Thursday, October 18, 2018

Rasulullah Dan "Syahadah Munafiq" Dan Hadis "Sahih"

Siapakah Rasulullah yang pertama masuk Islam atau menjadi Muslim dengan mengucap "kalimah Syahadah"? Nabi Adam? Nabi Ibrahim? Jesus Christ, iaitu Nabi Isa? Nabi Muhammad? Jawapan: Tiada.
•••••
Siapakah saksi atau yang menyaksikan bahawa Nabi Muhammad adalah Rasulullah? Jawapan: Allah, bukan siapa pun manusia. Sesungguhnya, bidaah dan bohong adalah bahawa masuk Islam atau menjadi Muslim adalah dengan mengucap "kalimah Syahadah". Dan mengenai "Syahadah Munafiq", sila fahami ayat pertama di surah Munafiqun.
•••••
Ingat, "ash-hadu" ialah "aku menyaksikan". Dan fahamilah, benar adalah bahawa "laa-ilaha-illallah", tetapi "ash-hadu al-laa-ilaha-illallah" adalah suatu pembohongan. Adakah engkau menyaksikan bahawa "laa-ilaha-illallah" ataupun bahawa Muhammad adalah Rasulullah? Kalau tidak, maka? Ringkas kata, kalau engkau ingin mentauhidkan Allah, atau bersetia kepada Allah, serta menjadi Muslim sebenar, maka amalkanlah, "oh Allah, penciptaku, tuhanku, hanya Engkaulah tuanku, rajaku, dan kepadaMu aku menyerah diri; salaam, oh Allah, salaam".
•••••
Yang ramai adalah pengikut "ajaran sesat Syahadah", bukan pengikut Nabi Muhammad. Mentauhidkan Allah bukanlah dengan mengucap "laa-ilaha-illallah", tetapi dengan menyembah hanya Allah. Dan pengarang Hadis "sahih" bukanlah Nabi Muhammad, maka Hadis "sahih" bukanlah kata-kata Nabi Muhammad.

Thursday, October 4, 2018

Shirik (Syirik), Dan Bukanlah "Kalimah Tauhid"

"Ilmu sembah" dan "ilmu masuk Islam" adalah 2 ilmu terpenting. Apakah "sembah" di dalam bahasa Arab dan English? Bagaimana pula dengan "hamba" dan "tuan" dan "raja" dan "tuhan"? Awas, terjemahan atau pengertian yang salah adalah menyesatkan atau memesongkan. Jangan tersalah kitab ataupun guru. Dan janganlah takut untuk memikirkan.
       Sesungguhnya, menyembah ialah menghambakan diri. Dan kalau ada hamba ataupun abdi, maka adalah tuan. Maka? Sesungguhnya, menyembah selain Allah adalah shirik. Dan mempertuankan, apatah lagi memperajakan, adalah menyembah. Maka? Ingat, mempertuhankan bukanlah menyembah. Mushrik ialah yang shirik terhadap Allah. Dan yang shirik terhadap Allah adalah yang menyembah selain Allah, iaitu yang menghambakan diri kepada selain Allah, iaitu yang mempertuankan selain Allah, lebih-lebih lagi yang memperajakan selain Allah.
       Jangan tertipu, usahkan sombong: Sebenarnya, abdi adalah sama ertinya dengan hamba. Sebenarnya, menyembah dan menghambakan diri dan beribadat dan mengabdikan diri adalah sama ertinya. Dan Allah adalah "rob-binnas, malikin-nas, ila-hinnas", yakni "tuan manusia, raja manusia, tuhan manusia". Di dalam bahasa Arab, "sembah", juga "hamba", adalah "ain-ba-dal" atau mengandungi "ain-ba-dal". "Penyembahan" adalah "ibadat(h)". Dan "raja" adalah "malik". Di dalam bahasa Arab, "tuhan" adalah "ilah", bukan "rob" (rabb). Dan takkanlah Allah tidak berhak sebagai tuan ke atas hambaNya ataupun ke atas ciptaanNya, sedangkan Dia adalah yang lebih berkuasa.
       Sedarlah, tidaklah engkau menyembah Allah kalau engkau tidak menghambakan diri kepada Allah. Dan tidaklah engkau menghambakan diri kepada Allah kalau engkau tidak mempertuankan Allah. Hakikatnya, lawan kepada tauhid adalah shirik, dan menyembah selain Allah adalah shirik, yakni shirik terhadap Allah: Maka? Sedarlah, kalimah "laa-ilaha-illallah bukanlah "kalimah tauhid", juga bukanlah untuk mentauhidkan Allah. Dan "kalimah Syahadah" bukanlah untuk masuk Islam, tetapi untuk menjadi Munafiq. Kalau engkau ingin mentauhidkan Allah serta menjadi Muslim sebenar, maka amalkan, "oh Allah, penciptaku, tuhanku, hanya Engkaulah tuanku, rajaku, dan kepadaMu aku menyerah diri; salaam, oh Allah, salaam".
       Sedarlah, semestinya Muslim adalah menyembah Allah, hanya Allah, dan menyerah diri kepada Allah. Suka atau tidak, apakah hukum menghambakan diri kepada selain Allah, lalu mempertuankan atau bahkan memperajakan selain Allah: Tidakkah bodoh, dan tidakkah shirik? Dan siapakah yang bangga atau suka, kalau selain Allah adalah yang engkau perajakan ataupun pertuankan: Adakah Allah dan rasulNya, atau adakah Iblis dan syaitan? Insaflah.

Friday, September 7, 2018

Hukum "Syarak" Dan Muslim Sebenar

Betapa ramai yang tidak mempercayai ajaran Allah mengenai najis. Betapa ramai adalah Kafir atau pelampau yang mengaku Muslim. Dan betapa ramai yang sedang sesat akibat pengertian yang salah mengenai Hadis "sahih" dan sunnah. Sebat atau rejam: Apakah ajaran Allah, Dia, pengarang al Quran, Dia, "rob-binnas, malikin-nas, ila-hinnas"? Apakah pula ajaran Allah mengenai najis atau hadis atau sunnah ataupun syahadah?
       Ajaran Allah dan hakikat: Ketahuilah, dan jadikanlah pegangan. Allah adalah pencipta Islam, satu-satunya pencipta Islam, maka? Sedarlah, kalau ia bukan hukum Allah, maka ia bukanlah hukum Islam. Tidak ada mazhab di dalam Islam. Dan jadilah Muslim, iaitu bukan pengikut apa pun mazhab. Al Quran, bukan Hadis "sahih", adalah panduan kepada Nabi Muhammad dan Muttaqin serta Muslim sebenar yang lain. Dan sebenar ajaran Nabi Muhammad mengenai sebat atau najis atau apa pun adalah sepertimana yang dinyatakan di dalam al Quran.
       Kalau ingin tahu sebenar ajaran Allah ataupun ajaran Nabi Muhammad, begitu juga kalau ingin tahu mengenai apa yang patut dibuat atau dipercaya atau dipenting-beratkan, maka ketahuilah ajaran yang terkandung di dalam al Quran. Pendek kata, al Quran adalah sumber Islam dan kewajaran, tetapi Hadis "sahih" adalah sumber bidaah dan kesesatan. Awas, terjemahan atau pengertian yang salah janganlah tidak disedari, usahkan diterima-pakai. Sedarlah, yang penting bukanlah "betul sebut", tetapi "betul faham" dan "betul percaya". Dan Nabi Muhammad, begitu juga Muslim sebenar yang lain, bukanlah yang percaya bahawa masuk Islam adalah dengan mengucap "kalimah Syahadah".
       Fahami atau sedarlah bahawa kita adalah ciptaan serta hamba kepunyaan Allah. Benar, Allah adalah tuan kita, raja kita, tuhan kita. Dan suka atau tidak, kita wajib taat dan setia kepada Allah. Sesungguhnya, Rasulullah, begitu juga Muslim sebenar yang lain, adalah yang menyembah hanya Allah, iaitu menghambakan diri hanya kepada Allah, tidak mempertuankan selain Allah, usahkan memperajakan selain Allah. Ingatlah, yang penting atau lebih penting adalah penilaian Allah. Dan mati, ingatlah mati.
•••••
Ulama Dan Bukti, Dan Erti Islam
https://goo.gl/UpQzHH
•••••
Erti "Amal Ibadat" Dan "Rob", Dan Mengenai Menyembah Hanya Allah
https://goo.gl/pezs6w
•••••
Kafir, Menurut Al Quran
https://goo.gl/8oW1ZD

Thursday, September 6, 2018

Al Quran Dan Hadis: Kata-Kata Siapakah?

Penulis bukan bermakna pengarang. Apapun, kenapakah al Quran bukanlah kata-kata Rasulullah, atau tidak patut dianggap sebagai kata-kata Rasulullah? Jawapan: Sebab pengarangnya bukanlah Rasulullah. Fahamilah. Luruslah. Sesungguhnya, al Quran bukanlah kata-kata Rasulullah sebab pengarangnya bukanlah Rasulullah. Bagaimana pula dengan Hadis "sahih" atau "Hadis Rasulullah": Siapakah pengarangnya?
       Penulis berbanding pengarang: Fahamilah bahawa yang berkata-kata adalah si pengarang. Hadis "sahih" ataupun "Hadis Rasulullah" bukanlah kata-kata Rasulullah sebab pengarangnya bukanlah Rasulullah. Dan setepatnya, Hadis "sahih" bukanlah kata-kata Rasulullah, oleh itu, menolak ataupun mencanggah Hadis "sahih" bukanlah bermakna mendustakan Rasulullah. Faham? Ada akal, sila fikir. Dan janganlah tertipu, usahkan menipu ataupun berdolak-dalih. Engkau tidak faham? Sila fikir, apakah yang engkau belum tahu, atau sedang salah-percaya, lalu engkau tidak dapat untuk memahami atau menyedari?
       Hmm, apakah antara fitnah atau bohong atau "karut" akibat kepercayaan atau ajaran yang salah mengenai erti Hadis "sahih" atau sunnah ataupun syahadah? Awas, terjemahan atau pengertian yang salah adalah menyesatkan atau memesongkan. Dan perlu atau sangatlah penting adalah akal serta kejujuran, atau juga keadilan serta kebaikan hati, untuk mendapat kefahaman sebenar dan kesedaran, apatah lagi untuk mendapat penghormatan Allah dan suatu tempat di SyurgaNya.
•••••
9 Ajaran Sesat Atau Bohong Yang Paling Bahaya
- https://bit.ly/371oNdv
•••••
Ilmu Masuk Islam Dan Sembah @
Bagaimana Untuk Menjadi Muslim Sebenar
- https://bit.ly/2UkNtaN

Monday, September 3, 2018

Antara Ulama Dan Hadis "Sahih" Dan Islam

Apakah ajaran ulama atau ustaz mengenai najis, tetapi apakah ajaran Allah mengenai najis? Bagaimana pula dengan ajaran mengenai syahadah atau hadis ataupun sunnah? Dan apakah hukum menolak ajaran Allah yang terkandung di dalam al Quran? Hmm, betapa yang menyesatkan bukanlah Yahudi, tetapi ulama dan ustaz yang disangkakan Muslim.
       Awas, ulama Hadis janganlah disamakan dengan ulama Islam. Hadis "sahih" janganlah disamakan dengan kata-kata Rasulullah. Dan mereka yang tidak betul mengenai erti sembah dan tuhan dan Muslim dan Islam sangatlah tidak patut untuk dianggap sebagai ulama Islam, mahupun Muslim sebenar, lebih-lebih lagi mereka yang tidak betul mengenai masuk Islam, iaitu mengenai bagaimana untuk menjadi Muslim. Janganlah engkau ucap "ash-hadu", kalau engkau sebenarnya tidak menyaksikan. Dan fahami ayat pertama di surah Munafiqun.
       Sedarlah bahawa yang sentiasa patut dijadikan pegangan adalah ajaran Allah serta hakikat, iaitu kebenaran atau fakta. Dan yang patut dipentingkan adalah pandangan Allah berbanding pandangan seramai mana pun hambaNya. Sebenarnya, siapakah pengarang Hadis "sahih"? Sedarlah bahawa kalau pengarang Hadis "sahih" bukanlah Nabi Muhammad, maka Hadis "sahih" bukanlah kata-kata Nabi Muhammad. Dan kalau Hadis "sahih" bukanlah kata-kata Rasulullah, maka menolak Hadis "sahih" bukanlah bermakna mendustakan Rasulullah. Munasabahlah. Dan benar, ilmu, juga sikap, tidaklah sama pentingnya.
       Ketahuilah "ilmu sembah" dan "ilmu masuk Islam". Dan sedarlah bahawa sembahan, iaitu bukan solaat, adalah perkara yang paling penting untuk diambil-kira. Sila fahami 3 ayat pertama di surah Kafirun. Dan sedarlah bahawa menyembah dan menghambakan diri dan beribadat dan mengabdikan diri adalah sama ertinya. Hmm, patutkah aku dituduh mendustakan Rasulullah kerana menolak Hadis yang dikatakan "sahih"? Janganlah memfitnah ataupun merepek. Ingat, Hadis "sahih" tidaklah patut disamakan dengan kata-kata Rasulullah. Hmm, apakah antara fitnah atau bohong atau "karut" akibat kepercayaan yang salah mengenai erti Hadis "sahih" ataupun sunnah?
       Apakah antara fitnah atau bohong atau "karut" akibat kepercayaan yang salah mengenai erti tuhan ataupun sembah? Dan apakah antara fitnah atau bohong atau "karut" akibat terjemahan atau pengertian yang salah mengenai "rob" atau "malik" ataupun "ilah"? Apapun, kalau engkau ingin menjadi Muslim, maka engkau perlu "aslim" di samping menyembah Allah, hanya Allah. Buktinya? Fahami erti Muslim dan surah Kafirun.

Thursday, August 9, 2018

Engkau Dan Aku Dan Ulama Dan Hakikat

Apakah hukum menolak ajaran Allah, ataupun hakikat atau kebenaran atau fakta? Hmm, pelampau dan pendusta.
•••••
Patut-patutlah. Sila jelaskan atau buktikan bahawa aku salah. Boleh? Atau apakah yang engkau sebenarnya tidak faham atau salah faham? Jujurlah. Dan janganlah berdolak-dalih: Kebenaran, apatah lagi ajaran Allah, patut diterima, atau tidak patut dicanggah, walau siapa pun yang menyampaikannya. Ingat, kepada Allah kita dikembalikan.
•••••
Setiap kepercayaan tidak sama nilainya. Dan yang benar atau wajar atau munasabah adalah yang wajib atau harus dipercaya. Disiplinkanlah diri. Dan jadilah orang akal dan kewajaran, bukan orang marwah dan kebendaan. Mengenai terjemahan, sila guna "reverse translation" atau "terjemahan berbalik". Sebenarnya, apakah sembah dan hamba dan tuan dan raja dan tuhan di dalam bahasa Arab ataupun English? Ingat, terjemahan atau pengertian yang salah adalah menyesatkan atau memesongkan.
•••••
Hmm, macam-macam syarat dan dolak-dalih dan ada-adaan. Allah tahu. Allah cukup tahu. Sedarlah, hakikat, iaitu fakta atau kebenaran, patut diterima, walaupun ianya dari pelacur. Disiplinkanlah diri. Dan perlu atau sangatlah penting adalah akal serta kejujuran, atau juga keadilan serta kebaikan hati, untuk mendapat kefahaman sebenar dan kesedaran, apatah lagi untuk mendapat penghormatan Allah dan suatu tempat di SyurgaNya.
       Hmm, setakat manakah kebenaran dan kejujuran ulama dan ustaz Melayu ataupun Arab? Jangan tertipu, usahkan menipu. Dan kalau mengenai erti Muslim dan Islam pun dia tak betul, maka adakah dia Muslim sebenar, atau adakah dia Kafir ataupun Muslim palsu? Munasabahlah. Sedar dahulu adalah pendapatan, sedar kemudian apa gunanya? Dan janganlah rugi jangka panjang.
•••••
Kalau menyangka-nyangka dan berdolak-dalih, serta tidak jujur, maka patutlah menjadi Kafir atau sesat ataupun bodoh tak sedar diri. Fahamilah. Dan tidakkah benar bahawa menurut kebanyakan orang, aku adalah sesat, tetapi menurut ajaran Allah atau fakta atau kewajaran, kebanyakan orang adalah yang sesat? Ilmu, apakah 2 ilmu terpenting yang aku ada, tetapi ulama dan ustaz tidak tahu atau macam tidak tahu? Jawapan: "Ilmu sembah" dan "ilmu masuk Islam". Selidiklah. Dan fahamilah.
       Alhamdulillah, aku bukanlah pengikut ulama yang mencanggah ajaran Allah mengenai najis dan sunnah dan syahadah dan akal. Maka? Dan patutkah mereka yang tidak betul mengenai erti Muslim dan Islam dan sembah dan tuhan dan "rob" (rabb) dan sunnah dianggap sebagai ulama Islam, ataupun diambil sebagai "guru" dalam mempelajari Islam ataupun al Quran? Hakikat dan ajaran Allah: Ketahuilah, dan terima-pakailah. Dan Rasulullah adalah si hamba, sedangkan Allah adalah si tuan, juga si raja, maka? Janganlah berdolak-dalih.
•••••
Solaat? Siapakah yang engkau sembah, sebenarnya sembah? Janganlah syok sendiri: Kalau engkau sebenarnya tidak menyembah Allah, hanya Allah, atau kalau engkau tidak menghambakan diri kepada Allah, hanya Allah, apatah lagi kalau engkau memperajakan ataupun mempertuankan selain Allah, maka sia-sia atau bahkan membawa ke Neraka adalah solaat dan amal ibadat lain yang engkau lakukan. Ingat, sembahan, bukan solaat, adalah perkara yang paling penting untuk diambil-kira.
       Yang menyembah selain Allah adalah Kafir, serta Mushrik, najis. Erti menyembah ialah menghambakan diri. Dan mempertuankan, apatah lagi memperajakan adalah menyembah. "Sembah" dan penyembahan, juga hamba, ialah "ain-ba-dal" atau mengandungi "ain-ba-dal" di dalam bahasa Arab. Di dalam bahasa English, "rob" ialah "lord", iaitu tuan, bukan "god", bukan tuhan. Dan takkanlah Allah tidak berhak sebagai tuan ke atas ciptaanNya, sedangkan Dia lebih berkuasa. Percaya dan hayatilah bahawa Allah adalah pencipta kita, tuan kita, raja kita, tuhan kita.
•••••
Tidakkah gila atau kurang ajar adalah seseorang yang mengaku dirinya hamba Allah, tetapi tidak mempertuankan Allah? Hmm, betapa ramai yang sudah menjadi Kafir, ataupun sedang sesat akibat terjemahan atau pengertian yang salah mengenai "rob" dan sembah dan sunnah dan syahadah. Dan sudah ramai yang menjadi Kafir ataupun sedang sesat akibat ulama dan Hadis "sahih".

••••• Sila fahami artikel berikut: •••••
Ulama Dan Bukti, Dan Erti Islam
https://goo.gl/UpQzHH
•••••
Antara PAS Dan UMNO Dan Islam Sebenar @ Ciri Utama Islam
https://goo.gl/v7ffAP
•••••
Sunnah Dan Hamba
https://goo.gl/JGVkB1
•••••
Erti "Amal Ibadat" Dan "Rob", Dan Mengenai Menyembah Hanya Allah
https://goo.gl/pezs6w
•••••
Elokkah Beriman Kepada Ulama, Atau Menjadi Pengikut Ulama?
https://goo.gl/5N9BG5
•••••
Awas, Terjemahan Atau Pengertian Yang Menyesatkan, Dan Mengenai Syahadah
https://goo.gl/GyZPJ4
•••••
Tuan Dan Hamba, Dan Kewajaran
https://goo.gl/atM53P
•••••
Najis, Sebenar Najis
https://goo.gl/Zs3dQP

Thursday, August 2, 2018

Tuan Dan Hamba, Dan Kewajaran

Siapakah kita? Apakah hubungan yang asas antara kita dan Allah? Siapakah tuan manusia, raja manusia, tuhan manusia?
•••••
Siapa ajar bahawa Allah adalah pencipta kita, tuan kita, raja kita, tuhan kita?
A. Abu Jahal
B. Ulama Hadis
C. Nabi Muhammad
•••••
Tidakkah gila atau kurang ajar adalah seseorang yang mengaku dirinya hamba Allah, tetapi tidak mempertuankan Allah? Dan tidakkah lawan kepada "kurang" adalah "lebih", juga "cukup"?
•••••
Wahai hamba Allah, siapakah tuanmu, dan siapakah rajamu? Kalau ada hamba, maka adalah tuan, maka? Dan raja, semestinya raja adalah tuan ke atas yang dikuasainya.
       Taat dan setialah kepada Allah, Dia, tuan kita, Dia, raja kita. Dan sedarlah bahawa yang mempertuankan selain Allah, apatah lagi yang memperajakan selain Allah, adalah yang menyembah selain Allah, serta adalah Mushrik, yakni yang shirik terhadap Allah. Dan Mushrik adalah najis, tidak suci, usahkan mulia.
•••••
Tadabbur atau fikirkanlah. Dan yang penting adalah "betul percaya" dan "betul faham" berbanding "betul sebut". "Rob" ialah "tuan", sedangkan "ilah" ialah "tuhan". Dan "malik" ialah "raja". Sesungguhnya, Allah adalah "rob-binnas, malikin-nas, ila-hinnas". Dan "rob-binnas, malikin-nas, ila-hinnas" adalah sama ertinya dengan "tuan manusia, raja manusia, tuhan manusia".
       Mengenai "syahadah Munafiq", sila fahami ayat 1 di surah Munafiqun. Ingat atau ketahuilah, "ash-hadu" ialah "aku menyaksikan", bukan "aku memperakui". Hmm, betapa ramai yang sudah menjadi Kafir, ataupun sedang sesat akibat terjemahan atau pengertian yang salah mengenai "rob" dan sembah dan sunnah dan syahadah. Dan erti tuhan ialah "sovereign ruler", iaitu pemerintah yang tidak dikuasai, maka siapa adalah tuhan: Tidakkah Allah, hanya Allah? Bukanlah tuhan kecuali Allah.
•••••
Patut-patutlah. Sila jelaskan atau buktikan bahawa aku salah. Atau apakah yang engkau sebenarnya tidak faham atau salah faham? Janganlah berdolak-dalih: Kebenaran, apatah lagi ajaran Allah, patut diterima, atau tidak patut dicanggah, walau siapa pun yang menyampaikannya. Ingat, kepada Allah kita dikembalikan.
•••••
Setiap kepercayaan tidak sama nilainya. Dan yang benar atau wajar atau munasabah adalah yang wajib atau harus dipercaya. Disiplinkanlah diri. Dan jadilah orang akal dan kewajaran, bukan orang marwah dan kebendaan.

Saturday, July 28, 2018

Najis, Sebenar Najis Dan Mengenai Mentauhidkan Allah

Apakah yang perlu kita lakukan setelah menyentuh Mushrik, atau setelah disentuh oleh Mushrik, iaitu najis, menurut ayat 28 di surah Taubah? Setelah menyentuh Mushrik, iaitu najis menurut ajaran Allah, adakah kita perlu "menyamak" sepertimana setelah kita menyentuh anjing atau babi? Wahai pengikut mazhab Sunnah wal Jamaah, sila jawab. Boleh? Jangan putar-belit. Dan ulama mazhab janganlah disamakan dengan ulama Islam. Fikir, tidakkah ajaran Allah dan kebenaran patut diterima walau apa pun? Dan tidakkah ramai manusia najis yang melakukan solaat? 
•••••
Al Quran patut ditadabbur, bukan patut dihafaz. Dan janganlah tersalah kitab ataupun guru, usahkan tidak berfikir. Ada akal, sila guna. Fahami ayat 28 di surah Taubah (Quran 9:28). Dan ejaan "najis" di dalam bahasa Arab, iaitu bahasa al Quran, adalah "nun-jim-sin". Ajaran Allah adalah benar. Allah tidak bohong. Allah bukan pembohong. Dan Allah mengajar atau mengatakan bahawa Mushrik adalah najis. Betul? Mushrik bukanlah anjing. Ajaran bahawa Mushrik adalah najis adalah ajaran Allah, maka apakah yang patut dikatakan mengenai ajaran bahawa anjing dan babi adalah najis? Pendek kata, "Mushrik adalah najis" adalah ajaran Allah dan hakikat, tetapi "anjing dan babi adalah najis" adalah bidaah atau ada-adaan, bukan ajaran Allah, juga bukan hakikat. Masuk akal? Setuju? 
       Apapun, ketahuilah bahawa Mushrik adalah yang shirik (syirik) terhadap Allah. Melakukan shirik terhadap Allah adalah berdosa, sangat berdosa. Dan dosa adalah sesuatu yang kotor serta hina. Fahamilah bahawa dosa mencemar. Sesuatu yang kotor adalah mencemar. Dan dosa yang paling besar dan paling mencemar adalah shirik (terhadap Allah). Ketahuilah bahawa menyembah selain Allah adalah shirik. Dan lawan kepada shirik adalah tauhid. Menyembah selain Allah adalah shirik. Menyembah Allah, hanya Allah adalah tauhid. Dan menyembah adalah sama ertinya dengan menghambakan diri, tetapi sedarlah juga bahawa mempertuankan, begitu juga atau lebih-lebih lagi memperajakan adalah menyembah. Pendek kata, kufur, shirik, tidak mentauhidkan Allah adalah sama erti atau maknanya dengan derhaka, curang, tidak setia kepada Allah. Shirik adalah sama erti atau maknanya dengan curang. Dan tauhid adalah sama erti atau maknanya dengan setia. Ingatlah bahawa mentauhidkan Allah adalah dengan menyembah Allah, hanya Allah, bukan dengan mengucap kalimah "laa-ilaha-illallah". 
       Mentauhidkan Allah adalah dengan menghambakan diri kepada hanya Allah, lalu mempertuankan hanya Allah dan memperajakan hanya Allah. Dan "laa-ilaha-illallah" = bukan tuhan kecuali Allah. Fahamilah bahawa menyembah Allah, hanya Allah adalah bersetia kepada Allah. Dan menyembah "hyang" atau siapa pun selain Allah adalah curang atau bersikap curang terhadap Allah. Fikir, sukakah Allah kalau engkau memperajakan atau mempertuankan selain Dia? Hmm, tidakkah syaitan adalah yang suka atau bahkan bangga? Dan syaitan mampu untuk menghias-indahkan kejahatan dan kebodohan. Ingat atau sedar atau fahamilah bahawa yang memperajakan ataupun mempertuankan selain Allah adalah yang menyembah selain Allah. Yang memperajakan ataupun mempertuankan selain Allah adalah Mushrik, iaitu yang shirik atau curang terhadap Allah. Dan yang memperajakan ataupun mempertuankan selain Allah adalah najis, hina, tidak suci, usahkan mulia, walaupun melakukan solaat dan puasa dan amal ibadat lain. Mushrik bukanlah Muslim, usahkan Mukmin, usahkan Muttaqin, walaupun bergelar ulama atau guru. Dan Mushrik adalah najis, maka apa sebenarnya najis, atau apakah yang patut diketahui mengenai najis? "Najis" adalah antara banyak perkataan yang berasal dari bahasa Arab. Najis adalah kotor akibat dosa. Dan najis adalah kotor rohani, bukan kotor jasmani. Masuk akal? Fikirkanlah. Munasabahlah. Hmm, apakah "kotor" dan "suci" di dalam bahasa Arab? Bagaimana pula dengan "hamba" dan "sembah" dan "raja"? 
       Sebenarnya, "hamba" dan "sembah" di dalam bahasa Arab adalah perkataan yang ejaannya adalah “ain-ba-dal" atau mengandungi "ain-ba-dal". Maka? Abdi = hamba. Dan sembah atau menyembah ada kaitan dengan menjadi hamba. Pendek kata, menyembah adalah sama ertinya dengan menghambakan diri, iaitu merendahkan atau meletakkan diri sebagai hamba. Nampak? Selain mengambil-kira hakikat atau kebenaran bahawa menyembah = menghambakan diri, ambil-kiralah juga bahawa kalau ada hamba, maka adalah tuan, dan bahawa raja adalah tuan ke atas yang dikuasainya. Kalau ada hamba ataupun abdi, maka adalah tuan, oleh sebab itu, menghambakan diri ataupun mengabdikan diri bermakna mempertuankan. Dan raja adalah tuan, maka memperajakan adalah mempertuankan. Mengenai sembah, sila perhalusi hakikat bahawa menyembah = menghambakan diri, dan bahawa kalau ada hamba, maka adalah tuan, dan bahawa raja adalah tuan. 
•••••
Berpeganglah pada ajaran Allah mengenai najis. Janganlah sesat ataupun terpesong akibat terjemahan atau pengertian yang mengandungi perkataan yang berasal dari bahasa Arab. Dan janganlah silap ataupun kena tipu mengenai sembah dan masuk Islam dan shirik. Ingat, kebenaran dan ajaran Allah patut diterima, bukan patut ditolak. Selidiklah. Fikirlah. Dan jujurlah. Allah adalah guru teralim dan mampu untuk mengajar siapa pun. Allah, hanya Allah adalah pencipta agama Islam. Dan hanya Allah adalah pengarang al Quran. Tidak ada mazhab di dalam agama Islam ciptaan Allah, maka? Jadilah Muslim, bukan pengikut mazhab. Dan Muslim bukanlah pengikut "ajaran sesat Syahadah". Sesungguhnya, masuk Islam atau menjadi Muslim bukanlah dengan mengucap "kalimah Syahadah", tetapi dengan menyembah Allah, hanya Allah dan dengan "aslim" atau menyerah diri kepada Allah. Dan menyembah Allah, hanya Allah = mentauhidkan Allah. 
☆☆☆☆☆☆☆ 
Hakikat "Syahadah", Dan "Muslim" = Yang "Aslim", Maka? 
- bit.ly/2V5hdLv 
••••• 
9 Ajaran Sesat Atau Bohong Yang Paling Bahaya 
- https://bit.ly/371oNdv 
••••• 
Solaat Yang Sia-Sia, Dan Mengenai Shirik 
Dan Tauhid Dan Perhambaan 
- https://bit.ly/2VAi5ZB 
••••• 
Hakikat Kristian Dan Muhammadis Dan Muslim 
- https://goo.gl/BakH6w 
••••• 
UMNO Dan PAS: Betulkah Demi Agama Dan Bangsa, 
Bukan Perosak @ Siapakah Muslim Sebenar? 
- https://bit.ly/36bwYFw 

Friday, July 27, 2018

Sunnah Dan Hamba

Apakah tradisi atau kebiasaan atau cara atau hukum atau kaedah atau ketetapan di dalam bahasa Arab ataupun English? Dan fahami "sunnatullah", iaitu sunnah Allah. Maka? Tidakkah "sunnah" adalah sama ertinya dengan ketetapan? Bagaimana pula dengan hadis dan hamba dan sembah dan penyembahan?
•••••
Fahamilah ajaran Allah mengenai solaat dan sunnah dan fikir dan apa-apa lagi. Hakikat dan ajaran Allah adalah yang sentiasa patut diterima-pakai. Dan fahamilah bahawa Rasulullah adalah si hamba, sedangkan Allah adalah si tuan, juga si raja. Ada otak, sila guna. Ada akal, sila fikir. Dan hayatilah bahawa Allah adalah pencipta kita, tuan kita, raja kita, tuhan kita.

Kenapa Atau Untuk Apa Kita Dicipta?

Allah tidaklah mencipta jin dan manusia melainkan untuk atau supaya menyembahNya (lihat ayat 56 di surah Zariat, https://goo.gl/Vd8Yc2). Maka? Tidakkah menyembah Allah adalah yang penting atau lebih penting berbanding melakukan solaat dan apa pun amal ibadat? Dan tidakkah menyembah Allah patut dianggap sebagai "rukun" Islam yang pertama?
       Sila faham bahawa menyembah dan menghambakan diri dan beribadat dan mengabdikan diri adalah sama ertinya. Dan abdi adalah sama ertinya dengan hamba, tetapi solaat tidaklah sama ertinya dengan sembahyang. Awas, terjemahan atau pengertian yang salah adalah menyesatkan atau memesongkan. Dan mengenai "syahadah Munafiq", sila fahami ayat pertama di surah Munafiqun. Ingat, "ash-hadu" ialah "aku menyaksikan".

Wednesday, July 18, 2018

Muhammadist (Muhammadan) And Christian And The True Meaning of Islam

Muhammadist or Muhammadan means follower of Nabi Muhammad. Christian means follower of Jesus Christ. And Jesus Christ is Nabi Isa. So? Note: "Nabi" is the Arabic word that has been (mis)translated to "Prophet". Anyway, isn't it true that Jesus Christ and his followers must be in the same religion and worship the same being? And truth is, Nabi Muhammad and Nabi Isa are Muslims, and worship Allah, only Allah, the one and only true god. So?
       Simply said, no one is a follower of Nabi Muhammad without being a Muslim. And no one is a Christian without being a Muslim. Understand that Muslim does not mean follower of Nabi Muhammad. Verily, no one is a Muslim without worshiping Allah, only Allah. And of course, no one is a Muslim without surrendering (oneself) to Allah. Nevertheless, to Allah we belong. Allah is our lord. And willing or not, to Allah we are returned. Truly, one who is in Islam is called Muslim, but one who is in "salaam" should be called Muslaam, not Muslim. Muslim means one who "aslim". And "aslim" means surrender. Muslim means one who surrenders, and one who surrenders is as same as one who is in surrender: Therefore, Islam means surrender, not "salaam", not "peace". Get it?
       Truth is, one who "aslim" or surrenders (Muslim) is as same as one who is in surrender (Islam). Surely, Muslim does not mean one who is in peace. And "god" means sovereign ruler. Only Allah is a truly sovereign ruler, so only Allah is truly a god. And Allah is the author of the Quran. The Quran is proof that Nabi Muhammad is a "rasul" or messenger of Allah. And regarding original vs copy: If the words are the same, then the copy of the book is or should be acceptable. Anyway, truths and teachings of Allah are what to believe and live by. So? Be a Muslim, truly a Muslim. Die not, except in Islam, in other words, die not, except as Muslim (in the sight of Allah). Be a Muslim, not a "mazhabist". And true, Allah, the sole creator of Islam, did not create any "mazhab", therefore, there is no "mazhab" in Islam, true Islam.
       How did Nabi Ibrahim or Nabi Isa (Jesus Christ) or Nabi Muhammad "enter Islam"? Answer: Surely not by saying "ash-haduan-na Muhammadar rasulullah". So? Verily, a big lie is the teaching which says that entering Islam is by saying "the Syahadah". Note: Entering Islam is as same as becoming Muslim. And dare think, whom did Maryam or Mary (the mother of Jesus Christ) worship while she was pregnant? Or whom did she accept as her lord and as her king? Hmm, so many are fake Christians. So many are fake Muhammadists. And so many are fake Muslims.
•••••
Knowing And Becoming Muslim
https://goo.gl/YKRQgs
•••••
Muslim, Truly, And Crucial Truths Regarding Worship
https://goo.gl/mU77zy

Thursday, June 21, 2018

The Most Righteous @ The Bible vs The Quran

Compare the Bible against the Quran. So, which book is authored by the Most Righteous? Or which book is more likely to be authored by the Most Righteous? And so, which book deserves more trust and respect? Do judge or evaluate, but do it wisely or rationally. Truly, the Quran is authored by Allah. Allah is the most righteous. And Allah is our creator, our lord, our king, our god.