Monday, May 28, 2018

Elokkah Beriman Kepada Ulama, Atau Menjadi Pengikut Ulama?

Siapakah pengikut ulama yang mencanggah al Quran mengenai najis atau hadis atau sunnah ataupun syahadah? Siapakah pengikut ulama yang salah mengenai erti Islam ataupun sembah? Dan lebih teruk, siapakah pengikut ulama yang salah mengenai masuk Islam, iaitu mengenai bagaimana untuk menjadi Muslim? Alhamdulillah, bukan aku. Bagaimana dengan engkau atau si ustaz atau seseorang yang engkau hormat ataupun sayang? Pendek kata, yang manakah patut diikut: Adakah ajaran Allah, atau adakah ulama? Fahamilah, hanya Allah adalah pencipta Islam. Dan kepada Allah kita dikembalikan.
       Janganlah bohong ataupun berdolak-dalih. Disiplinkanlah diri. Dan perbaikilah sikap dan kepercayaan serta keinginan. Terimalah hakikat atau kebenaran, walau siapa pun yang menyampaikannya. Janganlah untung jangka pendek, tetapi rugi jangka panjang. Dan ingat, tidak semua layak untuk mendapat hidayah dari Allah, bahkan tidak semua mampu untuk faham, betul faham. Ketahuilah, bahawa ulama ada macam-macam. Dan ulama Hadis janganlah disamakan dengan ulama Islam, terutama mereka yang salah mengenai masuk Islam ataupun mengenai erti Islam. Berpeganglah pada hakikat serta ajaran Allah. Dan sedarlah, al Quran tidaklah sehaluan dengan "Hadis sahih". Rujuklah al Quran. Dan mengenai najis, fahami ayat 28 di surah Taubah. Ayat al Quran janganlah sekadar dibaca. Tadabbur. Fikirkan. Fahamkan. Ambil-tahu ajaran Allah, dan jadikanlah pegangan.
       Mushrik adalah najis, menurut ayat 28 di surah Taubah, tetapi ulama atau ustaz manakah yang betul percaya? Mushrik adalah najis menurut ajaran Allah, tetapi apakah ajaran ulama atau guru engkau mengenai najis: Adakah sama, atau adakah berbeza? Hmm, betapa ramai ulama yang patut dianggap ulama temberang, atau bahkan patut dianggap barua murahan syaitan. Dan betapa banyaknya solaat yang sia-sia, atau bahkan membawa ke Neraka. Ingat atau sedarlah, semakin engkau tidak tahu ajaran Allah yang terkandung di dalam al Quran, maka engkau semakin mudah untuk dipesong-sesatkan oleh pengikut Hadis. Dan pendek kata, yang mengkaji adalah yang tahu atau yang lebih faham, berbanding yang berguru.
•••••
Ulama Dan Bukti, Dan Erti Islam
https://goo.gl/UpQzHH
•••••
Antara PAS Dan UMNO Dan Islam Sebenar @ Ciri Utama Islam
https://goo.gl/v7ffAP
•••••
Kafir, Menurut Al Quran
https://goo.gl/8oW1ZD
•••••
Mukmin, Shafaat, Dan Ulama
https://goo.gl/uEdSPW
•••••
Shirik Dan Tauhid, Dan Muslaam Dan Menjadi Munafiq
https://goo.gl/vo884A

Saturday, May 26, 2018

Tuan Dan Raja Dan Tuhan: Sekadar Soalan Dan Mesej Ringkas

Hmm, semua nak jadi tuan? Sedarlah, Allah adalah "malikin-nas", yakni raja manusia. Dan raja adalah tuan, semestinya raja adalah tuan ke atas yang dikuasainya, maka? Raja adalah tuan, semestinya raja adalah tuan, oleh itu, kalau Allah adalah raja manusia, maka tentulah Allah tuan manusia. Betul?
•••••
Apakah erti "Yang Dipertuan"? Dan siapakah yang "mempertuankan"? Allah, hanya Allah adalah yang patut dipertuankan. Dan hanya Allah adalah yang patut diperajakan. Sebenarnya, apakah "raja", dan apakah "pemerintah" di dalam bahasa Arab dan English? Janganlah berdolak-alih. Allah, sembahlah Allah, hanya Allah: Janganlah selain Allah dipertuankan, usahkan diperajakan.
•••••
Apakah agaknya jawapan Nabi Muhammad kalau ditanya, "siapakah pencipta kita, tuan kita, raja kita, tuhan kita"? Dan bayangkan, siapakah yang suka atau redho kalau engkau memperajakan selain Allah, ataupun mempertuankan selain Allah: Adakah Allah dan rasulNya, atau adakah Iblis dan syaitan? Jujurlah. Dan ingat mati. Tuan dan raja dan tuhan adalah 3 jenis pemerintah. Dan erti tuhan adalah pemerintah yang tidak dikuasai. Selain Allah, siapakah pemerintah yang tidak dikuasai?
•••••
Mengenai tuan, tidakkah Allah berhak sebagai tuan ke atas setiap ciptaanNya? Dan tidakkah kita adalah hamba Allah? Suka atau tidak, Allah berhak sebagai tuan ke atas kita, ciptaanNya. Dan kalau ada hamba ataupun abdi, maka adalah tuan, oleh itu, kalau kita adalah hamba ataupun abdi Allah, maka Allah adalah tuan kita. Janganlah sombong terhadap Allah. Rendahkanlah diri sebagai hamba kepada Allah. Dan taat-setialah kepadaNya.
•••••
Benar, kita wajib setia kepada yang berhak sebagai tuan kita, iaitu Allah, hanya Allah. Merdeka, kita berhak merdeka, iaitu tidak diperhambakan oleh selain Allah. Dan mubahalah, aku sanggup untuk mubahalah demi mempertahankan bahawa mempertuankan selain Allah, apatah lagi memperajakan selain Allah, adalah shirik. Hmm, adakah ulama yang sudi untuk menyahut cabaran? Awas, ulama Hadis janganlah disamakan dengan ulama Islam, lebih-lebih lagi mereka yang mengajar bahawa "Syahadah" adalah sebahagian dari "Rukun Islam".
•••••
Apakah "tuan', dan apakah "tuhan" di dalam bahasa Arab dan English? Fahamilah, bahawa "rob" bukanlah "ilah". Di dalam bahasa Arab, tuhan adalah "ilah", bukan "rob". "Rob" bukanlah tuhan, tetapi tuan. Di dalam bahasa English, "rob" adalah "lord", iaitu tuan, bukan "god", bukan tuhan. Dan awas, mereka yang menyamakan "rob" dengan tuhan janganlah diambil sebagai guru dalam mempelajari Islam, begitu juga dengan mereka yang menyamakan solaat dengan sembahyang.
•••••
Berani kerana benar. Dan Allah adalah hakim terwajar. Hmm, adakah ulama atau penterjemah yang sanggup untuk mubahalah demi memperjuangkan, atau demi mempertahankan bahawa "rob" adalah sama ertinya dengan tuhan, atau bahawa "malik" bukanlah raja? Ada? Ulama PAS? Ulama Sunnah wal Jamaah? Ulama Syiah? Atau siapa?

Friday, May 25, 2018

Awas, Terjemahan Atau Pengertian Yang Menyesatkan, Dan Mengenai Syahadah

Menyesatkan dengan menggunakan terjemahan atau pengertian yang salah. Menjadi Kafir atau sesat atau terpesong akibat terjemahan atau pengertian yang salah. Dan betul sebut, tetapi tidaklah betul percaya, atau lain di mulut, lain di hati. Bohong, betapa ramai adalah yang bohong kepada Allah atau membuat pengakuan palsu semasa melakukan solaat. Dan betapa ulama dan ustaz adalah yang menyesatkan.
       Apapun, apakah antara terjemahan atau pengertian yang menyesatkan atau salah? Ketahuilah, bahawa "rob" (rabb) tidaklah sama ertinya dengan "ilah". "Rob" bukanlah tuhan, tetapi tuan. Dan di dalam bahasa English, "rob" adalah "lord", iaitu tuan, bukan "god", bukan tuhan. Pendek kata, "ain-ba-dal" adalah hamba, iaitu "slave" di dalam bahasa English, ataupun sembah, iaitu "worship" di dalam bahasa English. Maka? Sesungguhnya, abdi adalah sama ertinya dengan hamba, oleh itu, mengabdikan diri adalah sama ertinya dengan menghambakan diri. Dan sembah atau menyembah adalah sama ertinya dengan menghambakan diri.
       Menghambakan diri ialah merendahkan atau meletakkan diri sebagai hamba. Dan sebenarnya, menyembah dan menghambakan diri dan beribadat dan mengabdikan diri adalah sama ertinya. Solaat tidaklah sama ertinya dengan sembahyang. Dan melakukan solaat bukanlah bermakna menyembah Allah. Allah, apakah hak Allah ke atas ciptaanNya, sedangkan Dia lebih berkuasa? Sedari dan terimalah hakikat bahawa Allah berhak sebagai tuan ke atas setiap ciptaanNya. Dan kita wajib setia kepada Allah, tidak mempertuankan selain Dia, usahkan memperajakan selain Dia. Allah adalah rob-binnas, malikin-nas, ila-hinnas, yakni tuan manusia, raja manusia, tuhan manusia. Dan percaya bahkan perjuangkanlah bahawa Allah adalah pencipta kita, tuan kita, raja kita, tuhan kita. Berat? Susah? Disiplinkanlah diri. Dan buatlah yang patut.
       Hmm, putar-belit mengenai sembah. Sebenarnya, apakah "sembah" dan "hormat" dan "tunduk-patuh" dan "khidmat" di dalam bahasa Arab, dan di dalam bahasa English? Sila ambil-tahu. Dan sila perhalusi atau fahamkan. Mengenai "ain-ba-dal" di dalam al Quran, sila teliti 3 ayat pertama di surah Kafirun dan ayat 5 di surah Fatihah. Dan sila fikirkan terjemahan ayat-ayat tersebut di dalam bahasa English. Mengenai kita dan Allah, apakah agaknya jawapan Nabi Muhammad kalau ditanya, "siapakah pencipta kita, tuan kita, raja kita, tuhan kita"? Dan bayangkan, siapakah yang suka atau redho kalau engkau memperajakan selain Allah, ataupun mempertuankan selain Allah: Adakah Allah dan rasulNya, atau adakah Iblis dan syaitan? Jujurlah.
       Awas, jangan silap mengenai sembah, usahkan silap mengenai masuk Islam. Mengenai masuk Islam atau menjadi Muslim, ketahuilah bahawa erti Muslim yang tepat atau lebih tepat adalah yang menyerah diri kepada Allah, oleh sebab itu, seseorang perlulah menyerah diri kepada Allah untuk menjadi Muslim. Mengenai syahadah, ketahuilah bahawa "ash-hadu" ialah "aku menyaksikan", bukan "aku memperakui", maka? Dan sedarlah, bahawa "Syahadah" adalah sebahagian dari "Rukun Islam Temberang".

Tuesday, May 22, 2018

"Hukum" Menghambakan Diri, Dan Mengenai Sembah Dan Tuan

Apakah "hukum" menghambakan diri kepada selain Allah? Tidakkah bodoh, sangat bodoh?
•••••
Bukan saja bodoh, bahkan shirik. Dan menyembah ialah menghambakan diri. Menghambakan diri ialah merendahkan atau meletakkan diri sebagai hamba. Dan kalau ada hamba ataupun abdi, maka adalah tuan.
•••••
"Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik harap diampun". Soalnya, siapakah si "Tuan", dan apakah "sembah"?
•••••
Hmm, putar-belit mengenai sembah. Sebenarnya, apakah "sembah" dan "hormat" dan "hamba" dan "tunduk-patuh" dan "khidmat" di dalam bahasa Arab, dan di dalam bahasa English? Maka? Dan tidakkah Allah berhak sebagai tuan ke atas setiap ciptaanNya?
•••••
Siapakah yang mengajar, atau ramaikah yang percaya bahawa Allah berhak ke atas matlamatNya, tetapi Allah tidak berhak sebagai tuan, usahkan sebagai raja? Dan siapakah yang mengajar, atau ramaikah yang percaya bahawa rob-binnas adalah ilmu, atau bahawa malikin-nas adalah agama, atau bahawa ila-hinnas adalah Muhammad? Hmm, pengertian atau takrif yang diada-adakan. Dan dolak-dalih dan ketidak-jujuran.
•••••
Masuk akalkah bahawa Allah tidak berhak sebagai tuan ke atas ciptaanNya? Masuk akalkah bahawa Allah tidak berhak sebagai tuan, usahkan sebagai raja, sedangkan Dia lebih berkuasa?
•••••
Kalau engkau rasa aku salah, maka sila buktikan, atau sila berikan alasan yang munasabah. Boleh? Sedarlah, kalau kita berlandaskan pada pengertian atau takrif yang salah, maka kita adalah, atau akan menjadi sesat atau terpesong ataupun keliru.
•••••
Berbalik kepada posting asal, apakah "hukum" menghambakan diri kepada selain Allah? Dengan kata lain, apakah "hukum" merendahkan atau meletakkan diri sebagai hamba kepada selain Allah? Tidakkah bodoh, bahkan shirik?
•••••
Fahami 3 ayat pertama di surah Kafirun, lalu sedarlah bahawa yang menyembah selain Allah adalah Kafir, dan bahawa yang membezakan Muslim dari Kafir adalah sembahan, iaitu bukan solaat.

Siapakah Sembahan Ulama PAS, Dan Apakah Yang Benar Mengenai Sembah?

Apakah ajaran ulama PAS mengenai sembahan? Adakah ulama PAS mengajak supaya menyembah Allah, hanya Allah, iaitu supaya menghambakan diri kepada Allah, hanya Allah, iaitu supaya mempertuankan Allah, hanya Allah dan memperajakan Allah, hanya Allah, tidak mempertuankan selain Allah, usahkan memperajakan selain Allah? Dan adakah ulama PAS percaya bahawa Allah adalah pencipta setiap manusia, tuan setiap manusia, raja setiap manusia, tuhan setiap manusia? Kalau tidak, maka? Hmm, tersalah kitab. Tersalah guru. Dan terjemahan atau pengertian yang salah mengenai "rob" dan sembah dan sunnah dan beberapa perkataan lagi. Dan dolak-dalih atau ketidak-jujuran. Allah tahu.
       Sesungguhnya, ulama PAS dan ulama mana pun bukanlah Muslim, kalau mereka tidak menyembah Allah, hanya Allah, begitu juga kalau mereka tidak menyerah diri kepada Allah. Apakah dalil bahawa Muslim adalah yang menyembah Allah, hanya Allah, serta aslim atau menyerah diri kepada Allah? Jawapan: 3 ayat pertama di surah Kafirun dan erti Muslim. Fahamilah bahawa hubungan yang asas antara kita dan Allah adalah bahawa Allah adalah pencipta kita, tuan kita, raja kita, tuhan kita. Dan mengenai sembah, sila perhalusi hakikat bahawa menyembah ialah menghambakan diri, dan bahawa kalau ada hamba ataupun abdi, maka adalah tuan, serta bahawa raja adalah tuan, semestinya raja adalah tuan ke atas yang dikuasainya. Maka? Kalau ada hamba ataupun abdi, maka adalah tuan, oleh itu, kalau kita adalah hamba ataupun abdi Allah, maka Allah adalah tuan kita. Dan kepada yang membezakan abdi dari hamba, sila jawab: Apakah "hamba", dan apakah "sembah" di dalam bahasa Arab?
       Sedari dan terimalah hakikat bahawa perkataan Arab yang sama ertinya dengan hamba, juga dengan sembah, adalah "ain-ba-dal" atau mengandungi "ain-ba-dal". Pendek kata, "ain-ba-dal" di dalam bahasa Arab adalah hamba atau sembah di dalam bahasa Melayu. Sesungguhnya, abdi adalah sama ertinya dengan hamba, oleh itu, mengabdikan diri adalah sama ertinya dengan menghambakan diri. Dan sesungguhnya, menyembah dan menghambakan diri dan beribadat dan mengabdikan diri adalah sama ertinya. Ada otak, sila guna. Ada akal, sila fikir. Dan janganlah seperti binatang ternakan, usahkan lebih sesat ataupun lebih bodoh. Terjemahan atau pengertian yang salah janganlah tidak disedari, usahkan diterima-pakai. Hakikat dan ajaran Allah: Ketahuilah, dan jadikanlah pegangan.

Sunday, May 20, 2018

Hak Allah Dan Teras Islam

Apakah hak Allah ke atas manusia, atau apakah kedudukan Allah dalam politik manusia? Tuan dan raja dan tuhan adalah 3 kategori pemerintah. Selain "rob-binnas" dan "ila-hinnas", Allah adalah "malikin-nas", yakni raja manusia. Dan raja adalah tuan, semestinya raja adalah tuan ke atas yang dikuasainya, maka? Raja adalah tuan, semestinya raja adalah tuan, oleh itu, kalau Allah adalah raja manusia, maka tentulah Allah tuan manusia. Betul?
       Sila jawab, siapakah pencipta kita, tuan kita, raja kita, tuhan kita? Fikir: Apakah agaknya jawapan Rasulullah? Janganlah berdolak-dalih, usahkan sombong terhadap Allah. Terimalah hakikat bahawa Allah adalah pencipta kita, tuan kita, raja kita, tuhan kita. Dan sedarlah, bahawa teras Islam atau ciri Islam yang paling utama adalah penyembahan Allah, hanya Allah, dan penyerahan diri kepada Allah, serta kemerdekaan manusia. Merdeka, kita berhak merdeka, iaitu tidak diperhambakan oleh siapa pun selain Allah.

Wednesday, May 16, 2018

Sembahan Dan Ulama PAS, Dan Hak Allah

Siapakah sembahan ulama PAS dan penyokong PAS? Adakah, atau betulkah Allah, hanya Allah adalah yang disembah?
•••••
Kepada yang membezakan abdi dari hamba, sila jawab: Apakah "hamba", dan apakah "sembah" di dalam bahasa Arab? Sedari dan terimalah hakikat bahawa perkataan Arab yang sama ertinya dengan hamba, juga dengan sembah, adalah "ain-ba-dal" atau mengandungi "ain-ba-dal".
•••••
Mengenai sembah, sila fikirkan dan perhalusi hakikat bahawa menyembah ialah menghambakan diri, dan bahawa kalau ada hamba ataupun abdi, maka adalah tuan, serta bahawa raja adalah tuan (semestinya raja adalah tuan ke atas yang dikuasainya). Ibadat adalah sama ertinya dengan penyembahan. Dan "ain-ba-dal", bukan "sod-lam-alif-ta", adalah perkataan Arab yang patut atau boleh diterjemahkan kepada sembah ataupun hamba. Kalau ada hamba ataupun abdi, maka adalah tuan, oleh sebab itu, kalau engkau adalah hamba ataupun abdi Allah, maka Allah adalah tuan engkau. Dan suka atau tidak, Allah berhak sebagai tuan ke atas setiap ciptaanNya, sedangkan Dia lebih berkuasa.

Tuesday, May 15, 2018

Ulama PAS Dan Selainnya Berbanding Aku

Setakat manakah akal dan kebenaran ulama PAS? Dan sebenarnya, beranikah Hadi Awang dan ulama PAS untuk mubahalah menentang aku demi mempertahankan bahawa "Syahadah" adalah sebahagian dari Rukun Islam, atau bahawa masuk Islam adalah dengan mengucap kalimah Syahadah? Kalau takut atau berdolak-dalih, maka? Hmm, bagaimana pula dengan ulama lain? Pendek kata, tidakkah ulama atau guru engkau adalah yang sesat serta menyesatkan? Allah tahu, cukup tahu. Dan sedarlah, bahawa yang mengkaji adalah yang tahu atau lebih faham berbanding yang "mengaji".
       Pakailah otak. Dan fahamilah ajaran Allah mengenai hal yang terbabit. Jangan ambil-mudah mengenai fakta yang ada kaitannya dengan Islam. Ulama Hadis janganlah disamakan dengan ulama Islam. Dan hakikat serta ajaran Allah: Ketahuilah, dan terima-pakailah. Ingat, kalau engkau sebenarnya tak sembah Allah, hanya Allah, maka engkau bohong kepada Allah semasa mengucap ayat 5 surah Fatihah. Dan kalau engkau sebenarnya tak sembah Allah, hanya Allah, maka sia-sia atau bahkan membawa ke Neraka adalah solaat dan amal-ibadat lain yang engkau lakukan. Jangan silap mengenai erti sembah dan tuhan dan Muslim dan Islam, usahkan silap bagaimana untuk menjadi Muslim sebenar.
       Fahamilah, bahawa kita wajib atau patut sampaikan kebenaran, walau seramai manapun tidak suka. Dan kita wajib atau patut menerima kebenaran, walau seramai manapun tidak redho. Yang penting atau lebih penting adalah pandangan Allah dan keredhoanNya. Hidup di Dunia hanyalah sementara. Dan janganlah rugi jangka panjang. Hidayah Allah bukanlah untuk semua. Untuk mereka yang berdolak-dalih ataupun menyangka-nyangka: Tidakkah yang sesuai adalah temberang dan dampingan syaitan? Allah tidak memerlukan. Dan Neraka sedia menanti.

Friday, May 4, 2018

Pejuang Islam Sebenar

Siapakah pejuang Islam? Siapakah yang betul memperjuangkan Islam, iaitu agama ciptaan Allah, Dia, pengarang al Quran? Yang pasti, Allah tahu. Apapun, masuk akalkah bahawa ulama ataupun pejuang Islam adalah yang tidak betul mengenai erti Islam? Masuk akalkah bahawa ulama ataupun pejuang Islam adalah yang tidak betul mengenai erti Muslim dan sembah dan tuhan? Dan munasabahkah bahawa ulama ataupun pejuang Islam adalah yang tidak betul mengenai masuk Islam, iaitu mengenai bagaimana untuk menjadi Muslim? Tidak. Tidak. Tidak.
       Fahamilah, bahawa sangat penting adalah betul mengenai erti Islam dan Muslim dan sembah dan tuhan, lebih-lebih lagi mengenai masuk Islam, kalau ingin menjadi Muslim, sebenar Muslim.  Dan kalau dibandingkan dengan orang UMNO dan ulama PAS serta pengikut apa pun mazhab, maka aku adalah pejuang Islam. Fikirkanlah. Fikirkanlah secara jujur dan rasional. Dan Allah adalah penilai terarif. Betulkanlah sikap dan kepercayaan. Untuk mereka yang berdolak-dalih ataupun menyangka-nyangka: Tidakkah yang sesuai adalah temberang dan dampingan syaitan? Hidayah Allah, bahkan kefahaman sebenar bukanlah untuk semua. Allah bukan bodoh. Dan Allah tidak zalim.