Monday, May 4, 2015

Sebenarnya Bukan Muslim, Yakni Bukan Orang Islam

Siapakah bukan Muslim, yakni bukan orang Islam, tetapi sebenarnya adalah kafir ataupun Muslim palsu ataupun orang Islam konon? Kaca janganlah dikatakan intan. Duit palsu bukanlah duit. Dan masuk Islam, yakni menjadi Muslim ataupun orang Islam, bukanlah dengan cakap, tetapi dengan sikap. Bukanlah Muslim, yakni bukanlah orang Islam, tetapi kafir ataupun Muslim palsu ataupun orang Islam konon adalah mereka yang percaya bahawa masuk Islam adalah dengan mengucap kalimah Syahadah ataupun dengan “Rukun Islam”. Sila fahami surah Kafirun serta erti Muslim, lalu sedarlah bahawa hanya yang menyembah Allah, hanya Allah, serta menyerah diri kepada Allah, adalah ataupun boleh jadi Muslim ataupun orang Islam sebenar. Dan yang betul Muslim ataupun orang Islam adalah orang kemerdekaan, iaitu bukan orang perhambaan. Hakikatnya, bagaimanakah Rasulullah masuk Islam? Sekali lagi, bagaimanakah Rasulullah masuk Islam? Adakah dengan Syahadah? Adakah dengan “Rukun Islam”? Adakah dengan melakukan solat? Fahamilah bahawa Allah adalah satu-satunya pencipta Islam. Sedarlah, bahawa Islam tidaklah bergantung kepada siapapun Rasulullah, usahkan bergantung kepada ulama dan makhluk lain. Dan al Quran adalah kalamullah.
    Hakikatnya, Allah adalah satu-satunya pencipta Islam, dan Allah adalah penguasa mutlak Syurga dan Neraka; maka, ketahui dan ikutlah ajaran Allah, kalau ingin masuk Islam, apatah lagi kalau ingin masuk Syurga. Hakikatnya, Rasulullah masuk Islam bukanlah dengan Syahadah; maka, takkanlah Rasulullah mengajar bahawa masuk Islam adalah dengan Syahadah. Sila fahami ayat 1 hingga 3 di surah Kafirun, lalu sedarlah bahawa yang menyembah selain Allah adalah kafir, dan bahawa orang Islam adalah yang menyembah Allah, hanya Allah. Dan sila fahami ayat 1 hingga 3 di surah Kafirun, lalu sedarlah juga bahawa yang membezakan orang Islam dari kafir adalah sembahan (bukan solat). “Wahai kafir, aku tidak sembah apa yang engkau sembah, dan tidaklah engkau sembah apa yang aku sembah” adalah antara mesej di surah Kafirun. Soalnya, siapakah yang si “kafir” sembah, tetapi siapakah yang si “aku” sembah? Sila bayangkan. Dan sila fikir-fikirkan. Sila fahami ayat 1 hingga 3 di surah Kafirun, dan sila fahami erti Muslim, lalu sedarlah bahawa masuk Islam mestilah dengan menyembah Allah, hanya Allah, serta dengan aslam, yakni menyerah diri, kepada Allah. Bohong atau tidak benar adalah bahawa masuk Islam adalah dengan mengucap kalimah Syahadah. Dan sedarlah bahawa erti Islam bukanlah salam, tetapi perkataan “Islam” adalah kata nama untuk “aslam”.
    Erti “aslam” adalah menyerah ataupun menyerah diri, bukan berserah, bukan bertawakkal. Erti Islam adalah penyerahan, yakni penyerahan diri, bukan salam, bukan tawakkal. Dan erti Muslim adalah yang aslam, iaitu yang menyerah, yakni menyerah diri kepada Allah. Kalaulah erti Islam adalah salam, maka erti Muslim mestilah yang bersalam, atau yang mempunyai salam, atau yang memberi salam, tetapi hakikatnya, erti Muslim adalah yang aslam, iaitu yang menyerah, yakni menyerah diri kepada Allah. Erti Muslim adalah yang menyerah diri kepada Allah, oleh itu, masuk Islam, yakni menjadi Muslim ataupun orang Islam, mestilah dengan menyerah diri kepada Allah. Dan erti Muslim adalah yang menyerah diri kepada Allah, oleh itu, yang sebenarnya tidak menyerah diri kepada Allah sebenarnya bukanlah Muslim, yakni bukanlah orang Islam, usahkan Mukmin, usahkan Muttaqin. Menyembah, iaitu menghambakan diri, begitu juga menyerah diri, adalah sikap. Dan sedarlah juga bahawa mempertuankan, apatah lagi memperajakan, adalah menyembah. Pendek kata, kalau ingin masuk Islam, apatah lagi kalau ingin masuk Syurga, maka sila hayati atau amalkanlah, “oh Allah, tuanku, rajaku, tuhanku, kepadaMu aku menyerah diri; salam, oh Allah, salam”.
    Sedarlah bahawa solat tidaklah sama ertinya dengan sembahyang. Dan hakikatnya, perkataan “abdi” adalah berasal dari bahasa Arab yang ertinya adalah hamba; dengan lain perkataan, abdi dan hamba adalah sama ertinya, maka mengabdikan diri samalah dengan menghambakan diri. Kalau ada hamba, maka adalah tuan; maka, menghambakan diri bermakna mempertuankan. Dan sedarlah bahawa kalau engkau tidak mempertuankan Allah, maka tidaklah engkau menghambakan diri kepada Allah, dan tidaklah engkau menyembah Allah. Sukakah Allah kalau engkau mempertuankan selain Dia? Dan sukakah Allah kalau engkau memperajakan selain Dia? Tidaklah mulia, juga tidaklah untung, serta tidaklah selamat, kalau mati sebagai seorang yang sebenarnya menyembah selain Allah, apatah lagi kalau mati sebagai seorang yang sebenarnya sombong terhadap Allah. Dan mempertuankan selain Allah, apatah lagi memperajakan selain Allah, adalah menyembah selain Allah. Jujurlah. Dan ingatlah mati.
    Betapa ramai adalah pengikut ajaran sesat Syahadah. Betapa ramai adalah ulama temberang. Dan binatang ternakan, atau bahkan lebih merosakkan ataupun lebih bodoh: Tidakkah begitu adalah pengikut Hadis? Berakallah. Ikutlah al Quran. Dan wajarlah. Melakukan solat tidaklah menjadikan engkau orang Islam. Menyayangi Allah dan semua rasulNya tidaklah menjadikan engkau orang Islam, usahkan kalau engkau sekadar menyayangi Muhammad. Dan sedarlah, bahawa Allah berhak, sepatutnya berhak untuk berada di atas ciptaanNya sebagai tuan, juga sebagai raja. Allah berhak, sepatutnya berhak sebagai tuan ke atas kita. Dan yang tidak berhak sebagai tuan kita tidaklah berhak sebagai raja kita. Allah tidaklah mencipta jin dan manusia melainkan untuk menyembahNya, yakni menghambakan diri kepadaNya. Dan kita berhak merdeka, yakni tidak diperhambakan oleh selain Allah. Hanya Allah adalah yang berhak sebagai tuan ke atas seseorang manusia. Hanya Allah adalah yang berhak sebagai raja ke atas seseorang manusia. Dan hanya Allah adalah tuhan, sebenar tuhan, yakni pemerintah yang tidak dikuasai, sesungguhnya tidak dikuasai oleh siapapun. Allah adalah pencipta semua manusia, dan Allah adalah tuhan semua manusia, tetapi Allah bukanlah sembahan semua manusia, yakni tidaklah semua manusia menyembah Allah. Allah adalah “sovereign ruler” semua manusia, dan Allah adalah “supreme being”, tetapi Allah bukanlah manusia, dan Allah bukanlah “supreme being” semua manusia. Dan merdeka, kita berhak merdeka, iaitu tidak diperhambakan oleh selain Allah. Tidakkah baik adalah memerdekakan, bukan memperhambakan?
    Perhambaan bukanlah di mana Allah adalah raja ataupun tuan, tetapi perhambaan adalah di mana selain Allah adalah raja ataupun tuan. Dan shirik bukanlah di mana Allah adalah yang disembah, tetapi shirik adalah di mana selain Allah adalah yang disembah. “Rob” bukanlah “ilah” atau tuhan atau “god”, tetapi “rob” adalah tuan, juga adalah “lord”. Dan takkanlah Allah bukan tuan ke atas hambaNya, sedangkan kalau ada hamba, maka adalah tuan, apatah lagi sedangkan Allah adalah yang paling berkuasa. Suka atau tidak, Allah tetaplah berkuasa serta memerintah. Suka atau tidak, Allah adalah pencipta kita, tuan kita, raja kita, tuhan kita. Dan yang sebenarnya salah mengenai bagaimana untuk masuk Islam, begitu juga yang sebenarnya tidak betul mengenai erti sembah dan tuhan dan Muslim dan kemerdekaan dan perhambaan dan shirik dan tauhid dan najis, tidaklah patut dikatakan ulama ataupun alim Islam, bahkan tidaklah sepatutnya dikatakan Muslim ataupun orang Islam sebenar, usahkan pejuang Islam. Fahamilah bahawa Muslim, yakni orang Islam, bukanlah yang sesat ataupun jahil, usahkan yang kafir menurut ajaran Allah. Dan sedarlah, yang betul ataupun patut dikatakan pengikut Muhammad, Rasulullah, adalah pengikut al Quran, bukan pengikut Hadis.

Monday, April 27, 2015

Hakikat Perempuan Dan Berpurdah Dan Berakal

Kalau betul Khadijah melamar: Sedangkan Khadijah adalah yang melamar, bukan yang dilamar, maka, siapakah engkau? Adakah engkau lebih tinggi martabatnya berbanding Khadijah, iaitu isteri pertama Nabi Muhammad? Adakah engkau terlalu istimewa untuk melamar? Bagaimana pula dengan menghampiri dan memberikan kemesraan? Dan adakah engkau dan cinta engkau lebih penting berbanding jujur? Janganlah sombong ataupun mabuk kemarwahan. Dan fahaman yang salah mengenai perigi dan timba, lebih-lebih lagi mengenai masuk Islam, janganlah diikutkan, usahkan dipertahankan. Setinggi manapun nilai cinta, tinggi lagi nilai jujur, lebih-lebih lagi nilai adil. Melakukan solat bukanlah bermakna menyembah Allah, usahkan bermakna setia kepada Allah. Dan menutup aurat, walaupun berpurdah, bukanlah bermakna bukan pelacur, usahkan bermakna bukan kafir Mushrik. Sesuaikah hidayah dan kasih Allah, ataupun cinta sejati, untuk yang tidak mementingkan kebenaran dan keadilan serta kejujuran? Sesuaikah hati yang jahat untuk sesuatu yang mulia? Atau sesuaikah orang akal dan kewajaran dengan orang marwah dan kebendaan?
    Fahamilah bahawa Rasulullah masuk Islam bukanlah dengan Syahadah, juga bukanlah dengan Rukun Islam. Fahamilah bahawa erti Muslim adalah yang menyerah diri kepada Allah. Dan fahamilah hakikat bahawa perempuan, sebagaimana timba, adalah tempat dimasukkan air, sedangkan lelaki, sebagaimana perigi, adalah tempat yang mengandungi air. Maka? Sebenarnya, apakah ajaran Allah mengenai berpurdah ataupun menutup aurat? Adakah berpurdah adalah ajaran Allah, atau adakah berpurdah adalah sesuatu yang melampau ataupun melebih-lebih? Dan sebenarnya, siapakah pengarang Hadis? Awas, ada-adaan yang bertopengkan Islam. Apapun, patutkah yang sebenarnya tidak betul mengenai bagaimana untuk masuk Islam dikatakan ulama ataupun alim Islam? Patutkah yang sebenarnya tidak betul mengenai bagaimana untuk masuk Islam dikatakan Muslim ataupun orang Islam, bukan kafir, bukan orang Islam konon, bukan Muslim palsu? Bagaimana pula dengan yang tidak tahu atau sebenarnya tidak betul mengenai erti sembah dan tuhan dan Muslim dan Islam dan kemerdekaan dan perhambaan? Dan bagaimana pula dengan yang tidak tahu atau sebenarnya tidak betul mengenai erti shirik dan tauhid dan hadis dan sunnah dan najis dan ulama? Yang sesat atau jahil, lebih-lebih lagi yang kafir menurut ajaran Allah, tidaklah sepatutnya dikatakan Muslim ataupun orang Islam sebenar, walaupun bergelar ulama muktabar. Dan syaitan cukup mampu untuk menghias-indahkan kejahatan dan kebodohan.
    Yang tahu bukanlah bermakna yang percaya, usahkan bermakna yang wajar. Namun ilmu dan kewajaran, bukan kesesatan, bukan kejahilan, dan bukan marwah, adalah yang membawa ke Syurga. Yang menyembah selain Allah adalah sesat, sangat sesat, juga kafir, juga shirik terhadap Allah, walaupun menutup aurat dan melakukan solat. Dan yang mempertuankan selain Allah, apatah lagi yang memperajakan selain Allah, adalah yang menyembah selain Allah. Kalaulah Rasulullah berada di depan mata, dan dia mengajak supaya mempertuankan Allah, hanya Allah, dan memperajakan Allah, hanya Allah, juga mengajak supaya berimamkan al Quran, bukan Hadis, serta mengajak supaya menyerah diri kepada Allah, maka adakah engkau akan akur, tidak menyombong, tidak berdolak-dalih? Sebenarnya, tidakkah Nabi Muhammad pengikut al Quran, bukan pengikut Hadis? Dan tidakkah semua Rasulullah mempertuankan Allah, hanya Allah, dan memperajakan Allah, hanya Allah, di samping mempertuhankan hanya Allah? Janganlah takut atau tidak mahu untuk berfikir. Dan betapa penting adalah akal serta kejujuran, atau juga keadilan serta kebaikan hati, untuk mendapat kefahaman sebenar dan kesedaran, apatah lagi untuk mendapat penghormatan Allah dan tempat di SyurgaNya.

Monday, March 2, 2015

Ajaran Sesat Dan Kepalsuan Dan Makhluk Perosak

Dasar munafik, ataukah tak reti bahasa? Sengaja bohong, ataukah memang jahil, tidak tahu? Abdi dibezakan dari hamba. Solat disamakan dengan sembahyang. Dan “rob” disamakan dengan tuhan. Anjing, bukan mushrik, dikatakan najis. Hadis dikatakan kata-kata Nabi Muhammad. Sunnah dikatakan perlakuan Nabi Muhammad. Dan ulama dikatakan pewaris Nabi. Syurga dikatakan terletak di bawah telapak kaki ibu dan suami. Dan pengertian atau fahaman yang tidak betul mengenai sembah dan tuhan dan Muslim dan kemerdekaan dan shirik dan tauhid dan syafaat dan jihad dan akal dan marwah. Hmm, ulama temberang dan ajaran sesat Syahadah. Kepalsuan dan ketidak-wajaran yang bertopengkan Islam. Tak mahu sesat, padahal sedang sesat, atau bahkan adalah najis, hina, tidak suci usahkan mulia. Binatang ternakan, atau bahkan lebih merosakkan ataupun lebih bodoh: Tidakkah seperti itu adalah pengikut Hadis atau mazhab, termasuk atau terutamanya pengikut Sunnah (Bidaah) wal Jamaah?
    Di manakah diletakkan akal, berbanding syahwat dan marwah? Setakat manakah kemunasabahan mereka? Dan setakat manakah kejujuran mereka? Hmm, menyangka-nyangka. Tidak jujur. Syok sendiri. Mabuk kemarwahan. Atau kafir atau sesat ataupun bodoh tak sedar diri. Sesungguhnya, bagaimanakah Rasulullah masuk Islam? Sesungguhnya, siapakah yang Rasulullah pertuankan dan perajakan? Dan sebenarnya, siapakah yang Rasulullah sanjung-agungkan? Sebenar-benarnya, adakah Rasulullah sederhana dalam menyampaikan ajaran Allah ataupun kebenaran? Dan sebenar-benarnya, adakah Rasulullah mengenepikan sesuatu hukum ataupun ajaran Allah? Hmm, kemunafikan dan ada-adaan. Betapa ramainya Muslim palsu atau orang Islam konon. Dan barua syaitan atau perosak yang bergelar imam atau ustaz atau suami. Betapa sesat dan menyesatkan adalah ramai pengajar dan bapa dan ibu. Betapa al Quran perlu ditadabur atau difahami. Dan betapa marwah patut dikuasai, atau tidak diikut.

Thursday, February 12, 2015

Ulama Temberang Dan Ajaran Sesat Syahadah

Rasulullah masuk Islam bukanlah dengan “syahadah”, maka takkanlah Rasulullah mengajar bahawa masuk Islam adalah dengan “syahadah”. Apapun, Allah adalah satu-satunya pencipta Islam, dan Allah adalah penguasa mutlak Syurga dan Neraka; maka, ikutlah ajaran Allah, kalau ingin masuk Islam, apatah lagi kalau ingin masuk Syurga. Fahamilah bahawa Allah adalah si tuan, sedangkan Rasulullah adalah si hamba; maka, sanjung dan utamakanlah Allah. Dan pengertian yang salah, terutamanya mengenai sembah dan tuhan dan Muslim dan kemerdekaan dan perhambaan dan shirik dan hadis dan sunnah dan ulama dan najis, janganlah tidak disedari, usahkan diikutkan. Allah mencipta kita untuk menyembahNya; maka, sedarlah bahawa menyembah Allah adalah penting, sangatlah penting, termasuklah berbanding menutup aurat dan mempertuhankan Allah dan melakukan solat. Dan fahamilah bahawa menyembah selain Allah adalah bercanggahan, tersangatlah bercanggahan dengan menyembah Allah. Kalau menyembah Allah adalah suatu kewajaran, maka menyembah selain Allah adalah suatu kezaliman ataupun sesuatu yang melampau. Dan kalau menyembah Allah adalah sesuatu yang mulia atau baik, maka menyembah selain Allah adalah sesuatu yang hina atau jahat. Jujurlah. Munasabahlah. Sesungguhnya, menyembah Allah, hanya Allah, adalah mentauhidkan Allah, yakni bersetia kepada Allah, tetapi menyembah selain Allah adalah shirik, yakni shirik terhadap Allah atau menshirikkan Allah. Sesungguhnya, al Quran, bukan Hadis, adalah sumber Islam. Wallahi, Hadis bukanlah pelengkap al Quran, juga bukanlah kata-kata Nabi Muhammad.
    Bohong atau tidak benar adalah bahawa masuk Islam adalah dengan mengucap kalimah syahadah. Dan sedarlah bahawa mempertuankan selain Allah, apatah lagi memperajakan selain Allah, adalah menyembah selain Allah. Hakikatnya, erti menyembah adalah menghambakan diri; oleh itu, kalau tidak menghambakan diri kepada Allah, maka tidaklah menyembah Allah. Hakikatnya, kalau ada hamba, maka adalah tuan; oleh itu, menghambakan diri bermakna mempertuankan. Dan menghambakan diri bermakna mempertuankan; oleh itu, kalau tidak mempertuankan Allah, maka tidaklah menghambakan diri kepada Allah, maka tidaklah menyembah Allah. Hakikatnya, raja adalah tuan, semestinya adalah tuan ke atas yang dikuasainya; oleh itu, memperajakan adalah mempertuankan. Hakikatnya, perkataan “abdi” adalah berasal dari bahasa Arab yang ertinya adalah hamba; dengan lain perkataan, abdi dan hamba adalah sama ertinya, oleh itu, mengabdikan diri samalah dengan menghambakan diri. Dan hakikatnya, beribadat adalah sama ertinya dengan menyembah. Bayangkanlah. Fikir-fikirkanlah dengan jujur serta dengan rasional. Dan fahamilah sepenuhnya. Sedar dan ingatlah, bahawa yang mempertuankan selain Allah, apatah lagi yang memperajakan selain Allah, adalah yang menyembah selain Allah. Sesungguhnya, yang mempertuankan selain Allah, apatah lagi yang memperajakan selain Allah, adalah sesat, sangat sesat, bahkan adalah kafir, biadab, serta adalah mushrik, najis, walaupun menutup aurat dan melakukan solat serta menyayangi Rasulullah. Dan Allah tidaklah meletakkan SyurgaNya di bawah telapak kaki rasulNya, maka takkanlah Syurga berada di bawah telapak kaki makhlukNya yang lain. Sedar dan ingatlah, bahawa tidaklah bijak dan berjaya, juga tidaklah untung, serta tidaklah selamat, kalau mati sebagai seorang yang memperajakan ataupun mempertuankan selain Allah, apatah lagi kalau mati sebagai seorang yang sebenarnya sombong terhadap Allah. Dan sia-sia, atau bahkan membawa ke Neraka adalah solat dan amal ibadat lain, kalau Allah sebenarnya tidak disembah, apatah lagi kalau selain Allah adalah yang sebenarnya disembah.
    Menyembah, begitu juga perhambaan, adalah mengenai ketuanan, bukan ketuhanan. Kita berhak merdeka, yakni tidak diperhambakan oleh selain Allah. Dan yang tidak betul mengenai bagaimana untuk masuk Islam, begitu juga yang salah mengenai erti sembah dan tuhan dan Muslim dan kemerdekaan, amatlah tidak patut dikatakan ulama ataupun alim Islam, bahkan tidaklah sepatutnya dikatakan orang Islam sebenar. Sesungguhnya, Muslim atau orang Islam sebenar adalah yang menyembah Allah, hanya Allah, bukan yang mempertuankan selain Allah, usahkan yang memperajakan selain Allah. Dan sesungguhnya, Muslim atau orang Islam sebenar adalah yang menyerah diri kepada Allah, tidak sombong, usahkan derhaka, usahkan shirik terhadap Allah. Masuk Islam bukanlah dengan cakap, tetapi dengan sikap. Sedarlah, bahawa mengucap kalimah syahadah bukanlah bagaimana untuk masuk Islam, tetapi mengucap kalimah syahadah adalah bagaimana untuk menjadi Muslim palsu ataupun orang Islam konon. Dan sedarlah bahawa masuk Islam bukanlah dengan marwah dan keyakinan, tetapi dengan akal dan pengetahuan. Sila fahami ayat 1 hingga 3 di surah Kafirun, serta hakikat bahawa erti Muslim adalah yang aslam, yakni menyerah diri kepada Allah. “Wahai kafir, aku tidak sembah apa yang engkau sembah, dan tidaklah engkau sembah apa yang aku sembah” adalah antara mesej di dalam surah Kafirun. Soalnya, siapakah yang si “aku” sembah, tetapi siapakah yang si “kafir” sembah? Sedarlah, bahawa yang tidak menyembah Allah bukanlah orang Islam, dan bahawa yang menyembah selain Allah adalah kafir. Dan sedarlah juga bahawa yang membezakan orang Islam dari kafir adalah sembahan, bukan solat. Hayatilah, “oh Allah, tuanku, rajaku, tuhanku, kepadaMu aku menyerah diri; salam, oh Allah, salam”. Ingat-ingatlah mati. Dan takutlah kepada Allah yang kepadaNya kita dikembalikan. 

Sunday, January 18, 2015

Pendekatan Dalam Cinta Dan Kehidupan

Aku bukan pengorat, maka janganlah minta diorat, atau carilah lelaki lain.Tidak semua manusia adalah seperti ayam atau itik. Ada manusia yang seperti singa atau kuda. Apapun, berdosakah kalau engkau memberi salam dan bertanya khabar, serta mesra kepada seseorang yang engkau sebenarnya suka? Janganlah tak tahu apa yang engkau rasa, usahkan tak pandai menilai. Dan janganlah sempit pemikiran gara-gara keangkuhan ataupun marwah. Berterus-terang dan jujur memudahkan. Berahsia, lebih-lebih lagi berdusta, boleh menggagalkan atau merosakkan hubungan, selain boleh melukakan atau menyakitkan hati. Dan marwah, juga malu, tidaklah patut dipentingkan berbanding kejujuran, apatah lagi berbanding keadilan dan kewajaran. Fahaman yang salah mengenai perigi dan timba, lebih-lebih lagi ajaran sesat syahadah, janganlah tidak disedari, usahkan dipercaya, usahkan diikutkan. Dan Syurga bukanlah untuk pelampau dan pendusta. Jadilah orang akal dan kewajaran, bukan orang marwah dan kebendaan. Dan jadilah orang Islam sebenar, bukan orang adat, usahkan orang perhambaan dan shirik.

Saturday, January 10, 2015

Bomoh Temberang Dan Bahaya Ulama Dan Ustaz

Bomoh temberang? Tidakkah ulama dan ustaz yang sebenarnya pro-perhambaan adalah lebih merugikan serta merosakkan? Tidakkah ulama dan ustaz yang bercanggah dengan al Quran, atau dengan keadilan atau hakikat, adalah lebih berbahaya? Ingatlah Allah dan mati. Awas, ulama dan ustaz temberang! Awas, ulama dan ustaz yang sebenarnya bercanggahan dengan ajaran Allah! Awas, ulama dan ustaz yang sepatutnya atau lebih patut dianggap sebagai barua murahan syaitan! Siapakah ulama atau alim betul? Adakah yang mengajar bahawa anjing atau babi atau dadah adalah najis, sedangkan Allah mengajar bahawa mushrik adalah najis? Adakah yang mengajar bahawa masuk Islam adalah dengan mengucap kalimah syahadah, sedangkan berlandaskan surah Kafirun, yang menyembah selain Allah adalah kafir, dan yang tidak menyembah Allah bukanlah orang Islam, dan sedangkan erti Muslim adalah yang aslam? Taat-setialah kepada Allah. Janganlah terpedaya oleh ulama. Ingatlah, berimamkan ulama tidaklah membawa ke Syurga, berbanding berimamkan al Quran. Dan pengertian yang salah janganlah tidak disedari. Allah adalah satu-satunya pengarang al Quran. Allah adalah satu-satunya pencipta Islam. Dan Allah adalah penguasa mutlak Syurga dan Neraka.
    Berpeganglah kepada ajaran Allah, kalau ingin menjadi orang Islam yang sebenar, apatah lagi kalau ingin masuk Syurga. Berpeganglah kepada ajaran Allah, terutamanya mengenai sembah dan aslam dan kafir dan najis dan akal dan ulama dan hadis dan sunnah. Dan sedarlah bahawa Allah, pencipta kita, adalah yang berhak sebagai tuan kita, raja kita, tuhan kita. Allah, hanya Allah, adalah yang berhak sebagai tuan kita. Dan yang tidak berhak sebagai tuan kita tidaklah berhak sebagai raja kita. Jujurlah. Merdeka. Kita berhak merdeka, yakni tidak diperhambakan oleh selain Allah. Sedarlah bahawa al Quran adalah pro-kemerdekaan, tetapi Hadis adalah pro-perhambaan. Pendek kata, al Quran, kitab wahyu, kalamullah, adalah sumber Islam dan kewajaran, juga sumber kebenaran, tetapi Hadis adalah sumber bidaah dan kesesatan, juga sumber kezaliman dan kebodohan. Kaji-selidik atau tadaburlah al Quran. Dan ikutlah wahyu. Janganlah tersalah guru, usahkan tersalah kitab. Dan janganlah takut atau tidak mahu untuk berfikir, usahkan sombong atau mabuk kemarwahan. Masuk Islam bukanlah dengan mengucap dua kalimah syahadah atau apapun cakap, tetapi dengan dua sikap, iaitu menyembah Allah, hanya Allah, dan aslam, yakni menyerah diri, kepada Allah. Hayatilah, “oh Allah, tuanku, rajaku, tuhanku, kepadaMu aku menyerah diri; salam, oh Allah, salam.” Kawallah marwah. Jujurlah. Dan wajarlah.

Thursday, December 25, 2014

Alim Dan Ulama Dan Pewaris Nabi: Awas, Jangan Terpedaya

Alim apa?! Alim konon? Alim gelaran? Alim palsu, tipu? Siapakah alim betul, yakni yang betul tahu, tidak tersalah sangka dan tidak tersalah percaya mengenai sembah dan masuk Islam, atau mengenai erti tuhan dan Muslim dan najis? Sila buktikan. Boleh? Sedarlah bahawa alim bukanlah bermakna yang tahu segalanya, ataupun yang betul mengenai segalanya. Sedarlah bahawa alim bukanlah bermakna yang soleh ataupun solehah, bahkan bukanlah bermakna yang mendapat hidayah Allah. Dan ingatlah bahawa alim bukanlah bermakna yang menyembah Allah serta setia kepada Allah, Dia, rob-binnas, malikin-nas, ila-hinnas, yakni tuan manusia, raja manusia, tuhan manusia. “Rob” bukanlah “ilah” atau tuhan atau “god”, tetapi “rob” adalah tuan, juga adalah “lord”. Dan takkanlah Allah bukan tuan ke atas hambaNya, sedangkan kalau ada hamba, maka adalah tuan, apatah lagi sedangkan Allah adalah yang paling berkuasa. Mushrik adalah najis, menurut ajaran Allah, iaitu ayat 28 surah Taubah; maka, apakah pengertian najis yang sebenar, dan bagaimanakah cara mensucikan mushrik, iaitu bukan anjing, juga bukan babi? Sila fahami surah Kafirun, serta erti Muslim, lalu sedarlah bahawa masuk Islam, yakni menjadi orang Islam, bukanlah dengan mengucap kalimah syahadah, tetapi dengan menyembah Allah, hanya Allah, serta dengan aslam, yakni menyerah diri, kepada Allah. Dan mengenai tuhan dan Allah dan Islam: Tidakkah Iblis lebih alim, yakni lebih berilmu, yakni lebih tahu, betul tahu, berbanding siapapun manusia?
    Kaji-selidik atau tadaburlah al Quran dengan jujur serta dengan rasional. Dan perbaikilah sikap dan kepercayaan, serta keinginan. Terjemahan yang betul, apatah lagi pengertian atau alasan yang lebih munasabah, janganlah ditolak. Dan betapa perlu adalah akal serta kejujuran, atau juga keadilan serta kebaikan hati, untuk mendapat kefahaman sebenar dan kesedaran, apatah lagi untuk mendapat hidayah Allah, apatah lagi untuk mendapat penghormatan Allah dan tempat di SyurgaNya. Berpeganglah kepada ajaran Allah, terutamanya mengenai sembah dan aslam dan kafir dan najis dan akal dan ulama dan hadis dan sunnah. Janganlah tersalah guru, usahkan takut atau tidak mahu untuk berfikir. Dan al Quran, kalamullah, adalah sumber Islam dan kewajaran, juga sumber kebenaran. Sedarlah bahawa mempertuankan, apatah lagi memperajakan, adalah menyembah. Dan walau apapun, yang menyembah selain Allah adalah kafir, juga mushrik. Sedarlah, Hadis adalah sumber bidaah dan kesesatan, juga sumber kezaliman dan kebodohan yang bertopengkan Islam. Dan sedarlah bahawa ulama bukanlah bermakna yang jujur serta tidak salah, usahkan bermakna yang wajar serta tidak sesat, walau seramai manapun penyokong dan pengikut mereka. Bukan ulama, tetapi yang betul menyembah Allah dan anti-perhambaan serta taat-setia kepada Allah adalah yang patut dikatakan pewaris Nabi. Dan syaitan, atau barua syaitan yang bergelar ulama atau imam atau guru atau ustaz: Allah cukup tahu, serta lebih alim. Allah adalah pencipta kita; dan hanya Allah berhak sebagai tuan kita, raja kita, tuhan kita: Sedarlah, dan akur serta hayatilah. Dan ingatlah Allah dan mati.

Tuesday, November 4, 2014

Selamat Tinggal Sang Bunga @ Masih Mencari

Allah betul tahu. Dan Allah lebih tahu. Apapun, lebih baik adalah kalau aku menyangka bahawa aku bukanlah yang dia cinta, usahkan inginkan. Dan lebih baik, atau bahkan memang sepatutnya aku menyangka bahawa dia sudah ada teman lelaki istimewa, iaitu bukan aku. Maka, selamat tinggal, Ain. Dan terimakasih Allah. Kehidupan, apatah lagi usaha menyampaikan kebenaran, sepatutnya diteruskan. Salam. Sakinah hati, ataupun pasangan jiwa: di manakah dia? Adakah untukku di Dunia ini seorang yang suci, atau bahkan mulia? Dan adakah seorang dara untuk menjadi yang pertama buatku? Allah tahu. Dan Allah pun ada kehendak. Percayalah, bahawa main jual mahal, apatah lagi membohong dan tidak berterus-terang, bukanlah cara untuk mendapatkan aku, tetapi ia adalah cara untuk menyebabkan aku melangkah pergi ataupun mendiamkan diri. Dan wahai perempuan, kalau engkau mementingkan kebendaan du
niawi ataupun marwah, berbanding kewajaran, ataupun berbanding kejujuran, lebih-lebih lagi kalau engkau memperajakan ataupun mempertuankan selain Allah, maka sedarlah bahawa aku, ataupun semogalah aku, bukanlah yang sesuai untukmu, walaupun engkau nampak cantik dan menutup aurat, serta mempertuhankan hanya Allah, dan apa-apa lagi.

Tuesday, October 14, 2014

God, And To Become A True Muslim

Muslim simply means one who “aslim” or surrenders to Allah. And according to surah Kafirun, a (true) Muslim is someone who worships Allah, only Allah. So, entering Islam is NOT by saying the “Syahadah”. Be aware. And do realize that accepting as king or as lord is worshiping. “God” means sovereign ruler. And do realize that only a sovereign ruler is or can be the most powerful being; in other words, only a sovereign ruler is or can be the supreme being. But who is a sovereign ruler, truly a sovereign ruler, uncontrolled by anyone? No one is a sovereign ruler, except Allah. Only Allah is a sovereign ruler, and because “god” means sovereign ruler, therefore, only Allah is a god. So? Not a god except Allah. Anyone other than Allah is really not a god. And only Allah is a sovereign ruler; so, only Allah is the supreme being. If you want to be in Islam, that is, if you want to become a (true) Muslim, then put to practise the following: “Oh Allah, my lord, my king, my god, to you I surrender; salaam, oh Allah, salaam”. Like it or not, Allah is our creator. And like it or not, Allah still rules, as lord, and as king, and as god. Regardless of our preferences, Allah owns us. Regardless of our preferences, Allah is our lord, our king, our god. And to Allah we are returned. Be righteous.

Thursday, September 25, 2014

Di Kesamaran Cinta, Dan Hal Yang Lebih Penting

Apa nak buat? Keberatan untuk meninggalkan, tetapi keberatan juga untuk menerima. Dan ketidak-pastian itu menyukarkan. Ain, siapakah di hatimu? Adakah engkau sedang menantiku, walaupun di hatimu ada benci ataupun kemarahan terhadapku? Adakah engkau sedang mencintai aku, walaupun engkau sedang sakit hati ataupun tertekan? Wahai Ain, andai aku engkau cinta ataupun suka, maka hampirilah aku dengan kata-kata dan kemesraan. Berterus-terang dan jujur memudahkan urusan. Hmm, sekali lagi aku di dalam teka-teki. Dan cinta terhadap Rubi masih tidak hilang-hilang. Apapun, siapakah yang engkau sembah, yakni kepada siapakah engkau menghambakan diri, yakni siapakah yang engkau pertuankan atau bahkan perajakan? Melakukan solat bukanlah bermakna menyembah Allah, usahkan bermakna mentauhidkan Allah. Fahamilah, bukanlah sembahyang kalau tidak menyembah. Bukanlah menyembah Allah kalau tidak menghambakan diri kepada Allah. Dan ingat, bukanlah menghambakan diri kepada Allah kalau tidak mempertuankan Allah. Sembahlah Allah, hanya Allah, yakni pertuankan Allah, hanya Allah, dan perajakanlah Allah, hanya Allah. Dan aslam ataupun menyerahlah kepada Allah. Aku dan cinta. Dan hakikat. Hmm. Allah lebih tahu apa yang telah berlaku. Allah lebih tahu apa yang telah aku nampak. Dan Allah pun ada rancangan dan kehendak. Maka? Apa nak buat? 

Monday, August 25, 2014

Merdeka Dan Sembah, Dan Keuntungan Abadi

Siapa kita? Kita adalah ciptaan. Dan Allah adalah pencipta kita. Untuk menyembahNya, yakni menghambakan diri kepadaNya: itulah tujuan Allah mencipta jin dan manusia. Si pencipta berhak, sepatutnya berhak untuk berada di atas ciptaannya. Dan Allah berhak, sepatutnya berhak untuk berada di atas setiap ciptaanNya, bukan saja sebagai tuan, tetapi juga sebagai raja. Kita tidaklah dicipta oleh Allah untuk diperhambakan oleh selain Allah. Merdeka. Kita berhak merdeka, yakni tidak diperhambakan oleh selain Allah. Dan sedarlah, juga ingatlah, bahawa menyembah selain Allah, yakni memperajakan ataupun mempertuankan selain Allah, adalah bercanggahan, tersangatlah bercanggahan dengan menyembah Allah. Ciptaan tidaklah patut dipertuankan. Hamba amatlah tidak patut diperajakan. Dan untung ataupun selamatkah engkau kalau engkau mati sebagai seorang yang memperajakan ataupun mempertuankan selain Allah? Wallahi, yang menyembah selain Allah, yakni yang memperajakan ataupun mempertuankan selain Allah, adalah melampau dan sangatlah biadab, juga sesat, sangatlah sesat, serta adalah kafir, walaupun mempertuhankan hanya Allah dan melakukan solat dan apa-apa lagi. Dan Islam bukanlah yang terbaik, usahkan sempurna berbanding agama ataupun sistem politik yang lain, kalau ia tidaklah bercanggahan dengan perhambaan, dan dengan pemaksaan dalam agama, dan dengan perkauman, terutamanya, dan dengan kezaliman dan kebodohan dan kepalsuan, amnya. Subhanallah. Alhamdulillah. Wahai kafir yang mengaku orang Islam, hanya Allah adalah yang patut dipertuankan, dan hanya Allah adalah yang patut diperajakan.
    Fahamilah surah Kafirun. Fahamilah tujuan Allah mencipta kita. Dan fahamilah erti sembah dan Muslim dan Islam dan tuhan. Kalau ada hamba, maka adalah tuan; oleh itu, menghambakan diri bermakna mempertuankan. Sedarlah, kalau engkau tidak mempertuankan Allah, maka tidaklah engkau menghambakan diri kepada Allah, maka tidaklah engkau menyembah Allah. Dan erti Muslim, yakni orang Islam, adalah yang aslam, bukan yang bersalam. Apakah yang lebih wajar berbanding menyembah hanya Allah dan menyerah diri kepada Allah? Siapakah yang lebih berkuasa berbanding pemerintah yang tidak dikuasai? Dan tidakkah hanya Allah adalah pemerintah yang tidak dikuasai oleh siapapun? Menyembah Allah, hanya Allah, adalah mentauhidkan Allah, yakni bersetia kepada Allah. Dan menyembah selain Allah adalah shirik, tidak setia kepada Allah. Lawan kepada shirik adalah tauhid. Dan lawan kepada perhambaan adalah kemerdekaan. Perhambaan bukanlah di mana Allah adalah raja ataupun tuan, tetapi perhambaan adalah di mana selain Allah adalah raja ataupun tuan. Dan shirik bukanlah di mana Allah adalah yang disembah, tetapi shirik adalah di mana selain Allah adalah yang disembah. “Oh Allah, tuanku, rajaku, tuhanku, kepadaMu aku menyerah diri; salam, oh Allah, salam.” Begitulah sikap dan ciri utama orang Islam sebenar; dan begitulah cara ataupun bagaimana untuk masuk Islam; dan sedarlah, begitulah cara ataupun bagaimana untuk mempunyai hubungan yang baik dengan Allah, Dia, penguasa mutlak Syurga dan Neraka, Dia yang paling berkuasa serta paling mulia berbanding semua. Kepada ulama dan sesiapa saja yang mengajar bahawa masuk Islam adalah dengan mengucap kalimah syahadah, ataupun bahawa “rob” adalah tuhan, ataupun bahawa solat adalah sembahyang; dan kepada ulama dan imam yang tidak percaya bahawa Allah adalah tuan setiap manusia, juga raja setiap manusia, serta tuhan setiap manusia: Sanggupkah engkau untuk mubahalah kepada Allah menentang aku, atau adakah engkau lebih sanggup makan taik babi sambil yakin betul? Janganlah membohong ataupun tidak jujur, usahkan zalim ataupun melampau. Dan betapa Hadis patut dianggap sebagai sumber bidaah dan kesesatan, juga sumber kezaliman dam kebodohan yang bertopengkan Islam. Janganlah tersalah kitab ataupun guru. Dan berakallah, atau janganlah bagaikan binatang ternakan, usahkan gila marwah.
    Sedarlah, bahawa yang bercanggah dengan keadilan ataupun kebenaran, lebih-lebih lagi yang bercanggah dengan ajaran Allah, adalah yang patut ataupun lebih patut dikatakan pelampau ataupun pendusta ataupun makhluk perosak ataupun biadab ataupun sesat ataupun bangang. Dan sedarlah, juga ingatlah, bahawa berguru bukanlah bermakna tidak sesat, usahkan bermakna mendapat hidayah Allah, usahkan bermakna menjadi soleh ataupun solehah. Fahamilah, bahawa yang penting bukanlah berguru, tetapi mendapat kesedaran ataupun ilmu. Sedarlah, bahawa yang mendapat hidayah Allah, apatah lagi yang soleh ataupun solehah, adalah yang menyembah Allah, hanya Allah, bukan yang tidak menyembah sesiapa, usahkan yang menyembah selain Allah. Dan celakalah ulama dan sesiapa saja yang sebenarnya pro-perhambaan, tetapi moga dirahmati ataupun dilindungi sesiapa saja yang pro-kemerdekaan. Merdeka. Kita berhak merdeka. Hanya Allah adalah yang berhak untuk memperhambakan. Kita berhak merdeka. Ketuanan adalah hak asasi Allah. Allah adalah tuan kita. Allah adalah raja kita. Merdeka. Kita berhak merdeka. Hanya Allah adalah yang patut disembah. Dan Allah, hanya Allah, adalah pemerintah yang tidak dikuasai, sesungguhnya tidak dikuasai oleh siapapun. Bagaimana untuk masuk Islam dan apa-apa lagi mengenai Islam adalah bergantung kepada Allah, Dia, satu-satunya pencipta Islam, Dia, satu-satunya pengarang al Quran, Dia, satu-satunya yang wajar disanjung-agungkan. Dan Allah, hanya Allah, adalah yang berhak untuk berada di atas Islam. Sembahlah Allah; janganlah sekadar mempertuhankan Allah. Sembahlah Allah, hanya Allah, yakni pertuankanlah Allah, hanya Allah, dan perajakanlah Allah, hanya Allah. Dan aslam ataupun menyerahlah kepada Allah. Janganlah sombong, usahkan derhaka, usahkan shirik terhadap Allah. Redho atau percaya atau tidak, Allah adalah dan tetaplah tuan kita, raja kita, tuhan kita. Dan redho atau percaya atau tidak, kepada Allah kita dikembalikan. Allahu akbar.

Wednesday, July 16, 2014

About God And Allah (ul-law-h) And Jesus


The word “ilah” in Arabic is “god” in English, and is “tuhan” in Malay (Bahasa Melayu) and in Bahasa Indonesia. “Allah” is a personal name, unlike “God”, and unlike “Lord”. And the word “god” means sovereign ruler, that is, a ruler who is not controlled by anyone. If “god” means sovereign ruler, then who is a god, truly a god, not a false god? Like it or not, Jesus Christ was born in the Middle East, not Europe, and not elsewhere, and he did not speak English, but “god” is an English word; so, is it perfectly rational to believe that Jesus Christ used the word “god” or preached to worship God, not Allah? Rationally, whom Jesus Christ would claim to be a god, a true god, and whom Jesus Christ and his pious mother would claim to be their Lord and their King? And please also realize that “rob-binnas, malikin-nas, ila-hinnas” in Arabic is “lord of humans, king of humans, god of humans” in English, and is “tuan manusia, raja manusia, tuhan manusia” in Malay. Now, if “Christian” actually means follower of Jesus Christ, then Jesus Christ is really not a Christian because Jesus Christ is not a follower of Jesus Christ. Correct? Imagine. And feel.
    So, what is the religion of Jesus Christ? Is it not Islam? Is it not possibly Islam? Honestly, who is your lord; and who is your king; and who is your god? What could be the answers from Jesus Christ (aka Isa al-Masih)? What could be the answers from his mother, the pious Virgin? And what are the answers from you, or from someone who claims to be a Christian, a true Christian, not a fake? Truly, whom did Mary worship during her pregnancy? Is it a being whose name is “Jesus”, or is it a being whose name is “God”, or is it a being whose name is “Allah”? And truly, by what name did Mary (aka Maryam) call her son? Is it “Jesus”, or is it “Isa”? Truly, humans are not equal in righteousness. And humans are not even equal in honesty. So, do be mind-full. Truthfully, “God” and “Lord” are not personal names. Any personal name should not be translated, nor Westernized, nor Easternized, or else it could cause or lead to stupid disagreements, or confusion, or even disgrace, eternal disgrace. Beware. And for absolutely true information about Islam, look into the Quran, but for false or misleading information, look into the Hadith. Verily, true Christians are Muslims, if Isa al-Masih is a Muslim, as true followers of Muhammad are Muslims, if Muhammad is a Muslim. But remember, a Muslim, true Muslim, accepts only Allah as personal lord, also as personal king. Hmm, fake Christians, and fake Muslims. Allah knows. Like it or not, we are created by Allah, the life giver, the only true god. And to Allah we should be loyal and “aslam”.