Thursday, December 28, 2017

Jahil Sembah

Sebenarnya, apakah sembah atau menyembah? Apakah "sembah" di dalam bahasa English? Dan apakah "sembah" di dalam bahasa Arab? Ramai, sangat ramai adalah yang tertipu atau salah faham mengenai sembah. Ramai, sangat ramai adalah yang sebenarnya tidak tahu erti sembah, atau tidak betul mengenai sembah. Di dalam bahasa English, "sembah" ialah "worship", bukan "pray". Dan di dalam bahasa Arab, "sembah" adalah perkataan yang ejaannya ialah atau mengandungi "ain-ba-dal", bukan "sod-lam-alif-ta". Maka?

Saturday, December 23, 2017

Salah Siapa?

Kalau engkau masih tidak faham, atau kalau engkau masih tidak tahu, maka kenapa? Hmm, kalau engkau sibuk menyangka, atau kalau engkau tidak memikirkan, atau kalau engkau tidak jujur atau tidak lurus, atau kalau engkau tidak logik atau tidak rasional, maka janganlah salahkan aku yang sudah memberitahu. Fahamilah, bahawa pelampau dan pembohong bukanlah yang cukup sesuai untuk mendapat hidayah dari Allah. Dan betapa penting adalah akal serta kejujuran, atau juga keadilan serta kebaikan hati, untuk mendapat kefahaman sebenar dan kesedaran, apatah lagi untuk mendapat hidayah Allah dan suatu tempat di SyurgaNya.

Thursday, December 21, 2017

Muslim, Truly, And Crucial Truths Regarding Worship

Do you fit the description or definition of Muslim? And do you truly worship Allah, only Allah? If not, then surely you are not a true Muslim, despite your claim and confidence and whatever else. Understand verse 1 to 3 of surah Kafirun, and realize that a Muslim is one who worships Allah, while one who worships other than Allah is a Kafir. Understand that a Muslim is one who "aslim" to Allah. Be aware that a Muslim does not mean one who "aslim" his or her will (to Allah).
       And understand the 3 crucial facts or truths regarding worship, which are that to worship means to humble oneself as slave to Allah (not to humble one's will as slave to Allah), and that if there is a slave, then there is a lord, and that a king, as is a master, is a lord, is necessarily a lord over those he rules. Simply said, if you would like to be in Islam or become a Muslim, or if you would like to have a very good relationship with Allah, Him, the Supreme Being, then put to practice, "oh Allah, my creator, only you are my lord, my king, my god, and to you I surrender; salaam, oh Allah, salaam".

Wednesday, December 20, 2017

Kafir, Menurut Al Quran

Siapa adalah Kafir? Antara golongan Kafir adalah yang menyembah selain Allah. Dan sembahan, bukan solaat, adalah yang membezakan Muslim dari Kafir. Fahami 3 ayat pertama di surah Kafirun. Dan sedarlah, bahawa yang mempertuankan selain Allah, begitu juga atau lebih-lebih lagi yang memperajakan selain Allah, adalah yang menyembah selain Allah.
       Sebenarnya, siapakah yang engkau atau si ustaz pertuankan, atau bahkan perajakan? Dan ayat manakah yang mengatakan bahawa yang tidak melakukan solaat adalah Kafir? Sedarlah, bahawa al Quran dan "Hadis sahih" tidaklah sehaluan. Dan terima-pakailah semua ajaran Allah mengenai kafir dan hadis dan ulama dan apa-apa lagi. Awas, terjemahan atau pengertian yang salah janganlah tidak disedari, usahkan dipercaya. Dan gunakanlah otak dengan logik dan secara rasional.

Alaha Dan Allah

"Alif-lam-ha" boleh jadi ilah, juga alaha, tetapi tidak illah, juga tidak allah, juga tidak allaha. Allah adalah ilah, ataupun alaha, tetapi Allah tidaklah sama ertinya dengan ilah ataupun dengan alaha. Tambah satu "lam" ataupun huruf lain, maka lainlah jadinya. Dan hayatilah bahawa Allah adalah pencipta kita, tuan kita, raja kita, tuhan kita. #Alif-lam-ha #Setia-Allah

Thursday, December 14, 2017

Tuhan Dan Allah @ Jangan Sekadar Betul Sebut

Siapakah "ila-hinnas", iaitu tuhan manusia? Allah adalah ila-hinnas, iaitu tuhan manusia, semua manusia. Allah adalah tuhan semua manusia, walaupun tidak semua manusia menyembahNya. Dan benar adalah bahawa "laa-ilaha-illallah", iaitu bukan tuhan kecuali Allah.
       Ketahuilah, bahawa "lam-alif", iaitu "laa", adalah sama ertinya dengan tidak atau bukan atau jangan. "Laa" di dalam bahasa Arab bukanlah "tiada" ataupun "tidak ada" di dalam bahasa Melayu. Dan fahamilah, bahawa lawan kepada "laa" adalah "naam", bukan "wujud". Sesungguhnya, erti tuhan bukanlah sembahan, juga bukan "supreme being", tetapi erti tuhan adalah "sovereign ruler", iaitu pemerintah yang tidak dikuasai. Dan bukanlah tuhan kecuali Allah, dengan kata lain, hanya Allah adalah tuhan.
       Allah, hanya Allah, adalah tuhan, sebenar tuhan, iaitu pemerintah yang tidak dikuasai, sesungguhnya tidak dikuasai oleh siapa pun. Dan disembah atau tidak, Allah tetaplah rob-binnas, malikin-nas, ila-hinnas, iaitu tuan manusia, raja manusia, tuhan manusia. Selamat berfikir dengan logik dan secara rasional dan jujur dan tenang. Hmm, betapa ramai yang betul pada sebutan, tetapi sebenarnya salah pada kefahaman, maka sebenarnya tidak percaya.
       Betapa ramai adalah yang sedang sesat tak sedar diri akibat terjemahan atau pengertian yang salah, ataupun akibat tersalah guru. Dan fahamilah, betapa penting adalah akal serta kejujuran, atau juga keadilan serta kebaikan hati, untuk mendapat kefahaman sebenar dan kesedaran, apatah lagi untuk mendapat hidayah Allah dan suatu tempat di SyurgaNya.

Sunday, December 10, 2017

Ikutan Dan Penerimaan

Bukan menghafal, tetapi mentadabur atau memahami ayat al Quran adalah yang Allah titahkan atau suruh lakukan. Betul tak? Dan terjemahan atau pengertian yang salah janganlah tidak disedari, usahkan diterima-pakai, walaupun yang mengajar adalah imam besar ataupun ulama muktabar. Pendek kata, hakikat dan ajaran Allah adalah yang sentiasa patut diterima dan dijadikan ikutan ataupun pegangan.

Tolong Betulkan Melayu @ Sebenarnya Bukan Muslim

Tolong betulkan Melayu mengenai erti sembah dan tuhan. Tolong betulkan Melayu mengenai erti Muslim dan Islam. Tolong betulkan Melayu mengenai erti tauhid dan shirik dan kemerdekaan dan perhambaan dan najis dan sunnah. Paling penting, tolong betulkan Melayu mengenai masuk Islam, iaitu mengenai bagaimana untuk menjadi Muslim, sebenar Muslim.
       Tolong, tolong betulkan Melayu, terutama yang melakukan solaat dan ahli UMNO dan ahli PAS, terutama yang dipanggil ulama atau imam atau guru ataupun ustaz. Ringkas kata, yang ramai bukanlah Muslim, tetapi yang mengaku Muslim. Yang ramai adalah Muslim yakin atau Muslim keturunan, bukan Muslim betul. Dan betapa ramai adalah yang bohong atau membuat pengakuan palsu semasa mengucap ayat 5 surah Fatihah. Pendek kata, Melayu sebenarnya Kafir atau Muslim palsu sejak dulu.
       ** Sila Sebar Atau Hebahkan ** Salaam 1Malaysia.
•••••
9 Ajaran Sesat Atau Bohong Yang Paling Bahaya
- https://bit.ly/371oNdv
•••••
Ilmu Masuk Islam Dan Sembah @
Bagaimana Untuk Menjadi Muslim Sebenar
- https://bit.ly/2UkNtaN
•••••
Erti "Amal Ibadat" Dan "Rob",
Dan Mengenai Menyembah Hanya Allah
- https://goo.gl/pezs6w
•••••
Munafiq (Munafik) Dan Guru, Dan Bohong 2 Kali
- http://bit.ly/2FuCHtU
•••••
Hakikat Kristian Dan Muhammadis Dan Muslim
- https://goo.gl/BakH6w

Friday, December 8, 2017

Khadam Atau Alat Politik, Dan Jangan Membazir Undi

••• KHADAM ATAU ALAT POLITIK, Dan Mengenai Kepatutan ••• 
Yang mana adalah betul, atau lebih masuk akal?
A. PKR adalah khadam DAP.
B. UMNO adalah khadam MCA.
       Hmm, macam-macam temberang atau dolak-dalih UMNO. Sejujurnya, adakah engkau puas hati dengan GST dan harga petrol? Bagaimana pula dengan tahap keadilan serta kebebasan untuk bersuara? Dan tidakkah betul bahawa selagi Melayu UMNO berkuasa, selagi itulah Cina MCA boleh terus untung besar, bahkan menguasai perniagaan dan ekonomi di Malaysia?
       Yang penting atau lebih penting, bagaimanakah Rasulullah masuk Islam? Apakah erti Muslim, maka apakah susulan itu? Dan fahamilah, bahawa yang salah mengenai masuk Islam sangatlah tidak patut diterima sebagai ulama Islam, mahupun dianggap sebagai Muslim sebenar, begitu juga dengan yang salah mengenai erti sembah dan tuhan dan Muslim dan Islam dan perhambaan dan shirik. Suka atau tidak, kehidupan di Dunia hanyalah sementara.

••• JANGAN MEMBAZIR UNDI •••
Kenapa patut undi Pakatan? Dalam pertandingan 3 penjuru, PAS takkan menang. Sudah terbukti. Dan sedarlah, memberikan undi kepada PAS bermakna memudahkan UMNO-BN untuk menang, di samping tidak membawa ke Syurga. Pendek kata, kalau nakkan perubahan yang positif dan lebih kebaikan, maka undi atau sokonglah Pakatan, bukan PAS, usahkan UMNO-BN. Dan mengenai syahadah Munafiq, sila fahami ayat pertama di surah Munafiqun.

Sunday, November 26, 2017

Sembah Menyembah

Erti sembah atau menyembah sebenarnya apa? Jawapan: Di dalam bahasa Arab, ia adalah "ain-ba-dal" atau mengandungi "ain-ba-dal". Sembah atau menyembah adalah sama ertinya dengan menghambakan diri, juga dengan mengabdikan diri, juga dengan beribadat. Dan solaat (sod-lam-alif-ta) bukanlah sembah, juga bukanlah ibadat (ibadah). Di dalam bahasa English, solaat ialah "prayer", tetapi sembah, juga ibadat, adalah "worship". Meminta, bahkan bersujud pun bukanlah menyembah, iaitu bukanlah menghambakan diri. Dan sedarlah juga bahawa mempertuankan, begitu juga atau apatah lagi memperajakan, adalah menyembah. Untuk maklumat lain, sila selidik posting di Facebook, juga di www.filopu.blogspot.com

Monday, November 20, 2017

Ulama Dan PAS Dan Masuk Syurga

Apakah agama Abu Jahal, menurut Abu Jahal? Tidakkah Islam? Dan tidakkah Abu Jahal adalah imam besar? Apapun, siapa kata bahawa yang menyokong PAS akan masuk Syurga? Pastinya, bukan Allah, pencipta Islam, juga bukan rasulNya. Dan sedarlah, bahawa sia-sia atau bahkan membawa ke Neraka adalah solaat dan amal ibadat lain yang engkau lakukan, kalau Allah sebenarnya tidak engkau sembah, apatah lagi kalau selain Allah adalah yang engkau sebenarnya sembah.
       Mengenai PAS, iaitu Parti Islam SeMalaysia: Siapakah sebenarnya Hadi Awang dan ulama PAS? Jawapan: Kafir atau Muslim palsu. Tak percaya? Bukti atau penjelasan ada di www.filopu.blogspot.com, atau bacalah posting aku di Facebook. Sila fikirkan secara jujur dan rasional, atau bahkan dengan berani. Ringkas kata, janganlah tertipu ataupun silap mengenai erti sembah dan tuhan dan Muslim dan Islam, lebih-lebih lagi mengenai masuk Islam, iaitu mengenai bagaimana untuk menjadi Muslim.
       Bagaimanakah Rasulullah atau para Anbiya masuk Islam? Apakah kaitan sembah dan Kafir? Dan apakah erti Muslim, iaitu yang "aslim"?  Fahamilah. Mengenai "syahadah Munafiq", fahami ayat pertama di surah Munafiqun. Sesungguhnya, masuk Syurga dan ajaran Islam tidaklah bergantung kepada keredhoan dan kehendak Rasulullah, usahkan bergantung kepada keredhoan dan kehendak ulama. Awas, "salah cara" ataupun kesalahan si penyampai bukanlah alasan yang wajar untuk menolak kebenaran yang disampaikan. Dan sedarlah, betapa penting adalah akal serta kejujuran, atau juga keadilan serta kebaikan hati, untuk mendapat kefahaman sebenar dan kesedaran, apatah lagi untuk mendapat hidayah Allah dan suatu tempat di SyurgaNya.

Saturday, November 11, 2017

Love And Worship, And What Shirk Really Is

What is love, in Malay or Arabic, but what is worship? Worship and love are not the same. Surely, it is not sinful, nor wrong to love someone other than Allah, but it is extremely sinful and extremely wrong to worship someone other than Allah. Allah created us to worship Him. And in Arabic, worship is "ain-ba-dal" or contains "ain-ba-dal", but so is slave, therefore?
       To worship means to humble oneself as slave. If there is a slave, then there is a lord. And a king, as is a master, is a lord over those he rules. So? Realize that accepting as lord, more so accepting as king, is worshiping. And do realize that one who worships other than Allah is a Kafir, (therefore, not a Muslim) according to verse 1 to 3 of surah Kafirun.
       Worshiping other than Allah, not loving other than Allah, is committing shirk (treason or sedition or disloyalty) against Allah, Him, lord of humans, king of humans, god of humans. Surely, Allah has right as lord and as king over His creations, including us. And we should be loyal to one who has the right as our lord. Allah is our creator, our lord, our king, our god. The opposite of shirk is tauhid (tawheed), which has to do with the number 1. And the Freewill is not what to follow.
       Who would like you to take or accept other than Allah as your king or as your lord? Is it not Iblis or satans? Surely, not Allah, nor any Rasulullah. Remember, if you have other than Allah as your king or as your lord, then you are one who worships other than Allah, and you are a Kafir, also a Mushrik, najis (spiritually filthy), and yes, you are "giving partner" to Allah.

Friday, October 20, 2017

Jom Mubahalah @ Jihad Sembah

Beranikah Hadi Awang dan ulama PAS dan ulama UMNO, ataupun ulama Sunnah wal Jamaah, untuk mubahalah kepada Allah menentang aku yang mengatakan bahawa mereka adalah Kafir atau Muslim palsu, dan bahawa yang memperajakan ataupun mempertuankan selain Allah adalah Kafir, juga Mushrik, najis? Kalau tidak berani, maka? Berakallah. Dan wajarlah. Mengenai ajaran bahawa Mushrik adalah najis, sila fahami ayat 28 di surah Taubah. Siasatlah. Dan kalau mereka ingin menyahut cabaran untuk mubahalah, maka sila buat surat rasmi. Biar jelas dan pasti. Dan sekarang ini, ada 2 stadium terbuka di Sabak Bernam, Selangor, Malaysia. Maka?

Friday, September 8, 2017

Ustaz Yang Sangat Menyesatkan @ Bohong Dan Putar-Belit Munafiq

Yang ramai bukanlah yang mengabdikan diri kepada Allah, tetapi yang mengaku mengabdikan diri kepada Allah. Kalau tidak menggunakan istilah “abdi”, iaitu perkataan yang berasal dari bahasa Arab, maka, yang ramai bukanlah yang menyembah Allah, tetapi yang mengaku menyembah Allah. Dan yang ramai bukanlah Muslim, tetapi yang mengaku Muslim. Fahamilah. Sebenarnya, bagaimanakah Rasulullah masuk Islam? Siapakah yang Rasulullah pertuankan, perajakan, pertuhankan, tetapi siapakah yang si ustaz pertuankan, perajakan, pertuhankan? Dan apakah erti Muslim, iaitu yang “aslim”, maka apakah susulan itu? Jangan tertipu, usahkan bohong mengenai masuk Islam, ataupun mengenai erti mengabdikan diri dan ibadat dan sembah dan tuhan dan Muslim dan Islam. Sesungguhnya, yang mempertuankan selain Allah, begitu juga atau lebih-lebih lagi yang memperajakan selain Allah, adalah yang mengabdikan diri kepada selain Allah. Dan yang mengabdikan diri kepada selain Allah adalah Kafir. Maka?
    Sesungguhnya, beribadat dan mengabdikan diri dan menghambakan diri dan menyembah adalah sama ertinya. Dan antara percanggahan al Quran dengan Hadis “sahih” adalah mengenai ulama dan masuk Islam, dan mengenai yang membezakan Muslim dari Kafir. Siasatlah. Beranilah untuk memikirkan. Dan kalau engkau ingin menjadi mulia, sungguh mulia, ataupun kalau engkau ingin menjadi Muslim yang sebenar, maka hayati atau amalkanlah, “oh Allah, penciptaku, tuanku, rajaku, tuhanku, kepadaMu aku menyerah diri; salaam, oh Allah, salaam”. Mengenai syahadah Munafiq, sila fahami ayat pertama di surah Munafiqun. Sedarlah, bahawa “syahadan”, begitu juga “syahadu”, adalah menyaksikan, bukan bersaksi, usahkan memperakui. Dan celaka, atau sangat menyesatkan adalah ustaz yang mengajar bahawa mengabdikan diri bukanlah menyembah atau bukanlah menghambakan diri, atau bahawa masuk Islam adalah dengan mengucap kalimah Syahadah, ataupun bahawa erti Islam adalah “salaam”, bukan penyerahan. Hmm, bohong dan putar-belit Munafiq. Dan syaitan cukup mampu untuk menghias-indahkan kejahatan dan kebodohan.

-----  Semoga artikel berikut boleh membantu  -----
Hak Allah, Dan Mengenai Tuhan Dan Disiplin
    https://goo.gl/F6pb1X
Malang Ahli PAS, Dan Yang Sebenarnya Kafir, Dan Yang Sepatutnya Diikut
    https://goo.gl/V14u9N
Hakikat Kita, Dan Asas Untuk Kejayaan Diri Serta Kemakmuran Seluruh Dunia
    https://goo.gl/5OXGJH
Di Kesamaran Cinta, Dan Hal Yang Lebih Penting
    https://goo.gl/YHVgXa
Merdeka Dan Sembah, Dan Keuntungan Abadi
    https://goo.gl/JzWH3m 

Wednesday, September 6, 2017

Abdi Dan Ibadat Dan Sembah @ Jangan Terpesong Akibat Perkataan Arab

Abdi itu apa? Ibadat itu apa? Abdi dan ibadat adalah antara banyak perkataan yang berasal dari bahasa Arab. Abdi adalah sama ertinya dengan hamba. Dan ibadat adalah sama ertinya dengan penyembahan. Arab dan Jawi tidaklah sama. Di dalam bahasa Arab, abdi adalah perkataan yang ejaannya adalah “ain-ba-dal”, iaitu bukan “alif-ba-dal-ya”. Fahamilah, bahawa sembah di dalam bahasa Arab adalah “ain-ba-dal”, atau mengandungi “ain-ba-dal”. Dan bagi ibadah, ejaannya di dalam bahasa Arab adalah “ain-ba-dal-ha”. Fahamilah, bahawa ibadah dan ibadat adalah sama ertinya, sebagaimana solaah dan solaat adalah sama ertinya. Abdi dan hamba adalah sama ertinya, oleh sebab itu, mengabdikan diri adalah sama ertinya dengan menghambakan diri. Dan betulkah bahawa beribadat adalah sama ertinya dengan menyembah? 
       Bersolaat ialah melakukan solaat. Dan beribadat ialah melakukan ibadat. Ibadat ialah penyembahan, dan melakukan penyembahan adalah sama ertinya dengan menyembah. Maka? Beribadat, iaitu melakukan ibadat, iaitu melakukan penyembahan, adalah sama ertinya dengan menyembah. Nampak? Harap maklum. Dan sedarlah bahawa melakukan solaat bukanlah bermakna menyembah Allah, usahkan mentauhidkan Allah. Bukalah minda. Fikirkan secara jujur dan rasional. Dan paksa atau disiplinkanlah diri untuk menerima kebenaran, lebih-lebih lagi ajaran Allah. Jangan silap ataupun kena tipu mengenai hamba dan sembah. Jangan silap ataupun kena tipu mengenai sunnah dan hadis dan apa pun perkataan. Dan janganlah silap ataupun kena tipu mengenai masuk Islam, iaitu mengenai bagaimana untuk menjadi Muslim. Berbalik kepada hamba dan sembah, di dalam bahasa English, hamba = slave, dan sembah = worship. Sebenarnya, hamba dan sembah di dalam bahasa Arab adalah “ain-ba-dal” atau mengandungi “ain-ba-dal, maka apakah susulan itu? Sembah atau menyembah ada kaitan dengan hamba atau dengan menjadi hamba. Selain menyedari bahawa hamba = abdi, sedarlah juga bahawa menyembah = menghambakan diri. Apa itu menghambakan diri? Menghambakan diri = merendahkan atau meletakkan diri sebagai hamba. Dan kalau ada hamba, maka adalah tuan. Menyembah = menghambakan diri, dan kalau ada hamba, maka adalah tuan: Maka, apakah susulan itu, atau apakah yang patut disedari? 
       Sebenarnya, kalau ada hamba ataupun abdi, maka adalah tuan, oleh sebab itu, menghambakan diri ataupun mengabdikan diri = mempertuankan. Dan ketahuilah bahawa raja adalah tuan ke atas yang dikuasainya. Apa itu mempertuankan? Mempertuankan = mengambil atau menerima sebagai tuan. Pendek kata, menyembah = menghambakan diri = mempertuankan. Menyembah = menghambakan diri = mempertuankan, maka? Sedarlah bahawa tidaklah menyembah Allah kalau tidak menghambakan diri kepada Allah. Tidaklah menyembah Allah kalau tidak mempertuankan Allah. Dan awas, menyembah selain Allah adalah shirik (syirik). Fikir, siapakah yang di imam atau si ustaz pertuankan atau bahkan perajakan? Dengan kata lain, siapakah yang si imam atau si ustaz ambil atau terima sebagai tuannya atau bahkan sebagai rajanya? Maka, siapakah yang si imam atau si ustaz sembah, sebenarnya sembah? Bukalah minda. Jujurlah. Dan sembahlah Allah, hanya Allah: Janganlah selain Allah dipertuankan, usahkan diperajakan. Notis: Kepada sesiapa yang tahu bahasa Arab dan ingin membantu dalam menterjemahkan sesuatu surah atau ayat dari al Quran, sila hubungi aku. 
☆☆☆☆☆☆☆ 
9 Ajaran Sesat Atau Bohong Yang Paling Bahaya 
- https://bit.ly/371oNdv 
••••• 
Ilmu Masuk Islam Dan Sembah @ 
Bagaimana Untuk Menjadi Muslim Sebenar 
- https://bit.ly/2UkNtaN 
••••• 
Syahadah Dan Munafiq @ 
Jangan Silap Mengenai Masuk Islam 
- https://bit.ly/33YDb8k 
••••• 
Bohong Di Dalam Solaat, Dan Mengenai Demokrasi 
Dan Raja Dan Shirik Terhadap Allah 
- https://bit.ly/3jVajmU 
••••• 
Cara Menyembah Dan Erti Tuhan, Dan Mengenai 
Solat Dan Syahadah Munafik
- http://goo.gl/gKNTLU 

Tuesday, September 5, 2017

Ibadat Dan Ibadah Dan Solaat Dan Menyembah @ Jangan Salah Faham

Takut sesat, padahal sedang sesat. Dan mengaku Muslim, padahal salah mengenai masuk Islam, juga tidak tahu bahawa Muslim ialah yang “aslim”. Berapa ramaikah yang percaya bahawa menyembah atau “nun-ain-ba-dal” adalah mengabdikan diri, tetapi bukanlah menghambakan diri? Bagaimana pula dengan yang percaya bahawa solaat adalah ibadat? Dan bagaimana pula dengan yang percaya bahawa “rob” adalah tuhan? Hmm, Allah tahu berapa ramai yang salah faham atau keliru atau bahkan menjadi sesat gara-gara terjemahan atau pengertian yang menggunakan perkataan yang berasal dari bahasa Arab, ataupun akibat ejaan yang ada kelainan. Dan antara perkataan yang berasal dari bahasa Arab adalah abdi dan ibadat dan salaam dan solaat.
    Awas, Arab dan Jawi tidaklah sama saja. Huruf “lam” di dalam bahasa Arab adalah bersamaan dengan “la”, bukan bersamaan dengan huruf “l”. Dan “lam-alif” di dalam bahasa Arab adalah bersamaan dengan “laa”, bukan bersamaan dengan “la”. Jangan tertipu ataupun keliru akibat ejaan. Solaah dan solaat dan solat dan sholat adalah sama ertinya, tetapi aku memilih untuk menggunakan “solaat”. Dan ketahuilah, bahawa ibadah dan ibadat adalah sama ertinya, tetapi aku memilih untuk menggunakan “ibadat”. Bersolaat adalah sama ertinya dengan melakukan solaat, sebagaimana beribadat adalah sama ertinya dengan melakukan ibadat. Ibadat adalah sama ertinya dengan penyembahan, dan melakukan penyembahan adalah sama ertinya dengan menyembah, maka, beribadat, iaitu melakukan ibadat, iaitu melakukan penyembahan, adalah sama ertinya dengan menyembah. Nampak? Dan fahamilah, bahawa beribadat kepada Allah adalah sama ertinya dengan menyembah Allah. Sesungguhnya, menyembah Allah, dan menghambakan diri kepada Allah, dan mengabdikan diri kepada Allah, dan beribadat kepada Allah, adalah sama ertinya. Dan sedarilah hakikat bahawa mempertuankan, begitu juga atau apatah lagi memperajakan, adalah menyembah. Maka?
    Fahamilah, bahawa aku mengajak supaya menyembah hanya Allah, iaitu supaya menghambakan diri hanya kepada Allah, iaitu supaya mengabdikan diri hanya kepada Allah, iaitu supaya beribadat hanya kepada Allah, iaitu supaya mempertuankan hanya Allah dan memperajakan hanya Allah. Ingat, solaat bukanlah ibadat, tetapi amal ibadat, begitu juga dengan puasa dan haji. Dan fahamilah, beribadatlah kepada Allah, hanya kepada Allah, tetapi beramal-ibadatlah kerana Allah. Mengenai sembah, perhalusi hakikat bahawa menyembah ialah menghambakan diri, dan bahawa kalau ada hamba, maka adalah tuan, serta bahawa raja adalah tuan, semestinya raja adalah tuan ke atas yang dikuasainya. Dan abdi sama ertinya dengan hamba. Kalau ada hamba ataupun abdi, maka adalah tuan, oleh itu, kalau kita adalah hamba ataupun abdi Allah, maka Allah adalah tuan kita. Luruslah.

Monday, September 4, 2017

Sesat Atau “Fening” Atau Bodoh: Aku, Ataukah Engkau Atau Si Ustaz?

Suka atau tidak, tidakkah benar bahawa menyembah dan menghambakan diri dan beribadat dan mengabdikan diri adalah sama ertinya? Dan kalau ada hamba, maka adalah tuan, oleh itu, kalau kita adalah hamba Allah, maka siapakah tuan kita? Luruslah. Jujurlah. Dan sepatutnya, tidakkah Allah berhak sebagai tuan ke atas ciptaanNya, termasuk kita? Tuan dan raja dan tuhan adalah 3 jenis pemerintah atau 3 kategori pemerintah. Pernahkah engkau melihat atau mendengar ungkapan “Tuan di Hilir” atau “Ampun Tuanku” atau “Tuan hamba”? Dan sedarlah, rob-binnas, malikin-nas, ila-hinnas, adalah sama ertinya dengan tuan manusia, raja manusia, tuhan manusia. Hmm, Nabi Muhammad pun pernah dituduh gila. Kenapakah agaknya? Mengenai syahadah Munafiq, sila fahami ayat pertama di surah Munafiqun. Dan gara-gara ajaran sesat Syahadah, betapa ramai yang Kafir atau sesat, tetapi mengaku Muslim. Bagaimanakah Rasulullah masuk Islam, iaitu menjadi Muslim? Dan hakikatnya, apakah erti Muslim, iaitu yang “aslim”, maka apakah susulan itu? Tercapaikah akalmu, atau adakah engkau sedang buta ataupun mabuk gara-gara marwah? Janganlah bohong, ataupun memutar-belit. Terimalah hakikat, jangan sombong. Dan solaat bukanlah ibadat, tetapi amal-ibadat.

Tuesday, August 29, 2017

Pakaian Islam, Dan Antara Solaat Dan Menyembah Hanya Allah

Apakah yang penting atau lebih penting? Antara pakaian dan kejujuran, apakah yang penting atau lebih penting? Dan antara melakukan solaat dan menyembah Allah, hanya Allah, apakah yang penting atau lebih tinggi nilainya? Fahamilah bahawa Muslim bukanlah pelampau, juga bukanlah pendusta ataupun pembohong, serta bukanlah yang salah mengenai bagaimana untuk menjadi Muslim. Dan Muslim bukanlah yang salah mengenai erti sembah dan tuhan dan Muslim dan Islam. Biar tempang kaki, tapi tidak tempang akal. Dan biar cacat anggota, tapi tidak cacat sikap ataupun perangai. Ketahuilah ajaran Allah. Jangan tidak berpegang kepada ajaran Allah mengenai akal atau ulama atau najis atau hadis atau sunnah atau syafaat. Dan jangan takut untuk memikirkan. Apabila menghukum atau menilai atau mengajar, patutlah mengambil-kira ajaran atau pandangan Allah, Dia, penilai terarif dan hakim terwajar, Dia, pencipta Islam dan pengarang al Quran, Dia, pemerintah Syurga dan Neraka. Dan ingatlah mati.
    Seseorang bertanya, apakah pakaian Islam? Hmm. Aku bukan ingin bergurau, tetapi yang memerlukan pakaian adalah Muslim dan manusia, bukan Islam. Muslim dan Islam tidaklah sama ertinya. Pakaian dan nama Arab bukan bermakna pakaian dan nama Muslim. Dan menutup aurat bukanlah pakaian, tetapi cara berpakaian. Apakah cara berpakaian menurut Islam? Ambil-tahu ajaran pencipta Islam, iaitu Allah, berbanding ajaran Muhammad, hamba Allah, dan ajaran Ibrahim, kekasih Allah. Kalau ingin berpakaian menurut Islam, iaitu agama ciptaan Allah, maka ketahui serta amalkan ajaran Allah mengenai pakaian. Dan faham atau sedarlah bahawa yang menyembah selain Allah adalah Kafir, juga Mushrik, najis, walaupun menutup aurat dan melakukan solaat serta tidak minum arak. Maka? Luruslah. Munasabahlah. Dan jadilah hamba Allah yang setia, tidak menyembah selain Dia, iaitu tidak mempertuankan selain Dia, usahkan memperajakan selain Dia. Allahu akbar. Mengenai sembah, perhalusi hakikat bahawa menyembah ialah menghambakan diri, dan bahawa kalau ada hamba, maka adalah tuan, serta bahawa raja adalah tuan.

Wednesday, August 23, 2017

Hak Allah, Dan Mengenai Tuhan Dan Disiplin

Siapa kata Allah tidak berhak sebagai tuan ke atas ciptaanNya? Siapa kata bahawa Allah tidak berhak sebagai tuan kita ataupun sebagai raja kita? Dan siapa kata bahawa memperajakan selain Allah, ataupun mempertuankan selain Allah, adalah harus, atau tidak haram, atau tidak shirik? Siapa kata bahawa erti tuhan adalah sembahan ataupun “supreme being”? Siapa kata bahawa ada tuhan selain Allah, atau bahawa Allah bukanlah satu-satunya tuhan, sebenar tuhan? Dan siapa kata bahawa Allah ataupun Tuhan berada di dalam diri kita? Munasabahlah. Jujurlah. Dan awas, syahwat dan marwah patut dikuasai, atau dikawal, ataupun diketepikan.

Sunday, July 9, 2017

Munafiq Dan Terjemahan Atau Erti Yang Salah, Dan Antara Solaat Dan Tauhid

Tidakkah Munafiq adalah musuh Islam yang lebih bahaya berbanding Yahudi? Dan tidakkah ajaran sesat Syahadah adalah ajaran sesat membabitkan Islam yang paling ramai pengikutnya? Allah tahu, cukup tahu. Berpeganglah pada hakikat serta ajaran Allah. Dan apakah “syahadah Munafiq”? Sila fahami ayat pertama di surah Munafiqun. Sangka bukan tahu. Sila kaji, atau ambil-tahu. Dan al Quran adalah di dalam bahasa Arab yang mudah, namun waspada terhadap terjemahan. “Shim-ha-dal”, iaitu “syahadun”, juga “syahadu”, adalah sama ertinya dengan menyaksikan, iaitu “bear witness” di dalam bahasa English. Fahamilah, “shim-ha-dal” tidaklah patut diterjemahkan kepada memperakui. Dan “shim-ha-dal-ha”, iaitu syahadah, sepatutnya diterjemahkan kepada penyaksian. Apa pun, bagaimanakah Rasulullah masuk Islam? Dan apakah erti Muslim, maka apakah susulan itu?
    Hmm, menyaksikan ditukar kepada bersaksi, atau kepada memperakui. Dan “bear witness” ditukar kepada “testify” ataupun “declare”. Dan “rob” (rabb) diterjemahkan kepada tuhan. Dan solaat (solat) diterjemahkan kepada sembahyang. Hmm, betapa ramai yang melampau, atau sesat, atau terpesong, akibat terjemahan atau erti atau tafsir yang salah atau mengelirukan. Dan malangnya, ulama Hadis diterima sebagai ulama Islam. Sila sedar atau fikirkanlah. Samakah yang mengaji dengan yang mengkaji, atau hafal dengan faham? Tidak. Fahamilah, yang mengucap 2 kalimah Syahadah adalah Munafiq atau Muslim palsu. Munafiq: Tidakkah Melayu Munafiq lebih banyak bohong atau salahnya berbanding Arab Munafiq? Adakah Arab Munafiq menyamakan solaat dengan sembahyang? Adakah Arab Munafiq menyamakan “rob” dengan tuhan, iaitu “ilah”, iaitu “god”? Dan adakah Arab Munafiq mengatakan bahawa solaat adalah ibadat? Awas, jangan tersalah kitab ataupun guru, ataupun ikutan, ataupun pengertian, usahkan takut untuk memikirkan dengan jujur serta dengan munasabah. Dan Allah tidak memberi hidayah, usahkan SyurgaNya, kepada pelampau dan pendusta, maka pentingkanlah keadilan dan kewajaran dan kebenaran serta kejujuran.
    “Rob” patut diterjemahkan kepada tuan, bukan kepada tuhan, iaitu bukan kepada “ilah”. “Rob” bukan “ilah”. “Ilah” adalah “tuhan” di dalam bahasa Malaysia, iaitu “god” di dalam bahasa English. Dan “rob” adalah “tuan”, iaitu “lord” di dalam bahasa English. Sedarlah, kalau engkau tidak menyaksikan, maka engkau bohong kalau mengucap “ash-hadu”. Dan kalau engkau salah atau jahil mengenai erti tuhan, maka “laa-ilaha-illallah” tidaklah engkau betul percaya. Apakah sepatutnya hak Allah ke atas kita, ciptaanNya, sedangkan Dia adalah yang paling berkuasa? Allah berhak, sepatutnya berhak sebagai tuan ke atas kita. Dan benar, kita berhak merdeka, iaitu tidak diperhambakan oleh selain Allah. Allah, hanya Allah adalah yang berhak sebagai tuan kita. Allah, hanya Allah adalah yang berhak sebagai raja kita. Dan kita patut setia kepada yang berhak sebagai tuan kita, lebih-lebih lagi kepada yang berhak sebagai raja kita, iaitu Allah. Awas, jangan silap mengenai erti sembah dan tuhan dan Muslim dan Islam dan shirik dan tauhid dan kemerdekaan dan perhambaan dan najis, usahkan silap mengenai masuk Islam. Menyembah hanya Allah, adalah tauhid, yakni mentauhidkan Allah, iaitu bersetia kepada Allah. Dan lawan kepada tauhid ialah shirik (syirik).
    Antara solaat dan tauhid, yang manakah penting untuk dijaga, atau lebih wajar dijaga? Jawapan: Tauhid, bukan solaat. Dan apakah yang membezakan Muslim dari Kafir, menurut atau berlandaskan al Quran: Adakah solaat, atau adakah sembahan? Jawapan: Sembahan, bukan solaat. Sedarlah, bahawa yang menyembah selain Allah adalah Kafir, menurut atau berpandukan 3 ayat pertama di surah Kafirun. Dan fahamilah, sia-sia atau bahkan membawa ke Neraka adalah solaat dan amal ibadat lain kalau Allah sebenarnya tidak disembah, apatah lagi kalau selain Allah adalah yang sebenarnya disembah. Sesungguhnya, menyembah selain Allah, iaitu memperajakan selain Allah ataupun mempertuankan selain Allah, adalah shirik, tetapi apakah yang dikatakan shirik oleh ulama atau imam atau ustaz? Bagaimana pula dengan tauhid dan najis? Janganlah tertipu atau menyangka saja. Sedarlah, kita sangat wajib setia kepada Allah, Dia yang berhak sebagai tuan dan raja kita. Dan awas, solaat bukan sembahyang, juga bukanlah penyembahan, tetapi solaat adalah amal ibadat. Fahamilah, bahawa ejaan solaat ialah “sod-lam-alif-ta”, tetapi sembah di dalam bahasa Arab ialah “ain-ba-dal”. Maka? Solaat dan sembahyang tidaklah sama. Ketahuilah, “ain-ba-dal-ta” ialah ibadat. Dan ibadat, bukan solaat, adalah yang sama ertinya dengan penyembahan. Kalaupun penyembahan, iaitu ibadat, adalah sama ertinya dengan sembahyang, namun solaat tidaklah wajar diterjemahkan kepada sembahyang. Dan janganlah sembah hyang, tetapi sembahlah Allah, hanya Allah, Dia, pencipta kita, Dia yang terlalu berkuasa, Dia, pemerintah mutlak Syurga serta Neraka.
    Sila tahu, jangan sekadar menyangka, usahkan membuta yakin. Sila fahami bukti atau penjelasan. Dan sila wajar atau munasabah, bukan ikut orang, bukan ikut suka. Terjemahan atau erti yang salah, dan ajaran sesat Syahadah: Tidakkah itu hasil kerja atau dakyah Munafiq, bukan Yahudi? Apapun, kaji atau fikirlah. Hadapi serta terimalah hakikat atau yang benar, walaupun ianya sangat menakutkan dan apa pun. Dan janganlah untung jangka pendek, tetapi rugi jangka panjang. Kita sepatutnya jujur dan lurus, bukan sebaliknya. Kita patut mementingkan isi hati berbanding penampilan. Dan apa pun kesalahan bukanlah alasan yang wajar untuk menidakkan ataupun memperlekeh kebenaran. Kebenaran, iaitu fakta atau hakikat, adalah sesuatu yang patut diterima, walaupun yang menyampaikan adalah orang asing atau apa pun. Dan ingatlah, apa pun keburukan atau kekurangan si penyampai bukanlah “lesen” untuk menolak kebenaran yang dia sampaikan. Hmm, kalau engkau yakin atau rasa bahawa ajaran atau pendapat aku adalah salah, maka sila buktikan. Bolehkah? Wajarlah, kalaupun aku berdosa atau bersalah, namun ajaran atau pendapat aku yang benar tidaklah patut ditolak. Hakikat, atau fakta, atau sesuatu yang benar, begitu juga keadilan, lebih-lebih lagi ajaran Allah, sepatutnya diperjuangkan atau dipertahankan, bukan sepatutnya diketepikan. Kezaliman, begitu juga kepalsuan, tidaklah patut dibiarkan saja. Dan ayuh, mari kita menjadi tangan keadilan, atau suara kebenaran, bersama kesetiaan kepada Allah.
    Jangan lupa, atau sila sedar, Allah adalah pencipta kita semua. Orang asing atau apa pun, kita semua adalah milik Allah, Dia, pemilik Bumi serta Langit. Dan perjuangkanlah, bahawa Allah, hanya Allah adalah yang berhak sebagai tuan kita, raja kita, tuhan kita. Jangan sombong terhadap Allah, Dia yang paling berkuasa, Dia yang paling mulia, Dia yang maha tahu. Dan ingat, kita semua dikembalikan kepada Allah untuk perkiraan dan pembalasan. Janganlah mati kecuali di dalam Islam, iaitu sebagai Muslim, sebenar Muslim. Fahami 3 ayat pertama di surah Kafirun, dan fahami erti sembah serta erti Muslim, lalu sedarlah bahawa Muslim adalah yang menyembah hanya Allah, iaitu mempertuankan hanya Allah dan memperajakan hanya Allah, dan bahawa Muslim adalah yang menyerah diri kepada Allah. Suka atau tidak, siapakah tuan kita, raja kita, tuhan kita? Apakah jawapan Rasulullah, tetapi apakah ajaran ulama atau imam atau ustaz? Takutlah kepada Allah. Dan sila faham, bahawa berdisiplin dan sopan, apatah lagi berakal dan matang, bukanlah mengikut marwah dan suka hati, tetapi mengikut hakikat dan kewajaran.

Friday, June 9, 2017

Biarkan Berlalu, Dan Nasihat Bodoh Mengenai Cinta

Tidak ada SMS atau mesej yang jelas darinya. Aku sekadar boleh menyangka bahawa dia sedang menunggu atau mengharapkan kedatangan aku. Namun aku sudah tidak mahu ambil tahu. Aku sudah tidak mahu memikirkan. Dan sudah entah berapa kali aku mengatakan atau menganggap bahawa dia adalah perempuan penyakit. Hmm, betapa marwah merosakkan atau merugikan. Betapa penting adalah jujur ataupun berterus-terang kepada si lelaki yang dicinta. Dan timba tak sedar diri, serta tidak jujur dalam cinta: Begitulah sudah ramai perempuan. Apapun, sejak beberapa hari yang lalu, sudah entah berapa kali aku mengucapkan “Goodbye, Rubi”. Hmm, entah apa yang baru berlaku atau akan berlaku membabitkan dia. Allah tahu. Yang pasti, aku tak sanggup atau tidak rela untuk menerimanya sebagai isteriku yang pertama, melainkan dia masih perawan, atau Allah menghendaki. Sila fikirkan, samakah martabat setia dengan curang, atau yang jujur dengan pembohong, atau barang baru dengan barang terpakai? Adillah. Terus-terang, aku tidak mahu sisa atau bekas sesiapa sebagai isteriku yang pertama. Dan siapa langsung tidak memilih?
    Perawan suci yang menyembah hanya Allah: Itukah engkau, atau si anak, atau si adik, atau si kakak, atau si ustazah? Benar, Mushrik dan penzina tidaklah suci, usahkan mulia. Dan yang menyembah selain Allah adalah Kafir, serta Mushrik, najis. Awas, “tersalah-kangkang” membawa derita atau buruk padahnya. Marwah bukanlah kehormatan, usahkan nilai diri. Dan betapa marwah mudah diperdaya. Fahamilah, bahawa “bercinta selepas kahwin” adalah nasihat bodoh, atau bukanlah kata-kata yang patut diikutkan. Bercinta selepas kahwin: Malangnya, cinta masih tidak datang-datang, walaupun sudah berkali-kali mengangkang. Dan bolehkah bercinta tanpa cinta? Jangan merepek! Ingat, sangka bukan tahu. Menyangka bukanlah mengetahui. Dan awas, jangan silap mengenai erti sembah dan Islam dan syahadah, usahkan silap mengenai bagaimana untuk menjadi Muslim, sebenar Muslim. Bagaimanakah Ibrahim atau Rasulullah yang lain menjadi Muslim? Dan apakah erti Muslim? Sedarlah. Mengenai sembah, sila faham bahawa abdi dan hamba adalah sama ertinya, dan bahawa memperajakan, begitu juga mempertuankan, adalah menyembah. Sembahlah hanya Allah, iaitu pertuankanlah hanya Allah, dan perajakanlah hanya Allah. Dan menyerahlah kepadaNya.

Sunday, May 7, 2017

Yang Sepatutnya Dipegang Atau Dipercaya, Dan Saksi Kerasulan Nabi Muhammad

Bagaimanakah Rasulullah masuk Islam atau menjadi Muslim? Dan setepatnya, apakah erti Muslim, maka apakah susulan itu? Apapun, apakah yang patut diikut atau dipercaya? Sebenar-benarnya, apakah yang diikut atau yang dipercaya oleh Rasulullah, termasuklah Muhammad dan Ibrahim serta Isa al-Masih, iaitu Jesus Christ? Redho atau tidak, apakah yang kita serta Rasulullah sepatutnya ikut atau percaya? Adakah al Quran dan Hadis “sahih”? Atau adakah hakikat dan ajaran Allah? Sila fahami hakikat bahawa Nabi Muhammad tidaklah mengikut Hadis “sahih”, dan Nabi Ibrahim tidaklah berpandukan al Quran. Maka?
    Jujur dan luruslah. Sedarlah, yang sepatutnya diikut atau dipercaya adalah hakikat dan ajaran Allah, iaitu bukan al Quran dan Hadis “sahih”, usahkan ulama. Dan sedarlah, bahawa yang tidak betul mengenai masuk Islam tidaklah patut diterima sebagai ulama Islam, juga tidaklah patut dianggap sebagai Muslim sebenar. Secara perbandingan, hakikat dan ajaran Allah, bukan ulama, juga bukan al Quran dan Hadis “sahih”, adalah yang patut diikut atau dipercaya. Benar, al Quran, kalamullah, patut dipercaya, serta patut diikut, tetapi tidak Hadis “sahih”. Dan sedar atau fahamilah, Hadis “sahih” tidaklah patut dianggap sebagai sumber hukum dan ajaran Islam, tetapi patut disedari serta dianggap sebagai sumber kesesatan dan kezaliman serta ada-adaan yang tidak wajar. Hakikat ialah kebenaran atau fakta. Yang menidakkan atau mengenepikan kebenaran patut dianggap pendusta ataupun pembohong. Dan yang menidakkan atau mengenepikan keadilan patut dianggap pelampau. Sedarlah, Muslim sebenar bukanlah pelampau, juga bukanlah pendusta ataupun pembohong. Dan awas, marwah bukan kehormatan, juga bukanlah nilai diri.
    Marwah, sebagaimana syahwat, bukanlah yang patut diikut. Awas, jangan salah ataupun silap mengenai masuk Islam, ataupun mengenai erti sembah dan tuhan dan Muslim dan Islam dan tauhid dan najis. Dan berpeganglah kepada hakikat serta ajaran Allah yang terkandung di dalam al Quran. Sesungguhnya, al Quran adalah kitab karangan Allah, Dia, satu-satunya pencipta Islam, Dia, si pemberi rezeki dan hidayah, Dia, penguasa mutlak Syurga dan Neraka. Sebenar al Quran, atau al Quran yang tulen, adalah kitab yang kini berada di Lauhul Mahfudz. Dan fahamilah, al Quran, iaitu bukan Hadis “sahih”, adalah bukti bahawa Nabi Muhammad adalah Rasulullah. Hmm, siapakah saksi sebenar bahawa Nabi Muhammad adalah Rasulullah? Atau siapakah yang menyaksikan peristiwa di mana Ahmad atau Muhammad dilantik menjadi Rasulullah? Jawapan: Bukan ulama muktabar mazhab Sunnah wal Jamaah, juga bukanlah imam besar Syiah. Hmm, siapa suruh ikut mazhab? Dan mengenai “Syahadah Munafiq”, sila fahami ayat pertama di surah Munafiqun. Sedar atau fahamilah, bahawa yang tidak menyaksikan tidak patut menjadi saksi, juga tidaklah patut “bersaksi”. Dan awas, menyaksikan, begitu juga “bersaksi”, bukanlah sama ertinya dengan memperakui.
    Hmm, betapa ramai yang mengaku mengikut al Quran atau mengaku beriman kepada al Quran, padahal sebenar ajaran atau kepercayaan mereka bercanggah atau tidak sejajar dengan al Quran. Betapa ramai yang hafal, atau yang betul pada sebutan, tetapi sebenarnya tidaklah mempercayai, atau tidaklah faham apa yang diucapkan. Dan betapa ramai yang mengaku menyembah hanya Allah, atau beria-ia mengucap ayat 5 surah Fatihah, sedangkan selain Allah adalah yang diperajakan. Hmm, janganlah silap mengenai erti sembah ataupun tuhan, usahkan silap mengenai masuk Islam atau mengenai bagaimana untuk menjadi Muslim, sebenar Muslim. Redho atau tidak, Allah berhak, sepatutnya berhak sebagai tuan ke atas kita, ciptaanNya. Dan sewajarnya, kita berhak merdeka, iaitu tidak diperhambakan oleh selain Allah. Hanya Allah adalah yang berhak sebagai tuan kita. Dan yang tidak berhak sebagai tuan kita tidaklah berhak sebagai raja kita. Hanya Allah adalah yang berhak sebagai tuan kita. Hanya Allah adalah yang berhak sebagai raja kita. Dan hanya Allah adalah sebenar tuhan, iaitu pemerintah yang sesungguhnya tidak dikuasai.
    Awas, terjemahan atau pengertian yang salah janganlah tidak disedari, usahkan diterima-pakai ataupun dipercayai. Dan perangi atau tolaklah “Ajaran Sesat Syahadah”. Fahami 3 ayat pertama di surah Kafirun, serta erti Muslim, lalu sedarlah bahawa masuk Islam, iaitu menjadi Muslim, bukanlah dengan mengucap dua atau berapapun kalimah Syahadah, juga bukanlah dengan mengamalkan apa yang diuar-uarkan sebagai Rukun Islam, serta bukanlah dengan mengikut al Quran. Dan awas, Allah benci atau tidak suka kepada pelampau dan pendusta, maka pentingkanlah kewajaran dan keadilan dan kebenaran serta kejujuran. Bijaklah. Jangan untung jangka pendek, tapi rugi jangka panjang. Dan al Quran sepatutnya ditadabbur, bukan sepatutnya dihafaz.

Monday, April 3, 2017

Malang Ahli PAS, Dan Yang Sebenarnya Kafir, Dan Yang Sepatutnya Diikut

Apakah antara kesesatan atau kesalahan ahli PAS (Parti Islam SeMalaysia)? Barua syaitan atau ulama temberang ataupun ulama Hadis diterima sebagai ulama Islam: Itulah antara kesesatan atau kesalahan ahli PAS dan ramai manusia. Fikir-fikirkanlah dengan wajar. Dan fahamilah, Allah tidak ajar bahawa ulama adalah pewaris Nabi, maka begitulah juga dengan rasulNya, termasuklah Muhammad. Sebenarnya, apakah ajaran Allah mengenai ulama dan najis? Bagaimana pula dengan syahadah Munafiq? Ketahuilah. Rujuklah al Quran. Dan sebenar-benarnya, apakah erti sembah dan tuhan dan Muslim dan Islam? Ingat, hakikat dan ajaran Allah adalah yang sepatutnya diikut atau dipercaya, bukan atau berbanding al Quran dan Hadis “sahih”, usahkan ulama. Dan sila cari atau sila namakan ulama atau raja yang berani untuk mubahalah menentang aku yang mengatakan bahawa ulama PAS, begitu juga pengikut mazhab Sunnah wal Jamaah, sebenarnya adalah Kafir atau Muslim palsu, dan bahawa yang memperajakan selain Allah adalah Kafir, serta bahawa solaat bukanlah sembahyang. Ada? Kalau sebenarnya tidak ada, maka apakah susulan itu? Jangan takut untuk memikirkan. Jangan tersalah kitab ataupun guru. Dan janganlah mabuk kemarwahan ataupun menyangka-nyangka.

Thursday, March 9, 2017

Hakikat Kita, Dan Asas Untuk Kejayaan Diri Serta Kemakmuran Seluruh Dunia

Siapa kita? Bagaimanakah kita boleh ada nyawa ataupun roh? Kita adalah ciptaan Allah, Dia, satu-satunya pencipta Islam, Dia, satu-satunya pengarang al Quran, Dia, penguasa mutlak Syurga dan Neraka. Kita tidak dilahirkan di dalam Islam, tetapi di dalam kejahilan. Dan kepada Allah kita dikembalikan. Allah tidak mencipta kita melainkan untuk atau supaya menyembahNya, iaitu menghambakan diri kepadaNya. Awas, beribadat dan menyembah adalah sama ertinya, begitu juga dengan abdi dan hamba. Dan sedarlah bahawa mempertuankan, apatah lagi memperajakan, adalah menyembah, atau bermakna menyembah.
    Fahamilah, bukanlah sembahyang ataupun penyembahan ataupun ibadat tanpa sembah, atau tanpa menyembah. Dan solaat ialah sod-lam-alif-ta, tetapi sembah di dalam bahasa Arab ialah ain-ba-dal, dan ibadat ialah ain-ba-dal-ta. Maka? Sedarlah, yang patut disama-ertikan dengan sembahyang ataupun penyembahan ialah ibadat, bukan solaat. Solaat bukanlah sembahyang, apatah lagi kalau sembahyang sebenarnya ialah “sembah hyang”. Sedarlah, melakukan solaat bukanlah bermakna menyembah Allah, usahkan bermakna mentauhidkan Allah. Dan mengenai sembah atau menyembah, sila perhalusi 3 hakikat atau fakta, iaitu bahawa menyembah ialah menghambakan diri, dan bahawa kalau ada hamba, maka adalah tuan, serta bahawa raja adalah tuan, semestinya adalah tuan ke atas yang dikuasainya. Jujurlah. Dan kalau ada hamba, maka adalah tuan, susulan itu, kalau kita adalah hamba Allah, maka Allah adalah tuan kita. Ketahuilah, erti “rob” (rabb) bukanlah yang memerintah, oleh itu, “rob” tidaklah patut diterjemahkan kepada yang memerintah. Sebenarnya, “rob” dan “malik” dan “ilah” adalah 3 jenis pemerintah, atau 3 kategori pemerintah. Sesungguhnya, “rob” dan “malik” dan “ilah” patut diterjemahkan kepada “tuan” dan “raja” dan “tuhan”. Dan awas, jangan menjadi najis atau terpesong ataupun salah gara-gara erti atau terjemahan yang salah ataupun kurang tepat.
    Sebenarnya, siapakah yang bangga atau suka kalau selain Allah adalah yang engkau pertuankan, atau bahkan perajakan? Adakah Allah dan rasulNya? Atau adakah Iblis dan syaitan? Bayangkanlah. Jujurlah. Dan sedarlah, kalau tidak mempertuankan Allah, maka tidaklah menghambakan diri kepada Allah, maka tidaklah menyembah Allah. Percayalah, “Allah ialah pencipta kita, tuan kita, raja kita, tuhan kita”. Dan sila hayati atau amalkanlah, “oh Allah, penciptaku, tuanku, rajaku, tuhanku, kepadaMu aku menyerah diri; salaam, oh Allah, salaam”. Janganlah sombong, usahkan derhaka, usahkan shirik terhadap Allah. Ingat mati. Dan janganlah mati melainkan di dalam Islam, iaitu di dalam penyerahan diri kepada Allah, Dia, rob-binnas, malikin-nas, ila-hinnas, iaitu tuan manusia, raja manusia, tuhan manusia, iaitu “lord of humans”, “king of humans”, “god of humans”.

Saturday, February 4, 2017

Bijak Dalam Memilih Dan Mempercayai Dan Bertindak @ Jangan Rugi Jangka Panjang

Siapa yang tidak memilih, langsung tidak memilih? Siapa yang sebenarnya tidak berkira, atau tidak menilai? Dan walau sehebat manapun, ulama atau raja manakah yang berani untuk mubahalah demi mempertahankan ajaran atau kepercayaan bahawa menjadi Muslim atau masuk Islam adalah dengan mengucap kalimah Syahadah, ataupun dengan mengamalkan “Rukun Islam”? Ada? Ataukah tiada? Apapun, kita sepatutnya memilih atau menilai atau percaya atau bertindak berlandaskan apa, atau mengikut apa? Suka atau tidak, apakah yang sepatutnya dipentingkan atau diambil-kira, tidak diperlekeh, usahkan diketepikan?
    Benar, kehendak dan kepercayaan kita tidaklah sama saja, tetapi kewajaran, juga hakikat, tidak patut diketepikan. Awas, “tersalah kangkang” membawa derita atau buruk padahnya. Atau bodoh adalah berkahwin ataupun melakukan seks dengan lelaki yang sebenarnya tidak dicinta. Dan marwah mudah diperdaya. Ketahui pilihan yang bijak, sesungguhnya bijak atau tidak bodoh. Dan ketahuilah perbuatan atau penilaian ataupun hukuman yang wajar, betul wajar, tidak zalim, atau tidak melampau. Sila kenal atau ketahui keadilan. Sila sedari hakikat, termasuk atau terutama mengenai Islam dan bagaimana untuk menjadi Muslim, sebenar Muslim. Dan pentingkan atau ambil-kiralah pandangan atau penilaian ataupun ajaran Allah, Dia, penilai terarif dan hakim terbaik, Dia yang tidak zalim serta tidak memerlukan, Dia yang terlalu berkuasa yang kepadaNya kita dikembalikan.
    Janganlah cerdik atau untung jangka pendek, tetapi bodoh atau rugi jangka panjang. Sepatutnya, jangan memilih untuk mengikut marwah dan kebendaan, tetapi memilih untuk mengikut akal serta kewajaran. Dan janganlah memilih untuk mendapat kesenangan atau untung di Dunia, lalu akan sakit atau susah ataupun rugi di Akhirat. Janganlah memilih untuk menjadi seorang yang dangkal ataupun singkat pandangan, tetapi pilihlah untuk menjadi seorang yang dalam atau menyeluruh, serta mengambil-kira Akhirat. Janganlah memilih untuk mengenepikan ajaran Allah, ataupun keadilan, ataupun hakikat. Dan janganlah mati, melainkan di dalam Islam atau sebagai Muslim, sebenar Muslim. Mengenai syahadah Munafiq, sila fahami ayat pertama di surah Munafiqun. Awas atau sedarlah, menyaksikan ataupun bersaksi tidaklah sama ertinya dengan memperakui. Dan erti yang tepat untuk “Muslim” ialah yang menyerah diri kepada Allah, susulan itu, menyerah diri kepada Allah adalah perlu untuk menjadi Muslim. Hmm, berapa ramaikah yang percaya atau sedar bahawa Muslim adalah yang menyembah Allah, hanya Allah, iaitu mempertuankan Allah, hanya Allah, dan memperajakan Allah, hanya Allah? Dan ramaikah yang memilih untuk menerima bahawa Muslim adalah yang “aslim” atau menyerah diri kepada Allah, tidak sombong, usahkan derhaka, usahkan curang ataupun shirik terhadap Allah?
    Fahamilah, yang ramai bukanlah Muslim, tetapi yang mengaku Muslim. Dan kalau engkau sebenarnya bukan Muslim, maka engkau bukanlah sebenarnya pengikut Nabi Muhammad, juga bukanlah engkau sebenarnya Kristian ataupun pengikut Nabi Isa. Allah tidak memberi hidayah, usahkan SyurgaNya, kepada pelampau, juga tidak kepada pendusta, maka penting-beratkanlah kewajaran atau keadilan, dan penting-beratkanlah kebenaran serta kejujuran. Dan fahamilah, bahawa Allah berkira, sangat berkira. Sedarilah hakikat, iaitu fakta atau kebenaran, serta percayalah ia atau terimalah ia, walaupun hakikat atau fakta atau kebenaran itu sangatlah menakutkan serta menyakitkan, dan walau seramai manapun ustaz dan ulama Hadis tidak setuju. Ingatlah, hakikat dan ajaran Islam tidaklah bergantung kepada Rasulullah, usahkan ulama, usahkan ustaz. Dan hubungan yang paling penting untuk dijaga atau untuk diambil-kira adalah hubungan dengan Allah, iaitu Dia yang paling mulia serta paling berkuasa, Dia, penguasa mutlak Syurga dan Neraka, Dia yang tidak mencipta kita melainkan untuk atau supaya menyembahNya. Sedarlah, beribadat dan menyembah adalah sama ertinya, begitu juga dengan abdi dan hamba. “Rob” bukan “ilah”, maka janganlah menyamakan “rob” dengan tuhan. Dan janganlah sesat atau terpesong gara-gara erti atau terjemahan yang salah atau kurang tepat.
    Al Quran, bukan Hadis sahih, adalah yang patut diambil sebagai imam. Ketahui dan terima-pakailah ajaran Allah yang terkandung di dalam al Quran, termasuk mengenai hadis dan sunnah dan ulama dan najis. Dan Allah adalah satu-satunya pencipta Islam, oleh itu, sebenar hukum dan ajaran Islam adalah bergantung hanya kepada Allah, tidak bergantung kepada Rasulullah, usahkan ulama, usahkan ustaz. Awas, melakukan sesuatu yang berdosa atau melampau, begitu juga mementingkan kebendaan atau marwah ataupun adat, adalah untuk masuk Neraka, atau untuk menjadi hina. Dan syaitan mampu untuk menghias kejahatan, juga kebodohan. Beranilah untuk memikirkan secara rasional, serta dengan jujur. Sedarlah, semakin tidak wajar atau tidak jujur atau tidak lurus, maka semakin tidak patut dihormati, juga semakin tidak patut diberikan peluang ataupun kepercayaan. Dan bohong yang paling bodoh adalah bohong kepada Allah, terutama semasa melakukan solaat atau suatu amal ibadat.

Friday, January 27, 2017

Yang Membezakan Muslim Dari Kafir, Dan Erti Muslim

Pentingkan solaat? Bangga atau rasa gembira selepas melakukan solaat? Sebenarnya, bohong atau tidak dalam solaat? Sedarlah, bahawa yang bohong atau membuat pengakuan palsu dalam solaat, ataupun semasa mengucap ayat 5 surah Fatihah, sepatutnya dianggap Munafiq atau Muslim palsu, bukan sepatutnya dianggap Muslim, usahkan Mukmin. Dan apabila atau kalau terdapat percanggahan antara Hadis dan al Quran, maka ajaran atau kata-kata yang manakah patut diterima: Adakah ajaran atau kata-kata Hadis, atau adakah ajaran atau kata-kata al Quran? Fahamilah, bahawa sewel atau tidak rasional atau tidak patut adalah menerima kedua-duanya. Sebenarnya, siapakah pengarang Hadis, atau siapakah pengarang sesuatu hadis yang dikatakan sahih itu? Dan sebenarnya, siapakah pencipta Islam, maka apakah susulan itu? Beranilah untuk memikirkan secara rasional serta dengan jujur. Dan hakikat, iaitu kebenaran, sepatutnya diterima, bukan sepatutnya ditolak, walau apa pun fatwa ulama. 
Fahamilah, bahawa siapapun Rasululah adalah si hamba, sedangkan Allah adalah si tuan, juga si raja. Patutkah si hamba disama-pentingkan dengan tuannya? Dan sebenarnya, bagaimanakah Rasulullah, termasuk Ibrahim dan Muhammad, masuk Islam atau menjadi Muslim? Mengenai Muslim berbanding Kafir, apakah yang membezakan Muslim dari Kafir: Adakah solaat, atau adakah sembahan? Menurut pengarang Hadis dan ulama Hadis, solaat adalah yang membezakan Muslim dari Kafir. Tapi, menurut pengarang al Quran, iaitu Allah, sembahan adalah yang membezakan Muslim dari Kafir. Fahami 3 ayat pertama di surah Kafirun, atau sila fikirkan, “wahai Kafir, aku tidak sembah apa yang engkau sembah, dan engkau tidak sembah apa yang aku sembah”. Soalnya, siapakah sembahan, iaitu yang disembah, oleh si “aku”, tetapi siapakah yang disembah oleh si Kafir? Sedarlah, si “aku”, iaitu Rasulullah atau Muslim, adalah yang menyembah Allah, hanya Allah, dan bahawa si Kafir adalah yang menyembah selain Allah. Maka? Tidakkah benar bahawa yang membezakan Muslim dari Kafir adalah sembahan, menurut al Quran? Munasabahlah. Jujurlah. Dan benar adalah bahawa kita tidaklah dilahirkan Muslim, juga tidak dilahirkan Kafir. Kita dilahirkan jahil, tetapi seperti kain putih. Dan suka atau tidak, atau percaya atau tidak, Allah tetaplah memerintah sebagai tuan dan raja dan tuhan, sebagaimana Allah tetaplah pencipta dan pemberi nyawa dan pengambil nyawa. Fahamilah. Allahu akbar. Walilla-hilhamd.
Sesungguhnya, Nabi Muhammad bukan pengarang Hadis. Nabi Muhammad bukanlah pengarang Hadis, oleh itu, Hadis tidak patut didefinisikan sebagai, ataupun disamakan dengan kata-kata Nabi Muhammad. Dan Allah, hanya Allah adalah pencipta Islam. Allah, hanya Allah adalah pencipta Islam, oleh itu, hukum dan ajaran Islam adalah bergantung hanya kepada Allah, tidak bergantung kepada siapapun Rasulullah, usahkan ulama. Sila ketahui ajaran Allah yang terkandung di dalam al Quran, termasuk ajaran mengenai hadis dan sunnah dan ulama dan najis dan syahadah dan syafaat. Dan Muslim adalah sama ertinya dengan yang “aslim”, iaitu yang menyerah, yakni menyerah diri. Kepada siapa Muslim menyerah diri? Kepada Allah. Setepatnya, erti Muslim ialah yang menyerah diri kepada Allah. Maka? Dan Muslim adalah yang menyembah Allah, hanya Allah. Awas, jangan tertipu ataupun salah mengenai sembah. Mempertuankan, apatah lagi memperajakan, adalah atau bermakna menyembah. Dan kalau ada hamba, maka adalah tuan, oleh itu, kalau engkau adalah hamba Allah, maka Allah adalah tuan engkau. Insaflah. Dan amalkanlah, “oh Allah, penciptaku, tuanku, rajaku, tuhanku, kepadaMu aku menyerah diri; salaam, oh Allah, salaam”.