Monday, December 13, 2021

Insomnia Dan Bahaya


Apakah erti "insomnia"? Fahami bahawa "the word insomnia comes from the Latin insom(nis), meaning “without sleep”. This is formed from the prefix in-, in this case meaning “not,” the root somn(us), meaning “sleep,” and the ending –ia, which is used in the names of diseases." Dan fahami bahawa "natural biological clock" manusia tidaklah sama saja. Maka? Hakikatnya, tidak semua manusia berambut hitam. Waktu aktif dan kemampuan berfikir manusia tidaklah sama saja. Dan mengenai tidur, apa yang penting atau lebih penting adalah mendapat tidur yang berkualiti dan cukup. Masuk akal? Setuju? Apapun, apakah yang bahaya atau lebih bahaya berbanding insomnia? Janganlah merana atau rugi jangka panjang. 
••••• 
Ajaran Sesat Yang Paling Bahaya Dan Barua Syaitan 
- https://bit.ly/3ok8qVg 
••••• 
Solaat Sampah Dan Yang Membezakan Muslim Dari Kafir 
- https://bit.ly/3jcAJC9 
••••• 
"Aku" Atau "Saya" Dan Siapa Paling Biadab? 
- https://bit.ly/3ygnbM7 

Saturday, December 11, 2021

"Aku" Atau "Saya" Dan Siapa Paling Biadab?


Jangan mengada-ngada: "Aku" dan "saya" adalah sama saja, begitu juga "engkau" dan "kamu". Dan janganlah mendustakan, usahkan melampau. Yang halal janganlah diharamkan. Dan penilaian atau pandangan Allah adalah yang paling penting untuk diambil-kira berbanding penilaian atau pandangan siapa pun. Suka atau tidak, Allah berhak sebagai tuan ke atas kita, ciptaanNya. Kita adalah ciptaan dan hamba kepunyaan Allah. Dan menyembah selain Allah adalah perbuatan atau sikap yang paling biadab. Apa itu menyembah? Menyembah adalah menghambakan diri, iaitu merendahkan atau meletakkan diri sebagai hamba. 
       Menyembah adalah sama ertinya dengan menghambakan diri, tetapi sedarlah juga bahawa mempertuankan adalah menyembah, begitu juga atau lebih-lebih lagi memperajakan. Fahami bahawa kalau ada hamba, maka adalah tuan. Dan fahami bahawa raja adalah tuan (ke atas yang dikuasainya). Pendek kata, kalau engkau ingin masuk Islam atau menjadi Muslim yang sebenar, maka sebutlah (kepada Allah), dan lebih penting, hayati atau amalkan, "Oh Allah, penciptaku, tuhanku, hanya Engkaulah tuanku, rajaku, dan kepadaMu aku menyerah diri; salaam, oh Allah, salaam". Ingat, ajaran Allah dan kebenaran patut diterima, atau tidak patut ditolak, walau apa pun. Janganlah putar-belit atau berdolak-dalih. Hmm, tidakkah menolak ajaran Allah atau kebenaran adalah biadab atau kurang ajar? Disiplinkanlah diri. Dan perbaikilah sikap dan kepercayaan dan keinginan. 
••••• 
Ajaran Sesat Yang Paling Bahaya Dan Barua Syaitan 
- https://bit.ly/3ok8qVg 
••••• 
Solaat Sampah Dan Yang Membezakan 
Muslim Dari Kafir 
- https://bit.ly/3jcAJC9 
••••• 
Ilmu Masuk Islam Dan Sembah @ 
Bagaimana Untuk Menjadi Muslim Sebenar 
- https://bit.ly/2UkNtaN 

Wednesday, December 8, 2021

Tahukah Engkau Dan Betulkah Engkau (Atau Si Imam) Muslim?


Apakah erti Muslim? Apakah erti Islam? Apakah erti sembah? Apakah erti tuhan? Bagaimana pula dengan shirik (syirik) dan tauhid dan perhambaan dan kemerdekaan dan hadis dan sunnah dan najis? Janganlah main cakap atau main sangka. Janganlah betul pada sebutan, tetapi salah pada kefahaman atau pada kepercayaan atau pada perbuatan. Dan janganlah melafazkan atau mengucap bahagian pertama pada ayat 5, surah Fatihah kalau engkau memperajakan atau mempertuankan selain Allah, atau kalau engkau sebenarnya tidak menyembah hanya Allah. Dengan melafazkan atau mengucap bahagian pertama pada ayat 5, surah Fatihah, engkau sebenarnya mengatakan bahawa hanya Allah adalah yang engkau sembah, tetapi adakah atau betulkah engkau menyembah Allah, hanya Allah? Sebenarnya, apakah erti menyembah atau beribadat? 
       Awas, bohong di dalam solaat adalah kesalahan yang serius dan sangat merugikan, walaupun Allah tidak tertipu. Jujurlah. Dan sedarlah bahawa memperajakan atau mempertuankan selain Allah bermakna menyembah selain Allah. Menyembah selain Allah adalah shirik. Menyembah selain Allah adalah kesalahan yang paling hina. Dan menyembah selain Allah adalah kebiadaban yang paling teruk. Benar adalah bahawa menyembah adalah menghambakan diri, tetapi sedarlah juga bahawa mempertuankan adalah menyembah, begitu juga atau lebih-lebih lagi memperajakan. "Raja manusia" di dalam bahasa Arab adalah "malikin-nas". Dan Allah adalah "rob-binnas, malikin-nas, ila-hinnas", iaitu tuan manusia, raja manusia, tuhan manusia. Suka atau tidak, Allah berhak sebagai tuan ke atas ciptaanNya. Dan kita adalah ciptaan Allah. Fikir, tidakkah masuk akal kalau kita taat kepada pencipta kita? Dan tidakkah masuk akal kalau kita menghambakan diri kepada pencipta kita dan setia kepadaNya? Suka atau tidak, kita adalah ciptaan dan hamba kepunyaan Allah. Allah, hanya Allah adalah yang berhak sebagai tuan kita. Dan 2 ciri utama Muslim atau orang Islam adalah menyembah Allah, hanya Allah dan "aslim" atau menyerah diri kepada Allah. Dengan kata lain, kalau engkau (atau si imam) bukanlah seorang yang menyembah Allah, hanya Allah, atau kalau engkau (atau si imam) bukanlah seorang yang "aslim" atau menyerah diri kepada Allah, maka engkau (atau si imam) sebenarnya bukanlah Muslim. Sedarlah. 
       Mengucap "kalimah Syahadah" bukanlah bagaimana untuk masuk Islam atau menjadi Muslim. Mengenai "Syahadah Munafiq" di dalam al Quran, fahami ayat pertama di surah Munafiqun (Quran 63:1). Dan kalau engkau sebenarnya tidak menyaksikan bahawa emak dan bapa engkau bernikah, maka engkau tidak boleh "bersaksi" bahawa emak dan bapa engkau bernikah. Fikirkanlah. Fahamilah. Ingat, kebenaran dan ajaran Allah patut diterima, atau tidak patut ditolak. Dan keyakinan tidak mengubah hakikat. Jangan kena tipu atau silap mengenai erti sembah dan tuhan dan Muslim dan Islam. Janganlah kena tipu atau silap mengenai masuk Islam, iaitu mengenai bagaimana untuk menjadi Muslim, sebenar Muslim. Dan kemerdekaan adalah hak asasi manusia, sedangkan ketuanan adalah hak asasi Allah, Dia, si pencipta, si pemberi nyawa, Dia yang paling berkuasa, Dia yang paling mulia. Fikir, Allah adalah yang paling berkuasa dan yang paling mulia, maka tidakkah kesalahan terhadap Allah adalah kesalahan yang paling besar, dan tidakkah ajaran Allah adalah ajaran yang paling penting? 
••••• 
Ajaran Sesat Yang Paling Bahaya 
Dan Barua Syaitan 
- https://bit.ly/3ok8qVg 
••••• 
Solaat Sampah Dan Yang Membezakan 
Muslim Dari Kafir 
- https://bit.ly/3jcAJC9 
••••• 
Erti Islam Dan Muslim @ Erti Islam 
Bukanlah "Salaam" Atau "Peace"  
- https://bit.ly/34Sfrmd 
••••• 
Erti "Rob" (Rabb) Dan Tuhan @ 
Antara Ajaran Sesat Atau Bohong 
Melalui Doa Di Dalam Bahasa Arab 
- https://bit.ly/352upWH 
••••• 
Antara DAP Dan Islam @ 
Jangan Silap Mengenai Islam 
- https://bit.ly/3Brvzcw 

Sunday, December 5, 2021

Kenapa Harga Barang Naik?


Adakah BN bermakna (harga) Barang Naik? Sebenarnya, BN adalah singkatan untuk Barisan Nasional yang di dalamnya terdapat UMNO (United Malays National Organisation) dan MCA (Malaysian Chinese Association). PH adalah singkatan untuk Pakatan Harapan yang di dalamnya terdapat PKR dan DAP. PKR adalah singkatan untuk Parti Keadilan Rakyat. Dan DAP (Democratic Action Party) adalah seperti Parti Demokrat USA. Apapun, apakah yang sebenarnya menyebabkan harga sesuatu barang naik? Atau apakah yang sebenarnya menyebabkan sesuatu barang menjadi semakin mahal? Sebenarnya, apakah atau siapakah yang menentukan kenaikan atau penurunan harga sesuatu barang? Sebenarnya, adakah "supply and demand" adalah yang menentukan atau yang menyebabkan kenaikan atau penurunan harga sesuatu barang? Hmm. 
       Selain kenaikan kos penghasilan dan penghantaran akibat kenaikan harga petrol atau cukai atau sesuatu, harga sesuatu barang juga boleh naik kalau pengeluar atau "orang tengah" ingin mendapat untung yang lebih berbanding sebelumnya. Dan kalau nilai RM (ringgit) semakin jatuh akibat pertambahan hutang negara (Malaysia) atau sesuatu, maka harga barang-barang yang di "import" akan semakin naik (di Malaysia). Apapun, kehidupan di Dunia hanyalah sementara. Dan kepada Allah kita dikembalikan. Yang penting atau lebih penting adalah mati di dalam Islam, iaitu sebagai Muslim, sebenar Muslim. Siapakah yang betul Muslim? Sedarlah bahawa masuk Islam atau menjadi Muslim bukanlah dengan mengucap "kalimah Syahadah", tetapi dengan menyembah Allah, hanya Allah dan "aslim" atau menyerah diri kepada Allah. 2 ciri utama Muslim adalah menyembah Allah, hanya Allah dan "aslim" atau menyerah diri kepada Allah. Dan janganlah selamba mengaku Muslim atau orang Islam kalau tidak tahu erti Muslim dan Islam dan sembah dan tuhan dan kemerdekaan dan perhambaan. 
••••• 
Ajaran Sesat Yang Paling Bahaya Dan Barua Syaitan 
- https://bit.ly/3ok8qVg 
••••• 
Solaat Sampah Dan Yang Membezakan Muslim Dari Kafir 
- https://bit.ly/3jcAJC9 
••••• 
Erti "Rob" (Rabb) Dan Tuhan @ Antara Ajaran Sesat Atau Bohong Melalui Doa Di Dalam Bahasa Arab 
- https://bit.ly/352upWH 

Saturday, December 4, 2021

Ajaran Sesat Yang Paling Bahaya Dan Barua Syaitan


Apa itu ajaran sesat? Ajaran sesat adalah ajaran yang menyesatkan atau ajaran yang salah. Ajaran sesat adalah ajaran yang memesongkan atau yang terpesong dari kebenaran atau ajaran Allah. Dan ajaran sesat adalah ajaran yang bercanggah dengan kebenaran atau ajaran Allah. Apakah ajaran sesat yang lebih bahaya berbanding ajaran sesat Syahadah? Untuk makluman, ajaran sesat Syahadah adalah ajaran yang mengatakan bahawa masuk Islam atau menjadi Muslim adalah dengan mengucap "kalimah Syahadah". Sesungguhnya, bohong besar atau tidak benar adalah bahawa masuk Islam atau menjadi Muslim adalah dengan mengucap "kalimah Syahadah". Dan tidakkah ulama dan "imam besar" dan ustaz yang tidak betul mengenai bagaimana untuk masuk Islam atau menjadi Muslim patut dianggap sebagai barua atau ejen syaitan? 
       Apapun, apakah padah atau akibat kalau engkau kena tipu atau silap atau tidak betul mengenai masuk Islam, iaitu mengenai bagaimana untuk menjadi Muslim? Tidakkah engkau akan menjadi Kafir yang bertopengkan Islam, atau tidakkah engkau akan menjadi Muslim palsu? Tidakkah sia-sia adalah solaat dan amal ibadat lain yang engkau lakukan? Dan tidakkah kejahilan atau kesilapan mengenai masuk Islam membawa ke Neraka? Sedarlah bahawa 2 ciri utama Muslim adalah menyembah Allah, hanya Allah dan "aslim" atau menyerah diri kepada Allah. Mengenai hakikat bahawa Muslim adalah yang menyembah Allah, hanya Allah, fahami bahagian pertama pada ayat 5, surah Fatihah (Quran 1:5) dan 3 ayat pertama di surah Kafirun (Quran 109:1-3). Dan Muslim adalah sama ertinya dengan yang "aslim" (kepada Allah), maka "aslim" (kepada Allah) adalah perlu untuk menjadi Muslim. "Aslim" adalah menyerah, sedangkan "tawakkal" adalah berserah. Dan lawan kepada menyerah adalah menentang atau melawan. Fikirkan. Rasa. Dan bayangkan. Fahamilah bahawa Muslim adalah yang "aslim" atau menyerah diri kepada Allah, tidak sombong, usahkan derhaka, usahkan curang terhadap Allah. Dan kufur, shirik, tidak mentauhidkan Allah adalah sama erti atau maknanya dengan derhaka, curang, tidak setia kepada Allah, Dia yang berhak sebagai tuan kita. Ajaran Allah dan kebenaran sentiasa patut diterima, atau tidak patut ditolak, walau siapa pun yang memberitahu. Dan yang tahu atau lebih tahu adalah yang mengkaji berbanding yang "mengaji" (berguru). Ajaran Allah dan kebenaran bukanlah ajaran sesat. Ulama mazhab janganlah disamakan dengan ulama Islam. Dan tidakkah ulama Hadis atau siapapun yang memesongkan dari ajaran Allah atau kebenaran patut dianggap sebagai barua atau ejen syaitan, bukan atau berbanding pewaris Nabi? 
       Pendek kata, kalau engkau ingin masuk Islam atau menjadi Muslim, maka sebutlah (kepada Allah), dan lebih penting, hayati atau amalkan, "Oh Allah, penciptaku, tuhanku, hanya Engkaulah tuanku, rajaku, dan kepadaMu aku menyerah diri; salaam, oh Allah, salaam". Fikir, tidakkah masuk akal kalau kita merendahkan diri, bahkan menghambakan diri kepada pencipta kita, iaitu Allah? Suka atau tidak, Allah adalah pencipta kita. Allah berhak sebagai tuan ke atas setiap ciptaanNya. Dan menurut ayat 56 di surah Zariyat (Quran 51:56), Allah tidak mencipta jin dan manusia melainkan untuk menyembahNya. Apa itu sembah? Fahami bahawa "sembah" dan "hamba" di dalam bahasa Arab adalah perkataan yang ejaannya adalah "ain-ba-dal" atau mengandungi "ain-ba-dal". Abdi adalah sama ertinya dengan hamba. Dan kalau ada hamba, maka adalah tuan. Ringkas kata, menyembah adalah menghambakan diri, iaitu merendahkan atau meletakkan diri sebagai hamba, dan sedarlah juga bahawa mempertuankan adalah menyembah, begitu juga atau lebih-lebih lagi memperajakan. Menyembah selain Allah adalah shirik. Dan syaitan mampu untuk menghias kejahatan dan kebodohan. 
••••• 
Solaat Sampah Dan Yang Membezakan Muslim Dari Kafir 
- https://bit.ly/3jcAJC9 
••••• 
Hakikat "Syahadah", Dan Muslim = Yang "Aslim", Maka? 
- https://bit.ly/2V5hdLv 
••••• 
Erti "Rob" (Rabb) Dan Tuhan @ Antara Ajaran Sesat 
Atau Bohong Melalui Doa Di Dalam Bahasa Arab 
- https://bit.ly/352upWH 
••••• 
Erti Islam Dan Muslim @ Erti Islam 
Bukanlah "Salaam" Atau "Peace"  
- https://bit.ly/34Sfrmd 
••••• 
Antara DAP Dan Islam @ Jangan Silap Mengenai Islam 
- https://bit.ly/3Brvzcw