UMNO atau PAS atau MCA. Dan jangan selamba mengaku Muslim atau orang Islam kalau engkau tidak tahu erti Muslim atau Islam atau sembah atau tuhan. Jangan "main sangka", usahkan "main yakin". Bukalah minda. Fahami fakta, iaitu hakikat atau kebenaran. Dan janganlah seperti binatang ternakan, usahkan lebih bodoh. 
       Mengenai BR1M, ketahuilah bahawa idea BR1M bukanlah idea Najib Razak, tetapi idea Bank Negara, susulan GST yang dilancarkan oleh Najib Razak. Banyak duit yang diperoleh oleh kerajaan BN-Najib melalui GST, maka apa salahnya kalau sebahagian "diberikan balik" kepada sebilangan warga Malaysia yang patut dibantu? Dan mengenai penjualan Celcom dan lain-lain syarikat oleh kerajaan pintu belakang PN: Jangan pula diputar-belit oleh UMNO atau PAS atau sesiapa, lalu DAP atau PH dipersalahkan. Fahamilah bahawa PN = PPBM+BN+PAS. BN = UMNO+MCA+MIC dan bukan PKR, juga bukan DAP. Dan fahaman Demokrasi tidaklah sehaluan dengan fahaman Komunis, maka? Mengenai Celcom, mungkin kualiti Internet akan jadi lebih baik dan harga perkidmatan Internet menjadi lebih murah selepas dijual? Harap-haraplah. Dan mengenai siapa "perompak Malaysia" yang paling kaya, sila tonton video yang lebih kurang bertajuk "Pendedahan Kekayaan Black Money Keluarga Tun Dr Mahathir" di YouTube. Hmm, adakah bukti bahawa Anwar Ibrahim yang sudah 20 tahun keluar-masuk penjara adalah seorang yang kaya-raya? Syarikat besar manakah miliknya? Apapun, samakah orang kerohanian dengan orang kebendaan? Samakah yang mengkaji dengan yang "mengaji" (berguru)? Dan samakah sangka dengan tahu? Sebenarnya, apakah kepercayaan orang UMNO dan orang PAS mengenai raja manusia, iaitu "malikin-nas" di dalam bahasa Arab? Dan apakah ajaran atau kepercayaan orang UMNO dan orang PAS mengenai tuhan manusia, iaitu "ila-hinnas" di dalam bahasa Arab? Allahu akbar. Dan ingat, Neraka sedia menanti. 
      Jangan mudah percaya atau cepat menyangka bahawa mereka yang bergelar ulama atau imam besar atau guru murshid (mursyid) atau ustaz adalah mereka yang tahu, betul tahu. Dan terjemahan atau pengertian atau kesimpulan yang salah janganlah tidak disedari. Yang tidak betul mengenai masuk Islam dan erti sembah sangatlah tidak patut untuk diambil sebagai guru dalam mempelajari Islam. Dan sedarlah bahawa semakin engkau tidak tahu ajaran Allah yang ada di dalam al Quran, maka engkau semakin mudah untuk disesatkan atau dipesongkan oleh pengikut Hadis dan "Sunnah". Ingat, kalau bukan karangan Nabi, maka bukanlah kata-kata Nabi. Dan siapakah yang Nabi Muhammad terima sebagai tuannya dan sebagai rajanya? Maka? Aku adalah orang kerohanian, bukan orang kebendaan. Aku mementingkan kerohanian atau dalaman, bukan atau berbanding kebendaan atau luaran. Maka? Dan salahkah bahawa aku adalah ahli falsafah dan ahli fikir Islam? Fikirkanlah. Ingat, sangka, begitu juga "yakin betul", bukan bermakna tahu. Dan kalau boleh buktikan bahawa aku salah, maka silakan. 
••••• 
Ilmu Masuk Islam @ 
Menjadi Muslim Yang Sebenar 
- https://bit.ly/3wlgvuy 
••••• 
Erti "Rob" (Rabb) Dan Tuhan 
- https://bit.ly/352upWH 
••••• 
Erti Islam Dan Muslim 
- https://bit.ly/34Sfrmd 
••••• 
9 Ajaran Sesat Atau Bohong Yang Paling Bahaya 
- https://bit.ly/371oNdv 
••••• 
Abdi Dan Ibadat Dan Sembah @ Jangan 
Terpesong Akibat Perkataan Arab 
- https://bit.ly/2JBmxnS 

Saturday, June 19, 2021

Cinta Dan Islam


Cinta: Apa itu cinta? Berzina atau bersetubuh bukan bermakna bercinta. Cinta adalah perasaan. Cinta adalah perasaan, sedangkan syahwat adalah keinginan. Dan menolak kebenaran bermakna mendustakan. Awas, jangan jatuh cinta kalau tidak mahu sakit di hati. Dan jujur: Jangan jatuh cinta kepada aku kalau engkau mementingkan marwah (maruah) berbanding kejujuran. Demi marwah atau gara-gara marwah, apakah kejahatan atau ketidak-wajaran yang telah dilakukan? 
       Perigi dan timba? Betul, takkanlah perigi mencari timba, tetapi fahami bahawa lelaki adalah perigi, iaitu tempat yang mengandungi air, sedangkan perempuan adalah timba, iaitu tempat dimasukkan air: Maka perempuan adalah yang patut mencari lelaki atau pergi kepada lelaki. Apapun, cinta sejati janganlah disamakan dengan cinta yang berlandaskan kebendaan. Cinta syahwat bukanlah cinta sejati. Dan lebih penting untuk disedari adalah bahawa Muslim bukanlah pelampau ataupun pendusta ataupun pembohong, juga bukan mata duitan. Suka atau tidak, duit palsu bukanlah duit. Munafiq atau Muslim palsu bukanlah Muslim. Dan sesungguhnya, mengucap "kalimah Syahadah" bukanlah bagaimana untuk menjadi Muslim, tetapi bagaimana untuk menjadi Munafiq, Kafir, atau Muslim palsu. Sila selidik. Fahami beberapa fakta, termasuk mengenai erti Muslim dan Islam dan sembah dan tuhan. Dan fikir, sesuaikah cinta sejati untuk jiwa yang kotor? 
       Sesuaikah perempuan yang jahat untuk lelaki yang baik? Dan sesuaikah lelaki yang jahat untuk perempuan yang baik? Awas, lembut lidah bukan bermakna baik hati, usahkan mulia. Dan jangan "main sangka", usahkan "main yakin". Adakah Nabi Muhammad mengucap "kalimah Syahadah" untuk masuk Islam? Jawapan: Tidak. Dan bolehkah engkau "bersaksi" atau "bear witness" bahawa emak dan bapa engkau bernikah? Jujurlah. Dan mengenai "syahadah Munafiq" di dalam al Quran, fahami Quran 63:1. Awas, terjemahan atau pengertian atau kesimpulan yang salah janganlah tidak disedari. "Rob" (rabb) adalah tuan, sedangkan "ilah" adalah tuhan. Dan erti tuhan adalah pemerintah yang tidak dikuasai, maka? 
••••• 
Ilmu Masuk Islam @ 
Menjadi Muslim Yang Sebenar 
- https://bit.ly/3wlgvuy 
••••• 
Erti "Rob" (Rabb) Dan Tuhan 
- https://bit.ly/352upWH 
••••• 
Erti Islam Dan Muslim 
- https://bit.ly/34Sfrmd 

Sunday, June 13, 2021

Ilmu Masuk Islam @ Bagaimana Untuk Masuk Islam @ Menjadi Muslim Yang Sebenar


Jangan main sangka, usahkan main yakin. Jangan tersalah kitab atau guru, usahkan tidak mahu memikirkan secara rasional. Dan janganlah selamba mengaku Muslim atau orang Islam kalau engkau tidak tahu erti Muslim atau Islam atau sembah atau tuhan. Bukalah minda. Kalau nak tahu, maka kaji atau selidik atau fikir. Fikir, bagaimanakah Nabi Ibrahim dan Nabi Muhammad masuk Islam atau menjadi Muslim? Dan bolehkah engkau "bersaksi" atau "naik saksi" bahawa emak dan bapa engkau bernikah? Pendek kata, kepada ulama dan ustaz, dan kepada orang UMNO dan orang PAS dan orang Tabligh, dan kepada sesiapa saja yang ingin masuk Islam atau menjadi Muslim, sebenar Muslim, sila sebut (kepada Allah), dan lebih penting, hayati atau amalkan, "Oh Allah, penciptaku, tuhanku, hanya Engkaulah tuanku, rajaku, dan kepadaMu aku menyerah diri; salaam, oh Allah, salaam." 
       Apakah beberapa fakta dan ajaran Allah yang perlu difahami untuk menjadi Muslim, sebenar Muslim? Berlandaskan ayat 5 di surah Fatihah dan 3 ayat pertama di surah Kafirun, sedarlah bahawa Muslim adalah yang menyembah Allah, hanya Allah. Menyembah adalah sama ertinya dengan menghambakan diri, tetapi ketahui atau sedarlah juga bahawa mempertuankan adalah menyembah, begitu juga atau apatah lagi memperajakan. Fikir, siapakah yang Nabi Muhammad terima sebagai tuannya dan sebagai rajanya? Tidakkah Allah, hanya Allah? Dan sebenarnya, Muslim = yang "aslim" (kepada Allah), maka "aslim" (kepada Allah) adalah perlu untuk menjadi Muslim. Jangan silap: "Aslim" adalah menyerah (diri), sedangkan "tawakkal" adalah berserah. Dan "rob" (rabb) = tuan, sedangkan "ilah" = tuhan. Awas, jangan sesat atau terpesong atau silap gara-gara perkataan yang berasal dari bahasa Arab seperti abdi dan ibadat (ibadah). Sebenarnya, abdi = hamba. Dan beribadat (kepada) = mengabdikan diri atau mengabdi (kepada) = menyembah atau sembah. Suka atau tidak, kita adalah hamba Allah, tetapi sedarlah juga bahawa kalau ada hamba, maka adalah tuan. Kalau ada hamba, maka adalah tuan, dan kita adalah hamba Allah, maka Allah adalah tuan kita. Allah, hanya Allah adalah yang berhak sebagai tuan kita. Dan selain taat kepada Allah, kita wajib setia kepada Allah, tidak mempertuankan selain Allah, usahkan memperajakan selain Allah. Ingat atau ketahui bahawa mempertuankan selain Allah, apatah lagi memperajakan selain Allah adalah shirik (syirik). Dan masuk Islam atau menjadi Muslim sebenarnya bukanlah dengan mengucap "kalimah Syahadah", tetapi dengan menyembah Allah, hanya Allah, dan dengan "aslim" atau menyerah diri kepada Allah. Sedarlah. 
       Apakah akibat kalau engkau salah mengenai bagaimana untuk masuk Islam, atau mengenai bagaimana untuk menjadi Muslim? Dan apakah akibat kalau engkau silap mengenai erti sembah dan tuhan? Tidakkah engkau adalah, atau akan menjadi Mushrik atau Kafir yang bertopengkan Islam? Dan tidakkah membawa ke Neraka, atau menambah dosa, atau sia-sia adalah solaat dan amal ibadat (ibadah) lain yang engkau lakukan? Sebenarnya, tidakkah engkau sekarang adalah Munafiq atau Muslim palsu? Terjemahan atau pengertian atau kesimpulan yang salah janganlah tidak disedari. Fahami 3 ayat pertama di surah Kafirun, lalu sedarlah bahawa yang membezakan Muslim dari Kafir adalah sembahan, bukan solaat. Dan janganlah sembah "hyang", tetapi sembahlah Allah, hanya Allah. Sembahlah Allah, hanya Allah: Jangan selain Allah dipertuankan, usahkan diperajakan. Awas, niat yang baik tidak mengubah kejahatan menjadi kebaikan. Niat yang baik serta keyakinan tidak mengubah ajaran sesat menjadi ajaran yang betul. Dan ingat, kebenaran tidak patut ditolak walau apa pun. Janganlah sombong atau angkuh. Jangan tipu atau putar-belit. Dan Muslim bukanlah pendusta ataupun pembohong, usahkan pelampau. 
••••• 
Hakikat "Syahadah", Dan 
Muslim = Yang "Aslim", Maka? 
- https://bit.ly/2V5hdLv 
••••• 
Erti Islam Dan Muslim @ Erti Islam 
Bukanlah "Salaam" Atau "Peace" 
- https://bit.ly/34Sfrmd 
••••• 
Sembah Dan "Ain-Ba-Dal" Dan 
"Ash-hadu" Dan Solaat Palsu 
- https://bit.ly/2ZF1ncw 
••••• 
Abdi Dan Ibadat Dan Sembah @ 
Jangan Terpesong Akibat Perkataan Arab 
- https://bit.ly/2JBmxnS 
••••• 
Jangan Terpedaya Dan Menambah Dosa 
Dengan Melakukan Solaat 
- https://bit.ly/3xPMNyT 

Friday, June 11, 2021

Pencen Dan Patriotik Dan Kebajikan @ Sayangi Malaysia


Duit pencen adalah "gaji buta" atau seperti "gaji buta". Dan duit pencen adalah tongkat yang sangat kukuh, tetapi jangan harap Mahathir Mohamad setuju. Apapun, kalau bayaran pencen dihadkan kepada tidak lebih dari RM5,000 sebulan, maka berapa ramai yang dapat dibantu hasil "lebihan" duit pencen? Dan berapakah jumlah hutang negara sekarang? Setiap tahun bilangan pesara bertambah. Dan pendek kata, setiap tahun bilangan penduduk bertambah. Maka? Hmm, janganlah cakap pasal patriotik, kalau tidak mahu memikirkan kewangan negara dan kebajikan untuk mereka yang patut dibantu. Dan janganlah selamba mengaku Muslim atau orang Islam kalau tidak tahu erti Muslim dan Islam dan sembah. 
••••• 
Erti Islam Dan Muslim @ Erti Islam 
Bukanlah "Salaam" Atau "Peace" 
- https://bit.ly/34Sfrmd 
••••• 
Erti "Rob" (Rabb) Dan Tuhan @ Antara Ajaran Sesat 
Atau Bohong Melalui Doa Di Dalam Bahasa Arab 
- https://bit.ly/352upWH 
••••• 
Hakikat "Syahadah", 
Dan Muslim = Yang "Aslim", Maka? 
- https://bit.ly/2V5hdLv 

Wednesday, June 9, 2021

Pilihanku Dalam Mencari Jodoh, Dan Mengenai Perigi Dan Timba Dan Menjadi Muslim Sebenar


Apakah akibat mementingkan marwah (maruah)? Di dalam bahasa English, marwah adalah "pride", bukan "dignity". Dan apakah padah atau akibat mementingkan kebendaan Duniawi? Terus-terang, aku tidak mahu "perempuan penyakit" walaupun si dia masih dara dan berharta serta nampak cantik. Lebih penting, ketahui bahawa yang memperajakan atau mempertuankan selain Allah adalah yang menyembah selain Allah. Dan yang menyembah selain Allah adalah Mushrik, iaitu yang shirik (syirik) terhadap Allah. Menurut ayat 28, surah Taubah (Quran 9:28), Mushrik adalah najis. Mushrik adalah najis, tidak suci, usahkan mulia, walaupun dia sedang melakukan solaat (solaah). 
       Hmm, betapa ramai yang menambah atau membuat dosa dengan melakukan solaat. Dan pendek kata, orang Melayu, termasuk orang UMNO dan orang PAS, adalah mereka yang bohong kepada Allah semasa melafazkan atau mengucap ayat 5, surah Fatihah. Betapa banyak solaat dan puasa yang sebenarnya bukan amal ibadat, tetapi amal tanpa ibadat (ibadah). Dan selain mencanggah atau tidak menerima ajaran Allah mengenai najis, betapa ulama dan ustaz bukanlah mereka yang ada "ilmu masuk Islam", iaitu ilmu mengenai bagaimana untuk menjadi Muslim, sebenar Muslim. Jangan membuta percaya atau main sangka. Dan janganlah selamba mengaku Muslim atau orang Islam kalau tidak tahu erti Muslim dan Islam dan sembah dan tuhan. Bukalah minda secara jujur dan rasional. Fahami beberapa fakta. Dan fahami ajaran Allah yang ada di dalam al Quran. 
       Mengenai pengalaman dalam cinta, aku mungkin tidak akan dapat lupakan 2 percintaan. Yang pertama adalah dengan seorang perempuan kulit putih Amerika Syarikat (USA). Ketika itu aku sedang berada di sebuah negeri yang bernama Arizona. Siapa sangka? Dia sangat menarik hati, tetapi aku juga merasa takut atau gementar. Pendek kata, kami boleh dikatakan tidak sempat berkawan baik. Dan kalaulah dia berterus-terang dan jujur saja kepadaku, maka kami mungkin sudah berkahwin dan mempunyai beberapa orang anak. Apapun, aku bukanlah seorang yang pandai atau biasa memujuk-rayu. Aku tidak suka menyangka. Dan sangka bukanlah tahu. Berterus-terang dan jujur. Kalau tidak suka atau kalau tidak mahu, maka katakan saja. Kalau "main jual mahal", maka aku mungkin menjadi "terlalu mahal". Dan mengenai perigi dan timba: Perigi adalah tempat yang mengandungi air, sedangkan timba adalah tempat untuk dimasukkan air. Setuju? Sebenarnya, tidakkah lelaki adalah tempat yang mengandungi air, iaitu air mani? Dan tidakkah perempuan adalah tempat dimasukkan air mani? Maka? Yang patut dikatakan timba, iaitu tempat dimasukkan air, adalah perempuan, bukan lelaki. Dan betul, takkanlah perigi mencari atau pergi kepada timba: Dengan kata lain, timba adalah yang patut mencari atau pergi kepada perigi. 
       Kesimpulannya atau pendek kata, timba adalah perempuan dan perigi adalah lelaki: Maka, takkanlah perigi mencari timba sepatutnya bermaksud takkanlah lelaki mencari perempuan. Nampak? Ada otak, sila guna. Ada akal, sila fikir. Dan yang patut disukai bukanlah seks, tetapi kesucian. Ingat, kebenaran tidak patut ditolak, walau apa pun. Disiplinkanlah diri. Ketahui dan berpeganglah pada kebenaran dan ajaran Allah, bukan pada marwah. Dan awas, jangan untung jangka pendek, tetapi rugi jangka panjang. Cinta tidaklah lebih penting berbanding kejujuran. Dan marwah patut dikuasai atau dikawal atau diketepikan, bukan patut diikutkan, usahkan diambil sebagai imam. Tidakkah lelaki sepatutnya lebih berakal berbanding perempuan? Apapun, jadilah orang akal dan kewajaran, bukan orang marwah dan kebendaan. Dan ingat, kehidupan di Dunia hanyalah sementara. Suka atau tidak, kita akan mati. Benar, kita akan mati, tetapi janganlah mati kecuali (ketika berada) di dalam Islam: Dengan kata lain, janganlah mati kecuali sebagai Muslim. Tetapi sebenarnya, bagaimanakah untuk berada di dalam Islam, atau bagaimanakah untuk menjadi Muslim, sebenar Muslim? Apakah kebenaran dan ajaran Allah yang perlu difahami? Jangan main sangka, usahkan main yakin, usahkan membuta percaya. Dan Allah menyuruh supaya "tadabbur". 
       Fikir, bagaimanakah Nabi Ibrahim ataupun Nabi Muhammad masuk Islam atau menjadi Muslim? Adakah Nabi Ibrahim atau Nabi Muhammad mengucap "kalimah Syahadah" untuk masuk Islam? Dan apakah sebenarnya erti Muslim dan Islam dan sembah dan tuhan? Pendek kata, bohong besar dan sangat menyesatkan adalah ajaran yang mengatakan bahawa masuk Islam atau menjadi Muslim adalah dengan mengucap "kalimah Syahadah". Dan mengenai "syahadah Munafiq", sila fahami Quran 63:1, iaitu ayat 1 di surah Munafiqun. Hmm, kalaulah aku sudah berkahwin atau kerja "makan gaji", maka mungkinkah akan tertulis artikel ini dan itu dan itu? Allah tahu. Allah tahu yang terbaik. Dan ramai yang mengaku atau setuju bahawa mereka adalah hamba Allah, tetapi mereka tidaklah menerima Allah sebagai tuan mereka, sedangkan kalau ada hamba ataupun abdi, maka adalah tuan. Kenapa? Tak faham bahasa? Sombong? Hati kotor? 
••••• 
Ilmu Masuk Islam Dan Sembah @ 
Bagaimana Untuk Menjadi Muslim Sebenar 
- https://bit.ly/2UkNtaN 
••••• 
Hakikat "Syahadah", Dan Muslim = Yang "Aslim", Maka? 
- https://bit.ly/2V5hdLv 
••••• 
9 Ajaran Sesat Atau Bohong Yang Paling Bahaya 
- https://bit.ly/371oNdv 
••••• 
Erti "Rob" (Rabb) Dan Tuhan @ Antara Ajaran Sesat 
Atau Bohong Melalui Doa Di Dalam Bahasa Arab 
- https://bit.ly/352upWH 
••••• 
Erti Islam Dan Muslim @ Erti Islam 
Bukanlah "Salaam" Atau "Peace" 
- https://bit.ly/34Sfrmd 

Tuesday, June 1, 2021

Secara Ringkas Mengenai Bagaimana Untuk Menjadi Muslim


Siapa betul Muslim atau orang Islam? Ramai yang mengaku Muslim atau orang Islam, tetapi betulkah pengakuan atau dakwaan mereka? Duit palsu bukanlah duit. Munafiq atau Muslim palsu bukanlah Muslim. Ketahui perbezaannya. Dan berlandaskan 3 ayat pertama di surah Kafirun, sedarlah bahawa yang membezakan Muslim dari Kafir adalah sembahan, bukan solaat. Jangan selamba mengaku Muslim atau orang Islam kalau tidak tahu erti Muslim dan Islam dan sembah. Bukalah minda secara jujur dan rasional. Dan fahami beberapa fakta dan ajaran Allah. Orang Islam adalah orang yang berada di dalam Islam, di dalam, bukan di luar. Dan Muslim boleh dikatakan sama ertinya dengan orang Islam. 
       Erti Islam adalah penyerahan, iaitu penyerahan diri kepada Allah. Masuk Islam adalah sama ertinya dengan menjadi Muslim. Dan antara hakikat atau kebenaran atau fakta yang patut diambil-kira adalah bahawa Muslim adalah yang "aslim" kepada Allah, dan bahawa Muslim adalah yang menyembah Allah, hanya Allah, dan bahawa mempertuankan, apatah lagi memperajakan adalah menyembah, iaitu menghambakan diri, iaitu merendahkan atau meletakkan diri sebagai hamba. Abdi adalah sama ertinya dengan hamba. Dan sebenarnya, menyembah Allah = beribadat kepada Allah = mengabdikan diri kepada Allah, atau mengabdi kepada Allah. "Hadis Nabi" janganlah disamakan dengan kata-kata Nabi. Ulama Hadis janganlah disamakan dengan ulama al Quran. Dan ulama mazhab janganlah disamakan dengan ulama Islam. Awas, jangan terpesong akibat perkataan yang berasal dari bahasa Arab seperti abdi dan ibadat. Dan terjemahan atau pengertian atau kesimpulan yang salah janganlah tidak disedari, usahkan dipercaya. 
       Pendek kata, kepada ulama dan ustaz, dan kepada orang UMNO dan orang PAS, dan kepada sesiapa saja yang ingin masuk Islam atau menjadi Muslim, sila sebut (kepada Allah), dan lebih penting, hayati atau amalkan, "Oh Allah, penciptaku, tuhanku, hanya Engkaulah tuanku, rajaku, dan kepadaMu aku menyerah diri; salaam, oh Allah, salaam". Fahamilah. Dan janganlah "main sangka", usahkan "main yakin". Sebenarnya, adakah kitab yang mengatakan bahawa Nabi Ibrahim atau Nabi Muhammad mengucap 2 "kalimah Syahadah" untuk masuk Islam, iaitu untuk menjadi Muslim? Dan adakah Nabi Ibrahim atau Nabi Muhammad mengucap 2 "kalimah Syahadah" di dalam azan atau di dalam solaat? Hmm, macam-macam bohong dan ada-adaan. Dan ramai yang mengajar supaya berpegang pada al Quran dan "Sunnah". Jangan terpedaya. Kalau tidak mahu sesat, maka berpeganglah pada kebenaran dan ajaran Allah. Masuk akal? Fikirkanlah. 
••••• 
Hakikat "Syahadah", Dan Muslim = Yang "Aslim", Maka? 
- https://bit.ly/2V5hdLv 
••••• 
Erti Islam Dan Muslim @ Erti Islam 
Bukanlah "Salaam" Atau "Peace" 
- https://bit.ly/34Sfrmd 
••••• 
Sembah Dan "Ain-Ba-Dal" Dan "Ash-hadu" Dan Solaat Palsu 
- https://bit.ly/2ZF1ncw 
••••• 
Erti "Rob" (Rabb) Dan Tuhan @ Antara Ajaran Sesat 
Atau Bohong Melalui Doa Di Dalam Bahasa Arab 
- https://bit.ly/352upWH 
••••• 
Antara Mazhab Dan "Hadis Sahih" Dan Al Quran Dan Islam, 
Dan Mengenai Tuhan Dan Ganjaran Dan Solaat Yang Sia-Sia 
- https://bit.ly/3gdS251